Monday, April 8, 2019

SOTONG KANGKONG - ENAKNYA

SOTONG KANGKONG (Kangkong Cuttlefish) adalah sejenis makanan tempatan yang semakin popular masa kini kerana keenakannya dan juga harganya. Penulis blog sesekali pekena makanan enak sotong kangkong ini yang mudh di perolehi di beberapa Medan Selera disekitar Putrajaya, Johor Bahru dan Melaka. Bagaimana pun terkini saya dapat makan Sotong Kangkong Taiping di Medan Selera Perniagaan Bandar Taiping yang dikira sangat popular dikalangan orang tempatan dan pelancong luar yang berkunjung ke Taiping (Sila lihat foto diatas). Bukan sahaja peniaga Melayu yang berniaga sotong kangkong disini sebaliknya peniaga Cina dan India pun ada dilokasi ini. Selain daripada hidangan sotong kangkong di medan selera ini ada menyediakan pelbagai makanan lain seperti Yong Tau Foo, Nasi Goreng, Nasi Ayam, pelbagai jenis mee goreng kue tiow goreng, sate, rojak dan bermacam lagi. Memang sesak semasa penulis blog berkunjung semasa cuti sekolah baru-baru ini. Terdapat banyak gerai yang mempamerkan resepi sotong kangkong disini dengan banyak pilihan. Makanan seafood ini diminati oleh semua kaum dan juga peringkat umur kerana ia tidak pedas dan merupakan makanan laut yang popular. Sotong Kangkong ini dipercayai diasaskan oleh orang Cina dimana resepi ini kemudiannya disesuaikan dengan citarasa tempatan yang disukai ramai orang. Selain daripada mekanan Sotong Kangkong sering juga akan didapati Rojak Sotong Kangkong yang dibezakan sedikit dengan tambahan beberapa bahan didalamnya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis menganai makanan Sotong Kangkong dan ifo berkaitan dengannya untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Resepi Makanan Sotong Kangkong memang agak mudah untuk kita dapat menyediakannya asalkan mempunyai bahan mencukupi dan juga  ada ilmu membuatnya. Penulis blog pun telah mencuna membuatnya sendiri dirumah dengan mudah dan enak malahan lebih baik daripada di gerai sebab di sesuaikan dengan citarasa. Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sotong kangkong adalah 1 ekor sotong kembang dan dicuci bersih, 1 ikat kangkung muda dicuci bersih, Bijan panggang secukupnya dan juga Bawang goreng secukupnya. bagi membuat bahan sos maka diperlukan 2 ulas bawang putih perlu d tumbuk halus, 2 biji cili merah yang tumbuk halus, 4 sudu makan petis udang, 2 sudu makan sos hoisin, 2 sudu makan sos plum, 1 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap pekat,  Gula secukup rasa, 1 cawan air serta sedikit bancuhan tepung jagung (jika perlu). Cara menyediakan dimulakan dengan mendidihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong kembang dalam air mendidih. Kemudian sotong dan kangkong celur tadi dihiris nipis dan ketepikan. bagi menyediakan so pula perlu dimasukkan air, cili merah dan bawang putih dan kemudian dididihkan. Selepas itu dimasukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat diman ia kemudian dikacau sebati dan buat ujirasa. Jika perlu memang perlu ditambah gula sehinga sesuai dengan citarasa. kemudian dididihkan sos dimana jika didapati cair maka dimasukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya. Selepas itu sos diangkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.  Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya diatas makanan tersebut sebelum ianya dihidangkan untuk sedia dinikmati. Sebagai info tambahan biasanya sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir tersebut anda boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.

KANGKONG (Ipomoea spp) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayur daun yang popular di negara kita untuk pasaran domestik. Kangkong tergolong dalam famili Convolvulaceae ddipercayai ia berasal dari India. Kangkong di negara Cina dikenali sebagai weng cai yang juga merupakan satu jenis tanaman sayuran penting untuk kegunaan harian. Di negara barat pula, kangkung biasa disebut swamp cabbage, water convolvulus, atau water spinach. Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Kangkung Darat (Impomea reptans) dan Jenis Kangkung Air (Impomea aquatica).Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. Keluasan tanaman kangkong di Malaysia seperti dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia seluas 2,600 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 125,500 metrik tan yang bernilai RM 14.6 juta setahun (Laporan Tahunan Statistik Jabatan Petanian Malaysia 2013). Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fosforus dan karoten.


