Friday, August 2, 2019

BELACAN KAWAL MONYET - INOVASI MUDAH

MONYET atau KERA atau BERUK merupakan sejenis haiwan mamalia yang hidup berkumpulan dan sering menjadikan hasil tanaman dan tanaman petani menjadi sasaran untuk mereka mendapatkan makanan. Monyet atau Kera (Macaca spp) merupakan haiwan primate daripada Superfamili Hominodea dan Famili Hylobatidae atau keluarga Hominidae. Jenis Kera dari famili Hylobatidae terdiri daripada haiwan seperti Monyet, Kera, Beruk, Lotong, Siamang, Gibbon yang lazinya bergayutan dipokok dan beberapa lagi .Sementara itu haiwan di bawah keluarga Homidae terdiri daripada Orang Utan, Chimpanze, Gorila dan Manusia yang lazimnya boleh berdiri dan berjalan. Penulis blog dapati monyet terdapat dalam pelbagai saiz ukuran badan daripada yang bertubuh besar sehingga yang sangat kecil (Marmoset pigmi yang sekecil 117 mm) sahaja. Ada pula monyet besar yang dikenali dengan nama Beruk Jantan yang besarnnya mencecah sehingga 1 meter dengan berat sebanyak 36 kilogram. Ada jenis monyet yang hidup di atas pokok dan ada lagi yang hidup di atas tanah. Setiap spesies monyet ini mengamalkan pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, daun-daun, bunga-bunga, telur dan haiwan kecil termasuk juga memakan serangga. Boleh dikatakan dimana semua monyet memang mempunyai mata yang memandang ke depan tetapi ada beberapa ciri organ lain yang berlainan. Kebanyakan monyet adalah hidup dalam keadaan liar atau hanya sebahagian kecil sahaja yang dipelihara terutama didalam Zoo untuk dipamerkan kepada umum keluarga mereka yang banyak spesis. Bagaimana pun setelah kita faham akan apa dia monyet dalam artikel kali ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi yang dicipta oleh sekumpulan siswa tempatan bagaimana untuk menghalau haiwan monyet sebagai satu teknologi yang boleh digunakan petani sebagai salah satu kaedah kawalan didusun untuk bahan rujukkan anda.


Dalam usaha sekumpulan pelajar yang ditemui wartawan mengenai inovasi yang diciptakan oleh pelajar tahun dua dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia. Inovasi terbaru ini mungkin mampu untuk menyelesaikan kepada masalah monyet berkeliaran di kolej-kolej kediaman dalam kampus UKM sendiri. Muhammad Solihin Hamzah telah meraih anugerah inovasi terbaik sempena Fiesta Juadah Antarabangsa dan Pameran Inovasi Kolej Ungku Omar (KUO) yang diadakan UKM, Bangi, Selangor. Apa yang telah dicipta merupakan inovasi cara untuk dia menghalau kera dengan kaedah menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Kejayaan beliau ini telah pun dilaporkan berjaya menarik perhatian Timbalan Naib Canselor bagi memilih rekacipta atau inovasi tersebut sebagai inovasi terbaik. Menjelaskan mengenai temuannya beliau mendakwa dimana dia telah menggunakan kacang dan belacan untuk menghalau beruk yang datang dan ia sering mengganggu pelajar di kolejnya. Beliau yang pernah  tinggal di Kolej Penepatan Pelajar didakwa sering didatangi oleh monyet di blok-blok kolej kediaman dan ini menganggu ketenteraman semua.


