Monday, April 22, 2019

FALL ARM WORM - ANCAM TANAMAN

FALL ARMY WORM (FAW) atau nama saintifiknya sebagai Spodoptera frugiperda merupakan sejennis serangga yang mengancam tanaman di negara kita berasal daripada luar negara. Serangga ini mengancam kawasan tropika dan subtropika dimana larvanya menyerang lebih daripada 80 jenis tanaman. Antara tanaman utama yang diserang adalah seperti jagung, padi, sorghum, millet, tebu, sayur-sayuran dan cotton. Dari segi rekod serangga FAW ini mul dikesn di Tengah dan Barat Afrika iaiu sekitar tahun 2016 (awal tahun) sepertii di Benin, Nigeria, Sao Tome and Principe dan Togo dan seterusnya dijumpai di kawasan Afrika Selatan, Madagascar dan juga Seycheeles. Pakar Serangga Jabatan Pertanian dan Pengarah Biosekuriti iaitu En Mohd Kamil menyatakan dimana terkini sudah sampai di Malaysia setelah ianya menyerang India dan Yaman pada tahun 2018, Negera Myanmar diserang juga pada tahun 2018 dan di Thailand pula pada Disember 2018. Serangga ini sangat bahaya kerana ia adalah dari jenis STRONG FLYER iaitu jenis kupu-kupu (Moths).  Penulis blog yang menerima penerangan dari En Kamil diberitahu dimana ia disebarkan oleh manusia melalui aktiviti perdagangan dan perjalanan manusia sendiri. Ia juga menyerang kawasan tanaman jagung manis di utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah baru-baru ini dan tidak mustahil boleh merebak keseluruh negara jika tidak dikawal denga cara yang terancang. Pemeriksaan dilapangan menunjukkan dimana serangga FAW ini aktif waktu malam dimana ia mampu terbang selaju 100 km satu malam dan boleh bertelur sehingga 1,000 biji telur dalam satu jangkahayat. Wow!... memang dahsyat serangga kupu-kupu ini yang perlu kita kenali. Artikel subuh ini di dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai serangga FAW untuk dibaca, difahami dan dikawal semuga ancamannya dapat dihalang dimasa akan datang.


Serangga daripada order lepidoptera ini dan keluarga noctuidae adalah dimana yang dewasa panjang kepak berukuran sehingga 40 mm pajang denan berwarna coklat kelabu (molted gray). Kitar hidup Fall ArmyWorm ini pada peringkat TELUR, 6 peringkat INSTAR) Ulat Belunas, pupa dan kupu-kupu (Dewasa). Ancaman dripada peringkat LARVA dimana ia mampu memusnahkan lebih 80 jenis spesis tanaman sebagai peumahnya. Bagaimana pun dilaporkan dimana tanaman jagung (Zea mays) merupaka jenis tanaman paling utama selain daripada beberapa jenis tanaman lain. Dari segi kitaran hidup pula ia mengambil masa selama 38 - 61 hari pada suhu rendah dimana FAW dewasa akan bertelur di pokok muda dan akan menetas menjadi larva dalam tempuh 3-5 hari sahaja.  Peringkat larva pula ia akan hidup memakan pokok dalam masa 14-38 hari dimana larva ini akan mengorek batang dan pada ketik  daun jagung. Apabila larva FAW ini mencapai tahap matang maka  seterusnya ia akan bergerak ketanah untuk bertukar kefasa pupa antara 7 - 14 hari. Ia juga boleh menjadi pupate pada bahagian tongkol atau buah. Biasanya kitar hidup akan menjadi lebih cepay didalam musim cuaca panas. Kupu-kupu (moths) dewasa akan hidup selama 11-14 hari dimana ia akan berterbangan. Kupu-kupu FAW dewasa akan mampu terbang selaju 100 km dalam satu hari dan membiak dengan bertelu dilokasi baru. Peranan tuipan angin kencang membolehkan ia bergerak dengan lebih cepat dan jauh. 



Infestasi FAW ini boleh berlaku apabila ia mula bertelur sama ada berwarna hijau, krim atau coklat pada permukaan daun. Telurnya melekat pada bahagian bawah daun walau un ia juga bertelur pada bahagian atas daun atau dibatang tanaman. Infestasi serangan boleh mencapai 100% dalam masa singkat sama ada memalui bawaan FAW dewasa atau pun terbang seperti belon. Antara ciri-ciri utaa dapat dilihat atau tanda serangan adalah ujudny larva FAW. Larva FAW ini mempunyai ciri unik dimana dikepalanya ada tanda 'Y' yang terbalik dan ada 4 titik hitam pada bahagian kepallanya di dua atas. Larva yang berwarna coklat ini mampu bergerak dengan pantas pada tanaman. Larva FAW memang berbeza dengan Ulat Ratus Malaysia (Spodoptera exigua) dan juga Spodoptera litura. Kepada mereka yang ingin mengetahui akan benuk, warna dan saiz FAW ini boleh google laporan rasmi oleh FAO iaitu http://www.fao.org/fall-armyworm/en/  dimana ana dapat melihat dengan jelas fotonya.


