Saturday, September 7, 2019

NURSERI KELAPA - APA DIA?

NURSERI KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu keperluan bagi menyediakan benih tanaman kelapa yang perlu diuruskan dengan baik dan sempurna agar kualiti benih kelapa terutama benih hibrid dan benih biasa terjamin. Ini kerana bekalan benih kelapa hibrid di Malaysia dengan kuantiti yang banyak lazimnya diuruskan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan beberapa pihak swasta seperti Ladang United Plantation dan Ladang NFLCS untuk benih kelapa hibrid (termasuk Matag). Bekalan untuk benih kelapa bukan hibrid pula banyak dilakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan beberapa pihak GLC serta pengusaha nurseri swasta khususnya jenis kelapa pandan dan kelapa renek yang lain. Penulis blog membuat tinjauan pengurusan nurseri kelapa di beberapa lokasi di Perak bagi melihat bagaimana kaedah pengurusan nurseri ini dilaksanakan. Jabatan Pertanian merupakan satu jabatan yang mana membekalkan benih kelapa semanjak dahulu lagii dimana Program Rancangan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dilaksanakan pada tahun 1960'an sehingga diberhentikan pada awal 1980'an dengan kelapa Malayan Tall. Boleh dikatakan kebanyakan pokok kelapa tua sedia ada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dibangunkan melalui program ini yang menjadikan bekalan kelapa negara mencukupi untuk beberapa puloh tahun. Bagaimana pun kini banyak kawasan kelapa ini ditebang dan di tanam dengan Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) sehingga keluasan terkini kelapa di Malaysia hanya sekitar 84,500 hektar sahaja dengan menghasilkan sebanyak 560 juta biji kelapa setahun (Sumber: Laporan ststistik tanaman, Jabatan Peranian Malaysia 2018). Penanaman kelapa hibrid Matag dan beberapa kelapa renek seperi Kelapa Pandan, MYD, MRD dn beberpa lagi diteruskan dibawah Program Sumber Kekayaan Baru (SKB) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai nurseri kelapa dan juga pengurusannya untuk dijdikan bahan bacaan anda semua.


Benih Kelapa Biasa (bukan hibrid) boleh disediakan sendiri oleh petani tetapi cara ini tidak mampu membekalkan benih kelapa berkualiti. Tanaman kelapa adalah ke empat (4) terpenting selepas kelapa sawit, Getah dan padi di Malaysia dengan keluasan melebihi 84,500 hektar dengan jumllah pengeluaran kelapa sebanyak 560 juta setahun. Memang tidak ramai nurseri swasta yang ada menjual benih kelapa tidak seperti benih buah-buahan lain. Ini kerana pasaran untuk benih kelapa hanya sebahagian daripada keperluan mereka yang ingin menanam kelapa secara koersil dengan jumlah benih yang diperlukan sekitar 170 pokok sehektar untuk jenis kelapa tinggi (Tall Variety) dan270 pokok sehektar untuk jenis kelapa renek (Dwarf variety). Pokok kelapa maang biasanya akan mengeluarkan satu mayang (bunga kelapa) sebulan dan akhirnya selepas satu tahun lebih (12 - 14 bulan) bunga ini akan menghasilkan kelapa tua dari tandan. Formula kiraan hasil kelapa adalah dimana ada berapa biji kelapa (nuts) yang terdapat pada setiap tandan yang biasanya ada 12 tandan kelapa sepokok setahun. Buah kelapa tua ini akan gugur selepas setahun atau ia akan dikait untuk dipasarkan. Biasanya kelapa tua ini akan dikupas sabutnya sebelum ia dihantar kepasar atau kedai runcit sebagai kelapa tua biji. Harga kelapa tua di kebun diantara RM0.80 - RM1.00 sebiji bergantung kepada saiz dan gred buah kelapa ini. Bagaimana pun kini permintaan untuk kelapa muda semakin meningkat dimana buah kelapa muda berumur 7-8 bulan akan dipetik dan dibawa turun dengan tali agar ia tidak pecah. Kelapa Muda biasanya dijual diantara RM1.20 - RM1.40 sebiji diladang bergantung kepada varieti (kelapa Jenis Tinggi) dan sesuai dijadikan air kelapa atau minuman popular 'coconut shake'. Tanaman kelapa kini telah diletakkan dibawah Program Sumber Kekayaan Baru Negara kerana ia adalah tanaman yang diberikan perhatian khusus oleh kerajaan sama dengan durian, kulinari, nanas dan beberapa lagi.


