Sunday, February 24, 2019

PADI UKMRC-2 DAN UKMRC-8 DI LANCAR

PADI BARU VARIETI UKMRC-2 dan UKMRC-8 telah pun dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 21 Febuari 2019 iaitu di PPK MADA Guar Cempedak, Kedah dimana penulis blog turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis ini dilancarkan di lokasi dimana varieti ini telah pun berjaya ditanam sejak beberapa musim lepas dikawasan ini. Seramai lebih daripada 1,000 orang terdiri pemimpin, pegawai kerajaan dan kebanyakannya pesawah turut hadir didalam pelancaran padi varieti baru ini. Padi yang dihasilkan dengan kerjasama dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan MARDI, MADA, MADA Corp dan NOVATECH ini menelan perbelanjaan sebanyak RM3 juta yang dimulakan semenjak hampir 17 tahun dahulu. Apa yang menarik menurut penjelasan UKM adalah dimana ia juga ada melibatkan kacukan diantara padi tempatan iaitu Padi Varieti MR219 dengan Padi Liar (Oryza rufipogon) dimana terbukti ianya merupakan diantara varieti padi yang akan mampu untuk menggantikan dan menjadi alternatif kepada varieti padi sedia ada. Daripada pakar biakbaka di UKPM mereka menyatakan padi baru ini mempunyai beberapa ciri-ciri keistimewaan seperti ia mempunyai kerintangan yang baik kepada Penyakit Karah, Kemandirian yang tinggi didalam keadaan banjir, Pokok yang Tegap serta mempunyai citarasa nasi yang baik. Proses pembiakbakaan varieti padi ini telah dimulakan pada tahun 2002 dengan difailkan bagi ststus varieti padi baru pada 2009 bagaimana pun pengiktirafan padi ini dilakukan pada tahun 2014 dengan nombeor pendaftaran PBR0028 sebekum kajian diteruskan. Artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai padi baru Varieti UKMRC-2 dan UKMRC-8 yang disempurnakan oleh YB MEnteri Pertanian.


Prof. Vickneawary sekalu ketua pasukan penyelidik padi ini menyatakan wujud masaalah serangan penyakit dan banjir merupakan antara ancaman kepada pesawah. Diwaktu sama terdapat masaalah padi liar yang tumbuh dengan semulajadi dimana ia mempunyai ciri ketahanan penyakit dan tahan dengan masaalah banjir. Daripada kajian awal didakwa jika boleh dikacukan padi tempatan sedia ada dengan padi liar ini ia mampu meningkatkan hasil padi sehingga 20% yang menjadi asas kepada pembiakbakaan ini. Bermula dengan musim utama 2002 dilakukan kacukan induk penderma pembawa gen (IRG105491) dengan induk penerima iaiatu varieti MR19. Proses seterusnya dilakukan pembiakbakaan selama beberapa tahun berturut-turut sehingga terakhir pada Luar Musim 2017 dimana dilakukan LVT peringkat akhir sebelum diistiharpan pada 21 Febuari 2019. Padi UKMRC-2 didakwa mempunyai kadar amilosa yang sederhana (20.5%) dan menghasilkan tekstur nasi yang sederhana lembut. Ia mempunyai saiz nasi yang lebih panjang, tirus dan tidak melekit. Perolehan beras daripada varieti UKMRC-2 adalah lebih tinggi iaitu sekitar 88.6% berbanding dengan padi tempatan MR291 hanya sekitar 60.2%. Biasanya secara keseluruhannya padi UKMRC-2 ini mencatitkan peningkatan hasil sebanyak 11.0% daripada varieti biasa. Apabila ia ditanam dengan meluas maka mampu meningkatkan hasil beras negara. Percubaan terakhir yang dilakukan dalam LVT pada musim 1/2017 direkodkan pengghasilan sebanyak 7.8 MT/hektar iaitu amat memberangsangkan. Ia adalah lebih tinggi daripada purata penghasilan padi negara sekitar 4.2 - 4.5 MT sehektar. Varieti padi ini didakwa mempunyai penyesuaian yang baik didalam pelbagai jenis persekitaran.


