FARMERS FIELDS SCHOOL (FFS) adalah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan latihan hands-on kepada usahawantani dan tenaga pengajar daripada Jabatan Pertanian. Setakat ini beberapa FFS telah diwujudkan dibeberapa lokasi diseluruh negara melatih didalam beberapa bidang pertanian. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi FFS Penternakan Kelulut (Trigona spp) di Rhu Tapai, Terengganu bersama usahawan tersebut dikenali dengan nama En Khairi. Lawatan ke pusat FFS atau Apiari kelulut melibatkan beberapa orang pegawai daripada Negeri Terengganu selama lebih 3 jam untuk saya membincangkan banyak perkara teknikal mengenai aspek pengurusan penternakan kelulut dengan usahawan ini yang lebih 6 tahun menceburi bidang ini. Rupanya beliau adalah peminat tegar blog Anim Agro Technology lebih 7 tahun iaitu sebelum dia memulakan penternakan kelulut ini. Kawasan tanah seluas 4 ekar di atas tanah bris ini disewa daripada pemilik tanah dimana asalnya beliau ingin untuk menanam sayuran sebelum memilih penternakan kelulut selepas berkursus dengan Jabatan Pertanian dan membuat lawatan teknikal kebeberapa projek ternakan kelulut sekitar Terengganu. Kini beliau boleh dianggap 'sifu' dikalangan penternakk kelulut tempatan kerana memang banyak ilmu yang telah digarap mengenai pengurusan ternakan kelulut dikawasan tanah bris. Disekeliling kawasan penternakan ini banyak terdapat pokok Akasia (Acacia mangium) yang mana ia mampu membekalkan nektar dan debunga serta beberapa tumbuhan lain yang mempunyai resin. Kebanyakkan jenis akasia yang tumbuh adalah dari jenis akasia yang berbunga kuning dan ada beberapa pokok shaja berbunga puih. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai usahawa Khairii yang menjadi salah seorang usahawan yang terlibat dengan ternakan kelulut di Terengganu untuk bahan rujukkan anda.
Kawasan Tanah Bris yang berdekatan dengan laut lazimnya mempunyai jenis tanah berpasir yang mana amat panas ila masa musim kemarau. Tanah Bris juga merupakan tanah bermasaalah yang sangat kurang bahan organik dimana hanya beberapa jenis tumbuhan sahaja yang tumbuh termasuk pokok akasia. Uniknya memang pokok akasia merupakan tumbuhan yang mampu menghasilkan nektar pada pangkal petiol daun muda setiap pagi. Apa pun penulis blog gembira apabila En Khairi menanam beberapa jenis tumbuhan khusus untuk makanan kelulut seperti Pokok Bunga Pengantin, Bunga Balung Ayam, Bunga jam 10 pagi (Tunera) dan juga beliau menanam Bunga Matahari (Sunflower). Bagaimana pun semasa lawatan dibuat, pokok bunga matahari baru habis berbunga dan sedang diganti dengan pokok matahari yang baru. Bunga matahari memang penulis blog sering warwarkan untuk ditanam dikawasan ternakan kelulut di seluruh negara. Menurut usahawan ini kelulut memang suka datang ke bunga matahari seharian untuk mendapatkan makanan. Bagaimana pun bunga matahari ini hanya bertahan kurang 3 bulan kerana cuaca panas kering dikawasan tanahh bris yang berlaku walau pun sistem pengairan diberikan dan air tidak jadi masaalah. Mungkin varieti tropika yang ada sesuai ditanam dinegara kita berbanding dengan varieti temperate yang ditanam sekarang. Tanaman Bunga Pengantin pula dilaporkan memang amat diminati oleh keluut daripada pagi sampai lewat petang.
Penternakan di FFS ini menggunakan pelbagai jenis log dripada yang asli daripada kayu teras berlubang sehingga sarang moden yang diperbuat daripada papan termasuk model Mustafa Hive. Semua log atau sarang kelulut ini disusun disekitar kebun dengan ada sebahagian disusun dibawah struktur yang ada jaring hitam (black netting) diatasnya. Jaring hitam ini didpati memberi keselesaan kepada koloni kelulut berbanding dengan log yang diletakkan di tepi pagar dan terdedah kepada sinaran matahari. Dilaporkan pemilik dimana log-log yang terdedah dengan panas matahari telah beberapa kali koloninya lari meninggalkannya. Penulis blog nasihatkan agar Khairi buat penyusunan semula log-log ini mengikut kesesuaian. Beliau sebenarnya 'takut' kelulut beliau tidak akan jumpa atau keliru jika ia disusun dalam satu lokasi yang padat dan rapat. Juga dinasihatkan agar pemeriksaan sering dilakukan apabila dua minggu panas berlarutan dan makanan banyak dimana kelulut inii akan berpecah koloni. Bagaimana pun koloni baru tidak mudah memasukki log kosong sebaliknya jika ada 'colony trap' berkemungkinan ia kan memasukkinya. Adalah disyorkan agar diletakkan beberapa perangka koloni dikawasan strategik bagi memerangkap koloni baru pada musim pembiakan.