Bagi tanaman kelapa, beberapa benih kelapa seperti kelapa pandan (CN6) telah dibuat ujian dimana beberapa stesyen Jabatan Pertanian telah berjaya dikenalpasti dan ia mempunyai kadar ketulinan aroma pandan tinggi berbanding dengan stesyen yang lain. Ini berlaku apabila proses pemilihan benih berkualiti kelapa pandan dilakukan oleh Jabatan Pertanian sebagai salah satu daripada proses biakbaka tanaman kelapa pandan tersebut. Dilaporkan benih kelapa pandan daripada Stesyen Kelapa Teluk Baru di Bagan Datoh, Perak mempunyai nilai kadar ketulianan varieti terbaik berbanding dengan beberapa stesyen lain. Ini kerana pokok kelapa pandan distesyen ini dipilih dari pokok induk terbaik dari beberapa stesen dan punca kelapa pandan diseluruh negara. Amalan agronomi dan kaedah penanaman yang sistematik mengikut protokol ladang benih kelapa juga mempengaruhi kadar ketulinan ini. Bagi benih kelapa hibrid MATAG kini pihak MARDI bersama Jabatan Pertanian boleh menentukan ketulinan benih MATAG F1 dengan bukan F1 melalui ujian makmal ini. Bagaimana pun ujian di CMDV di MARDI perlukan satu kepakaran khusus dan kos yang abak tinggi bagi settiap ujian. Teknologi di CMDV ini berjaya mengesan tahap ketulinan kelapa hibrid ini dengan agak tepat dan boleh dipercayai. Pada penulis blog antara jenis kelapa yang sesuai ditanam adalah Kelapa Renek Kuning (MYD) kerana ia cepat berhasil dan buah yang sederhana saiznya (Sila lihat foto disebelah). Kelapa ini mampu berbuah selepas 3.5 tahun ditanam dan dijaga dengan baik.


Antara kriteria buah kelapa yang sesuai untuk dijadikan biji benih adalah seperti buah kelapa tersebut telah kering dan berwarna perang kehitaman sama ada gugur atau melekat pada tangkai. Buah tersebut mestilah bebas dari serangan penyakit dan perosak. Pastikan ia berkocak semasa biji kelapa digoncang dan pastikan bentuknya adalah normal atau tiada kecacatan yang ketara. Buah yang baik lazimnya mempunyai ukurlilit tidak kurang dari 40 cm garispusat. Kumpulkan semua buah kelapa ini dan bawa kelokasi yang sesuai untuk dibuat pemilihan sebelum proses menyemai. Sebaiknya ia disimpan dibawah kawasan berteduh dengan 50% cahaya dengan tempoh penyimpanan tidak boleh melebihi 30 hari. Peratus percambahan akan berkurangan jika benih tersebut disimpan terlalu lama atau ia akan mengeluarkan tunas jika dikumpulkan. Sediakan tempat semaian sesuai mengikut spesifikasi tapak semaian kelapa. Sebelum biji kelapa disemai, sebaiknya tampuk buah perlu dibuang bagi mempercepatkan percambahan. Pada musim kemarau, sabut kelapa hendaklah dipotong bahagian mata bagi memudahkan penyimpanan air. Pada musim hujan pula benih kelap tidak dipotong bagi mengel;akkan serangan kulat.Tapak Percambahan kelapa Hibrid Matag dikhususkan dimana ia sebaiknya disemai diatas media pasir sungai dengan ketebalan 15 - 30 cm. Media pasir ini hendaklah ditukar setiap 3 pusingan semaian. Struktur nurseri rumah teduhan sebaiknya dipasang jaring hitan bagi 50% cahaya telus untuk tujuan melindungi biji kelapa dari panas terik matahari. Biji benih hendaklah disusun rapat 10 biji sebaris (lebar) dan panjang mengikut kesesuaian tapak semaian. Jika ada 10 biji sebaris dengan 50 biji panjang maka kita mudah menira ada 500 biji satu kelompok ata petak. Jarak petak kepetak lain adalah 1 meter untuk urusan amalan agronomi. Posisi benih kelapa diletakkan hendaklah permukaan yang lebar menghala disebelah bawah (lebih stabil). Biji hendaklah dimasukkan 10 cm dalam pasir dan ditimbus 2/3 bahagian dalam pasir. Jangkamasa maksima untuk biji benih kelapa ditapak percambahan adalah selama 3 bulan sebelum dipindahkan ketapak semaian atau kedalam polibeg. Aktiviti ini penting dilakukan oleh pekerja mahir agar peratus percambahan pada tahap tinggi. Petani perlu mendapatkan benih kelapa yang dijamin kualiinya sebelum menanam dikebun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TINJAUAN DIBUAT...DI NURSERI KELAPA...
PELBAGAI VARIETI... SEMUANYA ADA...
PENJAGAAN TELITI... KUALITI BENIHNYA...
CARA MEMPASTIKAN...PERSIJILAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 350, Hotel Ritz Garden,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(18 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.