Tuesday, July 2, 2019

CARA BIAKBAKA IKAN GUPI

MENTERNAK IKAN GUPI (Guppy Fish) atau pun nama saintifiknya (Poecilia reticulata) adalah satu bidangusaha ternakan ikan hiasan yang mudah dilakukan dan boleh memberikan pulangan tersendiri. Ikan gupi yang cepat membiak dengan pelbagai warna dan bentuk merupakan ikan hiasan yang boleh memberikan pulangan dan pendapatan jika diternak dengan sistematik dan komersil. Kepada mereka yang suka memelihara ikan hiasan barangkali memilih ikan gupi ini sebagai satu jenis ikan hiasan yang diletakkan didalam akuarium, kolam kecil, kolah mahupun didalam botol kecil ikan hiasan dirumah. Apa yang menarik mengenai ikan ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sifat ikan ini yang tenang, tiada masaalah, mudah menyesuaikan diri dan yang paling penting warna-warni ekornya yang mempesona selain daripada kosnya yang berpatutan. Di Malaysia ikan gupi ini diternak dan dibiakkan sebagai sejenis ikan hiasan untuk kegunaan domestik d an eksport. Di negara jiran Indonesia pula ikan gupi ini dikelaskan sebagai sejenia ikan hiasan dimana ia dijual dengan harga ikan guppy relatif murah. Hanya sekitar harga runcit Rp2,000/ekor (RM0.80 seekor) maka ia juga memang murah dan kadang kala penjual akan berikan dua ekor atau lebih jika membeli dengan jumlah banyak atau peminat ikan gupi tegar. Itu hanya kepada spesis ikan gupi biasa akan tetapi jika ia jenis ikan gupi premium dengan ekor atau badannya yang berwarna warni dengan canti ia mampu mencecah ribuan ringgit seekor atu sepasang. Aktiviti bagi biakbaka ikan gupi ini merupakan satu bidang yang telah ramai orang mengusahakannya dimana dengan biakbaka ini maka terhasillah pelbagai bentuk dan corak ikan gupi yang bernilai tinggi. Kesan dari program biakbaka ikan gupi ini telah menghasilkan beberapa ikan gupi premium yang mana ia mendapat harga tinggi dipasaran dunia (Sila lihat foto diatas). Penulis blog pernah membuat tinjauan pada pengusaha ikan hiasan gupi di Kota Tinggi dahulu dimana dia percaya permintaan ikan gupi dan ikan hiasan lain akan berterusan kerana ikan hiasan mempunyai had limit umur hidupnya. Apabila cukuo masa ikan hiasan ini akan mati dan perlu dibeli ikan hiasan baru. Artikel malam ini dari Tingkat 13, Hotel Genting, Jurong, Singapura saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai teknologi menternak ikan gupi untuk rujukkan anda semua.


