Saturday, November 17, 2018

SERANGAN TEBUAN - MEMBAWA MAUT

TEBUAN (Vespa tropica tropica) adalah sejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga yang mempunyai sengat dan mampu membunuh manusia terutama kanak-kanak. Tebuan atau Tabuan atau daam bhasa Inggeris dipanggil ''WASP'' ini mempunyai sebanyak 24 spesis mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara. Antara spesis yang ada di Malaysia adalah Tabuah Tanah (Vespa tropica tropica) sementara di Filipina pula jenis Vespa philipinensis dan banyak jenis lagi. Sering di keluarkan dalam akhbar dan media eletronik mengenai kes serangan tebuan kepada manusia sehingga mampu mengakibatkan maut atau tahap kesakitan teruk sehingga masuk wad ICU di hospital. Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabkan bengkak-bengkak yang teruk dan boleh menghentikan jantung manusia jika dos sengatan banyak (Orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera). Tebuan adalah sejenis serangga yang mempunyai segmen Kepala, Badan (Thorax) dan Perut (Abdomen atau Gaster). Bahagian hujung ekor inilah yang ada sengat dimana mempunyai venom atau racun untuk melemahkan atau membunuh musuhnya sebagai senjata atau pun alat perlindungannya. Bahagian kepala tebuan hampir sama saiz dengan bahagian thorax berwarna coklat gelap atau coklat kemerahan. Mata tebuan adalah jenis kompoun dan tebuan juga mempunyai sepasang sesungut yang berbulu (13 segmen) berwarna coklat gelap atau kemerahan. Saiz tebuan betina (Queen) sekitar 30 mm , Tebuan Jantan (26 mm) dan Tebuan Pekerja (24-26 mm). Tanda paling ketara tebuan tanah adalah warna kuning terang pada abdomen kedua bahagian ekor dimana bahagian lain adalah berwarna hitam gelap. Sepasang kepak yang lebar membantu tebuan terbang dalam pelbagai arah dengan cepat. Terdapat tuga (3) pasang kaki yang membantu tebuan hinggap pada pautan. Tebuan merupakan serangga pemangsa atau pun 'predator' yang menangkap atau memakan serangga lain dan memberikannya kepada anak tebuan di peringkat larva dalam sarang. Peranan tebuan penting sebagai serangga kawalan biologi semulajadi yang musnahkan serangga perosak yang lain. Tebuan di Malaysia mempunyai sarang yang dibuat diatas pokok seperti kertas yang diperbuat daripada tumbuhan yang dilumatkan dengan mempunyai pintu dan banyak ada juga ruang-ruang didalamnya. Sarang ini berwarna kelabu cerah keputihan dan dikawal oleh tebuan pekerja. Bilangan koloni tebuan tidak banyak macam lebah iaitu sekitar 10-25 ekor sahaja. Tebuan akan menyerang manusia, binatang, haiwan atau apa sahaja yang cuba untuk menghampiri sarangnya dengan menyengat. Awas jangan sampai kita terlanggar sarang tebuan tanpa disedariMalam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai tebuan dan ilmu mengenainya serta kaitan dalam sektor pertanian berdasarkan pembacaan, pengalaman serta rujukan kepada beberapa pakar.


Penelitan sendiri ipenulis blog Anim Agro Technology mendapati tebuan dewasa memakan dan menghisap nektar atau manisan daripada bunga-bungaan, buah-buahan gugur yang masak ranum atau lebah madu. Tebuan merupakan musuh utama didalam industri ternakan Lebah Madu di Malaysia terutama untuk Lebah Impot (Apis melifera) dan juga Lebah Keran (Apis cerana). Pengalaman penulis di beberapa lokasi ternakan lebah madu di Sg Balang Muar, di Kg Serkat Pontian, Kg Paya Melaka dan di Bagan Datok Perak mendapati jika terdapat koloni tebuan dikawasan haif lebah akan menyebabkan koloni mengecil dan akhirnya akan lari. Tebuan akan menunggu sahaja di pintu masuk haif dan menyambar lebah pekerja yang telah penoh berisi nektar didalam kantungnya dan tebuan akan menghisap keluar. Sarang tebuan dan koloni tebuan boleh dimusnahkan dengan membakar atau menyembur dengan racun serangga aerosol pada malam hari dan mempastikan operasi untuk memusnahkan sarang tebuan tidak menyebabkan anda disengat. Lazimnya tebuan dewasa menjadikan Lebah Madu, Rama-rama dan Kupu-kupu sebagai mangsa untuk tebuan mendapatkan makanan. Ada jenis Tebuan betina jenis Parasit pula akan menangkap dan menusuk 'ovipositor' dan masukkan telur dalam serangga atau haiwan lain dimana telur yang menetas akan menjadi larva yang akan memakan perumah dan akibatmya perumah akan mati. Tebuan juga merupakan serangga bersaiz agak besar yang hinggap pada banyak jenis bunga tumbuhan untuk mendapatkan nektar dan secara tidak langsung banyak membantu dalam proses pendebungaan pada banyak jenis tumbuhan berbunga. Debunga yang melekat pada kaki, badan dan sesungut akan dipindahkan dari satu bunga kebunga lain.




