Wednesday, August 21, 2019

KAYU BAJAKAH - APA DIA?

KAYU BAJAKAH (Spatholobus littoralis) merupakan sejenis kayu hutan dari keluarga Fabaceae yang viral di Kalimantan, Indonesia yang didakwa mampu mengatasi dan mengubati kanser terutamanya kanser payudara. Terdapat beberapa varieti lain tumbuhan ini seperti jenis Bajakah tara dan juga Bajakah kalalawit yang tumbuh dihutan Kalimantan dan digunakan oleh kaum suku Dayak semenjak dahulu dalam perubatan mereka. Kayu ini mungkin ada di negara jiran  Indonesia yang juga mungkin sama dengan di Sabah atau Sarawak Malaysia. Hutan di Borneo memang kaya akan bahan-bahan ubatan semulajadi yang boleh membantu pemulihan dari penyakit berat seperti gangguan jantung, diabetes sehingga kepada masaalah penyakit kanser. Kulit Manggis, Daun Durian Belanda dan Keladi Tikus adalah contoh tanaman yang sehingga kini terus digunakan sebagai bahan ubatan tradisional semulajadi bagi merawat kanser. Terkini diviralkan akan penemuan bahan ubat kanser semulajadi iaitu Kayu Akar Bajakah Tunggal di Kalimantan. Viral dalam media internet dan eletronik dikabarkan akar kayu bajakah ini memang memiliki kemampuan luar biasa untuk membasmi sel-sel kanser. Sebenarnya sebelum viral ini disebarkan mengenai tumbuhan ini telah ada tanaman asli Indonesia lain yang lebih dulu trending pada tahun 2006 sebagai tanaman pembunuh kanser dinamakan sebagai Sarang Semut Papua. Sejak itu hingga sekarang dilapor populariti Sarang Semut Papua terus bertahan malahan semakin meningkat disebabkan tumbuhan ini semakin sudah terbukti membantu ribuan orang penggunanya. Didakwa dimana Sarang Semut Papua mampu memberikan reaksi cepat dalam mengatasi dan memulihkan kesan sakit Kanser dalam masa 3 bulan atau kurang. Para penggunanya sering melaporkan bahawa dalam waktu itu mereka sudah merasai bahawa tahap kesakitannya menghilang, boleh kembali berjalan, makan dengan normal, ukuran kanser mengecil dan masih boleh lebih aktif. Bengkakkan kanser mereka akhirnya benar-benar hilang dan tidak ada lagi gejala-gejala yang mereka rasakan. Dan keadaan ini emudian mendakwa telah bebas dari masaalah kanser.  Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai keunikan kayu Bajakan Tampala sebagai satu penemuan terbaik untuk rujukkan.

Beberapa dakwaan diviralkan dimana adakah Akar Bajakah Tunggal boleh digunakan sebagai ubatan herbal yang benar-benar membantu menghilangkan kanser. Apakah dia tumbuhan kayu bajakah ini kepada yang kali pertama orang di Malaysia mendengarnya?. Tumbuhan atau dinegara jiran dipanggil tanaman Bajakah mempunyai nama biasa sebagai Bajakah Tampala. Tumbuhan ini dilaporkan berasal dari hutan di pedalaman Provinsi Kalimantan Tengah dan belum tumbuh ke kawasan lain kerana tanaman ini belum diusahakan oleh masyarakat disekitarnya. Bajakah Tampala memiliki nama latin (ilmiah) Spatholobus littoralis Hassk. Tumbuhan ini tumbuh di bahagian hutan yang susah di jangkau dengan kawasan yang tertutup rimbunnya hutan dan hanya sedikit ditembusi oleh cahaya matahari. Penampilan tanaman ini adalah tidak menonjol dari pokok-pokok yang berada di sekilingnya. Apa yang membezakan tumbuhan ini adalah kerana ia tumbuh menjalar atas pokok (merambat) walaupun memiliki batang yang kukuh dan cukup besar. Rambatannya boleh mencapai lebih dari 5 meter sampai ke puncak pokok besar yang dijalarnya. Bahagian akarnya menusuk ke dalam dasar aliran air pada tanah gambut (peat soil). Tumbuhan Bajakah Tampala merupakan sejenis tumbuhan herbal yang dapat dimanfaatkan dari semua bahagiannya bermula dari bahagian akar sehingga kepada daunnya. Oleh masyarakat tempatan iaitu suku Dayak menggunakan tanaman ini secara tradisional sebagai ubat keracunan, ubat sengal badan serta ubat luka yang berkesan. Terkini diviralkan ia merupakan ubat penyakit kanser yang baik.


