Friday, February 14, 2020

UNSUR BORON SEBAGAI BAJA TUMBUHAN

UNSUR BORON merupakan salah satu mikronutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk meningkatkan kualiti pertumbuhan tanaman, Boron ialah unsir kimia dengan atom 5 dan simbol kimia 'B'. Boron tidak berlaku dalam bentuk elemen secara semulajadi. Ia digabungkan dengan oksigen dan unsur lain dalam bentuk sebatian iaitu borates. Sebatian boron yang paling popular untuk dikomersialkan adalah seperti bahan borax, boric asid, ulexite, tincal dan kalsium borates. Penulis blog pertama kali mendengar nama Boron ini semasa tingkatan 4 sekolah Menengah Teknik Johor Bahru jurusan Sains Pertanian pada tahun 1976. Subjek baja dalam syllabus pertanian yang diajar ada menyatakan unsur-unsur baja Makro (N,P,K) dan unsri0unsur mikro termasuk unsur Boron (B). Unsur Boron sebagai jenis mikronutrien tumbuhan merupakan salah satu elemen penting yang ada digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dalam kuatiti yang besar untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Setiap unsur-unsur ini mempunyai kepentingan tersendiri untuk nutrisi tumbuhan. Penulis blog dapati antara unsur makronutrien utama lain diperlukan tumbuhan ialah Nitrogen (N), Phosphorus (P), Potash (K), Sulfur (S), Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). Dalam pada itu sebagai tambahan kepada unsur unsur ini biasanya kebanyakan jenis tumbuhan juga memerlukan unsur lain seperti mikronutrien. Perbezaan utama antara makronutrien dan mikronutrien ialah keperluan kuantiti. Anda boleh baca perkara ini dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan juga lain-lain lagi. Walaupun mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang kecil, kepentingannya dalam tumbuhan adalah sama seperti makronutrien. Jika semua nutrien penting dibekalkan kepada tumbuhan, ia tetap boleh menghadkan kualiti dan hasil tanaman jika salah satu mikronutrien adalah kurang. Dan Boron(B) ialah salah satu daripada mikronutrien yang penting untuk pertumbuhan pokok. Beberapa jenis tanaman makanan seperti sayuran dan buah-buahan perlukan unsur boron dan mikronutrien lain untuk menmbolehkan hasil tanaman lebih berkualiti. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kepentingan unsur baja Boron sebagai bahan rujukkan anda semua.

Peranan unsur Boron (B) sebagai nutrien tumbuhan dilaporkan dimana unsur Boron memainkan peranan penting dalam nutrisi tumbuhan. Beberapa fungsi Boron adalah berkaitan dengan nitrogen (N), fosforus (P), kalium(K) dan kalsium(Ca) dalam tumbuh-tumbuhan. Keperluan nutrisi B yang mencukupi adalah sangat penting untuk kualiti dan hasil yang tinggi untuk tanaman. Peranan utama boron berkaitan dengan proses metabolisma karbohidrat, menggalakkan pertumbuhan akar tumbuhan, membantu didalam sintesis protein serta proses pembentukan biji benih. Selain itu unsur Boron dikatakan penting untuk proses pembentukan dinding sel tumbuhan dan juga proses kadar Pembentukan dinding sel serta semasa pengangkutan kanji didalam tumbuhan. Unsur ini juga penting dodalam menentukan integriti membran, proses pendebugaan dan persenyawaan serta didalam proses metabolisma Asid nukleik. Boron didalam tumbuhan juga diperlukan untuk pengligninan dan juga proses respirasi tumbuuhan. Apabila berlaku kekurangan boron menjadikan tanah induk dan tekstur adalah faktor utama yang berkaitan dengan kejadian kekurangan boron. İklim seperti hujan lebat dan bersuhu rendah merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dalam kekurangan boron. Kekurangan boron boleh dikenal pasti berdasarkan analisis tumbuhan dan tanah. Kekurangan boron dapat dibendung dan dibetulkan dengan aplikasi semburan dan tabur pada tanah. Ada tanaman yang berpotensi terencat atau tidak subir akibat kekurangan Boron. Bagaimana pun ada jenis tanaman tertentu yang berpotensi tinggi kekurangan boron dan ada juga yang berpotensi sederhana dan rendah.

