Saturday, November 9, 2019

BUAH LETUP-LETUP - HARGA M3,000!

BENARKAH BUAH LETUP-LETUP (Physalis angulata) adalah buah yang  harganya mencecah sehingga RM3,000 bagi 100 gram!. Tumbuhan ini adalah daripada keluarga Solanaceae iaitu sama dengan pokok terung dan tomato. Nama lain buah ini di dalam bahasa Jawa adalah Ciplukan yang saya tahu semenjak kecil dahulu dan buah ini sama dipanggil hanya ''Ciplukan'' di Indonesia juga. Bagi penulis blog dahulu sering jumpa pokok letup2 ini dikawasan belukar dengan banyak terutama selepas kebun getah ditebang dan dibakar. Ia tumbuh meliar sama ada sepokok atau dalam kumpulan dan berbunga serta berbuah. Buah ini mungkin sangat asing di kalangan masyarakat di Malaysia terutama generasi 2Y yang tinggal dibandar-bandar. Penulis blog sendiri sudah beberapa kali menemui tumbuhan ini dan juga kadang kala terkeliru dengan sebutan bagi pokok buah letup-letup (Passiflora foetida). Buah ini juga (Passiflora foetida) adalah sejenis tumbuhan nadir dari keluarga Passiflorceae yang tumbuh di negara kita Malaysia secara liar dikawasan kebun dan belukar. Tumbuhan ini diberi nama ‘Letup-letup’ mungkin kerana buahnya yang berbunyai ‘pop’ apabila di himpit dengan kedua belah tapak tangan (atau di tepuk) atau juga mungkin apabila buah cukup matang buahnya meletup untuk mengeluarkan bijinya. Nama lain bagi tumbuhan ini dalam bahasa Inggeris ialah Wild Water Lemon, Stinking Passion Flower, Wild passion fruit, Love-in-a-mist (English), Buah Tikus (Malaysia), Timun Padang (Indonesia) dan Kha Tok Rok (Thailand). Perbezaan nyata adalah pokok letup tumbuh menegak sedangkan pokok letup-letup tumbuh menjalar. Buah letup dalam sarung berbentuk kuncup sedangkan buah letup-letup didalam struktur berjaring walau pun warna buahnya apabila masak mungkin serupa. Kedua jenis buah ini disebabkan buahnya yang boleh meletup apabila dipicit, sama seperti pokok letup-letup. Di Indonesia pula pokok ciplukan yang banyak tumbuh liar ini sebenarnya sudah mula diberi tumpuan kerana diketahui mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Banyak kajian yang telah dijalankan di Fakulti Teknologi Pertanian di Indonesia sehingga terhasil beberapa produk dari tumbuhan ini untuk pasaran tetapi belum ad di negara kita. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai buah letup untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Terkini buah ini telah viral apabila ia didakwa mampu mencapai harga pasaran yang tinggi sehingga harga RM 3,000.00/100gm. Kenapa agaknya buah dari tumbuhan ini yang dahulu dibiarkan saja tetapi ia kini menjadi satu tumbuhan yang bernilai tinggi?. Ini kerana ada kehebatan khasiatnya yang mampu ianya sembuhkan beberapa masaalah kesihatan. Di beberapa restoren atau kedai bakeri pula dapat dilihat dimana buah letup-letup ini diletakkan diatas kuih muffin yang dihiasi dengan buah letup-letup kelambu (Sila lihat foto disebelah). Rasa makanan ini yang mungkin agak pelik kerana buah letup-letup sering dianggap rumpai yang diketahui tumbuh merata atau pun tumbuh dibelukar di kampong-kampong. Siapa sangka dimana buah ini kini mampu menjejaki dapur hotel dan beberapa buah premis yang ekslusif dengan nilai yang tinggi. Tentu ada keistimewaan tertentu tentang tumbuhan ini dan ada maklumat mengatakan harga buah letup-letup kelambu mencecah hingga RM 3,000.00 di Korea. Belum ada petani yang berani komersilkan tumbuhan ini di negara kita akan tetapi ia ditanam dengan komersil oleh beberapa usahawan di negara jiran iaitu di Indonesia. Beberapa usahawan dilaporkan menjadi kaya kerana menanam pokok letup-letup ini.

Bagi penulis blog pokok letup-letup yang mempunyai khasiat hebat ini adalah dinamakan sebagai Pokok Letup-letup Kelambu (Physalis peruviana) yang didakwa ia merupakan spesis tumbuhan genus Physalis dimana dipercayai ia berasal dari rantau Chile dan Peru. Tanaman dan buahnya biasanya dipanggil ceplukan (Indonesia), cecendet (Sunda), Keceplokan (Bali) atau Inggeris dikenali dengan gooseberry Cape, goldenberry atau physalis. Ia dilaporkan telah pun ada ditanam di England dan Afrika Selatan sejak akhir abad ke-18. Namun daripada beberapa laporan jurna penulis blog dapai jenis lain iaitu Physalis minima dan Physalis angulata adalah spesis yang lebih banyak terdapat di kawasan Asia. Spesis tempatan ini tumbuh liar dikawasan belukar dan juga menghasilkan buah sehingga ada haiwan seperi butung yang memakannya apabila masak. Buah jenis P. peruviana ini juga adalah dari jenis yang berbunga dari keluarga Nightshade atau pun Solanaceae yang tumbuh di kawasan-kawasan panas dan subtropika hangat di dunia. Pokok ini merupakan tumbuhan herba yang mampu tumbuh sehingga paras ketinggian 0.4 - 3.0 meter tinggi. Pertumbuhannya juga agak menyerupai pokok buah tomato tetapi kecil ukurannya (1.25 - 2.0 cm) akan tetapi lazimnya dengan batang yang lebih tegar dan tegak, ia boleh jadi pokok tahunan atau saka.  Dalam pada itu kebanyakannya memerlukan matahari penuh dan suhu hangat hingga panas.