Penanaman kanngkong mudah dilakukan jika petani telah cukup mahir menanamnya atau pun mereka yang ingin menanam dikawasan keliling rumah. Kangkung boleh dibiakkan dengan dua kaedah iaitu daripada biji benih (kangkung darat) dan vegetatif bagi kangkung air (keratan batang yang berakar). Lazimnya biji benih kangkung tidak perlu disemai kerana ia besar dan mudah hidup jika ditanam terus di atas batas. Penyediaan batas tanaman disediakan selebar satu meter (m) dan panjang bergantung pada lokaiti kawasan dan tujuan penanaman. Semasa menggembur tanah, tambah bahan organik sebagai baja permulaan dan lazimnya menyuburkan tanah. Setiap satu meter lebar sediakan empat alur boleh terhasil kerana jarak yang disyorkan antara alur ialah 20sm. Biji benih ditabur jarang-jarang di dalam alur. Sebaiknya bubuh sungkupan seperti jerami padi diletakkan di permukaan batas yang terdedah untuk kawalan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah. Selepas antara tiga dan empat hari, biji benih akan bercambah.- Kaedah menanam kangkung air pula, batang kangkung yang telah berakar dipotong sepanjang antara lima dan lapan sentimeter. Kemudian cucuk batang kangkung yang berakar secara mencondong di kawasan tanah lembap dan berair.


Semua dari kita tahu apa itu sotong kembang iaitu sotong kering yang direndam sehingga kembang dan lembut dengan warna menarik (Sila lihat foto disebelah). Sotong kembang ini amat sesuai dimasak sambal, dijadikan Sotong Kangkong dan lain-lain. Tapi tahukah kita bagaimana sotong kembang disediakan seperti yang terdapat dipasaran. Apa yang kita tahu sotong tersebut ada dijual dipasar basah dan kita hanta tahu membelinya sahaja. Tapi tahukah kita bagaimana mereka menyediakannya? terjaminkah kebersihannya dan anda  mungkin boleh bayangkan sejenak. Agak-agak pembuatnya membasuh dulu atau tidak sebelum direndam. Kalau sudah direndam pasti akan mengembang dan dijual dipasar. Dalam pada itu sebenarnya kita boleh membuat sotong kembang ini sendiri dirumah dengan mudah. Jika kita hendak membuat sotong kembang tidak susah sebenarnya dimana hanya memerlukan beberapa jenis peralatan iaitu Baldi atau besen (kalau boleh gunakan bbaldi yang stainlessteel) akan tetapi jika tidak ada maka gunakan besen plasti yang ada dirumah. Gunakan Alat Timbang, Sudu atau Senduk. Bahan - bahan yang diperlukan pula adalah sotong kering yang bersaiz besar, 2. Air abu atau abu jang (ia boleh didapati di kedai runcit) dan Air bersih. Cara untuk menyediakan sotong kembang bermula dengan membasuh dahulu sotong kering dengan air yang bersih dimana yang terbaik di basuh 3 kali. Kemudian kita sediakan air untuk merendam sotong tersebut dengan nisbah 1 air abu dan 10 air bersih (1:10). Jika menggunakan abu jang maka sukatannya 1-2 ketul abu jang dengan air 10 liter. Seterusnya kita rendam sahaja sotong kering tadi kedalam air abu yang telah kita sediakan tadi. Masa yang diperlukan untuk merendam sotong adalah antara 5 hingga 6 jam lamanya (semalaman). Selepas 6 jam sotong tersebut dikeluarkan dan direndam pula kedalam air panas selama 1 jam untuk hasil yang terbaik. Sotong kembang ini sedia untuk digunakan atau pun dijual. Kepada anda yang berminat makan sotong kangkong boleh membuatnya sendiri. Semuga artikel dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...

SOTONG KANGKONG.... ISTIMEWA...
MAKANAN SEAFOOD... ENAKNYA....
LEMAK SOTONG... ADA KUAHNYA...
MAKAN... IA BERSAMA KELUARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 829, Novotel Hotel,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(21 Rejab 1440H).
Updated 0n 16 Syawal 1441H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.