Thursday, February 27, 2020

POKOK CINCAU HITAM DAN CINCAU HIJAU

TUMBUHAN CINCAU mungkin amai dikalangan orang Mlaysia yang kurang mengenalinya. Pokok cincau ini menurut pakar botani dikelaskan kepada dua jenis itu Pokok Cincau Hitam Dan Pokok Cincau Hijau. Sebenarnya ada kalangan penggemar atau kalangan kita yang suka menanam dan menimpan pokok cincau. Ada kalangan mereka yang menanam cincau semenjak zaman sekolah menengah lagi ketika apabila ia dijadikan hobi bersama-sama rakan dan ibubapa. Ia jug dikaitkan dengan sejenis minuman yang berkhasiat dan menuejukkan badan iaitu minuman Cincau. Memang disekolah lagi sudah diberitahu dimana cincau itu sebenarnya berasal dari tumbuhan yang diproses. Kalau anda membeli minuman cincau cuba teliti keterangan pada tin atau kotaknya dimana akan dinyatakan iaitu ditulis perkataan Grass Jelly (Mesona chinensis). Walau pun ramai beranggapan bahawa bahan inuman atau agar-agar cncau itu diperbuat daripada agar-agar atau rumpai laut sebenarnya ia agak kurang tepat. Pada masa dahulu dilaporkan penduduk kampung yang ada kemahiran akan membuat cincau sendiri dengan cara meramas-ramas daun cincau ke dalam air dan dibiarkan hingga menjadi jeli keras. Kemudian ada kalangan penduduk kampung yang menyimpan tanaman grass jelly ini akan tetapi sekarang semakin sukar djumpai. Bagaimana pun daripada lamanweb kini anda boleh mendapatkan maklumat dan benih yang ditempah. Antara lamanweb yang menjual benih berharga RM65 bagi dua pokok adalah https://shopee.com.my/BENIH-ANAK-POKOK-CINCAU-HIJAU-(HARGA-UNTUK-2-POKOK-i.48517756.2117645116 dimana anda sendiri kalau teringin menanamnya boleh membuat tempahan. Sebenarnya ada beberapa lagi lamanweb yang memberikan perkhidatan ini didalam Malaysia atau dari negara jiran. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai tumbuhan cincau dan beberapa perkara yang sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Terdapat dua spesis tumbuhan cincau yang dikenalpasti ada di Malaysia. Jenis pertama adalah cincau hitam iaitu sejenis tumbuhan dari genus Mesona iaitu spesis Mesona spp. Ia merupakan jenis tumbuhan dari keluarga pudina (Labiatae) dengan ia  berbatang lembut membiak dengan cepat jika cukup air. Kaedah pembiakan melalui jalaran akar. Jenis yang biasa dijadikan cincau ialah Mesona chinensis dan Mesona palustris. Bagaimana pun dinegara jiran Indonesia jenisnya yang dikomersialkan ialah dari jenis Mesona palustris dan dinegara sekitar Indochina kebanyakan spesis cincau yang ditanam adalah dari jenis Mesona chinensis bertaraf komersial. Berlainan pula dengan jenis tumbuhan cincau  hijau dimana pokoknya tumbuh menega dan ada perdu. Spesis ini merujuk kepada lebih dari satu jenis pokokakan tetapi antara jenis yang paling biasa digunakan ialah jenis Premna oblongifolia.  Jika dilihat sepintas lalu dilihat ia adalah satu genus dengan pokok bebuas dimana daunnya pun hampir sama (Sila lihat foto disebelah). Spesis lain yang boleh didapati seperti jenis Melasthoma polyanthum yang mana ia juga merupakan satu genus dengan pokok senduduk. Dalam kes lain dilaporkan dimana pokok cincau  hijau mempunyai ciri memanjat dikenali dengan nama saintifik sebagai Cyclea barbata. Terdapat dua jenis yang dibezakan oleh tekstur permukaan daunnya. Jika diteliti memang ada jeins dimana ia mempunyai ciri daunnya licin berkilat dan ada yang daunnya berbulu. Daunnya berbentuk hati. Bahagian yang digunakan ialah bahagian daun dan sulurnya.