Di Malaysia laporan pertama kehadian serangan FAW ini dilaporkan berlaku di kawasan Chuping Valley, Chuping, Perlis. FAW dilaporkan menyerang tanaman jagung manis seluas 35 ekar pada umur peringkat penanaman 45 hari baru-baru ini. Kadar kerosakkan dianggarkan sebanyak 30% dari lapoan diagnostik yang menyerang bahagian pucuk, batang dan bunga jagung manis.  Jabatan Pertanian Perlis mengesyorkan kaedah kawalan menggunaka semburan racun serangga seperti cypermethrin, chloriiphyfos atau ememectin benzoate. Apa yang berlaku seterusnya dimana FAW telah dijumpai menyerang tanaman jagung manis di Kg. Pering, Kubang Pasu, Kedah. Kawasan tanaman jagung manis seluas 2 hektar ini dilaporkan diserang FAW pada umur 45 - 60 hari dengan kadar kerosakkan hanya 2%. Bahagian yang diserang juga sama dengan serangan di Perlis iaitu bahagian daun, batang dan bunganya. Kaedah kawalan sama seperti yang disyorkan di Perlis. Apa pun bukan kadar serangan masih sedikit yang dibimbangkan akan tetapi kehadirannya juga amat mengerunkan penanam jagung jika beraku serangan lebih buruk dimasa akan datang. Para petani disarankan untuk melaporkan dengan segera kepada pejabat pertanian berhampiran jika melihat ada larva atau kupu0kupu FAW ini seteah mendapat maklumat dari blog ini atau penerangan oleh Pegawai Pertanian Tempatan.  Petani boleh membuat 'scouting' atau memantau dikebun jagung manis dengan lebih kerap. Jika jumpa juga serangan maka musnahan tanaman yang diseang dengan membakar untuk mempastikan tidak ada telurnya atau larvanya yang tertinggal. Dalam masa sama sentiasa membuat pemantauan lebih kerap  pada tanaman alternatif lain seperti padi, tebu, sayur-sayuran dan rumpai yang ada dikawasan berhampiran. 


Sehingga kinii ada 4 kaedah kawalan yang boleh diamalkan iaitu dengan cara menggunakan perangkap  feromon, penggunaan agen biologi, kawalan secara kultura, fiikal atau mekanikal dan juga penggunaan racun kimia. Terdapat bahan feromon yang dijual sesuai untuk memerangkap FAW. Bahan Biologi yang boleh digunakan seperti Telenomus remus Nixon dimana ia mampu mengganggu telur FAW sehingga  80%. Bahan biologi lain adalah Chelonus insularis yang menjadi parasitoids FAW. Bahan biologi ke 3 adalah Cotesia marginivetris iaitu parasitoids pada larva. Kaedah kawalan secara kutura boleh dilakukan dengan cara petani mengamalkan penanaman stagered planting (tanaman sama pada masa berbeza) untuk memutuskan bekalan makanan dan kitaran hidup serangga FAW. Disyorkan juga agar petani membuat tanaman selingan bersama jagung seperti tanaman jenis kekacang yang tidak digemari oleh FAW. Kemudian musnahkan dengan meracun dan membakar tanaman yang diserang. Boleh juga digunakan campuran abu dan pasir, habuk kayu atau cecair sabun dengan menabur atau sembur pada teras pokok. Bagi kaedah kawalan kimia sebaiknya menggunakan racun yang dibenarkan oleh LPRMP iaitu mengikut kadar bancuhan dan semburan mengikut label. Sehingga kini antara jenis racun yang disyorkan adalah cypermethrin, ememectin benzoate, spinosad, indoxacarb, chlorantraniliprole dan flubendiamide. Pastikan anda mendapatkan bekalan racun daripada agen yang sah. Berdasarkan kepada corak dan dan maklumat diatas pergerakan FAW ini bermula dari India hingga ke Malaysia. Tanaman jagung di Malaysia bakal terancam jika FAW ini menyerang. Keadaan suhu dan angin persekitaran yang panas dan kering meningkatkan risiko serangan FAW. Kawasan berhampran Perlis dan Kedah seperti Perak dan Pulau Pinang akan mula menanam jagung mulai April - Mei 2019 dengan keluasan bertambah. Semuga artikel ini beri sedikit pengetahuan berguna. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...   
SERANGGA BAHAYA... FAW NAMANYA...
PERINGKAT MENYERANG... IA LARVA....
SUDAH DI PERIKSA... ADA DI MALAYSIA...
KENA KENAL...KAWAL DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Suite Room 1104, Grand Riverview Hotel,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(16 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.