Sunday, April 7, 2019

PEMISAHAN INDUSTRI KOMODITI DAN MAKANAN - REALITI

MALAYSIA adalah sebuah negara yang dahulu selepas merdeka bergantung kepada sektor pertanian sebagai penyumbang kepada KDNK Negara. Bagaimana pun setelah lebih 60 tahun merdeka negara kita telah berubah segmen KDNK kepada sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan seterusnya dimana peranan sektor pertanian dalam negara semakin sumbangannya. Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya dimana pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya kadar pertumbuhan Malaysia adalah ianya bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya kini Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah meyebabkan dan mengurangkan kesan gawat tersebut. Malaysia juga mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walau bagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif. Selain getah dan sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli. Bagaimana pun dalam sektor pertanian memang sudah lama di asingkan diantara Sektor Tanaman Komoditi dengan Sektor Agromakanan melalui kementerian yang berbeza. Kesan ini jelas memberi impak serius apabila harga komodti kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan getah (Hevea brazilliensis) merudum menyebabkan Perdna Menteri mengumumkan agar sektor tanaman industri ini beralih bidang kepada untuk negara menghasilkan makanan juga. Artikel subuh ini saya meulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' laporan oleh Profesor Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad bertajuk ''Realiti pemisahan komoditi industri, makanan'' yang disiarkan oleh Berita Harian untuk dikupas bersama.

Beliau menulis dimana jika melentur prestasi semasa, negara ada enam dekad bukti untuk menerangkan mengapa sektor pertanian kita masih tidak berubah dari segi struktur. Dari dulu hingga kini wujud dualistik dalam pertanian iaitu subsektor komoditi industri (sawit dan getah) dan subsektor makanan (tanaman, ternakan dan perikanan). Memang lumrah ekonomi, sektor maju seperti sawit menarik sokongan kerajaan dan pelaburan swasta kerana pulangan tinggi. Sokongan aktif menjadikan sektor ini kian maju.  Namun, sebaliknya berlaku kepada sektor seperti makanan negara yang kurang maju, kerana sokongan tidak mencukupi. Malah sektor tanaman industri menarik keluar input pertanian seperti tanah, buruh dan modal daripada sektor makanan. Keluasan sawit meningkat daripada 56,000 hektar (ha) pada 1960 kepada 5.7 juta ha pada 2017. Getah pula menurun daripada puncaknya 1.5 juta hektar pada 1976 kepada 670,000 hektar kini. Tanaman koko (Theobroma cacao) hampir pupus selepas memuncak pada 1989 dengan 414,000 hektar sahaja. Penulis blog masih ingat bagaimana terlibat dengan operasi memusnahkan serangan Ulat Pengorek Batang Koko (UPBK) di Merlimau Estates dan kawasans ekitarnya sekitar awal tahun 1980'an. Selepas itu dengan tekanan harga kokoo yang tidk stabil menyebabkan tanaman koko semakin berkurangan di Malaysia. Terdapat 3 (tiga) pola gelagat ditampilkan komoditi industri. Sawit menunjukkan kelok keluasan bertumbuh eksponen dari tahun ke tahun, namun pertumbuhan mungkin terencat, mendatar atau turun tidak berapa lama lagi apabila batasan tanah mencapai 6 juta ha sahaja untuk dimajukan. Kerajaan sekarang penulis blog mendengar agar penanaman kelapa sawit dihadkan atau dikawal keluasannya digantikan dengan tanaman lain terutamanya kepada sektor agro makanan.

