Thursday, September 26, 2019

CHONG - PENANAM JAMBU BATU KOMERSIL

TANAMAN JAMBU BATU (Psidium guava) merupakan sejenis tanaman komersil diusahakan oleh En Chong di TKPM SKC Slim, Daerah Mualim, Perak yang penulis blog membuat  tinjauan teknologi. Kawasan TKPM SKC Slim seluas 197 hektar ini merupakan tanah bekas lombong yang dijadikan TKPM dibawah kelolaan Jabatan Pertanian dimana tanah tersebut adalah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (PKPNP) yang disewakan kepada usahawan tersebut. Memang lokasi projek ini jauh untuk sampai melalui jalan berpasir yang hanya keenderaan 4-WD sahaja sesuai masuk dengan mengambil masa hampir satu jam daripada Bandar Slim River.  Terdapat seramai 23 orang usahawan tani di TKPM ini dimana antara tanaman utama yang telah diusahakan adalah Jambu Batu, Sayuran Daun (Bayam, Kangkung dan Sawi), Nangka J33, Limau Kasturi, Keledek, Akar Lotus, Jagung Manis, Mangga dan beberapa lagi. Dari segi sejarah kawasan pengeluaran makanan ini sebenarnya telah diceroboh oleh petani tempatan sebelum ianya disusun semua untuk dijadikan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang produktif di negeri Perak. Laporan Jabatan Pertanian .... 


Penanaman Jambu Batu oleh En Chong telah dilakukan semenjak 15 tahun lalu dimana kini seluas 25 hektar telah ditanam dengan jambu ini. Tanaman jambu batu ini daripada Jambu Batu Berbiji Varieti Kampuchea (GU8) yang mana ia merupakan varieti yang paling popular semenjak lebih 20 tahun lalu ditanam di Malaysia. Berbanding dengan jambu batu varieti Lohan (GU16) yang baru beberapa tahun di perkenalkan di Malaysia, En Chong berpendapat dia lebih suka menanam jambu batu jenis ini kerana buahnya lebih tahan lama jika ia dibanding dengan buah jambu batu lohan. Selain itu beliau kekal meneruskan dan menjaga pokok jambu batu varieti kampuchea ini kerana teknologi untuk menghasilkan buah jambu batu yang rangup, manis dan tahan lama ini memang menggunakan kombinasi separa organik dengan ilmu untuk menyediakan baja organik diladangnya. Semasa dikebun jambu batu beliau temannya Wong juga berbincang dengan penulis blog beberapa teknologi pengurusan tanaman jambu batu tersebut (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog telah menerima soalan bagaimana untuk meningkatkan kesuburan tanah bekas lombong ini untuk jangkamasa lebih panjang terutama apabila hasil jambu terjejas pada musim panas dan kering. Dicadang oleh saya agar beliau menggunakan 'plant gel' yang diletakkan didalam lubang disekeliling pokok jambu beliau dan bagaimana cara mengamalkannya diperjelaskan. Beliau sangat 'exited' dengan penerangan yang penulis blog diberikan dan akan melakukannya sebaik sahaja bekalan gel pertanian dibeli. Disyorkan juga agar beberapa pokok di buat cantasan semula untuk mendapatkan sistem percabangan seimbang dan sesuai untuk diuruskan. Bagi pokok muda yang disulam perlukan cantasan pembentukan seimbang seperti pakej amalan teknologi Jabatan Pertanian.


Penggunaan baja organik dilakukan oleh petani ini dimana beliau ada selalunya menggunakan IMO dan FPJ diladangnya. Beliau mengutip semua buah-buah jambu yang telah masak ranum dan gugur ditanah dan diproses menjadi baja IMO didalam tong 6,000 gelen yang diletakkan dibawah bangunan pemprosesan baja organik ditengah kebunnya. Bahan asas Molases digunakan d=sebagai salah satu bahan asas untuk menghidupkan bateria dalam baja organiknya. Penulis blog dapati cecair tersebut sudah sedia untuk digunakan apabila tong dibuka jelas ia menjadu larutan sebati. Penggunaan baja ini juga dilakukan sebulan sekali terhadap pokok matang dikebunnya dan beliau dakwa kaedah ini memang signifikan untuk hasilkan buah jambu batu yang manis dan rangup. Kemanisan buah tropika banyak bergantung kepada nutrian berasaskan organik dimana ia menyebabkan pokok hidup subur dan buahnya akan menjadi manis. Disyorkan agar En Chong dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mengenai aplikasi baja mikrob dengan menghadiri kursus lanjutan bagaimana menyediakan baja organik sama ada dialam negara atau luar negara.


Tanaman jambu batu boleh diatur jadual pengeluaran atau memetik mengikut keperluan pasaran. Bagi varieti jambu GU8 atau Kampuchea ini mudah untuk mengawal matrik pengeluarannya. Perkara ini juga diamalkan oleh En Chong didalam mengatur jaduak pengeluaran dari ladang jambu beliau. Lazimnya dahan pokok yang dibuat cantasan akan menghasilkan bunga dimana bunga ini selepas 6 bulan akan dipetik menjadi  buah jambu batu untuk dijual. Ini bermakna kalau cantasan dahan dilakukan pada awal Januari maka aktiviti memetik buah jambu matang tersebut dibuat pada penghujung Jun atau awal Julai jika pokok dalam keadaan baik dan terjaga. Berapa banyak hendak dihasilkan boleh diatur dengan melakukan cantasan, membaja, kawal serangga, membalut buah, memetik hasil dan seterusnya dipasarkan. Pengalaman penulis blog juga dipersetujui oleh En Chong dimana harga jambu batu akan turun diparas rendah pada Hari Raya Cina, Musim Buah-buahan (terutamanya puncak buah durian) dan juga semasa cuti sekolah. Pasaran jambu batu boleh disesuai jadual menuai sama seperti kita menanam Nanas (Ananas commosus) dimana aktiviti menghormon pokok akan menetukan bila buah nanas boleh dituai. Kedua0sua tanaman Jambu Batu dan Nanas serta Betik (Carica papaya) merupakan jenis buah-buahan tidak bermusim yang boleh ditanam dan dijadualkan penuaiannya mengikut masa berbeza. Tinjauan penulis blog ke kebun jambu En Chong diakhiri dengan kata-kata 'Terimakasih dato kerana memberikan banyak ilmu baru kepada saya'. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM JAMBU BATU...JENIS KAMPUCHEA...
POKOK 12 TAHUN... DIJAGA SEMPURNA...
SEPARA ORGANIK... MANIS RASA BUAHNYA...
TEKNOLOGI BARU... BUAH BAIK KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
703, Suite Executive Room,
Hotel Weil, Jalan Sultan Idris Shah,
30000, Ipoh, Perak,
Malaysia.

(19 Muharam 1441H).  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.