TANAMAN POKOK MATA KUCING (Dimocarpus longan) masih menjadi tanda tanya kebanyakan petani di negara kita kerana pokok ini secara konvensional adalah pokok yang besar dan tinggi. Terdapat kekeliruan dikalangan orang kita mengenai nama Longan, Mata Kucing, Lychee, Kelengkeng, lo han dan beberapa lagi walau pun ianya merupakan jenis buah yang ada beberapa ciri persamaannya. Bagaimana pun saya ada menulis dua artikel mengenai buah mata kucing (Sila klik disini), (Sila klikdisini) dan juga beberapa artikel mengenai longan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk rujukkan. Memang dikalangan orang biasa ada yang memanggilnya buah mata kucing dan selalu juga penulis blog dengar ada juga memanggilnya longan. Namun begiru anda jangan keliru dengan mata kucing dan longan kerana ia buah yang berbeza walaupun secara kasarnya ia kelihatan sama. Pokok mata kucing sebenarnya juga sejenis subspesies pokok longan. Ia juga dinamakan demikian kerana rupa dan saiz buahnya seperti mata kucing, tetapi kecil sedikit berbanding longan. Pokok mata kucing berasal dari Malaysia dan Indonesia dengan nama botani atau saintifiknya ialah Euphoria malaiense. Setiap pokok mata kucing dewasa mampu mengeluarkan 2,000 hingga 3,000 biji buah pada setiap musim berbuah. Ada beberapa jenis pokok mata kucing yang telah dikenalpasti dikenali dengan nama tempatan sebagai Belian, Isau dan Kakus. Bagaimanapun didapati setiap kali tiba musim buah berkenaan selalunya ramai yang sering membeli buah mata kucing atau longan diimport dari Thailand sahaja bukan yang ditanam dinegara kita Malaysia. Artikel malam Ahad ini sempana cuti hujung minggu di Melaka saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai aktiviti penanaman buah mata kucing oleh seorang usahawan yang dlaporkan oleh akhbar Harian Metro untuk dijadikan sumber ilmu pengetahuan dan potensi untuk dikembangkan tanaman ini.
Kepada mereka yang suka berkebun dan memakan buah mata kucing bolehlah membuat lawatan belajar atau tinjauab ke ladang milik Azmi Morad (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang berumur 56 tahun yang mengusahakan lebih 400 pokok mata kucing jenis belian di Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Dia bermula dengan kosong pengetahuan mengenai pokok mata kucing dimana dia yang juga bekas kontraktor itu mampu tersenyum kerana tanaman yang diusahakan sejak 10 tahun lalu membuahkan hasil lumayan. Beliau tidak menyangka pokok mata kucing yang ditanam selepas dua setengah tahun mengeluarkan hasil di luar jangkaan. Pokok ini amat menarik perhatian ramai orang termasuk penduduk kampung kerana buahnya lebih besar dan rasanya setanding dengan yang ditanam di Thailand. Buah mata kucing ini juga memang berkualiti dan selamat dimakan kerana tiada sebarang bahan sampingan berbahaya digunakan seperti racun. Ini kerana ketika pokok itu masih kecil mahupun sudah mengeluarkan buah dimana diaa hanya menggunakan baja organik khas. Beliau nyatakan dimana pembabitan pada peringkat awalnya sebagai usahawan tani akan tetapi pada tahun 2005 ada seorang kenalan dari Thailand bertanya sama ada dia ada tanah kosong yang boleh diusahakan. Pada waktu itu memang dia ada tanah terbiar berhampiran rumahnya danu kenalan itu mencadangkan supaya dia cuba menanam pokok mata kucing.
