Friday, February 28, 2020

BUAH CERMAI - ADA HARGA

BUAH CERMAI (Phyllanthus accidus) adalah sejenis buah dari tumbuhan dalam keluarga Phyllanthaceae atau didakwa ia juga dibawah keluarga Euphobiaceae yang natif terdapat di Malaysia. Kegunaan buah cermai adalah pada bahagian buahnya yang dihasilkan sepanjang tahun dimana kini ia didapati semakin berharga. Buah ini memeng dikelaskan dibawah Buah Nadir di negara kita. Buahnya yang keluar daripada bahagian dahan dan batang dikutip untuk diproses dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang enak. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman. Penelitian penulis blog daripada beberapa buku dan pengalaman di lapangan mendapati dimana setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai didapati mengandungi 4.6 mg asid askorbik. Pokok Cermai ini dipercayai berasal daripada Madagascar dan tumbuh liar di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam serta Selatan India, Sri Lanka dan Jamaica, Cuba, Carribean serta Amerika Selatan. Pokok ini dari jenis tropika dan sub-tropika yang dipanggil 'Gooseberry". Nama lain ialah Malay Berrry ; Oteiberry ; Gooseberry ; Country Gooseberry (English), Cermai ; Cheremai ; charmella ; charmin-charmin ; Kemangor (Malaysia), cherme ; tcherme (Indonesia), cherembelier ; cham dot (Vietnam), mayom (Thailand), Mak-nkhom (Laos), charmori ; harphanori (India) dan Grosella ; Groselha (Kawasan Caribean, Costa Rica dan Brazil). Tanaman cermai ditanam dikeliling rumah di Malaysia dan jarang kita jumpa penanaman cermai secara meluas yang ditanam secara Monokrop. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan yang di panggil dengan Cermai yang mudah di tanam ddan kini menjadi sejenis buah nadir yang berharga untuk tatapan dan rujukkan anda semua.

Pokok Cermai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 3-9 meter iaitu seakan-akan sama dengan pokok belimbing buluh. Bentuk batang dan dahan pokok cermai berwarna coklat kehitaman dengan susunan kanopi seimbang. Daun cermai berwarna hijau muda dan berukuran 3-5 cm panjang dan 1-2 cm lebar dengan susunan bersilang tersusun rapi. Bunga yang bersaiz kecil lazimnya keluar dari bahagian dahan dan batang pokok cermai berwarna putih kemerahan dan dalam jambak yang bersusun. Pendebungaan berlaku dengan sendiri dimana ada bunga Jantan, Bunga Betina dan ada yang Hemaprodite dan juga ada bantuan daripada serangga terutamanya semut dan juga angin. Buah cermai berbentuk seperti apel kecil yang mempunyai 6-8 keluk atau ketak berwarna hijau muda keputihan. Buah yang masak akan bertukar kepada hijau kekuningan. Saiz buah lingkungan 1 - 1.5 cm garispusat dan mempunyai rasa sangat masam. Di bahagian tengan cermai ada beberapa bijibenih yang berwarna kekuningan dan keras sebanyak 4-6 biji. Lazimnya proses penanaman cermai sesuai di kawasan tropika yang mempunyai hujan mencukupi serta tanah jenis lom berpasir. Kawasan perlu mempunyai sistem saliran yang sempurna dan cahaya matahari mencukupi untuk mempastikan proses pembungaan dan pengeluaran buah. Kajian saya mendapati tidak ada maklumat mengenai keluasan dan penanaman cermai di Malaysia kerana tumbuhan ini tidak ditanam secara komersil. Kebanyakan tanaman di tanam dikeliling rumah dan didalam susun buah-buahan bercampur. Saya anggar keluasan sekitar 180 - 220 hektar berdasarkan kajian CHE oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1990. Kultivar yang ada di tanam di Malaysia adalan jenis Cermai Tempatan yang masam. Terdapat beberapa spesis cermai yang manis dilaporkan di Indonesia dan Filipina dan mempunyai khasiat yang baik.


