Friday, February 22, 2019

KELAPA GENJAH NIAS - APA DIA


KELAPA GENJAH NIAS (Cocos nucefera) atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai Kelapa Renek Nias merupakan sejenis kelapa yang popular di negara jiran Indonesia. Tanaman Kelapa boleh dibahagikan kepada beberapa 4 genotaip atau kumpulan iaitu Kelapa Tinggi (Tall Varieti), Kelapa Renek atau Genjah (Dwarf vaiety), Kelapa Hibrid (Hybrid Variety) dan Kelapa Abnormal (Abnormal Variety). Kelapa Tinggi merupakan jenis pokok kelapa yang tumbuhnya tinggi dengan batang yang besar dan iatahan lasak dimana lazimnya berbuah diantara 7 - 8 tahun selepas ditanam. Ia terdiri daripada kelapa yang banyak variasi daripada buah warna hijau sehingga kepada jingga dengan saiz buah yang besar dan bersabut tebal. Sabut tebal ini juga membolehkann buah kelapa yang jatuh daripada pokok yang tinggi ini tidak rosak atau pecah. Antara jenis kelapa tinggi adalah seperti Malayan Tall (CN1), Tagnanan, West African Tall, Rennel Island Tall dan banyak lagi. Kelapa renek atau genjah ini pokoknya bersaiz kecil dengan berbuah awal sekitar 3 - 4 tahun selepas ditanam. Buahnya bersaiz agak kecil seingga sederhana dan ia mempunyai banyak variasi warna daripada hijau, kuning, coklat, merah dan beberapa gabungan warna lagi. Diantara jenis kelapa renek adalah seperti Kelapa Pandan, Kelapa Malayan Red Dwarf (MRD), Kelapa Malayan Yellow Dwarf (MRD), Kelapa Malayan Green Dwarf (MGD), Kelapa Malayan Brown Dwarf (MBD), Kelapa Genjah Nias, Kelapa Puyuh, Kelapa Gading, Kelapa Tacunan dan sebagainya. Kelapa Hibrid merupakan jenis kelapa kacukan diantara semua jenis kelapa yang diatas dengan persilangan ciri-ciri yang dikehendakki. Paling lazim adalah persilangan baka diantara kelapa tinggi dengan kelapa renek untuk tujuan mendapatkan ciri pokok kelapa yang sederhana tinggi, berhasil tinggi dan saiz buah yang besar denga produktiviti yang sangat tinggi. Antara jenis kelapa hibrid seperti kelapa Matag, Kelapa MAWA, Kelapa Careca, Kelapa Myleca, Kelapa Carena dan beberapa lagi. Kelapa Abnormal pula adalah jenis kelapa yang mempunyai ciri abnormal seperti kelapa Macapuno atau Kelapa Kopyor (Kelapa ), Kelapa bercabang atau kelapa yang mempunyai lebih dari satu lembaga. Artikel pada kedinginan subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai kelapa renek genjah Nias sebagai satu usaha memmberi ilmu kepada pembaca semua. 


Berbalik kepada Kelapa Genjah (Kelapa Renek) ini sebenarnya banyak kajian telah dijalankan akan potensi kelapa jenis ini untuk dikomesilkan. Kelapa Genjah Nias adalah jenis kelapa renek yang buahnya berwarna hijau atau kuning seakan kelapa MGD dan MYD yang ada di Malaysia juga. Pokok Kelapa Genjah Nias ini mampu berbuah diantara 3-4 tahun sama dengan jenis kelapa MYD, MRD, MGD, MBD dn kelapa pandan. Kelapa Nias ini diberi nama sempana tempat asal varieti ini iaitu dari Pulau Nias iaitu sebuah kepulauan yang terletak di sebelah barat pulau Sumatera, Indonesia dimana secara pentadbiran wilayahnya ia berada dalam wilayah Provinsi Sumatera Utara. Pulau ini merupakan pulau terbesar dan paling maju di antara jajarann pulau-pulau di pantai Barat Sumatera. Pulau ini mempunyai penduduknya adalah majoriti suku Nias (Ono Niha) yang mana mereka masih mengamalkan budaya megalitik. Selain pertanian dilaporkan pulau ini menjadi destinasi pelancongan seperti untuk Surfing, Scuba diving, budaya tempatan dan perikanan. Pulau dengan keluasan 5.625 km² ini mempunyai penduduk hampir 1 juta orang dimana agama penduduk disini majoriti adalah Kristian Protestan sekitar 90% dan bakinya adalah beragama Katolik, Islam dan Budha. Pulau Nias yang sebelumnya hanya terdiri atas 1 kabupaten saja bagaimana pun kini telah menjadi empat kabupaten dan 1 kota dikenali dengan nama Kabupaten Nias, Kabupaten Nias Selatan, Kabupaten Nias Barat, Kabupaten Nias Utara sementara ibukotanya adalah Gunungsitoli. Bagaimana pun kelapa genjah Nias kini telah dikomersilkan dan varieti ini ditanam diseluruh Indonesia