Dalam pada itu anda boleh menyediakan sendiri unusr boron dikebun sendiri iaitu berdasarkan kepada beberapa artikel yang saya rujuk. Sebagai contoh ada seorang usahawan penanam cili (Capsicum annum) yang selalunya ada menghadapi masalah kekurangan Kalsium atau calcium deficiency atau Blossom End Rot (BER). Masalah ini selalunya ketara pada tanaman cili fertigasi. Pertumbuhan pokok fertigasi sangat cepat mewujudkan persaingan di antara buah dan pucuk tanaman untuk nutrient kalsium. Bagaimana pun dalam usaha mengetahui lebih lanjut pernyataan di atas maka anda boleh google Plant Sink and Source. Dijelaskan dimana secara umumnya hasil buah cili memerlukan kalsium untuk membentuk kulit buah,. Sementara itu bahagian pucuk cili memerlukan unsur yang sama untuk proses pembesaran. Selalunya buah cili akan kalah di dalam persaingan tersebut. Jadi simptom kekurangan kalsium ini akan muncul pada buah cili. Kebiasaanya, buah cili akan menunjukkan simptom kekurangan kalsium pada buah pertama sehingga buah kelima. Adalah nampak jika diteliti dimana ianya hanya sekadar lima biji buah cili sahaja tetapi jika dikira dengan tepat keseluruhan tanaman dalam kebun maka ianya akan melibatkan angka yang besar. Mari kita sama-sama kira dimana jika purata berat sebiji buah cili adalah 20 gm dimana pada setiap pokok mempunyai masaalah sebanyak 5 biji BER x 20 gm maka jumlah berat adalah 100 gm. Didalam kebun cili jika ada sebanyak 10,000 pokok x 0.1 kg maka jumlah kehilangan hasil adalah sebanyak 1000 kg atau sebanyak 1 tan. Daris egi nilai ekonomi jika 1000 kg dijual dengan purata harga sekitar RM 5 per kg maka jumlah kerugian akibat BER ini sebanyak RM 5,000 banyaknya.

Apabila dibuat analisa ini merupakan satu masalah yang besar. Kekurangan kalsium atau BER boleh dikenal pasti dengan simptom tanda reput pada hujung buah cili. Salah satu kaedah untuk merawat melalui rawatan semburan foliar calcium boron. Harga kalsium boron yang baik dipasaran dari tinjauan adalah sekitar RM 120 - RM 280 untuk 4 Liter. Ini merupakan kos tambahan kepada penanam cili semasa masalah kos sara hidup yang makin meningkat. Bagaimana pun artikel ini menunjukkan cara-cara membuat foliar kalsium boron di kebun sendiri mengunakan komponen baja fertigasi yang perlu dipelajari bagaimana membuatnya. Penulis blog belajar dengan etani muda di Parit Keroma, Muar didalam membuat amalan ini (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang dikenali dengan nama Fadil menggunakan bahan terdiiri daripada Calcium 26% (390 gm), Bahan Hibor atau Boric acid atau Boron 11% (77 gm),  1 Liter air bersih, Bekas bancuhan (kapasiti 2 liter), alat sudu pengacau dan juga botol 1.5 liter terpakai. Mula-mula disediakan pati atau stok calsium boron dan dimasukkan 1 liter air ke dalam bekas. Kemudian dimasukkan unsur kalsium 26% ke dalam air satu liter tadi dan kacau sehingga larut. Setelah bahan kalsium sudah larut maka dimasukkan bahan Hibor atau Boric acid atau Boron 11% dan larutan ini di kacau sehingga larut dan sebati. Kemudian disimpan larutan kalsium boron di dalam botol 1.5 liter dan biarkan semalaman sebelum digunakan untuk pastikan ianya benar-benar larut. Ia perllu digocang dahulu agar stok pati kalsium boron rata sebelum mengguna. Sebaiknya semasa hendak mengguna maka laritan cecair ini perlu disukat sebanyak 30 ml / gm / cc dan masukkan ke dalam 20 Liter air dan boleh disembur pada pokok cili anda semua sama dengan semburan baja foliar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallanm!!...
UNSUR BORON...  MIKRONUTRIEN JENISNYA...
POKOK PERLUKAN... BAJA DITAMBAHNYA...
BANYAK FUNGSI... SUBUR POKOK BUAHNYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT KEMUDIAN MENGGUNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(15 JamadilAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.