Daripada beberapa tinjauan penulis blog didapati cara menternak ikan gupi ini tidak sukar seperti menternak ikan hiasan lain atau ikan untuk di makan atau menternak udang. Menternak ikan gupi kebanyakan peminat adalah dijadikan hobi akan tetapi mereka yang ingin menjadikan biakbaka ikan gupi sebagai satu bidangusaha baru juga digalakkan. Bagaimana pun terdapat beberapa peringkat kepada bakan pengusaha pembiakan bagi ikan gupi yang perlu diketahui sebelum memulakan bidangusaha ini. Langkah tersebut adalah Persiapan, Memilih Baka Induk, Pisahkan Baka Induk, Mengawan, Bertelur dan juga Rawatan Anak Ikan Gupi. Dalam peringkat persiapan memang kaedah menternak ikan gupi adalah dengan cara sederhanas yang boleh dilakukan di rumah adalah dengan menggunakan bekas Akuarium. Dalam pada itu keperluan akuarium minima adalah 4 unit dengan pelbagai saiz daripada bersaiz kecil sehingga yang bersaiz besar. Paling minima adalah akuarium berukuran 30 - 60 liter kapasiti kandungan air (Sila lihat foto disebelah). Pastikan juga untuk memasang filter dengan memilih jenis filter yang mudah dan elakkan gunakan jenis filter undergravel. Sediakan Aerstor sesuai bagi mengagihkan oksigen terlarut ke dalam air. Bila semua persiapan aas sudah lengkap maka ia perlu disusun dalam kedudukan sesuai dikawasan yang terlindung dari sebarang ancaman. Peringkat ke 2 adalah bagaimana untuk memilih baka induk ikan gupi ini. Induk Unggul yang hendak dipilih sebaiknya dari spesis yang ada tarikan, premium, berwarna warni, tangkas bergerak, cepat membesar dan pelbagai ciri lain yang dikehendakki. Ia boleh dibeli daripada  kedai ikan hiasan, pemilik ikan gupi sedia ada, rakan taulan dan kini paling mudah membuat layaran di internet untuk mendapatkannya. Lazimnya bagi baka ikan gupi yang berkualiti akan lebih menjanjikan benih iakn gupi yang berkualiti meski pun tidak semuanya akan seragam kualitinya. Bagaimana pun kualiti benih ikan yang akan dihasilkan kelak banyak bergantung kepada teknik biakbaka dan juga permakanan yang digunakan dan juga kualiti baka induk yang digunakan. Pastikan pengusaha sudah kenal dan faham akan perbezaan induk gupi jantan dan betina dengan melihatnya sahaja. Ini kerana ikan gupi jantan memiliki warna yang lebih indah dari betina serta juga memiliki tubuh yang lebih ramping dari ikan betina dan juga memiliki sirip ekor yang lebih panjang dibandingkan dengan ikan gupi betina. Oleh itu bagi memilih ikan induk gupi sebaiknya dipilih beberapa ekor ikan gupi dengan perbandingan 1 ekor jantan dan 2 ekor betina. Kombinasi corak warna dan bentuk sirip juga menjadi pertimbangan dalam memilih spesis ikan guois yang hendak dibiakbakakan.


Peringkat ke 3 adalah bagaimana kita hendak memisahkan ikan induk sebelum proses mengawan. Perkara ini penting dimana biasanya ritual sebelum aktiviti mengkahwinkan sepasang indukan ikan gupi perlu dipisahkan dahulu. Aktiviti pemisahan ini dilakukan dengan tujuan agar si jantan langsung terpikat oleh betinanya sementara ia akan digabungkan menunggu keduanya siap untuk tujuan mengawan. Kaedah ini apa yang penulis blog pernah tulis sama dengan pemisahan untuk pembiakan ikan sepat (Sila klik disini).  Lazimnya selama masa pemisahan ini setiap induk gupi sama ada induk jantan atau betina dipisahkan dalam akuarium yang dipisahkan dengan cermin terang dan ia sebaiknya perlu diganti kualiti airnya selama 3 hari sekali daan juga diberi makanan yang berkualiti tinggi. Makanan dari hidupan seperti moina atau Daphnia sp. yang  mana ia merupakan antara jenis pilihan makanan yang sangat disyorkan. Sebenarnya kaedah pemisahan ini tidak perlu terlalu lama iaitu cukup 1-2 hari saja sampai ikan baka induk tersebut benar-benar dalam keadaan bersedia. Seterusnya peringkat ke 4 adalah peringkat mengawan dimana hanya perlu menyediakan sebuah aquarium dan diisi dengan air yang sudah dimendapkan selama sehari semalam. Pastikan tidak menggunakan aquarium yang memiliki bahan substrat disebabkan aquarium bersubstrat akan lebih susah untuk pembersihannya dan sukar juga untuk umum mengetahui bagaimana keadaan anak-anak guppy. Ada laporan dimana ikan gupi akan menjadi kanibal yang makan anak ikan lain dan sebaiknya disediakan tanaman air untuk dijadikan asas bagi tempat bersembunyi anak ikan guppy atau yang biasa disebut dengan 'fry' sahaja. Pilih jenis rumpair air yang tenggelam dan yang timbul dipermukaan air (Sila lihat foto disebelah). Anak Ikan (Fry)  yang baru lahir umumnya akan tenggelam dimana ini menjadikan rumpair yang berada di bawah akan dapat membantu (eg: java moss). Sementara itu rumpair yang berada dan mengapung dapat menrangsang induk untuk ianya cepat mengawan. Jika semua persiapan dalam akuarium siap maka masukkan induk jantan dan induk betina gupi kedalamnya. Proses pembiakan akan berjalan dengan semulajadi. Tanda-tanda ikan guppy betina telah hamil adalah bilana akan muncul 'gravid spot' di bahagian perutnya, warna perut lebih gelap dan ia bermakna ia telah hamil dan siap untuk dibiakkan.


