Sunday, December 22, 2019

PAGAR LETRIK - SOLAR POWER


 PAGAR LETRIK dalam kebun Nanas (Ananas comosus) merupakan satu infrastruktur yang penting dipasang untuk mengawal serangan haiwan perosak terutama daripada babi hutan (Wild boar). Kini ramai usahawan yang menceburi bidang pertanian terutama didalam penanaman nanas jenis MD2. Usahawan ini terdiri daripada mereka dari syarikat ternama, usahawan muda, ahli perniagaan, bekas-bekas kakitangan awam dan swasta serta orang muda yang mana mereka berminat dengan penanaman nanas. Nanas MD2 atau nama varieti sebegai 'Millie Dillard' diberikan nombor pendaftaran oleh Jabatan Pertanian sebagai AC9 antara varieti nanas yang dilaporkan boleh memberikan pulangan terbaik jika dapat buah yang berkualiti (Banyak Gred A) dan juga selamat daripada serangan perosak dan penyakit.  Mengenali buah nenas varieti MD2 tidak lengkap kalau kita tidak mengetahui akan peciriannya. Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah. Kulit buah nenas ini akan berwarna adalah kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Dalam pemantauan penulis blog ke banyak kebun yang menanam nenas MD2 di Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Pahang terdapat beberapa penanam nenas lebih berminat untuk menghasilkan buah nenas MD2 dengan berat lebih 3.0 kg sebiji untuk pasaran domestik. Kebanyakan kawasan tanaman nanas ini juga berada dikawasan tanah baru dan tanah sedia ada. Bagi kawasan tanah baru dipingggir hutan lazimnya terdaoat beberapa isu serangan haiwan perosak seperti babi hutan dan sebagainya. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technoloogy" saya paparkan teknologi pagar eletrik menggunakan solar sel di salah sebuah ladang tanaman nanas MD2 di Ulu Bernam, Selangor untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Sistem Pagar letrik dikawasan kebun ini memang telah menjadi satu keperluan terutama dikawasan kebun yang mana ia berhampiran dengan pinggir hutan atau belukar dimana terdapat babi hutan yang memang semulajadi menjadi habitatnya. Baru-baru ini penulis blog membuat tinjauan teknologi kesalah satu kebun nanas komersil seluas 18 ekar kepunyaan TSY Group di Ulu Bernam, Selangor untuk melihat prestasi penanaman nanas MD2 mereka. Menurut Tonni yang mengusahakan kebun nanas ini dengan Saiful dan Yusoff dimana dakwanya kebun ini yang terletak berhampiran dengan hutan secondary disebelahnya telah ditanam nanas MD2 semenjak 10 bulan lepas berperingkat dan masaalah utama dari pringkat awal penanaman adalah serangan babi hutan.Seranagan ini berterusan sehingga kini. Pada penulis blog mendapati dimana babi hutan sering tinggal dikawasan hutan belantara yang mana ia suka mencari cacing dan kawasan yang ada banyak cacing adalah pada pangkal pokok nanas dibawah plastik silvershine. Babi hutan juga suka makan umbut nanas sebagai makanannya. Ia akan mengorek tanah dan juga akan merosakannya menyebabkan pokok tersebut akan mati. Babi hutan adalah sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam untuk mencari makanan atau pada waktu siang hari jika tiada kelibat manusia. Kawasan tanaman nanas yang jauh dipendalaman memang tiada bekalan eletrik dan penggunaan solae cell merupakan terbaik untuk usahawan diaplikasikan (Sila lihat foto disebelah). Solar Panel ini mudah dibeli dan dipasan dengan peyelenggaraan yang murah dan mudah.


