Friday, December 28, 2018

NANAS ABACAXI - KENALI DIA

NANAS ABACAXI merupakan sejenis kumpulan nanas yang berasal daripada bahasa Portugis Brazillian yang bermakna ''Nanas'' atau ''Pineapple'' dimana ia memang popular di Brazil dengan bentuknya yang berbagai dripada memanjang seperti kon dan jambulnya yang sangat padat (Sila lihat foto diatas). Nanas jenis ini yang juga dipanggil sebagai ''The Large Brazillian Pineapple''. Perkataan ''Abacaxi'' itu sendiri memberi makna sebagai yang boleh dimakan, manis dan kandungan asid rendah. Abacaxi merupakan nanas yang ciri utamanya boleh dikenali dari bentuk daunnya. Selain itu bentuk buahnya juga boleh menjadi tanda khas untuk kita mengenali nanas abacaxi. Penanaman buah dan pertanian yang biasa di negara tersebut menyatakan bahawa dalam mengenali nanas abacaxi, masyarakat paling mudah menlihat dari rupabentuk fizikal daun dan buahnya. Ramai  pakar dan usahawan tanaman nanas abacaxi ini juga telah mengesyorkan dimana daun nanas abacaxi ukurannya panjang dan durinya kasar. Bahagian buahnya berbentuk selinder atau hujungnya meruncing tirus menyerupai bentuk piramid. Dalam pada itu dari segi habitatnya, nanas abacaxi memang kurang banyak tumbuh di Malyia dan Asia Tenggara lain kerana nanas tersebut cenderung untuk ia tumbuh dan berkembang dengan baik di Brazil dan sekitarnya. Bagi negara-negara di Asia dan Asia Tenggara jenis nanas yang kerap diusahakan masyarakat tempatan adalah nanas  dari kumpulan Cayenne, Queen dan Spanish. Penulis blog pun amat jarang mendengar nanas Abacaxi disebut di Malaysia tetapi ada disebut di Indonesia sebagai sejenis nanas yang diperkenalkan. Artikel pada keheningan subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai nanas abacxi sebagai salah satu usaha memberi info kepada pembaca semua.


Dalam saya membuat rujukkan mengenai nanas abacaxi memang kurang mendapat info. Dalam pada itu dinyatakan deskripsi nanas ini adalah dimana ia hanya dipelihara di Brazil untuk pasaran tempatan atau lokal sahaja. Daunnya mempunyai duri tajam dibahagian tepinya dan biasanya berat buahnya adalah sekitar 1.5 kg sebiji dengan isi dagingnya berwarna kuning pucat (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun buah Ananas commosus ini ditanam untuk penghasilan buahnya yang sangat sesuai untuk dimakan segar. Nanas jenis ini sangat mudah ditanam dimana ia sesuai tumbuh dikawasan tanah dataran rendah mahupun tanah tinggi. Akan tetapi daripada kajian menunjukkan dimana kadar pertumbuhan yang optimum adalah ia ditanam pada tahap ketinggian antara 100 - 700 meter di atas permukaan laut dengan bulan musim hujan (basah) yang banyak. Bila nanas ini ditanam di kawasan yang agak kering, tanahnya harus memiliki sistem pengairan yang baik untuk pertumbuhan yang subur. Kedalaman air tanahnya tidak lebih dari 150 cm. Suhu udara yang sesuai adalah sekitar 30° C. Tanah harus ringan hingga sedang dengan tekstur setengah berat atau liat, porous atau jenis clay berhumus banyak. Paras atau tahap keasidan tanah yang sesuai untuk tanaman nanas abaxi ini berkisar antara pH4.5 - pH5.5. Kesuburan tanah tidak menjadi masaalah kepada pertumbuhan tanaman nanas seperti nanas abaxi asalkan sentiasa diberikan baja yang mencukupi untuk kesuburannya.


Di Brazil nanas jenis Abacaxi ini banyak ditanam dengan bahan benih daripada sulur tanah yang keluar daripada pangkal batang nanas. Kaedah pemilihan benih ini masih sama dengan penanaman nanas yang kita lakukan di Malaysia dimana mereka juga tidak mengunakan benih daripada Kultur Tisu (TC - Tissue Culture). Selain daripada ia cepat di sediakan, benih sulur tanah ini menjamin benih ''true to type'' nanas abacaxi yang ditanam. Ada juga dikalangan pekebun di kecil di Brazil yang menggunakan beih daripada sucker atau slips atau jambul mengikut kemampuan dan sistem serta skala keluasan tanaman. Bagi tujuan memperbanyakkan benih mereka juga akan menggunakan batang nanas abacaxi dipotong-potong atau dibelah untuk dijadikan benih. Bagaimana pun jenis benih yang digunakan ini akan menentukan sifat fisiologi buah dan juga jangkamasa untuk ia berbunga dan bila ia akan mengeluarkan buah. Satu perkara yang pasti semakin tinggi sumber benih digunakan (Jambul) maka jangkamasa matangnya semakin lama dan hasil pengeluarannya semakin rendah. Bagaimana pun isu pembungaan dalat diatasi dengan cara menggunakan aruhan pembunggan gunakan hormon atau bahan kimia yang sesuai masa kini. Di Brazil mereka sering menggunakan hormon dari jenis karbid dengan ethrel 40PGR sebagai penggalak pembungaan nanas abacxi. Biasanya benih nanas dibiarkan selama beberapa hari dikebun sebelum ditanam kerana ia membolehkan lukanya ketika diambil dari pokok induk akan tertutup kalus lebih dahulu agar membolehkan ia cebat mengeluarkan akar.


