Friday, September 6, 2019

TANAM SENGKUANG DI JEMALUANG

SENGKUANG (Pachyrhizus erosus) komersil di Jemaluang, Mersing, Johor merupakan satu tanaman umbisi yang sedang diusahakan secara meluas dan signifikan. Di sini seluas lebih dari 50 ekar ditanam sengkuang berperingkat2. Tanaman dari famili Leguminaceae ini tumbuh 4 bulan sebelum sedia dituai. Johor dan Perak di Malaysia yang luas menanam sengkuang atau Jicama atau Xicama dgn harga ladang RM1.50 - RM1.80/kg. Ditanam atas batas dipasang plastik silvershine perlu dibuang bahagian bunganya untuk pembentukkan buah. Buah sengkuang enak dimakan mentah sebagai Sengkuang Colek, rojak, diparut untuk masker muka dan bahan pemutih kulit. Vitamin C yang tinggi dan mampu merawat ulcer mulut, ekzema, antioksidan tinggi, sejukkan badan dsb. Berbaloi dpt tinjau kebun komersil ini. Pada penulis blog yang membuat tinjuaan eknologi ini mendapati dimana pokok sengkuang adalah pokok jenis kekacang yang renek dan menjalar diatas tanah. Daunnya agak berbulu berwarna hijau sederhana tua dan berbentuk oval. Batangnya dari jenis menjalar dan berwarna hijau. Akar sengkuang ada akar utama yang akan menjadi umbisi dan dihujung akar rambut. Bunga sengkuang berwarna putih. Buah atau umbisi sengkuang dihasilkan dalam tanah dan berwarna coklat dangan isi putih dan rasa 'juicy' dan 'crunchy'. Ada pelbagai bentuk buah sengkuang yang dihasilkan sama ada bulat, bujur, lonjong, leper dan lurus. Buah sengkuang ini tahan lebih lama setelah dituai berbanding dengan tanaman umbisi yang lain. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan satu artikel mengenai taaman sengkuang di TKPM Jemaluang, Johor unuk bahan rujukkan anda semua.


Benih tanaman mengguakan biji atau buah sengkuang terpilih yang mempunyai tunas. Penanaman menggunakan biji menjadi amalan petani di Malaysia. Benih dibeli dari kedai pertanian. Penyediaan tanah dimulakan dengan pembersihaan kawasan dan pembajakan tanah. Kebanyakan petani di kawasan tanah mineral disediakan batas tanaman. Jarak tanaman disyorkann ialah 0.25 meter x 0.9 meter menjadikan kepadatan sebanyak 256,000 pokok sehektar. Kajian mendapati potensi hasil sengkuang ialah 45 metrik tan sehektar. Pastikan sistem saliran dan pengairan disediakan dengaan sempurna. Siatem 'sprinkler gun' atau sistem renjisan sprinkler digunakan. Pokok sengkuang akan rosak jika terendam air. Penulis beberapa kali memberikan khidmat nasehat teknikal kepada penanam sengkuang di Tangkak, Muar ,Johor seperti En Murad, En Nordin dan En Hakeem Pokok sengkuang perlukan penjagaan yang agak rapi untuk mempastikan hasil sengkuang mencapai target pengeluaran. Kawasan tanah rata di pilih di Kg MelayuRaya Tangkak dengan cahaya matahari 100%. Pembajaan dan kawalan musuh tanaman menggunakan pakej teknologi Jabatan Pertanian yang disesuailkan semula. 


Buah Sengkuang Cina mempunyai masaalah tersendiri iaitu masaalah kejadian "Umbisi Jantan" dan Bentuk "Umbisi Biasa". Jika bunga dibiarkan tidak dikawal maka kemungkinan kejadian umbiisi tidak membengkak seperti bentuk biasa akan terjadi (Bentuk Akar sahaja). Jika berlaku maka petani tidak dapat hasil sehingga 45 mt/ha. Tanaman yang cukup umur untuk dituai akan digali menggunakan cangkul atau lain2 alatan di bahagian tepi pokok agar sengkuang tidak cedera. Kutip sengkuang dan bersihkan serta buat grading diladang. Di Malaysia sengkuang digunakan sebagai bahan untuk dimakan segar seperti di buat rojak, di masak dengan sayur (Masakan Lodeh Jawa sebagai salah satu ramuan), campuran rojak mee muar, pencuci mulut, bahan dalam kuih talam dan juga diproses. Sengkuang berfungsi untuk menyejukan suhu dalam badan dan mengandungi serat yang baik untuk sistem pencernaan. Penanaman sengkuang cina boleh di perluaskan dengan menentukan sasaran saluran pemasaran dan pengembangan ilmu pengetahuan oleh petani. Pada penulis blog Sengkuang atau dikenali juga dengan nama seperti ubi sengkuang, sengkuang cina, beng kwong atau yambean dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi dan tergolong dalam famili Leguminosae. Sengkuang yang dikatakan berasal dari Benua Amerika Tropika yang dikenali sebagai xicama atau jícama.