Apa yang penting selepas ini adalah bagaimana memproses atau cara membuat Cincau Hijau dimana lazimnya ia melalui cara proses yang sama untuk semua jenis. Paling awal adalah mempastikan memetrik daun cincau yang sesuai (tidak terlalu tua atau muda) dibersihkan dahulu. Kemudian daun cincau hijau tersebut perlu diramas-ramas di dalam air mati hingga mengeluarkan lendir yang berwarna hijau. Langkah seterusnya adalah mengambil air campuran tersebut dan dimana daunnya ditapis dan dibuang. Air hasil dari ramasan tadi disejukkan sehingga menjadi jeli yang keras. Biasanya kepada sesiapa yng suka ia memberikan rasa amat sedap dimakan bersama santan dan gula melaka. Spesis dari jenis memanjat mempunyai rasa yang istimewa lagi dan agak manis serta paling sedap berbanding yang lain. Bagaimana pun bagi memproses daun Cincau Hitam ada sedikit kelainan. Daun dan batang yang kering perlu direbus sehingga mengeluarkan warna hitam yang pekat. Kemudian air ini perlu ditapis dan dibuang hampasnya. Masukkan pula tepung ubi kayu dan terus kacau hingga campuran tersebut tidak bergentel-gentel lagi. Kacau lagi hingga berkilat dan disejukkan sebelum dipotong-potong kecil dimana ia sedia untuk dicampurkan dalam minuman cincau yang enak.

Dalam pada itu saya rujuk artikel lin dimana Pokok Cincau Hitam atau nama saintifiknya Platostoma palustre tergolong dalam famili Lamiaceae sesuai dibuat rujukkan. Pokok cincau didakwa lebih sinonim dengan nama Mesona chinensis dan Mesona palustris. Pokok Cincau Hitam sangat tidak asing lagi di kalangan kita kerana keunikannya untuk dijadikan sebagai bahan dalam cara pembuatan air cincau asli. Selain cincau hitam, terdapat 3 lagi jenis cincau yang dikenali Cincau Hijau, Cincau Perdu dan Cincau Minyak. Ada kalngan kita yang mungkin pernah membiaknya sebelum ini. Pembiakkannya sangat mudah iaitu hanya menggunakan keratan batang atau keratan pucuk. Media atau tanah yang digunakan hendaklah mempunyai saliran yang baik atau tidak bertakung air. Pokok ini sangat sesuai tumbuh di kawasan yang sederhana panas. Daripada sepasu pokok cincau yang dibeli, saya telah membiakkannya berpuluh-puluh pasu. Pertumbuhan pokok cincau hitam sangat cepat sekiranya diberi air dan baja secukupnya.Dala tempoh beberapa bulan, pokok cincau akan mengeluarkan tangkai bunga yang bersaiz panjang. Terdapat berpuluh-puluh kuntum bunga dalam satu tangkai bunga yang berwarna ungu kecerahan.Menurut rujukan, Daun Cincau telah digunakan untuk membuat makanan pencuci mulut ( jeli ) dan minuman oleh orang Cina selama berabad-abad. Di Singapura, daun dan pucuk kering dijual di premis perubatan Cina. Air Cincau dianggap mempunyai kesan bagi menyejukkan badan. Dalam perubatan kaum Cina, tumbuhan ini digunakan sebagai ubat herba untuk penyakit hati, hipertensi, diabetes dan kesakitan sendi.