Dalam pada itu industri tanaman getah yang mencapai puncak sekitar 1960-an dan 1970an semakin kian pudar. Ada estet gulung tikar beralih kepada sawit dimana kini penulis blog dapati hampir 95 peratus penanam getah hanyalah dari pekebun kecil. Industri koko pula boleh disifatkan ‘maju dan tumpas’ mirip dialami Brazil sebelum ini. Jika 1970-an getah dianggap komoditi utama mengambil hampir 60 peratus keluasan tanah pertanian, kini tiga perempat tanah pertanian diliputi kelapa sawit sebagai tanaman tunggal. Bagaimana pun tanaman padi dan kelapa masih dikategorikan sebagai tanaman makanan dijaga dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanaman Padi (Oryza sativa) yang menanam sekitar 600,000 hektar setahun merupakan tanaman keselamatan penting kerana beras adalah menjadi makanan ruji penduduk negara ini. Kadar kecukupan beras negara sekitar 70% dan bakinya adalah diimport. Terdapat 8 buah jelapang padi di Malaysia melalui konseps pengurusan berpusat seperti MADA, KADA dan beberapa IADA dan Mini IADA. Mengikut turutan, tanaman padi adalah tanaman ke 3 terpenting dari segi keluasan selepas kelapa sawit dan getah. Tanaman padi juga diantara tanaman yang menerima paling banyak insentif untuk pastikan pesawah masih mahu menanam padi bagi menjamin keselamatan makanan negara. Dalam pada itu tanaman kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman ke empat terpenting dengan keluasan sekitar 96,500 hektar dan mampu menghasilkan sebanyak 650 juta biji kelapa setahun. Bagaimana pun bekalan kelapa mash tidak mencukupi untuk kilang pemproses menyebakan negar mengimport sekitar 100 - 159 juta biji kelapa tua setahun daripada Indonesia. Pada penulis blog Anim Agro Technology kesemua tanaman penting ini perlu dilihat kaedah pembangunannya secara menyeluruh.

Berbalik kepada tulisan Prof. Dr Fatimah antara beberapa isu mencabar di sebalik kejayaan sektor pertanian ini akan dibncangkan. Dalam pada itu apapun penekanan kepada tanaman industri (kelapa sawit dan getah) ia berbaloi dari segi faedah dalam ekonomi. Sektor ini menyumbang 7.7 peratus keluasan dalam negara kasar (KDNK) pada 2017iaitu dengan nilai tambah bernilai RM90 bilion (RM56 bilion kelapa sawit dan RM15 bilion getah) dan nilai eksport RM140 bilion. Ia menampung lebih 760,000 pekebun kecil atau hampir 3 juta ahli keluarga. Kejayaan ini dibayangi isu mencabar seperti kesan kehilangan kepelbagaian bio dalam hutan, kepupusan beberapa spesies haiwan termasuk orang utan, kesan alam sekitar seperti baja kimia kepada tanah dan sungai serta bahan buangan kilang yang disalurkan ke sungai. Walau pun ada juga tuduhan langkah ‘perampasan tanah’ ke atas syarikat perladangan. Sektor ini menggunakan hampir 400,000 pekerja asing, bermakna setiap tahun berbilion wang negara mengalir keluar ke Indonesia dan Bangladesh. Kesatuan Eropah (EU) juga menuduh sektor kelapa sawit merosakkan alam sekitar. Penulis blog yang pernah bertugas di Pejabat Pertanian Daerah dahulu sering dikunjungi pihak estet yang ingin memohon pekerja asing sebelum sistem baru diperkenalkan unyuk permohonan ini. Kalau kita dapat memerhatikan citra sektor tanaman makanan, dari semua sudut ia adalah berbeza. Kalau keluasan tanah tanaman industri meningkat maka tanaman makanan pula kurang 1 juta ha pada 2015. Syer tanaman makanan daripada keluasan tanah pertanian hampir satu pertiga (1960) dan terkini hanya 10 peratus sahaja. Penurunan tidak diiringi peningkatan produktiviti. Bilangan penduduk yang bertabah setiap tahun penulis blog dapati menjadikan permintaan untuk makanan akan terus meningkat dengan signifikan.  Berbeza tanaman industri dimana memang tiada kitaran untuk komoditi makanan dan permintaannya berterusan dalam segenap situasi. Walaupun kehausan tanah akan tetapi tanaman makanan tetap diperlukan sepanjang masa tanpa mengira turun naik harga atau kejutan pasaran. Apa jenis tanaman makanan sekalipun membawa faedah pelbagai peluang pekerjaan, pendapatan dan sekuriti makanan penduduk. Tanaman makanan memperkasakan kepelbagaian bio tempatan. Secara kecil-kecilan ia boleh membantu pemuliharaan alam seperti tasik, sungai dan hutan sekeliling kebun. Berbeza sawit yang meratakan tanah, lantas merosakkan landskap dan tumbuhan asal kawasan.

