Tuesday, April 23, 2019

KELAPA PARIT KEROMA LAUT

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu komoditi dibawah Sumber kekayaan Baru Negara (SKB) yang diberikan perhatian oleh kerajaan. Penulis blog telah membuat tinjauan kepada salah seorang pekebun kelapa di Parit Keroma Laut, Muar, Johor bagi mendapatkan maklumat mengenai pencapaian projek ini secara dekat untuk ianya digunakan dalam laporan kemajuan projek SKB ini. Kebun kelapa kepunyaan Ustad Salam yang berhampiran dengan pantai ini berada diatas tanah liat dikelilingi dengan pokok bakau seluas 3 ekar dimana selain ditanam kelapa dia juga mengusahakan kolam ternakan ikan dan kolam ternakan udang putih. Beliau juga mengusahakan proses membuat Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) yang mana telah mendapat pasaran tempatan yang baik. Berhadapan dengan kebun beliau terdapat sebuah kompleks Agro Tourism oleh pengusaha lain dimana disediakan bilik-bilik chalet, dewan makan, dewan kegunaan mesyuarat dn ceramah serta beberapa kemudahan lain menjadikan kebun Ustad Salam sangat strategik untuk dilawati pelancong. Agropark Homestay and Chalet yang mendapat rating 3.9 bintang. Oleh itu memang kebun Ustad Salam ini sangat strategik sebagai salah satu lokasi untuk konsep Agro Pelancongan dikawasan ini. Kebun Kelapa memerlukan kawasan cukup panas dimana pokok yang sudah berumur antara 4 - 7 tahun ini sudah mula mengeluarkan hasil. Penulis blog berkongsi teknologi mengenai penanaman kelapa dengan Ustad Salam dan beberapa pegawai pertanian kawasan (Sila lihat foto diatas) bagi mengukuhkan lagi ilmu mereka. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya terus menulis mengenai kejayaan Ustad Salam yang berjaya menanam kelapa di Kg Parit Keroma Lau untuk bahan rujukkkan anda.

Tanaman kelapa di Malaysia merupakan tanaman yang ke 4 terpenting selepas kelapa sawit, getah dan padi. Pada masa ini luas tanaman kelapa di Malaysia adalah seluas 81,585 hektar dengan jumlah kelapa dihasilkan 538,685 metrik tan (Sumber: Laporan statistik tanaman oleh Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Bagaimana pun Malaysia masih perlu mengimport sebanyak 100 - 110 juta biji kelapa setahun daripada Indonesia untuk menampung kekurangan kelapa terutama bagi sektor perkilangan. Kelapa nini dibawa masuk melalui pelabuhan Batu Pahat, Kelang dan juga Pulau Pinang. Tanaman kelapa diberikan perhatian semula oleh kerajaan apabila ia dimasukkan didalam satu dripada program Sumber Kekayaan Baru (SKB) selain daripada nanas, durian dan beberapa lagi. Peruntukkan sebayak RM50 juta telah diberikan untuk pembangunan kelapa bagi RMK ke 11 melibatkan pelbagai program seperti Projek Tanaman Baru Kelapa, Projek Pemulihan Kawasan Kelapa, Projek Pengeluaran Benih Kelapa dan beberapa projek lain berkaian kelapa. Antara varieti kelapa yang kini dibangunkan adalah jenis Kelapa Matag, Kelapa Renek Merah (MRD - Malayan Red Dwarf), Kelapa Renek Kuning (MYD - Malayan Yellow Dwarf), Kelapa Pandan (Aromatic coconut) dan beberapa varieti lain yang akan diperkenalkan. Isu kekurangan benih kelapa hibrid Matag (CN13, CN14 dan CN15) menyebabkan kerajaan menyarakan tanaman kelapa renek ini di komersilkan. Kelapa Matag menjadi pilihan ramai petani kerana ia mampu menghasilkan buah yang banyak, cepat berhasil dan zaiz buah yang besar.