Proses berikutnya tahap ke 5 adalah proses melahirkan. Apabila di lihat 'gravid spot' di perut ikan betina semakin gelap maka ia tandanya ikan betina telah sedia. Pada masa ini lazimnya ia adalah masa yang tepat untuk memindahkan si pejantan ke akuarium lain dan membiarkan para induk di sana sampai melahirkan anak. Biasanya jangkamasa mengandung ikan guppy adalah satu bulan (kurang lebih). Selama jangkamasa tersebut kita hanya tunggu dan membuat pemerhatian berkala. Selepas sebulan biasanya satu-persatu ikan guppy betina melahirkan anaknya (Sila lihat foto disebelah). Bagai mana un sebaiknya perlu segera pindahkan induk ibu betina kebekas atau akuarium lain. Ini disebabkan induk betina ini kadang kala akan memakan anak-anaknya sebagai bahan makanannya. Langkah lain adalah sediakan tempat persembunyian kepada induk betina lain atau anak-anaknya agar ia boleh melahirakan berperingkkat kelak. Tanaman rumpai air dan tempat berselindung lain boleh diletakkan dalam akuarium untuk perlindungan. Jika sudah tidak ada induk betina yang melahirkan lagi sebaiknya dipisahkan semua induk betina gupi kedalam akuarium lain bagi elakkan risiko. Menjaga aanak ikan gupi ini penting bagi mempastikan ia boleh membesar dan dewasa dengan baik. Peringkat ke 6 dalam biakbaka ikan gupi adalah mempastikan fry ini dipisahkan dengan induknya. Lazimnya sebaik sahaja anak gupi ini dilahirkan maka ia sudah mampu  untuk berenang, cari makan dan survive sendiri. Perlu penulis blog anim agro jelaskan agar JANGAN MEMBERI MAKAN kepada fry kerana pada masa ini atau fry yang baru lahir masih memiliki bekalan makanan di perutnya untuk 3-5 hari kehadapan. Memberinya makan pada fasa ini pula hanya akan membuat aquarium menjadi kotor dan tidak bagus untuk tumbesaran fry. Keudian setelah selama 7 hari (seminggu) barukan diberi makanan kepada fry dengan gunakan ikan, planton atau hidupan yang kecil-kecil seperti kutu air atau artemia. Jangan cuba memberikan makanan yang berlebihan kerana ia menganggu kualiti air dalam akuarium pembiakan. Biasanya ukuran fry pada peringkat awal ini adalah masih sangat kecil dimana jika ia terlalu banyak diberi makanan kepada fry menyebabkan makanan tersebut tidak dimakan dan jadi sampah. Lakukan perkara sama penjagaan fry ikan gupi selama 20 hari dengan cara yang intensif. Antara aktiviti yang lazim dilakukan dengan cara membersihkan kotoran (hati-hati), mengganti air dan membuang fry yang mati. Setelah ukuran ikan guppy sudah cukup besar, ia menandakan anak ikan ini sedia untuk dituai dan dijual. Bergantung kepada negara pengimport dan syarat-syarat dikenakan lazimnya proses pengeksportan ikan hiasan termasuk ikan gupi perlu dibincangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN GUPI... IA IAKAN HIASAN...
WARNA WARNI...YANG JANTAN...
MUDAH DITERNAK...USAHAWAN...
BACA ARTIKEL... DARI ILMUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1383, Suite Room, 
13th Floor, Hotel Genting Jurong,
2, Townhall Link, 
Singapore 608516.
(16 Syawal 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.