Dalam pada itu kerajaan perlu tentukan apakah pilihan penumpuan komoditi dimasa akan datang. Tanaman makanan mewarnakan landskap dengan indah. Kadangkala di kala krisis ekonomi berlaku diana perusahaan tanaman makanan boleh menjadi sumber pendapatan. Tanaman campuran pula sangat mesra ekologi dan lestari. Penulis blog setuju dengan kenyataan Prof iaitu tidak seperti tanaman industri dimana tanaman makanan hanyalah memerlukan keluasan kecil. Pulangan per hektar tanaman sayur-sayuran lebih tinggi berbanding sawit dan getah. alan tetapi walaupun tanaman makanan memberi pelbagai faedah namun industri ini masih belum menunjukkan kemajuan membanggakan kecuali sektor seperti ternakan ayam pedaging, telur dan akuakultur. Dilaporkan dimana defisit perdagangan makanan kian membesar dari tahun ke tahun, mencecah RM19 bilion pada 2018. Hampir semua makanan utama diimport termasuk produk tenusu, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, beras dan gula. Selain itu perlu dibincangkan dimana bukan setakat makanan sahaja yang diimport akan tetapi penulis blog faham dimana bahan input mengeluarkan makanan juga diimport seperti benih untuk beberapa tanaman (terutama benih tanaman hibrid), baka ternakan, input baja, racun perosak dan rumpai. Apa yang lebih membimbangkan adalah peralatan mesin dan jentera malahan buruh juga diimport. Pernah penulis blog terfikir jik semua pekerja asing sektor pertanian ini tidak ada mahu kelapa sawit tidak turun, kilang sawit pun tidk beroperasi sepenuhnya, sayur dan ikan juga mungkin sukar diperolehi.

Mengapa Malaysia tidak mampu menyara makanan untuk penduduknya walaupun ada faedahnya. Negara kita pada saya memang masih ada tanah, kepelbagaian bio kedua terbesar di dunia, cukup matahari dan hujan dan prasarana. Dalam pada itu negara bertanah gersang seperti Israel atau kecil seperti Holland dan yang pernah ranap oleh kesan peperangan seperti Vietnam dan Korea dimana semuanya mampu membangunkan industri makanan untuk kecukupan penduduknya dengan jaya sekali. Maksudnya dalam enam dekad lalu negara Malaysia memilih mengeluarkan komoditi tidak diperlukan penduduknya dan hanya untuk keperluan negara kaya. Lebihan eksport ini digunakan untuk negara mengimport makanan dengan meminggirkan pengeluaran makanan tempatan sebegitu lama. Adakah ini pilihan tepat untuk Malaysia?. Begitu sinis pendapat Prof apabila beliau menyentuh pasal dasar negara kita sekian lama diikuti. Dalam pada itu tanaman industri menggembleng faedah berbanding (tanah, cuaca) dan menokok faedah daya saing melalui kajian dan pembangunan (R&D), sokongan fiskal, prasarana dan lain-lain. Sebaliknya berlaku untuk tanaman makanan. Pemisahan antara dua sektor iaitu komoditi industri dan makanan memang merugikan penduduk Malaysia kerana tidak dapat menikmati nutrisi terbaik di samping faedah kekayaan kepelbagaian bio yang ada. Kepada Prof dia menyatakan jika pemisahan berterusan ,aka berlaku kerugian akan membesar dan negara akan bergantung selama-lamanya kepada makanan import. Penulis blog memang setuju degan pandangan Prof Dr Ftimah dalam penulisan beliau dimana ia perlu dijadikan bahan rujukan kepada semua yang terlibat. Terimakasih kepada tulisan Prof dan saya tulis semula dalam anim agro technology untuk rujukkan. Wasallam!!!...
SEKTOR TANAMAN INDUSTRI... ADA...
SEKTOR AGRO MAKANAN... DI MOA...
ADA DUA KEMENTERIAN... IA BERBEZA...
PROF DR FATIMAH... SUDAH BERKATA...

By,
M Anem,
Senio Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrjaya,
Malaysia.
(14 Rejab 1440H).
Sumber: Berita Harian pada 17 Mac 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.