Di Malaysia masih kurang atau dikatakan tiada maklumat tanaman Buah Letup-letup ini yang ditanam secara komersil di namun di Indonesia telah muncul jutawan dari ciplukan seperti yang diusahakan oleh Cik Juwita Kuswara di Sumedang, Jawa Barat. (Sumber rujukan: TRUBUS bil. 577 Disember 2017)Pokok ini tumbuh dalam kebanyakan jenis tanah dan dapat tumbuh elok dalam tanah tidak subur atau dalam pasu. Ia memerlukan banyak air diawal pertumbuhan, hingga mencapai waktu buah masak. Pokok ini terdedah kepada banyak penyakit dan perosak tomato biasa, perosak lain adalah seperti afid, lalat putih, hamama labah dan kumbang Leptinotarsa juncta didapati ada juga menyerangnya. Pembiakan ialah melalui biji benih.  Bagaimana pun buah ini adalah berbeza dari pokok letup-letup atau lebih dikenali dengan nama Pokok Ulat Bulu (Passioflora feotida) yang pernah saya jumpa dikampong dahulu. Dari segi khasiat pula terdapat dakwaan dimana buah letup-letup ini bermanafaat dengan cara mengambil buah letup-letup kelambu secara rutin didakwa ia boleh dapat membantu pengidap stroke untuk memulihkan sel saraf. Dalam pada itu didakwa dengan pengambilan 10 biji buah letup-letup kelambu yang dimakan secara langsung atau di buat jus dikatakan mampu untuk mengubati penyakit gusi, bahagian dalam mulut atau lidah yang kelihatan merah dan putih. Pengidap penyakit ini akan mengalami kesakitan serta kesakitan ketika makan atau minum dan juga penampilan nafas berbau yang mana ia disebabkan oleh bakteria di dalam mulut. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah ini mampu mencegah dan merawat penyakit ini.

Selain dari itu buah ini juga dikatakan juga mampu mengatasi tekanan darah tinggi. Cara makan dengan mendidihkan lima biji buah segar yang masak didalam 100 ml air dan direbus selama 5 minit. Tapis airnya dan minum semasa airnya masih suam dua kali sehari. Terdapat dakwaan dimana ianya mampu menyembuhkan vertigo (sakit paru-paru), mengubati bisul, membantu mengawal keracunan makanan, memulihkan tenaga, meredakan batuk serta memperbaiki air kencing dan diabetes. Selain dari itu ianya juga mampu mengubati selsema dan penyakit asma (lelah), mengubati penyakit jantung serta menurunkan demam panas. Buah ini juga merupakan ubat tradisional untuk mengatasi kanser terutama kanser payudara. Caranya dengan menyediakan 4 helai pucuk letup-letup kelambu, 4 biji beras dan pucuk kunyit ditumbuk lumat dan lumurkan tiga bahan tersebut pada payudara. Dalam perubatan Cina amalan ambil pokok spesies Physalis digunakan untuk merawat keadaan seperti abses, batuk, demam, dan sakit tekak. Buah dini ada digunakan di kalangan orang sebagai antispasmodic, diuretik, antiseptik, penenang dan analgesik serta dalam rawatan jangkitan tekak dan penghapusan parasit usus atau amuba serta untuk menguatkan saraf optik.


Kajian kes menunjukkan bahawa buah-buahan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti hypertension, takikardia ventrikel dan episod manic. Selain itu ada kajian berkaitan dengan aktiviti biologi yang dijalankan ke atas buah, batang dan daun. Dilaporkan dimana tumbuhan ini juga telah menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan hepatoprotective dan antioksidan serta kesan sitotoksik ke atas sel-sel kanser tertentu. Buah yang masak memang mempunyai aroma dan rasa yang enak untuk dimakan dengan pelbagai cara. Namun dalam apa jua keadaan kaedah pengambilan bahan dari tumbuhan untuk tujuan perubatan hendaklah sentiasa mendapatkan nasihat daripada para profesional seperti doktor atau pakar pharmasutikal. Di Malaysia belum ada usahawan yang menanam buah letup-letup secara komersil dengan luas dan produktif kerana masih kurang info dikalangan petani dimana mereka terpaksa bertanya untuk mendapatkan malumlumat tepat. Kemungkinan akan ada usahawan dari Malaysia yang mampu meughasilkan buah letup-letup sebagai salah satu potensi tanaman herba pada masa akan datang. Semuga artikel ini meberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BUAH LETUP-LETUP... CIPLUKAN SAMA...
SENANG DITANAM... DIJAGA SENTIASA...
HASIL LUMAYAN...DIPETIK SENTIASA... 
BACA ARTIKEL.. MENDAPAT IDEANYA...

By,
M Anem,
Senior gronomist,
Room 814, PineTree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(1441 Safar 1441H)
Published from:
Room 104, Villa Sentosa Taiping,
Jalan 8, Taiping, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.