Komponen pasar letrik Solar Panel ini terdiri daripada Solar Panel, Bateri, Energizer, Dawai/Wayar Rentang, Tiang Pagar dan Electrometer. Kesemua ini hanya perlu dipasang ditempat yang selamat dan menerima 100% cahaya matahari untuk mempastikan ia boleh berfungsi dengan baik. Elakkan dari meletakkan panel solar ini dikawasan yan terlindung. Kuasa letrik daripada solar panel ini pada sepanjang siang hari akan disimpan didalam bateri dan Energizer yang disimpan didalam kotak yang terlindung daripada hujan dan panas atahari (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kesemua sistem panel dan peralatan pagar letrik ini dipagar dan dikunci untuk elakkan kecurian. Maklum sahaja lokasi kebun juga jauh daripada penglihatan manusia dimana bila-bila masa sahaja ia terdedah kepada kehilangan. Paling diminati adalah panel solar dan bateri dimana pekerja ladang boleh curi atau ambil untuk mereka pasang dirumah kongsi bagi mendapatkan bekalan letrik untuk TV dan juga handphone. Pada penulis blog sistem ini adalah cekap dan signifikan jika ia selalu dijaga baik dan diperiksa mengikut jadual. Lazimnya akan ditambah juga alat 'Timer' pada sistem inii jika hendak dipasang untuk waktu tertentu sahaja dimana cara ini akan dapat juga menjimatkan bateri.


Pengalaman penulis blog sejak dahulu memang tahu kuasaletrik yang standard digunakan untuk pagar letrik ini adalah 6 Joule dimana ia sudah cukup mengejutkan haiwan atau sesiapa yang menyentuhnya. Bagaimana pun kuasa letrik ini boleh dikawal daripada Energizer sama ada ingin memberikan 6 Joule atau 12 Joule (watt) bergantung kepada kesesuaian dan kehendak pekebun. Lazimnya pemasangan pagar elektrik ini biasanya dipasang dengan sekurang-kurangnya 1 - 3 jalur dawai khas (Poly wire) bergantung kepada kehendak dan kesesuaian dan ia mengelilingi kawasan tanaman nanas atau ternakan. Semua jenis binatang yang datang menyentuh dawai khas tersebut akan mendapat kejutan atau renjatan elektrik yang rendah. Kejutan atau renjatan ini tidak bahaya kerana ia hanya membawa arus yang rendah. Akibat dari kejutan atau renjatan ini akan membuatkan haiwan tersebut takut untuk menghampirinya. Arus elektrik yang rendah ini boleh diprogramkan agar ia hanya mengalir dalam dawai tersebut di mana arus dihantar 3 saat sekali atau berterusan. Kalau terkana kepada babi hutan ia akan berpatah balik dan beralih kelokasi lain. Kalau terlanggar lagi ia akan lari dan tidak mahu melaluinya lagi terutama pada malam hari.


Sistem Pagar Elektrik ini berfungsi dengan cara mempastikan dimana arus elektrik akan dialirkan oleh alat yang dipanggil ENERGIZER yang disambung pada jalur wayar yang mengeliling kawasan tanaman atau ternakan tersebut. Jalur wayar atau dawai ini mesti dipasang mengikut ketinggian sesuai (1 kaki- 1.5 kaki) dari paras tanah diatas tiang dengan kukuh (Sila lihat foto disebelah). Apa yang paling penting adalah wayar tadi mestilah bersih laluannya daripada sebarang kayu, semak atau rumput menyentuhnya. Ini kerana jika ada sntuhan maka arus eletrik akan terus mengalir dan wayar berkenaan tidak berfungsi dengan baik. Katika huja pula lebih cepat arus letrik hilang kerana ia terlus mengalir dan PENTING BERSIHKAN SEPANJANG WAYAR, Punca kuasa energizer ini adalah daripada bateri 12volt (N60/N70/N100 dimana Batteri lebih besar lebih tahan lama) ataupun terus daripada punca elektrik menggunakan adaptor khas (jika ada bekalan letrik TNB). Lazimnya arus letrik ini akan dihantar pada jalur dawai tersebut tiga saat sekali.  Haiwan yang menyentuh jalur dawai ini akan mendapat kejutan/renjatan eletrik yang rendah (tidak membahayakan) melalui sistem elektrik yang asas iaitu haiwan yang berpijak di atas tanah akan menerima renjatan ini. Terdapat banyak syarikat dan jenama pagar letrik ini yang menawarkan harga serta khidmat selepas jualan yang berbeza-beza. Pilih jenama dan sistem yang sesuai dengan keadaan kebun dan kekampuan kewangan anda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PAGAR LETRIK... SANGAT BERGUNA...
TENAGA SOLAR... DIPASANG SAMA...
BERFUNGSI... PEROSAK TAKUTNYA...
MEMANG CEKAP... SELAMAT JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.