Di Malaysia tanaman sengkuang sesuai ditanam di tanah mineral atau bekas lombong dan banyak ditanam oleh petani di Perak dan Johor. Sengkuang yang tergolong dalam kategori tanaman singkat masa yang sangat popular dimakan segar atau dimasak sebagai sayur, hidangan salad dan ia juga merupakan bahan penting dalam rojak. Dalam pada itu sengkuang berbentuk bulat seperti gasing atau bulat lonjong (panjang), kulit nipis berwarna coklat muda atau perang muda berukuran antara 10 - 15 cm diameter. Isinya berwarna putih berair (juicy) serta berstruktur ranggup (crunchy) dan manis rasanya. Pokok sengkuang mempunyai sifat yang hampir sama dengan pokok kekacang tetapi ianya mempunyai akar tunjang yang berubi besar. Pokoknya tumbuh menjalar di atas tanah atau melilit dan memanjat. Daunnya berbulu berwarna hijau tua dan berbentuk oval. Bunganya berwarna biru keungguan (violet blue) atau putih. Buahnya mengandungi 4 - 10 biji berbentuk hampir 4 segi ke bulat yang berwarna perang, kuning atau merah. Sengkuang dibiak menggunakan biji benih atau menggunakan buah atau umbisinya sendiri. Ianya perlu ditanam di atas batas yang berukuran 60 - 90 cm lebar,. Ketinggian antara 30 - 40 cm dengan jarak 1 meter diantara batas. Pokok Sengkuang memerlukan keadaan lembab dan panas dengan suhu harian antara 21 - 30C dengan kepadatan hujan antara 500 -1500 mm/tahun. Sengkuang merupakan tanaman tanah rendah namun begitu ianya boleh juga ditanam di kawasan tanah tinggi sehingga 1800 aras paras laut (a.p.l). pH yang paling sesuai untuk tanaman sengkuang adalah tanah dengan pH diantara 5.5 – 6.8.


Sengkuang dikenal dari ubinya (cormus) yang boleh dimakan mentah atau sebagai komponen pelbagai bahan masakan dan jika diparut, boleh dijadikan masker untuk mengurangkan parut jerawat dan ianya menyegarkan muka dan memutihkan kulit. Selain dari itu ianya juga dikatakan berkesan dalam mengatasi penyakit kulit serta menegang serta menghaluskan kulit. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam ubi sengkuang dikatakan berupaya untuk mengubati bibir melepuh atau ulser, ekzema, demam dan sebagai antioksidan yang baik bagi tubuh. Selain itu ubi sengkuang ini juga sangat baik untuk diambil bagi mereka yang mengalami gangguan kolesterol kerana sengkuang mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang ada di dalam darah. Ubi sengkuang juga boleh dikeringkan dan dijadikan ubat herba untuk diminum bagi mengurangkan panas badan akibat demam. Amalan meminum jus ubi sengkuang boleh melawaskan kencing, penawar demam kuning serta gout. Selain rasa sengkuang yang enak, ianya sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan dan dapat menghindar dan menjimatkan wang anda dari mengunjungi doktor atau salun kecantikan. Sengkuang atau dikenali juga dengan nama seperti ubi sengkuang, sengkuang cina, beng kwong atau yambean dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi dan tergolong dalam famili Leguminosae. 



Makanan berasaskan sengkuang kini semakin dipopularkan dimana ujud Sengkuang Calit atau Sengkuang Colek dikomersilkan. Terdapat beberapa resepi sengkuang calit bergantung kepada kebijaksanaan pembuatnya. Ada sejenis sengkuang calit dinamakan Sengkuang Calit So Merah yang akan dipaparkan cara membuatnya. Bahan-bahan utuk membuat Sengkuang Calit Merah adalah 2 cawan sos merah Thai Cap Labu,  2 sudu besar air asam jawa Adabi,  2 cawan soso cili,  susu besar serbuk belacan, 1.5 cawan gula, 2 sudu kecil tepong jagung yang dibancuh dengan sedikit air, 1 peket serbuk asam boi (60 gram) atau anda boleh gunakan sebuk buah plum, 2 cawan sos cili dan juga kacang tanah tumbuk. Cara mwmbutya dengan mencmpurkan kesemua bahan diatas keculi tepung jagung dalam bekas. Masak sehingga mendidih dan kemudian dituang bancuhantepung jagung  dan dibiarkan sehingga pekat. Biarkan ia pekat dan disimpan didalam botol kaca. Seterusnya sengkuang diuang kulitnya dan dipotong nipis sebelum disapukan sos merah ini diatasnya sebelum ianya sedia untuk dihidangkan (Sila lihat foto paling bawah). Sengkuang sos merah ini enak dimakan begitu sahaja dengan ada rasa manis, pedas, masin, masam dan lemak. Bagi sediakan rojak sengkuang anda perlukan bahan seperti berikut untuk menambak keenakan sengkuang calet. Bahan-bahan kuah rojak adalah 2 cawan kicap (1/2 botol kicap), 2 cawan sos cili, 1 1/3 cawan gula merah serta juga sedikit belacan besar ibu jari, 20 biji cili padi dimesin halus dgn belacan dan juga 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air. Cara-cara membuatnya dengan mulakan mencampurkan semua bahan kecuali tepung jagung. Ia perlu dimasak sehingga mendidih dan pekat sedikit. Apaila ia sudah agak masak maka di tambahkan air tepung jagung dan biarkan pekat sedikit. Sapukan kuah ini pada hirian sngkuang segar dan enak dimakan bersama keluarga (Sila lihat foto disebelah)Selain dari itu juga ubi sengkuang juga boleh dikeringkan dan dijadikan ubat herba untuk diminum bagi mengurangkan panas badan akibat demam. Amalan meminum jus ubi sengkuang boleh melawaskan kencing, penawar demam kuning serta gout. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA SENGKUANG... LUAS TANAMNYA...
TKPM JEMALUANG... 50 EKAR LUASNYA...
4 BULAN DITANAM... BARU MENUAINYA...
ENAK DIMAKAN... IA COLEK NAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Room,
Impiana Hotel,
Sena, Johor Bahru, Johor, 
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.