Pokok cincau (Grass Jelly) dalam penulisan diblog saya sebelum ini merupakan sejenis tumbuhan renek menjalar daripada keluarga Lamiaceae yang menghasilkan agar-agar dinamakan 'cincau'. Tumbuhan renek ini memang agak kurang dikenali dikalangan orang Malaysia walau pun ada sesetengah orang menanamnya dirumah. Tumbuhan Cincau ini adalah daripada keluarga Lamiaceae yang popular ditanam di China dan Taiwan jenis Mesona chinensis sementara varieti yang popular di Indonesia pula adalah Mesoma parviflora. Kedua-dua varieti ini merupakan bahan mentah yang digunakan untuk membut agar-agar atau cincau sama ada ia CINCAU HITAM atau CINCAU HIJAU. Jenis M. chinensis mempunyai daun berwarna hijau dengan bentuk daun lebar menirus dihujungnya atau dikatakan bentuk antara ovat kepada separuh bulat. Ia juga dipanggil atau sinonim dengan nama Mesona procumbens yang selalunya akan dipetik bahagian atas tumbuhan seperti daun dan ranting untuk diproses menjadi agar cincau. Bahan ini akan dipetik dan dijemur sehinga menjadi warna kehitaman kerana berlaki proses oksidasi. Lazimnya daun ini akan diproses dengan memasaknya dengan air sehingga mendidih dan disejukkan sebelum membeku untuk menjadi jelly iaitu agar-agar cincau. Persoalannya adakah kita boleh mendapatkan benih dan menanam sendiri dirumah?. Dimanakah hendak mendapatkan keratan benihnya?. Siapa boleh berikan nasehat teknikal mengenai tanaman ini? adakah ianya berpotensi untuk ditanam secara komersil?. Siapa boleh membantu dalam memproses daunnya? Dimana hendak membuat rujukkan?. Saya telah menulis mengenai apa dia cincau dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Saya dapati tidak banyak artikel berkait dengan tumbuhan ini ditulis oleh saintis dan juga agronomis di Malaysia


Dikawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Vietnam, Thailand ada terdapat sejenis pokok cincau hijau dari tumbuhan  Grass Jelly (Cyclea barbata) yang mudah ditanam (Sila lihat foto sebelah). Tumbuhan ini mudah hidup diatas tanah pamah sehingga ketinggian 800 m dari aras laut dan jenis menjalar atau melilit kayu sokong. Ia dibiakkan melalui keratan batang walau pun peratus percambahan sederhana atau rendah jika kurang mahir. Batang yang mempunyai ulurlilit 2 cm akan dipotong dengan panjang 12 - 18 cm dan disemai ditapak semaian. Siran dengan air sehingga mengeluarkan akar sebelum dialihkan kekebun. Tanag peroi dengan saliran baik sesuai untuk tanaman ini dengan pH antara 5.5 - 6.5 dan banyak bahan organik. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk seperti hati akan dikutip untuk diproses menjadi cincau hijau. Penjagaan yang baik akan membolehkan tumbuhan ini memanjang sehingga 5 - 18 meter panjang. Di negara Vietnam tanaman ini dipanggil sebagai 'surong saoatau 'thach surong sao' yang ditanam dibawah naungan pokok kelapa secara komersil (Sila lihat foto dibawah). Mereka menjadikan tanaman ini sebagai satu jenis tumbuhan untuk diekspot dalam bentuk serbuk untuk dijadikan agar-agar atau cincau yang sememangnya mampu menurunkan suhu badan.


Dalam meneruskan pembacaan mengenai pembuatan cincau, saya dapati ada beberapa jenis tumbuhan lain yang boleh dijadikan 'gel' atau 'jelly'. Tumbuhan tersebut adalah Premna oblongifolia, Mesona palustris dan juga Cyclea barbata. Tumbuhan ini tumbuh liar didalam kawasan di Asia Tenggara dimana memang belum banyak yang dikomersilkan atau dibuat kajian secara khusus. Ini mungkin disebabkan oleh potensi tumbuhan ini sebagai herba untuk kesihatan masih belum meluas penggunaannya. Nama tumbuhan ini adalah Prema oblongifolia dan ia juga mempunyai nama lain sebagai  Melastoma polyanthum yang sama dengan tumbuhan jensi Senduduk (Melastoma malabraticum). Tumbuhan ini akan menghasilkan cincau berwarna hitam sama dengan tumbuhan Mesona palustris dan Mesona chinensis. Sementara itu tumbuhan jenis Cyclea barbata pula lazimnya digunakan untuk menghasilkan cincau hijau (Sila lihat foto dibawah). Pernahkah anda minum air cincau hijau seperti ditunjukkan dibawah?. Dari segi rasa adalah sama dengan cincau hitam cuma terdapat perbezaan pada warna dan juga aromanya. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!...
CINCAU HITAM...CINCAU HIJAU ADA...
MUDAH DITANAM..DIMANA SAHAJA...
BENIH BELI ONLINE... BAYAR SAJA...
DAUN DIPROSES ...CINCAU ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(12 JamadilAwal 1441H)
Bersamaan 6 Januari 2020 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.