Wednesday, March 25, 2020

DURIAN BELANDA - INFO MEDIA

DURIAN BELANDA (Anonna muricata) atau juga dipanggil Soursop (English) dan Sirsak (Indonnedia) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular dikalangan petani di Malaysia kerana permintaan yang tinggi dan harga runcit yang baik. Ini kerana khasiat daripada tanaman buah durian belanda yang mengandungi banyak bahan Antocyanin ini didakwa mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti Kanser, Gout, Diabetis dan sebagainya. Bukan sahaja buahnya yang ada khasiat perubatan yang baik tetapi kini bahagian daunnya pula telah dijadikan teh untuk diminum kerana kehebatan khasiatnya. Daripada sumber laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan seluas 650 hektar tanaman durian belanda secara Crop Hectarage Equivalent (CHE) telah direkodkan pada tahun 2015. Ini disebabkan penanaman durian belanda secara tradisional adalah didalam dusun campuran dimana hanya sekitar kurang 5 tahun ini sahaja durian belanda ditanam secara monokrop oleh usahawan komersil. Diantara beberapa ladang durian belanda yang besar pernah penulis lawat untuk buat tinjauan teknologi terletal di Batu Pahat, Negeri Sembilam, Sg Jerik, Maran , Pahang dan beberapa lagi yang telah mengeluarkan hasil. Satu lawatan di tepi Jalan utama Maran-Temerloh baru-baru ini penulis sempat lawat tapak hampir 40 hektar sedang menanam pokok durian belanda. Harga ladang dari tinjauan penulis di Pahang adalah sekitar RM8.00 sekilogram untuk Gred A dan RM5.00 -RM7.00 sekilogram baagi Gred B. Harga runcit durian belanda Hred A dipasaran diantara RM15.00 - RM20.00 sekilogram. Kini minuman jus durian belanda amat digemari pelanggan di Premis Komplekd Membeli Belah, Pasar Malam, Gerai Tepi Jalan dan sebagainya. Artikel pada petang Selasa ini sempena Perintah Larangan Pergerakan disebebkan Covid-19 saya menulis lagi rencara didalam blog pertanian iaitu "Anim Agro Technology" mengenai info berkautan durian belanda yang dilaporkan dalam akhbar My Metro sekadar dijadikan bahan bacaan sahaja.

Artikel bertajuk 'Durian Belanda Semakin di Gilai' menarik minat saya berusaha mengulasnya. Berita daripada Alor Gajah, Melaka ini menyatakan dimana kini benih pokok durian Belanda dikesan mendapat sambutan menggalakkan sejak awal tahun ini berikutan tersebarnya berita mengenai cerita keberkesanannya membunuh sel kanser. Akhbar MyMetri laporkan dimana soeorang peniaga buah dan sayur di Kampung Pulau dikenali dengan Kamarul Ariffin Mohd Yusof yang berumur 32 tahun mendakwa dimana sejak berita mengenai kemampuan durian Belanda memerangi penyakit berkenaan tersebar luas melalui media sosial semakin ramai membeli benih pokok durian belanda itu di gerainya (Sila lihat foto disebelah). Dia sebenarnya membeli benih pokok durian Belanda dari pembekal di Ayer Hitam, Johor iaitu bermula semenjak tahun 2016 dia menjual purata 11 benih setiap seminggu durian Belanda pada harga RM7 sepokok. Dakwanya lagi ia berbeza dengan keadaan sebelum ini dimana memang amat kurang pelanggan membeli benih durian Belanda kerana mereka kini telah menganggapnya tidak mempunyai khasiat untuk kesihatan. Dia nyatakan perkera tersebut kepada Harian Metro ketika ditemui di gerainya di kampung itu semalam. Dakwanya  berdasarkan kepada pengalamannya menanam pokok berkenaan, dalam tempoh tiga tahun (3) maka ia sudah mengeluarkan bunga untuk berbuah. Bagaimanapun dakwanya ia bergantung kepada aspek penjagaan pokok berkenaan dan jika ia sering dibaja, ia mampu tumbuh dengan subur. Dia pernah dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan memberikan kepadanya durian Belanda goreng yang seakan-akan sama seperti buah sukun goreng. Ia dakwa rasanya lazat tetapi kita harus berhati-hati kerana bimbang tertelan bijinya. Selain itu, ada pelanggan yang memberitahu saya daun durian Belanda boleh direndam dalam air dan dilumurkan pada kepala sesiapa yang demam untuk mengurangkan sakit kepala. Kini ada ekstrak daripada durian Belanda didakwa ia dikatakan mampu membunuh sel kanser seperti kanser payu dara, prostat, paru-paru dan pankreas. Katanya ia mampu untuk memperlahankan sel kanser berbanding ‘Adriamycin,’ iaitu ubat kemoterapi yang biasa digunakan. Antara kaedah menjadikan durian Belanda sebagai bahan untuk mengubati kanser ialah dengan dengan merebus 18 helai daun dengan tujuh cawan air. Tempoh merebus ialah selama 15 minit dengan api sederhana dan air rebusan itu dijadikan minuman tambahan.