Bagaimana tumbuhan bajakah ini ditemui mampu merawat masaalah kanser di negara jira boleh kita bincangkan disini. Laporan juga menunjukkan asal penemuan khasiat tumbuhan ini berlaku seawal dari tahun 1970 - 1980 lagi dimana ia pertama kali diberitahu oleh seorang warga suku Dayak asli bernama Daldin di Kabupaten Gunung Mas, Kalimantan Tengah. Beliau juga didakwa orang yang pertaman memberi nama “Bajakah” untuk tumbuhan herbal ini. Waktu tersebut ayah dari Daldin pergi ke hutan mencari tumbuhan ini untuk mengobati kanser payudara yang diderita oleh isteriny iaitu ibu Daldin sendiri. Laporan oleh pihak doktor perubatan tempatan telah mendiagnosis bahawa kanser ibu Daldin sudah pada tahap 4 dimana keadaan ini adalah sangat menakutkan dimana beberapa bahagian tubuhnya yang terkena kanser sudah pun keluar nanah. Tapi setelah seminggu mengambil minuman rebusan tumbuhan ini dilaporkan keadaan kansr dihadapi ibunya semakin membaik. Luka di payudara ibunya mulai pulih sampai ia benar-benar sembuh satu bulan kemudian. Keadaannya menjadi semakin baik dimana ibunya terus meminumnya. Sehingga akhirnya setelah membuat pemeriksaan semula dilaporkan doktor pun mengesahkan bahwa kanser yang dihidapinya sudah hilang sepenuhnya. Dilaporkan dimana sehingga sekarang kesihatan ibunya masih sihat walafiat. Apa pun diceritakan domana bukti kehebatan khasiat tanaman herbal ini tidak berhenti hanya pada kisah ibu dari Daldin. Tumbuhan ini terus digunakan secara tradisional oleh orang-orang pedalaman untuk menyembuhkan penyakit mereka termasuk untuk kanser dengan meminumnya terus didalam hutan (Sila lihat foto disebelah). Viral baru-baru ini dilaporkann dua orang pelajar universitu di Kalimantan Tengah berhasil memperkenalkan kemampuan khasiat tumbuhan Bajakah sebagai ubat merawat kanser semulajadi secara terbuka dibaca keseluruh dunia. 


Laporan viral nyatakan 2 pelajar daripada Palangka Raya berhasil meraih medal emas pada Pertandingan World Invention Creativity Olympic (WICO) 2019 yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada 25 Julai 2019 (Sila lihat foto disebelah). Pertandingan ini adalah peringkat antarabangsa ini diikuti oleh ribuan pelajar seluruh dunia daripada 22 negara di seluruh dunia. Pasukan ini telah pun memperkenalkan Akar Bajakah Tunggal berasal dari pada hutan Kalimantan Tengah sebagai ubat semulajadi untukmerawat kanser payudara. laporan teknikal yang mereka buat dan dibentangkan berjaya menarik perhatian para juri dimana akhirnya menjadikan mereka juara diperingkat dunia. Dua pelajar ini Aysa dan Anggina telah pun mengikuti sebuah kegiatan ekstrakurikulum setiap minggu di SMA mereka yang melatih mereka untuk dapat menerapkan ilmu pengetahuan alam dalam kehidupan seharian. Mereka tertarik dengan Akar Bajakah Tunggal yang digunakan oleh seorang nenek yang pulih dari masaalah kanser payudara setelah mengunakannya selama 3 bulan. Kajian lanjut menunjukkan ramai pengguna Akar Bajakah Tunggal tersebut dan orang-orang pedalaman lain yang juga menggunakan herbal ini secara tradisional. Akar Bajakah Tunggal dari Kecamatan Bukit Batu, Kota Palangka Raya telah pun dihantar ke Universiti Lambung Mangkurat di Kota Banjarmasin untuk diuji. Hasil kajian dimakmal mendapati dimana tumbuhan berasal Kalimantan ini memiliki berlimpah kandungan kimia yang bermanfaat untuk ubat kanser semulajadi. Tumbuhan ini memiliki kandungan antioksidan mencapai ribuan kali ganda lebih banyak daripada beberapa jenis tumbuhan lain.