Padi UKMRC-8 pula merupakan varieti padi baru hasil biakbaka UKM dengan proses pendebungaan terkawal diantara Padi Liar (Oryza rufipogon) dengan Padi Tempatan Mega MR219. Antara ciri istimewa padi ini adalah ia MEMPUNYAI TEMPOH KEMATANGAN YANG SINGKAT. Ia juga mempunyai kemandirian yang baik serta tahan dalam keadaan banjir dengan ada pokok yang tegap. Dilaporkan mempunyai kualiti nasi yang baik dimana ia amat sesuai ditanam dibanyak kawasan jelapang padi. Bermula proses kacukan juga pada tahun 2002, ianya dilakukan sehingga Luar Musim 2017 dengan beberapakali proses kacukan. Ketinggian padi ini adalah seperti padi MR219 iaitu sekitar 79 - 89 cm dengan tangkai sekitar 21-26 cm. Dilaporkan varieti ini juga mempunyai berat 1,000 biji yang memberangsangkan iaitu sekitar 25-28 gram. Semasa fasa vevetatif dan ditengelami air banjir selama 14 hari pokoknya masih bertahan.  Varieti ini mempunyai kandungan amilosa yang sederhana dan ini meberikan tekstur yang sederhana lembut. Perolehan beras kepala yang tinggi iaitu 78.4% berbanding dengan varieti padi MR219iaitu 60.2%. Dalam pada itu oenulis blog yang sempat bertemu dengan pasukan penyelidik dari UKM ini diberitahu varieti UKMRC-8 ini mempu menjamin peningkatan hasil diantara 15 - 20% daripada varieti padi biasa. Hasil dicapai di Plot Jabatan Pertanian Teluk Chengai pada Luar Musim 2017 adalah sebanyak 7.2 MT Sehektar. Padi ini didakwa sesuai ditanam di beberapa jelapang padi dinegara ini.


YB Menteri didalam ucapan pelancaran itu ada menyatakan terimakasih kepada pasukan saintis dan semua pihak yang terlibat didalam pembangunan dua varieti padi baru ini. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menghasilkan varieti padi yang baik setanding dengan nagara penanam padi lain seperti Jepun, Korea, Thailand dan beberapa lagi. Beliau ucapkan terimakasih juga kepada pesawah-pesawah yang ada di Kedah didalam mereka mencari-cari alternatif varieti padi yang menguntungkan. Dakwanya golongan pesawah, nelayan dan penanam kelapa dahulu merupakan kumpulan ditakrifkan 'miskin' dan iau ini berterusan apabila harga komoditi getah dan kelapa sawit dunia merudum yang menjejaskan sektor pertanian negara. YB Menteri juga akan membuat proses 'pemutihan pesawah' dan 'pemutihan nelayan' untuk mengemaskini senarai sedia ada. Nelayan sebagai contohnya mesti turun le laut menangkap ini sebanyak 120 kali setahun minima untuk melayakan mereka digelar nelayan. Benih Padi Varieti UKMRC-2 dan UKMRC-8 ini kini boleh dibekalkan oleh MADA Corp dimana sebanyak 6,000 hektar boleh diianam pada musim akan datang. Pesawah yang berminat untuk menanam padi varieti baru ini boleh menghubungi pejabat Pertanian Daerah , PPK dan sebagainya bagi mendapatkan keterangan lanjut. Bagaimana pun sebaiknya terus kepada MADA Corp untuk mendapatkan dan bertanyakan bekalan benih. Dijngka dengan adnya varieti baru padi yang dilancarkan ini akan meningkatkan lagi pengeluaran beras tempatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PADI VARIETI BARU...IA DILANCARKAN...
UKMRC-2 DAN UKMRC-8... DINAMAKAN....
HASIL TINGGI... MAMPU MENCAPAI 8 TAN...
PETANI GEMBIRA... BENIH DISEDIAKAN...

By,
A Anem,
Senior Agronomist,
Room 411, Starcity Hotel,
88, Jalan Pintu Sepuluh,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(19 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.