Tuesday, August 20, 2019

JUADAH 'MIANG KHAM' - MAKIN POPULAR


MAKANAN THAILAND MIANG KHAM memang kini sudah semakin popular di Malaysia ditambah lagi dengan jumlah jenis-jenis makanan sedia ada seperti TomYam, Somtam, Ikan Tiga Rasa dan lainnya. Juadah pembuka selera dari negara Thailand seperti makanan 'miang kham' atau dikenali sebagai colek daun kaduk di Kelantan semakin diminati penduduk di negeri yang sinonim dengan menu colek tersebut. Keunikan rasa miang kham yang disajikan sebagai menu pembuka selera terutamanya di restoran masakan Thailand telah menambat hati banyak penggemarnya di negara ini. Makanan itu yang diperbuat menggunakan bahan-bahan utama iaitu daun kaduk berserta beberapa bahan lain yang dipotong halus iaitu kelapa goreng, halia muda, bawang merah, cili padi, kacang tanah, limau nipis dan udang kering (geragau) terpilih. Kini trend meminati miang kham juga dilihat semakin berkembang di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu dengan kemunculan pengusaha-pengusaha makanan unik itu di bandar itu. Di Kelantan bahan miang kham dikenali sebagai colek daun kaduk. Uniknya dimana walaupun Kelantan berjiran dengan negara Gajah Putih itu namun ia selama ini bukanlah sajian yang begitu popular di negeri itu melainkan di kawasan-kawasan bersempadan dengan Thailand seperti Rantau Panjang dan Pasir Mas. Penulis blog berpeluang dalam menikmati makanan tersebut semasa kunjungan di Kota bharu bersama rakan-rakan. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai makanan miang kham yang berasal daripada Thailand untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Penulis blog menghubungi salah seorang pengusaha miang kham di Kelantan dikenali dengan mama Habsah Ismail melalui rakan yang bertugas di pejabat pertanian terdekat yang mengusahakan perniagaan tersebut. Beliau yang sejak awal tahun ini berniaga mendakwa dimana masih tidak ramai yang tahu mengenai makanan itu pada mulanya (Sila lihat foto disebelah). Dia kemudian berniaga miang kham secara kecil-kecilan sejak awal Januari lalu di sekitar Kota Bharu. Kemudian atas idea rakannya belai telah pun mengiklankannya di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp serta dimerata lokasi untuk orang kampung dan bandar mengetahui akan makanan ini. Kini didakwa dimana boleh dikatakan hampir 80 peratus mengakui tidak biasa dengan makanan asal Thailand ini. Walau pun pada peringkat awal mereka pelik tetapi ramai yang teruja ingin mencuba dan terus membuat tempahan dan ada yang mengulangi tempahan. Biasanya pelanggan membeli lebih daripada satu bekas dan dimakan bersama seisi keluarga. makanan miang kham yang segar lazimnya hanya boleh didapati di pekan Sungai Golok sahaja iaitu di Thailand. Kini ada dilaporkan makanan colek daun kaduk boleh didapati di sekitar pekan Rantau Panjang dan Pasir Mas.  Umum tahun memandangkan Kelantan negeri bersempadan dengan Thailand, maka sajian ini berpotensi mendapat bagi mendapat sambutan dimana makanan ini boleh dikatakan sukar didapati di sekitar negeri ini. Sehingga kini masih tidak banyak gerai yang menjual miang kham seperti colek buah-buahan yang lain.

Dalam pada itu diperhatikan iaitu cara makannya amat mudah iaitu dengan membentuk daun kaduk seperti kelongsong dan isikan bahan-bahan utamanya. Kemudian curahkan sos miang kham yang diperbuat daripada gula Melaka atau manisan coklat dan putih yang dimasak sehingga pekat (Sila lihat foto disebelah).  Apabila mengunyah satu per satu bahan-bahannya, rasanya akan sekata di dalam mulut merangkumi rasa manis, masin dan pedas. Antara bahan di dalam memandangkan bekalan ramuan terutamanya sos diperoleh dari pekan Sungai Golok, harganya apabila memasuki pasaran di daerah Kota Bharu dan beberapa daerah lain menjadi agak tinggi kerana kos mengambil kira kos pengangkutan dan sebagainya. Sebekas miang kham yang mengandungi 20 helai daun kaduk dijual dengan harga RM10.00 sahaja. Makanan ini enak dimakan beramai-ramai termasuk semasa kenduri, majlis keraian atau menonton televisyen memandangkan masyarakat di negeri ini gemar menikmati makan colek selain colek daun kaduk ini yang sangat unik. Masyarakat Kelantan sepatutnya bolh mula mengkomersialkan miang kham kerana pokok kaduk mudah tumbuh jika ditanam di negeri ini. Cuma bahan-bahan lain seperti kelapa goreng agak rumit dibuat kerana perlu memilih kelapa yang segar dimana ia kemudian perlu disangai atau dibakar.

