Wednesday, July 3, 2019

MONYET MERAH - TEKNIK KAWALAN ?

MONYET MERAH?.... Itu merupakan satu kaedah kawalan menghalang gerombolan monyet atau kera atau lotong daripada merosakan hasil tanaman terutama buah-buahan. Lazimnya kumpulan monyet atau kera yang datang kedusun pada musim buah-buahan bertujuan untuk mencari makanan akan tetapi kedatangan mereka didusun durian pada fasa awal memberikan kesan 'marah' kepada pemilik dusun apabila mereka mengugurkan putik buah durian serta buah durian muda. Monyet atau Kera (Macaca spp) merupakan haiwan primate dari Superfamili Hominodea dan Famili Hylobatidae atau Hominidae. Jenis Kera dari famili Hylobatidae terdiri daripada haiwan seperti Monyet, Kera, Beruk, Lotong, Siamang, Gibbon yang lazinya bergayutan dipokok dan beberapa lagi .Sementara itu haiwan di bawah keluarga Homidae terdiri daripada Orang Utan, Chimpanze, Gorila dan Manusia yang lazimnya boleh berdiri dan berjalan. Penulis blog dapati monyet terdapat dalam pelbagai saiz ukuran badan daripada yang bertubuh besar sehingga yang sangat kecil (Marmoset pigmi yang sekecil 117 mm) sahaja. Ada pula monyet besar yang dikenali dengan nama Beruk Jantan yang besarnnya mencecah sehingga 1 metre dengan berat sebanyak 36 kilogram. Ada jenis monyet yang hidup di atas pokok dan ada lagi yang hidup di atas tanah. Setiap spesies mengamalkan pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, daun-daun, bunga-bunga, telur dan haiwan kecil termasuk juga memakan serangga. Boleh dikatakan dimana semua monyet memang mempunyai mata yang memandang ke depan tetapi ada beberapa ciri organ lain yang berlainan. Kebanyakan monyet adalah hidup dalam keadaan liar atau hanya sebahagian kecil sahaja yang dipelihara terutama didalam Zoo untuk dipamerkan kepada umum keluarga mereka yang banyak spesis. Bagaimana pun setelah kita faham akan apa dia monyet dalam artikel kali ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti mengecat kera atau monyet yang merosakkan tanaman dan buah-buahan sebagai salah satu kaedah kawalan didusun untuk bahan rujukkan anda.  


Kedatangan monyet atau kera ini kekawasan kebun merupakan satu ancaman kepada petani. Apabila pokok durian (Durio zibethinus) yang terletak ditepi kawasan hutan atau belukar dimana ia mempunyai penghuni kera makan haiwan ini adalah mengancam pemilik dusun tersebut. Apa yang penulis blog pernah buat tinjauan sebelum ini bukan sahaja pokok durian dan buah-buahan lain yang diganggu akan tetapi log koloni kelulut juga dirosakkan oleh kera ini seperti di Maran yang sapa ada paparkan sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun pemilik kebun ini memasang cermin untuk mengelakkan serangan haiwan ini sebagai satu kaedah kawalan juga. Apa yang dimusnahkan oleh kumpulan monyet atau kera atau beruk pada pokok durian daripada peringkat berbunga, berputik sehingga buah durian masak. Semasa pokok durian berbunga dengan banyak maka akan datang haiwan ini memakan bunga-bunga durian kerana rasanya lebih sedap daripada makanan lain seperti daun-daun lain. Kemidian apabila bunga durian sudah menjadi putik pula ia akan berterusan datang dan memetik atau memakannya dan mengugurkannya (Sila lihat foto disebelah). Biasanya haiwan ini akan datang berkumpulan anak beranak dengan ada ketuanya yang membuat arahan dan kawalan kumpulannya. Melalui suara-suara khusus ia berikan arahan semasa ada tuan kebun atau tiada tuan kebun. Monyet ini bukan makan sebiji dua seekor akan tetapi sebanyaknya dengan dia juga akan ''merontokkan'' putik buah. Serangan ini lebih serius semasa selapas hujan yang agak lama dimana haiwan ini sangat lapar sehinggakan boleh merugikan pemilik dusun.