En Khairi seterusnya berbincang dengan penulis blog mengenai kualiti dan harga madu kelulut dipasaran. Kualiti madu kelulut yang dihasilkan oleh penternak lain dakwanya tidak ada piawaian khas yang mana ada pengguna yang membeli madu kelulut komplen akan tahap ketulinannya. Memang benar ada madu kelulut yang belum matang (masih cair) telah dikutip dan dibotolkan sedangkan spatutnya kandungan air agi madu adalah sekitar 18-20% sahaja. Mengenai harga madu kelulut dakwa beliau sejak lama harga ladang tidak banyak berubah dimana jika bekalan banyak maka pembeli akan memilih jenama madu yang mereka pernah guna dan didakwa tulin. Sebaiknya diwujudkan stu pusat pengumpulan, pembotolan dan piawaian khas untuk pastikan aktiviti penggredan madu kelulut. Cadangan ini memang amat baik dimana pihak kerajaan perlu menambahkan lagi pusat pengumpulan madu kelulut ini secara menyeluruh. Di Pusat FFS ini kelak akan dijadikan satu pusat mengumpul, menggred dan juga boleh mengedarkan prouk kelulut secara lebih sistematik.
Antara isu lain dihadapi oleh penternak kelulut disini adalah masaalah serangan perosak termasuk cicak, mengkarung dan semut pada iaitu diperingkat awal peternakan dan dimusim madu banyak. Kini serangan ini agakk berkurangan apabila beliau sentiasa membersihkan kawasan kebun dimana ia membantu mengurangkan populasi perosak. Serangan oleh Tebuan (Vespa spp) juga menyebabkan koloni diganggu dan dikawal dengan beberapa kaedah kawalan. Selain itu dilaporkan ada masaalah kekurangan air untuk diminum kelulut dimusim anas dan musim kemarau. Oleh itu beliau menggunakan nenerapa cara mempastikan kelulut ada bekalan iar iaitu dengan menyembur 'mist sprinkler' diatas jringa hitam yang direntang dan juga meleltakkan tong drum plastik berisi air dan juga pokok bunga kianbang atau pokok azolla. Bekalan air bersih ini membolehkan kelulut datang mengambil air bersih ini untuk digunaan oleh koloinya. Air bersih dalam tong drum plastk ini jika ada pokok kiambang atau lotus membolehkan kelukut hinggap dn mengambil air. Selain itu En Khairi mengutarakan berlaku serangan Kelulut Lalat Liar dari belukar bersebelahan yang memusnahkan koloni kelulut jenis Trigona itama. Kelulut Lebah Liar ini akan datang dengan jumlah banyak dan beramai-ramai ke koloni Trigona itama yang tinggal sedikit kerana semua pekerja keluat mencari makanan.
Madu Kelulut amat berbeza dengan Madu Lebah terutama dari segi citarasanya. Ramai mendakwa madu kelulut yang matang berbnding dengan madu kelulut yang belum matang iaitu cair. Rujukkan menyatakan madu kelulut matang sebaiknya mengandungii air hanya 18 - 20% sahaja iaitu apabila semua kantung madu didalam super telah ditutup sepenohnya oleh kelulut. Kaedah mengutip madu kelulut kini dipermudahkan dengan adanya alat penyedut madu kelulut yang mudah digunakan dan bersih. Anda boleh membaca mengenai alat menuai madu kelulut didalam artikel tulisan saya (Sila klik disini). Harga pasaran mau kelulut masih belum stabil diantara RM180 - RM250 sekilogram bergantung kepada kuaiti madu, kaedah pembotolan dan juga lokasi pasaran. Menurut En Khairi beliau masih kurang berpuashati dengan keadaan harga madu kelulut sejak beliau menternak kelulut dan menjual madu kelulut. Ini kerana dakwanya beliau pernah menjual madu kelulut dengan harga sangat rendah dan ada sesekali mendapat harga yang baik. Dakwanya perlu ada satu pusat pengumpulan madu bersepadu dan membuat piawaian kualiti madu kelulut dengan satu jenama yang hebat menunjukkan jaminan kualiti. Beliau berharap isu harga dan kualiti madu keluut dapat diatasi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog ''Anim Agro Technology'' kali ini. Wasallam!!...
MENTERNAK KELULUT... SUDAH LAMA...
DI KG RHU TAPAI...ADA POKOK AKASIA...
MADU DIHASILKAN... BERBEZA HARGA...
KONGSI MAKLUMAT... DIA PUN GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1008, Suite Executive Room,
Gotel Grand Puteri,
Kuala Teregganu, Terengganu,
Malaysia
(3 Safar 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.