Sunday, November 10, 2019

BUAH KASAI - APA DIA?

BUAH KASAI (Pometia pinnata) atau BUAH TERAJANG atau BUAH MATOA merupakan sejenis buah yang dihasilkan dari pokok Kasai yang banyak terdapat di negara kita terutamanya tumbuh liar dikawasan tepi sungai. Pokok Buah Kasai ini sring dijumpai di kawasan yang berhampiran  sungai seperti di Pahang, Johor dan Perak serta beberapa negeri lain di Malaysia dan memang natif dari negara kita. Penulis blog yang baru mengenali Pokok Kasai atau dikenali juga sebagai matoa di Indonesia dan tava di Samoa akan menulis artikel berkaitan dengan tumbuhan ini. Didalam alam semulajadi ia dikenali sebagai pokok hutan yang tergolong dalam tumbuhan besar yang mana ketinggiannya boleh mencapai sehingga 18 m dengan diameter batangnya akan membesar sehingga 100 cm bergantung pada keadaan persekitaran lokasi pokok kasai tumbuh. Pokok ini tumbuh dengan baik di kawasan tanah yang kering dengan taburan semula jadi di kawasan Asia Tenggara dan juga dikepulauan Pasifik. Bentuk pokok kasai cukup cantik dan amat menarik dimana bahagian daun yang beralun berserta urat daun yang jelas kelihatan dan dihiasi pula dengan pucuk yang berwarna merah cerah menyerlahkan landskap sesuatu kawasan (Sila lihat foto diatas). Kini pokok kasai banyak ditanam sebagai tanaman teduhan dan hiasan bagi menghiasi landskap sekitar bandar raya, taman-taman rekreasi, tepi-tepi jalan dan juga ditanam dikiri kanan lebuh raya. Pada penulis blog yang teruja mengenali pokok kasai ini dimana kemudiannya tahu yang buah kasai tergolong dalam kategori buah-buahan nadir. Saiz buahnya kecil yang berbentuk bujur dan ukuran panjangnya antara 3 hingga 4 cm sahaja. Ketika muda, buahnya berwarna hijau muda dan bergugus seperti buah longan. Lama-kelamaan buah kasai akan bertukar kepada merah keperang-perangan sehingga merah kehitam-hitaman apabila cukup matang. Kulit buahnya agak rapuh dan mudah pecah jika digigit. Isinya sangat nipis dan berwarna putih jernih seakan-akan isi buah longan. Rasanya sangat manis tetapi tidak mudah lekang daripada biji buahnya. Buah kasai juga biasa dibuat bubur dan sedap dimakan dengan roti putih atau pulut seperti bubur isi buah durian. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai buah Kasai sebagai satu sumber bahan rujukkan dan bacaan semua.


Pada zaman dahulu ada dakwaan dimana kulit pokok kasai digunakan untuk tujuan mengawet jala supaya lebih tahan lama. Jala ikan akan dicelupkan dan direndam ke dalam air rebusan kulit pokok yang kasai yang dikeringkan untuk mengelakkan jala daripada mudah reput. Masa itu juga jala juga diperbuat daripada tali benang kapas yang biasanya tidak tahan lama di dalam air namun pada hari ini tali nilon (nylon) telah lebih banyak digunakan. Pokok buah Kasai (Pometia pinnata) adalah tergolong dalam famili Sapindaceae iaitu sama seperti buah laici, longan dan juga rambutan. Di Pusat Penyelidikan Perhutanan (FRIM) ada aktiviti dimana Pokok Kasai boleh dijumpai di Taman Warisan dan di Taman Botani Kepong. Dalam pada itu buah kasai dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua di Indonesia dan banyak gelaran untuk buah ini dinegara lain. Nama lain termasuk seperti Matoa, Ganggo, Jagir, Jampania, Kase, Kungkil, Lamusi, Lanteneng, Lengsar, Pakam, Sapen, Tawan, Tawang dan Wusel. Buah kasai boleh digolongkan dalam kategori buah-buahan nadir dimana jika dilihat maka buahnya lebih kurang sebesar ibu jari tangan kita dan panjangnya sekitar 3 hingga 4 cm. Ketika muda lazimnya buah kasai bewarna hijau muda bertukar merah keperangan bila mula agak tua. Apabila cukup masak ianya menjadi biru kehitaman. Pada zaman dahulu seperti dinyatakan diatas dimana ketika belum ada lagi tali nylon untuk dijadikan jala untuk menangkap ikan biasanya jala menangkap ikan akan diperbuat menggunakan tali benang kapas yang tidak tahan lama apabila selalu terendam di dalam air. Penduduk kampong ketika itu akan mengambil kulit pokok kasai dan dikeringkan. Setelah kering kulit pokok kasai tadi direbus di dalam periuk. Air rebusan kulit pokok kasai ini digunakan untuk mencelop jala yang diperbuat dari benang kapas untuk mengelakkannya daripada cepat rosak. Proses mencelup jala benang kapas di dalam air rebusan kulit pokok kasai ini dinamakan “menyamak jala”. Pada masa dahulu hanya benang kapas juga dikenali sebagai “benang serban” dapat dijadikan jala. Menjala ikan adalah satu cara nelayan sungai untuk mendapatkan sumber protin.