Dalam pemerhatian penulis blog terhadap Tebuan mendapati ianya tidak akan mati selepas menyengat seperti Lebah Madu kerana sistem Sengat (Hornet system) berbeza. Sengat tebuan tidak akan terkeluar malahan hanya venom sahaja yang ditusuk dalam tubuh mangsa dan ianya mampu menyengat berkali-kali kemudian. Ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam 'Shcmidt Sting Pain Index'. Lebah Madu jatuh pada tahap 2.0 sementara sengatan Labah-labah Tarantula adalah paling bisa iaitu Tahap Maksimum 4.0. Venom Acetylcholine telah saya buat rujukan adalah bahan kimia yang mampu melemahkan dan melumpuhkan sistem saraf manusia iaitu Sistem PNS (Pheripheral Nervous System) dan CNS (Central Nervous system) dengan bertindak sebagai 'neurotransmitter'. Jika sampai kepada jantung maka ianya akan mampu dalam melumpuhkannya dan akibatnya mangsa boleh sesak nafas dan mungkin meninggaal dunia jik alambat dirawat. Tebuan merupakan serangga yang bagus kerana ianya membantu dalam proses pendebungaan (Pollination) banyak jenis pokok buah-buahan di negara kita tetapi ianya juga adalah musuh kepada industri ternakan lebah madu. Kebanyakan orang akan cuba memusnahkan sarang tebuah yang djumpai di kawasan kediaman atau dekat dengan rumah demi menjaga keselamatan ahli keluarga. Walau pun sifat semulajadi tebuan hanya akan menyerang sebagai 'self defence' apa sahaja yang mendekati sarangnya tetapi ianya adalah membahayakan kepada manusia dan binatang ternakan. Belum ada saintis atau usahawan yang berminat untuk menternak tebuan di negara kita sebagai satu industri untuk mendapatkan venom tebuan sehingga kini. 


Di Jertih, Terengganu menurut Akhbar Sinar Harian bertjuk ''Maut sierang 100 Tabuan Tanah'' menarik perhatin penulis blog Anim Agro Technology. Berita pada 16 Ogos 2016 ini menyatakan seorang pemandu traktor pembajak meninggal dunia petang semalam selepas beliau dipercayai disengat lebih 100 tebuan tanah ketika melakukan kerja membajak di Kampung Gong Medang, Jertih (Sila lihat foto Tabuan Tanah disebelah). Dalam pada itu mangsa dikenali dengan nama Mohamad Ishak berumur 61 tahun yang kritikal dan koma telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.20 petang semalam ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Menurut isteri mangsa Mariam Ahmad berkata suaminya membajak tanah pertanian di kampung tersebut, namun terlanggar sarang tebuan di kawasan itu, kira-kira jam 3 petang. Suaminya yang juga merupakan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai tidak sempat melarikan diri menyebabkan dia dihurung tebuan lalu menyengatnya. Allahyarham sempat telefon anak beritahu dia disengat tebuan, jadi anak lelaki saya bergegas ke tempat kejadian. Keadaannya ketika itu amat lemah tapi masih sedar kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan. Keadaan suaminya semakin kritikal lalu dirujuk ke HSNZ pada petang Selasa untuk rawatan lanjut. Sejak itu suaminya tidak sedarkan diri dimana disahkan meninggal dunia di hospital. Seluruh badan termasuk muka Allahyarham bengkak dan orang kata tebuan tanah lebih berbisa dari tebuan biasa. Kejadian tersebut berlaku pada hari pertama suaminya bertugas mengendalikan traktor selepas sebulan tidak memandu jentera tersebut disebabkan traktor itu mengalami kerosakan. Tambahnya dia sekeluarga masih terkejut dengan berita itu memandangkan suaminya keluar bekerja dalam keadaan sihat apatah lagi sangt dia berpengalaman lama memandu traktor. Jenazah dibawa pulang ke Kampung Lapan Kotak dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung itu selepas Isyak, semalam. Mohamad meninggalkan seorang balu dan 11 anak berusia 11 hingga 38 tahun.


Dalam kejadian lain yang juga berlaku di Jertih, Terengganu dengan tajuk ''Budak Maut di Sengat Tebuan'' oleh akhbat Harian Metro adalah dirujuk. Berlaku juga di Jertih dinyatakan dimana arwah budak itu yang beberapa kali minta air untuk minum ketika berada dalam kereta sewaktu Mohd Rosmin (bapanya) membawanya ke hospital akan tetapi tidak dituruti kehendaknya itu kerana bimbang keadaannya menjadi lebih teruk. Mohd Rosmin adalah bapa kepada Muhammad Adrian Aiman berumur 8 tahun yang maut disengat tebuan ketika bermain bersama rakannya di Kampung Benting Lintang. Muhammad Adrian disahkan meninggal dunia jam 11 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan selepas disengat tebuan petang Rabu lalu. Dia bersama empat rakannya diserang tebuan yang bersarang di atas pokok di kawasan itu dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan. Berdasarkan kesan pada tubuhnya dipercayai dia disengat lebih 60 ekor tebuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Benting Lintang. Menurutnya budak Muhammad Adrian dihantar pulang ke rumah oleh anak saudaranya dengan motosikal pada jam 6.45 petang dan ketika itu dia berada di kandang lembu di tepi rumah bersama isterinya Nor Azah Hamid. Keadaan anaknya ketika itu sudah lemah tetapi masih boleh bercakap dan menyebabkan dia bersama isteri terus mengejarkannya ke Hospital Besut. Semuga tulisan ini meberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TEBUAN TANAH....SENGATAN BERBISA...
WARNA HITAM ...EKORNYA KUNING JUGA...
DI LAPOR AKHBAR...MAUT AKIBATNYA... 
KENAL TEBUAN...SERANGGA MERBAHAYA!..

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Jalan Padi Ria, Bandar Bru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.