KUIH CINCIN (Ring Cookies) merupakan satu produk yang diusahakan oleh Usahawan Aini dari Kg Melugus, Papar, Sabah yang berjaya. Penulis blog berkesempatan untuk membuat tinjauan teknologi kesebuah kilang membuat kuih cincin tradisional iaitu Kilang Rabiatui Enterprise yang beroperasi di Kampong Melugus, Papar, sabah bersama rombogan dan pegawai daripada Jabatan Pertanian Daerah papar dan Kota Kinabalu. Taklimat diberikan oleh Pegawai Pertanian Papar yang nyatakan usahawan projek IAT ini telah pernah menerima bantuan peralatan asas dan kini diggantikan dengan peralatan yang dibeli sendiri setelah hampir 20 tahun beroperasi. Kepada mereka yang pernah sampai ke negeri ke Sabah pastinya anda akan bertandang ke pasar Filipina di mana bermacam-macam kraftangan seperti mutiara dan kuih muih tradisional seperti kuih cincin ada di jual di sana dimana sebahagian bekalan adalah daripada Kilang Rabiatul Enterprise ini. Bagi anda yang pernah membeli dan merasa keenakan kuih tradisional dari Borneo ini iaitu kuih cincin ini penulis blog anggap anda akan mencuba lagi kerana ianya jarang terdapat dijual di toko dan pasaraya seluruh Malaysia. Penulis blog berbincang dengan pemilik kilang ini dan mendapatkan ilmu bagaimana cara-cara membuat kuih, perkembangan syarikat, keperluan pada persijilan, strategi pemasaran dan sebagainya. Artikel malam Isnin ini selepas balik daripada Sabah saya menulis dalam bog ''Anim Agro Technology'' megenai kejayaan Syarikat Rabiatul Enterprise sebagai Usahawan berjaya di Papar untuk memajukan sektor IAT dan dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Dari bahan rujukkan dilaporkan dimana Kuih Cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Kuih cincin ini merupakan makanan yang istimewa bagi kaum di Sabah. Dalam pada itu kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah atau gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Membuat kuih cincin pada penulis blog adalah mudah dan cepa jika cukup bahan dan peralatannya serta kemahiran pembuatnya. Ini kerana campuran dan bahan mentah berkualiti akan menentukan adunan gula dan tepung beras sangat kritikal menjadikan ia kuih cincin yang rangup dan seragam. Biasanya bahan-bahan diperlukan untuk membuat kuih cincin adlah sepeti 300 gram tepung beras, 100 gram gula pasir, 200 ml air untuk merebus, separuh gula nira (Syarikat ini menggunakan gula dari pokok nipah), 200 gram gula merah, Garam halus secukupnya dan juga minyak goreng secukupnya. Bagi menyediakan bahan pencelup pula bahannya adalah 500 gram tepung beras, air secukupnya dimana perlu tepung beras tadi diuli dengan air hingga cair. Proses membuatnya dimulakan dengan mendidihkan air dan gula merah dan gula nira hingga larut. Kemudian perlu dituangkan kedalam tepung beras. Kacau menggunakan spatula kemudian menguli adunan sehangga sebati. Kemudian masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa kedalam adunan tepung. Kacau adunan hingga sekata dan gula menjadi hancur dan kemudian diamkan satu malam. Kemudian adunan tersebut dileperkan menggunakan mesin peleper sekiar 4-5 mm megikut kesesuaian jenis kuih cincin. Kepakaran meleperkan dengan ketebalan sekta penting agar adunan ini mudan dan sesuai untuk dibentuk dengan menggunakan cetak khas.
Lazimnya adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup. Proses menggoreng perukan kemahiran dimana ia dioreng dua kali iaitu pertama ring gula dgoreng sehingga separuh masak dan ditoskan selepas berwarna coklat matang (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ia di celup didalam adunan tepung beras dan dimasukkan kedalam kuali yang ada minyak panas. KAcau sehingga kuih cincin masak sekata dan seragam warnanya. Apabila warnanya sudah coklat kekuniangan maka ia boleh diangkat dan ditoskan minyaknya. Bila kuih cincin ini sudah sejuk ia maka boleh dihidangkan atau dimasukkan didalam plastik pembungkusan dan sedia untuk diedarkan kepada pemborong atau dijual melalui on-line. Terdapat beberapa jenis pembungkusan untuk tujuan promosi dan pemasaran yang sudah disediakan. Bagi cara pembunglusan untuk pasaran tempatan ia diisikan didalam plastik jernih sahaja dengan 10 keping terdapat didalam satu bungkusan standard. Bagaimana pun untuk pasaran luar dan kepada pelancaong terdapa bentuk bungkusan moden yan menarik sesuai untuk dijadikan buah tangan, hamper dan juga hadiah kepada orang lain.
SUDAH 20 TAHUN... SYKT RABIATUL USAHA...
KUIH YANG RANGUP... JUGA TAHAN LAMA...
USAHAWAN BERJAYA... KUIH TRADISIONALNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 917, Klagan Hotel,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
(14 Muharram 1441H)..

Kini telah dibuat satu lagi produk baru kuih cincin iaitu kuih cincin mini yang hanya mempunyai 3 lubang sahaja untuk dihantar ke hotel-hotel 5 bintang di sekitar Kota Kinabalu sebagai hadiah kepada tetamu hotel. Satu kotak kecil kuih cincin mini ini diletakan untuk dijamu tetamu dalam hotel dan mendaat sambutan baik. Dinyatakan dimana bagi kuih cincin standard yang ada 6-7 lubang untuk setiap 100 gram hidangan ia mengandugi tenaga sebanyak 557 kcal, Lemak 33.4 gram, Karbohidrat 55.8 gram dan Protein 5.8 gram. Bagi kuih cincin mini seberat 40 gtram pula ia mempunyai nilai permakananan iaitu tenaga sebanyak 223 Kcal, Karbohiderat 22.3 gram, Lemak13.4 gram dan juga Protin sebanyak 3.4 gram. Pada label pembungkusnya dinyatakan maklumat nutrisi permkanan, tempoh tamat atau lupus, logo jabatan pertanian, logo halal, Logo MeSTI dan juga berat sekitar 200 gram sebungkus. Kuih cincin merupakan makanan ringan tradisional berasal dari daerah Papar di Sabah. Ia dihasilkan daripada ramuan berkualiti dan resepi turun temurun. Kuih cincin ini mempunyai tekstur yang rangup, sedap dimakan pada bila-bila masa dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
USAHAWAN KUIH CINCIN... DIPAPAR SANA...SUDAH 20 TAHUN... SYKT RABIATUL USAHA...
KUIH YANG RANGUP... JUGA TAHAN LAMA...
USAHAWAN BERJAYA... KUIH TRADISIONALNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 917, Klagan Hotel,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
(14 Muharram 1441H)..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.