Dalam pada itu pokok kasai bernilai apabila kulit buahnya agak rapuh jika digigit, berisi bening tetapi tipis. Isinya cukup manis tetapi isi buahnya tidak mudah lekang dari biji buahnya. Oleh itu kita terpaksa mengulum-ngulum isinya untuk menikmati kemanisan buah kasai ini. Buah kasai ini juga biasa dibuat bubur dengan dimasak bersama santan kelapa bercampur gula Melaka dan sedikit tepung jagung untuk memekatkannya. Isi buahnya menyerupai isi buah bendara hutan atau isi buah mata kucing yang banyak terdapat di negeri Pahang Darul Makmur. Penulis blog yang pernah bertugas di Pahang ada beberapa kali membuat tinjauan teknikal mengenai tanaman buah kasai. Apa yang dilihat dimana isi buah kasai yang telah dikopek memang ianya enak dimakan segar (Sila lihat foto disebelah). Buah Kasai juga sesuai dibuat serawa atau bubur dengan cara mencampurkan sedikit santan dan gula Melaka. Makanan ini boleh dimakan bersama roti putih atau bersama pulut seperti yang kita buat dengan bubur isi buah durian. Buah ini yang ada dijual memang enak dimakan semasa ia masih segar atau ia juga boleh didimpan didalam peti sejuk. Dalam pada itu kini pokok Kasai sudah digunakan sebagaii tanaman landskap yang menarik.  Di Putrajayamungkin ada yang perasan kewujudan pokok ini menghiasi kawasan-kawasan tertentu ditanam sebagai tanaman landskap yang menarik. Pemilihan pokok Kasai ini disebebkan bentuk pokok kasai rendang, mempunyai kanopi yang sederhana besar dan mempunyai pucuk berwarna merah cerah yang boleh menarik perhatian ramai pengunjung kawasan taman-taman. Pucuknya yang kemerahan itulah menyerlahkan lagi akan landskap bagi sesuatu kawasan. Dalam pada itu pokok ini juga banyak ditanam di kawasan rehat lebuh raya dan taman-taman rekreasi sekitar Kuala Lumpur.Penulis blog tidak pasti adakah pokok kasai ini mempunyai pelbagai jenis atau spesis yang lain. Sesetengah pokok kasai di tempat lain di lihat ada terdapat sedikit perbezaan daripada pokok kasai yang terdapat di Pahang dan Putrajaya.


Antara perbezaan pada buah kasai adalah dimana warna buah kasai ketika muda adalah bewarna hijau muda dimana ia juga kemudian bertukar merah keperangan bila mula masak (Sila lihat foto disebelah). Isi buah kasai berwarna putih dan memang boleh dimakan walau pun ada yang mendakwa dimana rasanya tidak sesedap buah longan atau mata kucing. Buah kasai ini boleh dibuat bubur dengan dimasak bersama santan kelapa bersama gula Melaka dan tepung jagung bagi memekatkannya. Mungkin anda biasa makan buah ini atau ada menanamnya dikawasan rumah sebagai hobi. Benih boleh didapati dengan mengumpulkan buah Kasai yang matang dan kemudian dijemur sebelum disemai didalam polibeg yang mengendungi media semaian. Apabila bercambah maka ia sudah boleh diubah keladang atau ditanam dalam polibeg atau pasu besar sahaja. Sediakan lubang penanaman pada jarak 12 meter mengikut kesesuaian dan untuk tanaman landskap disesuaikan dengan rekabentuk landskap yang menarik. Pokok perlu dijaga dengan menyiram dan membaja mengikut jadual. Pokok kasai tidak mempunyai masaalah serangan serangga perosak dan penyakit. Bagaimana pun jika tanaman ini terendam dalam air maka  ia menganggu tahap pertumbuhannya atau terencat. Didakwa boleh mula berbunga selepas 4-5 tahun ditanam maka ia berpotensi memberikan hasil dengan cepat. Kini penanamn pokok kasai atau pokok matoa sudah mendapat perhatian beberapa petani yang berminat. Berkemungkinan satu hari nantu akan ada lebih ramai penanam pokok kasai dan buah kasai lebih mudah didapati dipasaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH KASAI... BUAH MATOA SAMA...
BUAH DIKUPAS... AMAT MANIS ISINYA...
MUDAH DITANAM...DI CARI BENIHNYA...
BACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1610, Superor Deluxe Room,
Hotel Imperial Heritage, Bandar Hilir,
Melaka, Malaysia.
(16 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.