Terkini dilaporkan bahagian Akar Bajakah Tunggal telah diproses menjadi teh herba berkhasiat.  Hasil ujian makmal daripada Universiti Lambung Mangkurat meyakinkan minuman teh daripada kayu bajakah ini antara kaedah pengambilan paling mudah masa kini. Maka permintaan untuk jenis produk teh herbal semakin laris dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Cara memproses yang dilakukan sangat mudah dan sederhana dimana Kayu Bajakah akan dikeringkan terlebih dulu menggunakan panas sinaran matahari atau menggunakan oven. Apabila kayu telah kering maka ianya akan dihancurkan dengan menumbuknya dengan alat tumbuk manual.  Apabila telah hancur perlu ditapis dengan ayak untuk mendapatkann serbuk halus yang kemudian dimasukkan didalam uncang atau bekas khas dan sebaiknya disimpan didalam keadaan kedap udara. Pengguna kini hanya perlukan air suam panas dan memasukan serbuk teh herba kayu bajakah dan menikmatinya. Mengamalkan minum air rebusan atau teh herba bajakah didakwa mampu menghindar dan menyembuhkan masaalah kanser. Bagaimana pun memang agak sukar untuk membeli atau mencari teh herba daun bajakah masa kini di negara kita. Ini kerana belum ada jaminan kualiti jika teh herba ini disediakan secara manual dan piawaian masih jauh daripada dilaksanakan dikawasan pendalam di Kalimantan ini. Apa yang dinyatakan setelah semua bahan ditumbuk menjadi serbuk maka ia dikemaskan menjadi produk teh. Produk teh herbal yang mereka kemas dapat direndam ini dengan kadar setiap 1 gram serbuk teh kayu bajakah dicampur dengan sebanyak 500 ml air dan diminum seperti teh biasa.


Laporan lanjut mendakwa untuk tujuan membuktikan akan khasiat produk Kayu Bajakah perlu diujicuba terlebih dulu selama 3 bulan. Kajian telah dilakukan dengan memberikan Bajakah pada tikus putih yang memiliki sel-sel tumor dalam tubuhnya. Dalam jangkamasa selama 2 minggu dilaporkkan sel-sel tumor telah pun menghilang dari tubuh tikus putih sehingga ia didapati memang telah sembuh. Bahkan tikus tersebut masih boleh terus hidup dan membiak seperti biasa. Hasil kajian ini telah pun menggembirakan banyak pihak. Kajian ditulis dan dibentangkan dalam Youth National Science Fair (YNSF) 2019 yang diikuti oleh sekolah-sekolah dari seluruh Indonesia di Korea Selatan dan akhirnya kajian ini telah berjaya memenangi award. Masih belum ada keyakinan umum sama ada betulkan akar bajakah ini mampu merawat masaalah kanser khususnya kanser payu dara dan telah pun diviralkan. Sebenarnya masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari viral ini kerana maklumat dan penyelidikan masih terhad dilakukan. Apa yang ada adalah hasil testimoni sahaja dan perlu dibuat kajian klinikal. Namun umum secara tradisional penggunaan kayu bajakah ini dikalangan masyarakat tempat sudah ada dan ia mempunyai potensi besar untuk diketengahkan. Kesan terhadap kanser payu dara dilaporkan memerlukan masa 3 bulan sahaja untuk menyembuhkannya dan ini adalah satu keajaiban yang dikurniakan oleh Allah swt. Sebenarnya masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjawab semua dakwaan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!,..
KAYU BAJAKAH...DI HUTAN TUMBUHNYA...
DIDAKWA HEBAT... KANSER DIRAWATNYA...
KAJIAN LANJUTAN... DILAKUKAN SEGARA...
PERKARA VIRAL..... BOLEH JADI NYATA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayan Persekutuan,
Malaysia.
(19 Zulhijjah 1440H),
Posting dari:
Room 707, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.