Berbalik kepada Ustad Salam di Muar, beliau telah menanam beberapa varieti kelapa di kebunnya tetapi 80% adalah kelapa Matag dri bantuan Jabatan Pertanian. Benih pokok kelapa ini ditanam dengan jarak disyorkan Jabatan dimana sudah pun berhasil sejak beberapa tahun dahulu (Fasa pertama). Beliau terpaksa menggali kolam  atau parit didalam kebunnya untuk elakkan kejadian banjir apabila air laut pasang dan air hujan turun. Kini dengan adanya kolam diantara barisan tanaman menyelamatkan kerosakkan pada pokokk kelapanya. Penulis blog melihat ada ke tiga-tiga varieti Matag yang ditanam iaitu Kelapa Matag Hijau, Kelapa  Matag Oren dan Kelapa Matag Gold. Pokokk dijaga baik dan berbuah dengan bilangan biji setandan diantara 2 - 10 biji bergantung kepada umur pokok dan kesuburannya (Sila lihat foto disebelah). Dakwa beliau dimana pada peringkat awal penanaman memang sukar untuk menjaga tanaman kelapa dikebunnya kerana kerap  berlaku serangan Kumbang Tanduk (Rhinocerous beetle) yang memeasukki perdu. Pelbagai cara beliau gunakan bagi mengawal serangan ini dan membuat sulaman kepada pokok yang mati. 

Bagi pembajaan lazimnya beliau akan menggunakan baja import seperti Yara Milla dan Cap Kuda Singa sama ada formulasi 12:12:17:2 atau beberapa formulasi lain. Kekerapan pembajaan dilakukan 3 kali sebulan dengan kadar yang disyorkan seperti ditulis pada label. Bagaimana pun penulis blog syorkan juga petani membuah ujian kemasaman tanah Asid Sulfat untuk mengetahui pH dan kemudian disyorkan membuat pengapuran. Selain itu juga disyorkan menambah baja organik kerana melihat keadaan tanah dikawasan ini memang dilihat kurang baja organik. Ada juga disyorkan untuk meletakkan baja garam dikawasan kebun bagi meningkatkan tahap kesuburan tanah. Sehingga kini beliau hanya mengutip buah-buah kelapa ua yang gugur atau memeiknya kerana pokok masih rendah. Buah kelapa tua yang belum dikupas dijual dengan harga RM0.80 bagi saiz sederhana dan buah yang bersaiz besar dijual dengan harga RM1.00 sahaja. Lazimnya apabila buah sudah beliau kumpulkan akan beritahu peraih untuk datang mengambilnya dan bagusnya dimana pembayaran adalah tunai. Mengikut peraih kelapa dari kebun beliau disukai ramai kerana ia masih segar dan santannya juga berkualiti. Bagaimana pun penulis blog sarankan agar petani menuai Kelapa Muda berumur 7-8 bulan untuk dijual dengan harga lebih tinggi sekitar RM 1.20 - RM1.40 sebiji. Beliau kata setakat ini belum mahu menguti kelapa muda kerana 'takut' pokoknya akan cepat jadi tinggi seperti rakannya yang lain. 


Selain menjual kelapa tua, Ustad Salam maju setapak lagi dengan membuat Minyak Kelapa Dara (VCO) dengan jenama VCO Salam (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti membuat VCO ini telah dimulakan lbih 1.5 tahun lalu dengan memproses sendiri dirumah menggunakan peralatan fermentasi yang dipelajarinya dahulu. Setiap botol plastik berisi 120 ml dijual dengan harga RM20 dimana ia dipasarkan disekitar kampung dan rakan taulan sahaja. Minyak VCO ini telah dihantar ke Makmal Food Laboratory (SAMM 293) beralamat di Butterworth Pulau Pinang dimana dilaporkan minyak ini mengandungi 40 jenis asid berfaedah untuk kesihatan. Kandungan yang dinyatakan didalam laporan Certificate of Analysis (CoA) amat menyakinkan ustad Salam didalam menghasilkan produk VCO. Kini beliau dapat menjual produk VCO dari hasil kelapa di kebunnya yang menjadi penentu kepada kualiti bekalan kelapa segar dan berkualiti. Bagaimana pun penulis blog sarankan agar beliau menukarkan botol pembungkusan daripada botol plastik kepada botol kaca. Ini kerana semua asid yang ada dalam minyak VCO tersebut akan bertindakbalas dnegan botol plastik yang tidak sesuai untuk produk seperti ini. Apa pun beliau disarankan juga mendapatkan sijil piawaian untuk produk makanan seperti HACCP, MeSTI dan juga piawaian lain seperti HALAl. Semuga anda semua mendapat info terbaik daripada artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DEKAT LAUT ... DITANAM KELAPA...
NAMA KAMPONG... PARIT KEROMA...
KEBUN BERSIH... DIJAGA SEMPURNA...
HASILAN KELAPA... VCO PUN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Keroma Laut,
Muar, Johor,
Malaysia.
(8 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.