Penanaman kelapa varieti Kelapa Genjah Kuning Nias sesuai ditanam di kawasan tanah pamah rendah sampai ketinggian kepada tanag dengan ketinggian 500 meter daripada aras laut di Indonesia. Poko kelapa ini juga memerlukan curahan hujan sekitar 1,500 - 2,500 mm/ tahun dengan kawasan yang mempunyai saliran baik. Dalam pada itu ramai petani yang suka menanam kelapa varieti Genjah Kuning Nias (GKN) apabila pihak berkuasa disana melancarkan varieti ini sebagai Kelapa Unggul Nasional iaitu pada tahun 2006. Apa yang mengembirakan petani adalah dimana Kelapa Genjah Kuning Nias (GKN) akan mula ia berbuah pada umur 40 bulan atau 3.3 tahun sahaja. Dilihat dari segi buahnya pula ia berbentuk sebagai buah bulat dan apabila dikupas akan sabutnya juga dilihat bentuk buah dengan tempurungnya juga bulat. Walau pun kelapa jenis renek ini mempunyai ukuran buah kecil akan tetapi ia mempunyai warna kulit buah kuning terang yang mudah dikenali. Benih yang sesuai boleh ditanam dengan jarak penanaman 6m x 6 meter memberikan kepadatan anaman sebanyak 272 pokok sehektar. Lubang penanaman disediakan dan diisikan dengan baja organik dan baja MOP dan sebaiknya saliran dikeseluruhan kebun adalah baik. Benih kelapa ditanam dan dijaga dari serangan kumbang tanduk dan musuh lainnya. Bergantung kepada kesuburan tanah dan penjagaan, pokok GKN ini mampu berhasil dalam masa 40 minggu sahaja atau sekitar 160 kali hari Jumaat sahaja


Laporan menunjukkan prduktiviti atau tahap pengeluaran kelapa ini adalah mengikut tandan dimana terdapat sebanyak 12-14 tandan sepokok dimana ia menghasilkan tandan buah sebulan sekali. Kajian menunjukkan dimana terdapat purata diantara 8 - 10 biji buah kelapa setandan atau pun sebanyak diantara  60 -120 biji buah kelapa sepokok setahun. Jika kepadatan tanaman kelapa ini sama dengan penanaman kelapa renek MRD dan MYD atau Kelapa pandan sebanyak 272 pokok sehektar dengan kapasiti pengeluaran 80% maka anggaran hasil tanaman kelapa genjah kuning adalah sebanyak 13,000 - 26,000 biji kelaa sehektar setahun. Harga ladang kelapa ini mengikut lokasi dimana ia sesuai dijual sebagai kelapa gred B berharga sekitar RM0.60 - RM80 harga ladang untuk kelapa tua dan RM1.00 sebiji untuk kelapa muda. Kajian lanjut dimakmal menunjukkan kadar kelapa ini untuk dijadikan kelapa kering (copra) adalah secara optima sebanyak 3.0 tan sehektar setahun. Kadar minyak kelapa genjah Nias ini sekitar 62,76% dan sesuai diusahakan untuk tujuan ini. Bagaimana pun diantara kekurangan dan kelemahan varieti GKN ini adalah kerana ia mudah diserang dengan penyakit Phytopthora sp. Kawalan perlu dilakukan dan amalan agronomi perlu dilakukan mengikut amalan pertanian baik. Malaysia akan mencuba menanam kelapa ini dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA GENJAH NIAS... BARU ADA...
KELAPA RENEK... ASAL INDONESIA...
BERWARNA KUNING... HIJAU PUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(115 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.