Beliau yang memang tiada pengetahuan mengenai pokok ini lalu meminta kawan menguruskannya bermula dengan membawa anakbenih iaitu sebanyak 113 pokok mata kucing yang dibawa masuk dari Thailand. Bagaimana pun kini selepas yakin dengan tanaman ini maka dia telah menambah 280 pokok lagi menjadikannya hampir 400 pokok semuanya dengan benih yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Sejak mempelajari teknik penjagaan tanaman pokok itu dan dia juga ada membuat lawatan ke ladang pokok mata kucing di Thailand maka dia mula berminat serta mendapatkan banyak lagi maklumat mengenai teknik menanam serta menjaga pokok dari kecil sehingga berbuah. Salah satu sumber maklumat adalah dengan melayari internet dan membaca artikel mengenai tanaman ini. Pokok mata kucing agak sukar dijaga sewaktu kecil dan memerlukan perhatian rapi. Dia pernah bersengkang mata sehingga 3 pagi untuk menjaga pokok berkenaan serta mahu melihat jenis serangga yang akan datang merosakkannya. bagaimana pun didakwa dimana apabila pokok sudah besar maka tahap penjagaan pokok itu lebih mudah. Pokok mata kucing mula menampakkan hasil sebaik mencapai usia dua tahun selepas dia memberikan baja organik. Semua pokok mata kucing jenis belian itu didakwa telah mengeluarkan hasil antara 1,000 - 3,000 buah setiap pokok. Sebenarnya dia turut membuat kajian sendiri mengenai cara penanaman dan penjagaan pokok mata kucing. Antara kajian dengan dia mencuba pelbagai teknik menanam pokok mata kucing jenis belian dan isau namun hasilnya hanya jenis belian sesuai ditanam di negara ini kerana buahnya lebih kering dan tidak berair.
Dalam kajiannya beloaiau dakwa dan mendapati pokok mata kucing perlu ‘berpantang’ selama enam bulan sebelum boleh berbunga dan berbuah semula. Jika tidak maka buahnya tidak elok dan kurang sedap. Oleh itu dengan kaedah ini dia mampu mengawal bila pokok ini akan berbunga dan berbuah semula sepanjang tahun. Belliau juga ada menanam pokok mata kucing didalam pasu untuk pemerhatian (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu jika ada asalah serangan kelawar memang mesti dikawal sebab jika dibiarkan akan menyebabkan buah yang hampir masak menjadi makanan binatang itu dan habis dalam satu malah sahaja. Bagi mengelak kelawar makan buah dikawal dengan memasang lampu pada semua pokok yang berbuah dan setakat ini teknik itu berkesan. Sehingga kini hasil tanaman pokok mata kucing mampu mendatangkan hasil antara RM6,000 - RM8,000 semusim dan dan dijualnya dengan harga RM8 sekilogram. Memng dakwa Azmi belum ada petani menanam pokok mata kucing secara komersial dan sebaliknya ditanam untuk makan sendiri dan jualan secara kecil-kecilan. Walau pun kerajaan negeri ada kempen untuk menggalakkan petani menanam pokok buah mata kucing, tetapi perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai dari Jabatan Pertanian mengenai cara penanaman. Teknologi terkini teknik tanaman pokok mata kucing sama ada sesuai di tanam di negara ini atau sebaliknya boleh ditambah baik dari semasa kesemasa setelah menanam pokok ini. Dalam pada itu didakwa permintaan untuk buah mata kucing memang ada tapi kita terpaksa import dari Thailand. FAMA akan membuat kajian bagaimana promosi boleh dilakukan jika ramai yang menanam dan menghasikan buah mata kucing. FAMA juga akan mengkaji dari segi kesihatan seperi khasiat buah mata kucing. Daripada kita import lebih baik tanam pokok mata kucing di negara ini, sekali gus dapat mengurangkan pengaliran keluar wang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH MATA KUCING... UNIK BUAHNYA...
KULIT DIKOPEK... MATA KUCING SAMA...
SUDAH DITANAM... AZMI PENGUSAHA...
BOLEH DIKEMBANGKAN... SEMUANYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 508, Putra Regency Hotel,
Kangar, Perlis,
Malaysia.
(23 Ramadan 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.