Kemudian beliau telah memikirkan apa kaedah yang boleh digunakan untuk menghalau monyet dari mendekati kawasan blok kolej kediaman. Ini juga menyebabkan beliau mula membaca dan mencari bahan apa yang monyet tidak suka. Apa yang dihasilkan dari carian info ini beliau menjumpai dimana sebenarnya monyet memang terdapat banyak cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk menghalau monyet. Blog Anim Agro Technology dakwanya antara yang sering dirujuk. Penulis blog ada menulis banyak artikel mengenai perkara ini dan boleh dibuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Didspsti teknik menghalau dan menangkap monyet ini memang banyak akan tetapi kebanyakannya perlukan kos untuk mendapatkan bahan tersebut adalah tinggi kecuali penggunaan BELACAN (Shrimp paste) dan KACANG TANAH (Groundnut). Belacan adalah produk tradisional yang diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dengan garam dan nasi. Bagaimana pun setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak atau sangat busuk tetapi enak untuk dijadikan ramuan makanan. Lazimnya belacan memerlukan kaedah pembungkusan atau kaedah penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Kemudian hasil pembacaan dilaporkan pelajar ini sudah faham dan mendapati monyet tidak suka pada belacan kerana boleh menyebabkan kegatalan pada monyet. Apa yang dilakukan adalah dia menggaulkan belacan dengan kacang tersebut dan dimasukkan ke dalam botol plastik yang telah ditebuk lubang. Lubang ini akan menghasilkan bau kuat yang menyebabkan monyet tidak suka mendekatinya. Dia ada menggunakan beberapa jenis belacan kerana bukan semua belacan yang ada dipasaran dapat menghalau monyet atau kera atau beruk. Hasilnya apabila dia meletakkan beberapa botol dilaluan utama iaitu laluan monyet di kawasan kediaman dilaporkan monyet-monyet tersebut tidak berani datang menghampiri kawasan itu. Penulisan dilakukan dengan temuan dimana inovasi tersebut dianggap berjaya.


Penulis blog dapati dalam perkara ini memang banyak dilaporkan dimana belacan ini memang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Kepada manusia yang sering mandi dan makan tidak hairan dengan bau belacan dan dijadkan ramuan makanan akan tetapi hanya sedikit sahaja digunakan. Bagaimana pun botol-botol yang diletakkan dikawasan kehadiran monyet sama ada dikawasan rumah atau kawasan kebun mamlu mengelakkan kehadiran monyet (Sila lihat foto disebelah). Botol ini boleh diletakkan di bawah-bawah pokok di sekitar bangunan yang sesuai lebih kalau ia tidak terdedah kepada panas matahari atau kena hujan. Penulis blog berpendapat bau belacan segar memberikan bau yang sangat kuat sehingga monyet pun tidak suka mendekatinya. Ini secara seloroh disebebkan monyet sendiri memang berbau busuk dari badannya yang mana ia tidak pernah mandi atau pakai sabun atau guna dooderant pewangi seperti manusia. Ada dilaporkan dimana terdapat seekor monyet yang terpegang belacan didapur dan akibat terdapat belacan melekat ditangannya maka monyet tersebut menggaru sehingga tangannya berdarah. Kalau manusia mudah sahaja menghilangkannya dengan membasuh tangannya dengan sabun dan kemudian sembur pewangi maka baunya hilang. Ketakutan monyet dengan bau belacan yang dikatakan lebih busuk daripada badannya sendiri menjadikan ia takut mendekati belacan kerana didakwa menyebabkan kegatalan pada anggota badannya yang tersentuh. Apa tidakknya dalam belacan adalah terlalu banyak garam (Natrium Salt) yang menyebabkan bisa kepada kulit monyet terutama jika ada luka-luka. Terdapat peribahasa "Bagaikan Kera Kena Belacan'' yang membawa makna suatu keadaan yang amat sangat gelisah atau galau. Peribahasa Kera kena belacan merupakan peribahasa tempatan dimana ia digunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam bentuk lisan maupun tulisan sebagai suatu perumpamaan yang mempunyai maksud tertentu. Penulis blog mungkin berpendapat jika kera ini kena belacan maka ia akan melompat-lompat dan tidak menentu bertapa tidak sukanya monyet kena belacan. Disarankan agar petani atau individu yang menghadapi masaalah kehadiran kera menggunakan belacan sebagai kaedah kawalan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA BELACAN... BUSUK BAUNYA...
RAMUAN ENAK... DIMAKAN MANUSIA....
TERKENA KERA... FOBIALAH JADINYA...
DIGUNAKAN KAWALAN... IA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Amara Grand Ballroom, 
3rd Floor, Amara Hotel Singapore,
165, Tanjung Pagar Road,
Singapore.
(30 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.