Dalam pada itu di Kuantan dengan artikel bertajuk 'Cuka Durian Belanda' juga menarik untuk dikongsi bersama sema pembaca anim agro technology.  Kini cuka durian belanda pada umum mungkin kedengaran agak pelik namun ia hasil penyelidikan tiga pelajar dari Jabatan Teknologi Makanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di Kuantan telah mampu menjadi ia sebagai pencegah kanser. Penyelidikan selama empat bulan itu berjaya menghasilkan cuka yang berfungsi sebagai anti bakteria dan fungus selain mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Pelajar Muhamad Hafizi Luqman Ismail, 20, berkata selepas tiga kali melakukan percubaan di makmal dengan melalui beberapa proses, cuka durian belanda dihasilkan (Sila lihat foto disebelah)Menurutnya lagi dimana antara kelebihan cuka itu ialah ia dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang, tetapi proses pemeraman mengambil masa selama sebulan sebelum boleh digunakan. Katanya, untuk membuktikan khasiat cuka itu khususnya dalam bidang perubatan, ujian kandungannya akan dilakukan akhir tahun ini. Keberkesanan dan kelebihan dalam cuka ini untuk perubatan akan dapat dibuktikan selepas ujian makmal bagi menambahkan keyakinan pengguna. Cuka durian belanda boleh dikomersialkan kerana ia mampu dijadikan sebagai penambah perasa dalam makanan terutama masakan Melayu.

Buah durian belanda semakin berharga apabila artikel bertajuk "Produk berasaskan durian belanda" telah dihasilkan. Berita dari Kuala Lumpur dimana Syarikat MOS Nutraceutical Sdn Bhd menyasarkan jualan 25,000 unit produk barunya berasaskan durian belanda tahun ini apabila disokong oleh peluasan pasarannya ke Indonesia, Brunei dan Singapura. Pengarah Urusannya dikenali dengan nama Ony Nurhusni Mahad Nor dakwa pihaknya percaya jumlah itu dapat dicapai menerusi 500 rangkaian pengedarnya termasuk farmasi yang dijangka meningkat sekali ganda menjelang akhir tahun jula semuanya lancar (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya menerusi produk Jus Annona yang dihasilkan dengan pembungkusan baru iaitu dalam bentuk sachet juga dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam dan luar negara. Mereka kini telah mempunyai satu pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memberi tumpuan dalam penghasilan produk kesihatan berasaskan durian belanda dan tahun ini, kami akan mengeluarkan beberapa produk baru antaranya dalam bentuk roll-on atau losen untuk mengurangkan bengkak pada sendi, lutut serta otot. Syarikat ini juga dalam usaha untuk menembusi pasaran global menerusi sistem pemasaran digital dan kami yakin produk Jus Annona dapat menerokai seluruh pasaran dunia dalam tempoh tiga tahun. Kini sebagai syarikat pertama yang memfokus kepada produk kesihatan menggunakan durian belanda, pihaknya mempelawa orang ramai yang berminat menjadi usahawan menambah pendapatan. Dakwanya lagi untuk menjadi ejen modal yang diperlukan hanya RM350, manakala margin keuntungan pula sebanyak 30 peratus dan pihaknya akan memberi bimbingan untuk memulakan perniagaan. Jus Annona adalah makanan tambahan kesihatan berfungsi sebagai terapi alternatif untuk mengatasi atau mengurangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser. Setakat ini dakwanya syarikat ini telah mengeluarkan produk Jus Annona dan teh durian belanda dengan harga bermula dari RM59 hingga RM188. Bagi perancangan jangka panjang, kami akan cuba mengeluarkan pelbagai produk daripada suplemen sehingga kepada kosmetik berasaskan durian belanda.

Artikel seterusnya adalah bertajuk "Bukan Produk Antikanser" iaitu produk rakan penulis blog Dato' Rosyam noor. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai beliau sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun Harian Metro menyatakan didalam artikel tersebut dimana ketika media sosial ‘panas’ dengan isu ramai artis mengeluarkan pelbagai produk kesihatan sehingga ada yang mendakwa produk mereka penyembuh pelbagai penyakit termasuk kanser, Datuk Rosyam Nor tidak ketinggalan terkena tempiasnya. Rosyam 51 tahun yang baru mengeluarkan produk berasaskan durian belanda menegaskan ia bukannya produk antikanser. Beliau hanya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida tinggi, bukan antikanser. Dia bagaimanan pun amat bersetuju dengan kenyataan pakar kesihatan dan doktor yang menafikan jus durian belanda mampu merawat kanser. Rosyam berkata, sebelum beliau mengeluarkan produk itu, dia sudah melakukan pelbagai pembacaan di jurnal kesihatan dari seluruh dunia mengenai khasiat durian belanda termasuk dakwaan mempunyai antioksida tinggi. Dakwanya lagi sehingga kini diperakui tiada penyelidikan saintifik yang dilakukan bagi mengukuhkan dakwaan durian belanda adalah antikanser. Itulah sebab dia berkali-kali menegaskan dimana produknya hanya sebagai pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan kualiti kehidupan selain pesakit wajib meneruskan rawatan sedia ada. Rosyam berkata yang produk pertama keluarannya ini adalah hadiah buat peminat yang menyokong kerjayanya selama lebih 30 tahun dalam bidang lakonan. Selain itu, berbekalkan sedikit ilmu pertanian, Rosyam mula menanam lebih 10,000 pokok durian belanda di tanah pertanian seluas 70 hektar di Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Pahang (Penulis selelu berbincang dengan Datuk Rosyam di TKPM ini semasa menjawat Pengarah Pertanian Pahang). Kini selepas tiga tahun dimana beliau sanggup turun naik makmal bekerjasama dengan pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta Teknologi Park Malaysia bagi mencari khasiat terkandung dalam pokok itu sebelum memutuskan untuk mengeluarkan produk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
POKOK BERGUNA... IA DURIAN BELANDA...
BENIH DIJUAL... MAMPU UNTUK BELINYA...
LEPAS 3 TAHUN... KELUARLAH BUAHNYA...
PELBAGAI PRODUK... KESIHATAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(28 Rejab 1441H).
STAY HOME..STAY AWAY OF COVID19!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.