Dalam pada itu haiwan ini sangat bijak bersembunyi dalam semak apabila ada tuan dusun datang atau ada orang membawa senapang. Kumpulan monyet ini selalunya akan menggunakan laluan yang selamat sama ada jalan yang sama atau berlainan mengikut arahan ketuanya. Bukan sahaja monyet dewasa yang datang akan tetapi 'baby monyet' pun bergayut diperut ibunya dan meampu merosakkan bunga durian atau putik durian. Apabila mereka sudah kenyang makan sama ada berehat pada dahan pokok berjauhan dari pokok durian atau bergerak pulang berkumpulan (Sila lihat foto disebelah). Itu sebabnya arwah orang tua saya dan pemilik dusun biasanya ada senapang untuk menembak perosak durian seperti monyet dan juga tupai. Permohonan senjatapi di negara kita untuk kawaan musuh tanaman di kawasan dusun merupakan salah satu yang dibolehkan pihak keselamatan. Lazimnya pemilik dusun akan memohon kepada pihak polis dan seterusnya dipanjangkan kepada Jabatan Pertanian untuk mebuat siasatan dusun. Pegawai Pertanian Kawasan akan menentusahkan akan dusun tersebut sebelum membuat laporan pengesahan kepada pihak polis. Laporan ini akan membolehkan seseorang itu boleh mempunyai senapang atau tidak untuk kawalan musuh tanaman. Mereka yang mempunyai senapang (niasanya senapang patah) mesti mengikuti peraturan-peraturan,


Buah durian yang masak atau hampir masak merupakan kegemaran tupai, monyet dan juga manusia (Keluarga monyet didakwa sama keluarga dengan manusia?). Haiwan perosak durian ini akan datang disebabkan instinct dan aroma yang terhasil dari buah durian ini. Ada monyet yang makan durian diatas pokok dengan menebuknya dengan gigi yang kuat akan tetapi da juga yang bijak makan buah durian yang telah gugur dimana pastinya buah ini lebih manis dan enak (Sila lihat foto disebelah). Durian yang telah ditepuk tupai atau monyet atau tikus apabila berlubang dan gugur tidak ada nilai lagi sebab ssudah rosak. Kalau manusia hanya makan buah durian masak yang gugur akan tetapi haiwan monyet ini boleh memilih buah yang enak dan sedap sahaja diatas pokok. Maknanya mereka akan merasa dahulu buah durian sebelum pemilik dusun merasainya. Terdpat banyak teori bagaimana untuk mengawal kehadiran monyet dan haiwan perosak durian yang lain. Antaranya seperti membunuh dengan menembaknya, ada yang membakar mercun yang dpiasang pada ubat nyamok (bunyi mercun boleh dijadualkan mengikut panjang unat nyamuk yang dipagar), memasang perangkan yang ada umpan didalamnya dan juga meenangkap seekor monyet dan mengecat merah dibadannya. 


Seekor dari kumpulan monyet tersebut yang diperangkap (paling baik kalau dapat pilih ketua kumpulan monyet tersebut) di keluarkan dengan berhati-hati. Monyet liar ini adalah garang dan akan mengigit dengan giginya yang tanam. Silap-silap kalau monyet tersebut membawa kuman boleh berjangkit kepada manusia (Ebola Disease?). Kalau hendak mudah masukkan monyet tersebut didalam sangkar dawai bersaiz kecil untuk memudahkan semburan cat merah. Daripada laporan akhbar dan tinjauan paling mudah membeli 2-3 tin cat merah aerosol dalam tin dan terun disembur pada seluruh badan monyet tersebut dan biarkan sehingga kering. Simpan beberapa ketika dan juga berikan makan dan minum agar dia sihat dan bertenaga. Bila sesuai (waktu pagi atau tengahari atau awal petang) dimana ada kumpulan yang berdekatan dusun maka 'monyet merah' ini dilepaskan agar menuju kepada kumpulannya. Menurut petua oramg lama, semua ahli kumpulan monyet akan menjadi takut dengan kawan atau ketuanya yang sudah berwarna merah tersebut. Monyet merah akan ''bercerita'' atau ''memanggil'' untuk menerangkan siapakah dirinya akan tetapi kumpulan monyet ini akan lari daripadanya dan mungkin taku untuk masuk dusun durian lagi. Ada dua kemungkinan terjadi kepada 'monyet merah' ini sama ada terus mengejar dan kemudian dibunuh oleh ahli dalam kumpulannya atau ia akan akhirnya tidak larat mengejar kumpulannya dan ''menyendiri'' maka jadilah ia ''KERA SUMBANG"" sepertimana peribahasa melayu kita. Dalam program TV3 '999' telah di viralkan dimana ada pekebun yang menyiksa dengan mengikat dan mengecat merah monyet dimana jika sabit kesalahan boleh didakwa dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) dan dihukum. Ini hanya artikel yang digarap berdasarkan pengalaman selama 38 tahun dalam bidang pertanian. Semuga artikel ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam...

SUDAH VIRAL... RAMAI MEMBACA...
MONYET DITANGKAP... DIANYA...
GUGURKAN... BUAH YANG MUDA...
DICAT MERAH...JADI TAKUT SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
MAS Lounge, KLIA,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(28 Syawal 2019)
Fly to Singapore!.
Completion of article at
Room 908, Amara Singapore Hotel,
165, Tanjung Pagar Road, Singapore.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.