POKOK KADOK (Piper sarmentosum) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERACEAE yang terdapat di Malaysia dan native juga dari negara kita.
Daun Kadok telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kepada kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan kegunaan sendiri dikeliling rumah atau dikawasan keliling kebun. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman kaduk di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 20 hektar CHE. Saya ada menulis artikel mengenai daun kadok untuk dirujuk (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Daun kaduk mengandungi khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Daunnya yang menghijau seakan-akan sireh juga sesuai dijadikan ulam selain menambah selera makan. Daun kadok yang terdapat di bahagian tengah lebih rangup untuk digunakan dan daun yang lebih bawah mempunyai rasa lebih pedas dan lebih pahit. Pemerhatian saya di kebun herba di kawasan Kulai, Johor Bahru ketika membuat lawatan kekebun tersebut mendapati penanaman daun kadok diatas batas dengan menggunakan plastik silvershine sangat memuaskan. Pengusaha ini menanam herba lain seperti selom, ulam raja, terung pipit, cekur, kesum, serai, halia bara, pegaga dan banyak jenis herba lagi. Menurutnya permintaan daun kadok di Johor Bahru tidak banyak iaitu sekitar 8 - 10 kilogram seminggu. Harga ladang sekitar RM 15.00 - RM 25.00 sekilogram. 

Bertanya penulis blog kepada peminat daun penggemar miang kham di Kota Bharu bernama Fadhil  yang dakwa dia suka makanan ini kerana rasanya yang enak dan sesuai dimakan seisi keluarga. Dia akan menempah miang kham seminggu dua atau tiga kali sebab keluarganya kini memang amat meminati makanan ini. Kadang-kadang mereka akan makan bersama keluarga dan pada masa sama kami turut mengajak ahli keluarga lain yang tidak biasa makan. Potensi penjualan makanan ini akan terus meningkat memandangkan makanan miang kham semakin mendapat tempat di hati masyarakat Kelantan. Ia kini menjadi pilihan di negeri ini kerana citarasa keunikannya sendiri selain rasanya yang lazat dan kini ia mudah didapati. Sebuah Restoran iaitu  FizoMawar Kitchen (FMK) di Tambatan Diraja, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan yang berkonsepkan makanan ala Thai turut tidak melepaskan peluang memperkenalkan menu istimewa Thailand itu. Restoran tersebut juga memperkenalkan ikan siakap miang kham sejak dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Pemilik restoran yang merupakan pelakon popular, Fizo atau nama sebenarnya nyatakan cawangan kedua itu dibuka di negeri Cik Siti Wan Kembang selepas kejayaan FMK yang pertama di Bangi, Selangor. Setiap menu yang ditawarkan di restoran ini juga hasil pengalaman saya mencuba pelbagai jenis makanan di Thailand. Bahan-bahan utama menghasilkan miang kham adalah daun kaduk iaitu sama seperti kebanyakan yang dijual di tempat lain bagaimana pun menu istimewaanya terletak pada sos yang 100 peratus dibuat sendiri dengan menggunakan gula padi, serai, halia dan udang kering dimasak atas api sederhana.  Rasa manis sos ini akan membangkitkan selera selain ia tidak rasa pedas kerana cili padi yang dipotong telah disumbat ke dalam daun kaduk tadi bagi menambahkan keenakannya. Pemilihan daun kaduk juga amat penting kerana jika menggunakan daun yang agak tua akan membuatkan ia kelat. Petik daun kadok yang betul-betul boleh dimakan dan ditanam sendiri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technologi kali ini. Wasallam!!...
NAMA MIANG KHAM...SIAM ASALNYA...
DAUN KADUK... BAHAN UTAMANYA...
DI KELANTAN.. SUDAH DIJUALNYA...
MAKANAN ENAK... BERKHASIAT PULA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(18 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.