Cermai tidak bermusimmenjadikan ia sejenis bua yang berpotensi ditanam komersil asalkan petani mempunyai teknologinya. Buah Cermai biasanya membiak melalui biji benih yang disemai dan keratan batang. Biasanya proses percambahan agak lambat kerana bijinya yang keras. Pokok cermai bersaiz kecil dan sederhana besar iaitu setinggi tiga hingga 10 meter (m). Batang lurus, berdahan banyak, berwarna coklat kehitam-hitaman dan susunan silara yang seimbang. Ia kelihatan seakan-akan belimbing buluh terutama bentuk daunnya.  Buah cermai jarang dimakan segar kerana rasanya masam. Buah yang hampir masak dibuat jeruk atau halwa dan dijadikan ramuan dalam resipi masakan tradisional.Buahnya berbentuk bulat, agak leper, diameter berukuran 1 hingga 2 sentimeter (sm), mempunyai 6 hingga 8 lekuk, berwarna putih kekuning-kuningan atau hijau kekuning-kuningan. Pada penulis blog mendapati buah cermai mempunyai beberapa biji kecil dan keras. Tangkai buah cermai panjang, berukuran 2 - 3 cm. Buahnya keluar tergantung pada dahan dan ranting pokok (Sila lihat foto disebelah). Pucuk cermai dibuat sayur atau penyedap rasa dalam masakan tradisional. Bahagian yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional ialah akar, buah, daun dan kulit pokok. Kampung Sungai Cermai di Bahau, Negeri Sembilan dan Kampung Cermai, Pasir Raja, Terengganu mendapat namanya sempena pokok cermai yang terdapat di kawasan berkenaan.


Kegunaan lain pokok cermai adalah bahagian kayu dan dahan kayu yang boleh digunakan sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan. Penanaman pokok cermai boleh menggunakan biji benih atau keratan batang (grafting) dan teknik cantuman udara (air layering). Penanaman dengan menggunakan biji benih perlukan masa selama 4 tahun untuk pokok mula berbuah jika ia di bandingkan dengan cara keratan dan cantuman cuma 2-3 tahun sahaja. Jarak penanaman 4 m x 6 m dan jalankan cantasan untuk mendapatkan dahan seimbang. Pembajaan dengan baja organik dan baja tumberaran NPK 15:15"15 dari tahun pertama hingga tahun ke 3 dan berikan baja NPK 12:12:17:2 untuk mengeluarkan bunga dan buah. Tanaman kontan dibuat dalam kebun untuk meningkatkan produktiviti di ladang. Pastikan kawasan tanah adalah dari jenis tanah subut dengan bahan baja organik yang mencukupi dan mempunyai sistem saliran yang baik. Cantasan awal perlu dibuat untuk mendapatkan bentuk sistem percabangan yang banyak kerana buah cermai banyak keluar daripada bahagian batang dan dahan

Pokok Cermai tidak mempunyai masaalah serangan perosak dan penyakit yang serius. Terdalat serangan Ulat Makan Daun yang makan daun terutama dalam musim kering dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga. Buah yang matang berisi padat akan di kutip menggunakan tangan dan di basuh sebelum di proses. Satu pokok cermai dewasa mampu menghasilkan kira-kira 10 - 15 kilogram buah cermai setahun. Pengeluaran musim puncak di Malaysia adalah pada bulan April, Mei dan Jun setiap tahun. Buah cermai jeruk yang di jual di pasar malam dan di supermarket dengan harga RM 2.50 - RM 3.00 setiap 100 gram. Pulau Pinang yang terkenal dengan produk jeruk buah-buahan tidak ketinggalan menjual 'Buah Cermai Jeruk; dengan harga RM 4.50 - RM 6.00 sekilogram. Penanaman cermai dapat membantu petani mengisi kawasan tanah lapang keliling kebun atau kawasan kosong. Pokok cermai mudah dijaga dan penghasilannya juga adalah tidak mengecewakan jika dijaga dengan baik. Pada masa akan datang mungkin kita boleh mendapatkan jus cermai, pil cermai, candys cermai atau kapsul cermai dipasaran selain daripada produk makanan kesihatan berasaskan buah cermai. Tanamlah cermai untuk dimakan sendiri, diproses atau dijual kepada orang lain. Khasiat cermai bagaimana pun masih perlukan banyak kajian lanjut oleh pakar nutrisi makanan. Mungkin akan banyak produk berasaskan cermai akan dicipta seperti jus cermai, teh cermai, kordial cermai, scahet cermai dan sebagainya dimasa akan datang. Kini buah cermai yang dahulu hanya dumbuh sendiri atau ditanam untuk suka-suka tetapi kini sudah ada harga. Semuga artikel ini memberi info berbaloi kepada pembaca anim agro technology kali ini.  Wasallam!. 
BUAH CERMAI ...HIJAU WARNANYA...
RASA MASAM... KHASIATNYA ADA...
DIJADIKAN JERUK ...PEMINAT SUKA...
BOLEH DI TANAM...DIKEBUN MUDAHNYA... 

By,
M Anem
Senior Agronomist,

Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(7 JamadilAwal 1441H)
Bersamaan 3 Januari 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.