Penanaman nanas Abacaxi biasanya ditanam dengan sistem dua-dua baris dimana setiap baris pada jarak tanaman 60 cm x 60 cm dan jarak antara baria adalah 150 cm (Sila lihat foto disebelah). Namun ada petai yang menanam dengan jarak 30 -40 cm untuk kepadatan tinggi tetapi perlukan pengurusan sistem amalan agronomi yang berlainan. Biasanya semakin rapat jarak tanamnya maka hasil buah  adalah semakin kecil. Bagi tujauan penghasilan nanas kaleng (canning) biasanya diperlukan buah berukuran kecil dengan jarak tanam 30 cm x 40 cm sahaja. Pembajaan dengan baja organik diberikan pada kadar 5-10 kg bagi satu lubang tanaman. Pemberian baja kimia yang digunakan adalah 300 kg urea, 600 kg TSP, dan 300 kg KCl per hektar per tahun. Baja kimia perlu diberikan sebanyak 2 kali aplikasi iaitu pada umur minggu ke 4 dan pada minggu ke 8 setelah ditanam. Namun jika ada  pemberian pupuk urea yang berlebihan boleh menyebabkan terjadinya Jambul Berganda (multiple crown) dalam satu buah sehingga boleh menyebabkan buah menjadi kecil dan terbentuk buah ganda (satu tangkai ada banyak buah yang bergandingan). Penjagaan tanaman nanas abacaxi yang lain seperti keperluan pembersihan rumput terutama jenis lalang (Imperata cylindrica L.). Jika ada rumpai dalam kebun nanaspasti ianya akan menurunkan hasil buah dengan signifikan di antara 20 - 42%. Perlu ada sistem saliran (drainage) yang baik dalam kebun untuk elakkan daripada serangan penyakit busuk akar dan busuk perdu (root rot).


Uniknya nanas Abacaxi sama dengan nanas lain adalah kita boleh mengatir pembungaan dan penghasilan buahnya. Dalam mengatur masa mengutip hasil, proses pembungaan tanaman nanas ini boleh diatur. Bila tanaman disembur dengan ethrel 40 PGR dengan dos iaitu 70 - 200 ppm (1 ppm = 1 mg /liter air) yang ditujuk kepada bahagian tengahnya maka dalam satu bulan kemudian tanaman akan berbunga. Bahan lain yang boleh digunakan sebagai hormon adalah seperti karbid dengan kadar 200-300 mg yang dimasukkan ketengah pokok. Buah nanas harus dituai setelah cukup matang dengan mengira indeks kematangannya. Antara tanda buah nanas abaxi sesuai dipetik adalah bila matanya datar dan tampak jarang (Sila lihat foto disebelah). Kemudian apabila diketuk pada buah akan mengeluarkan suara menggema. Buah nanas yang mulai matang akan mengeluarkan aroma khas. Diantara masaalah serangan serangga dan penyakit tanaman nanas abaci ini adalah seperti Kutu merah, Kutu sisik (Diaspis bromeliae Kerner), Kutu tepung atau Kutu putih (Dysmicoccus breuipes). Bagi serangan binatang pula seperti Kala seribu (Scutigerella immaculata Newp) dan juga Cacing Nematoda Pratylenchus sp yang menyebabkan terjadinya bintil-bintil pada akar. Tanaman yang diserang kutu daunnya akan keriput dan pucat. Sementara penyakit yang berbahaya adalah cendawan Phytophthora cinnamomi Rand yang menyebabkan busuk hati (titik tumbuh) dan busuk buah bakteria Erwinia chrysanthemi. Pada pertanaman nanas yang saliranya tidak baik atau tergenang air akan berlaku masaalah penyakit busuk akar cendawan (Phytophthora parasitica) yang mengancam. Selain itu dilaporkan juga ada penyakit virus yang menyebabkan daun nanas mengecil dan bergaris kuning yang disebut Emilia sonchifolia (L.) DC. Virus ini disebarluaskan oleh hama atau Thrips tabaci Lind. Bagi ladang berskala besar dan komersial kawalan serangga perosak dan penyakit perlu dicegah sebelum menyerang tanaman. Hama-hama di atas dapat dikawal dengan cara menyembur racun serangga seperti Bayrusil atau Kelthane 0,2%. Sementara penyakit cendawan dapat diatasi dengan semburan racun kulat. Begitulah artikel mengenai nanas abacaxi dalam anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!..
NANAS ABACAXI... DIBRAZIL ASALNYA....
BUAH PANJANG... PADAT JAMBULNYA....
RASANYA MANIS... BANYAK TANAMNYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMLAH SAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka Bersejarah, 
Melaka, Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.