Sunday, November 11, 2018

KUNANG-KUNANG - SERANGGA UNIK!

KUNANG-KUNANG atau KELIP-KELIP atau FIREFLY adalah sejenis serangga yang memang unik didunia. Penulis blog sangat teruja apabila berpeluang kali pertama lawat kunang-kunang ini secara rasmi pada tahun 1999 semasa bertugas di MIADP Melaka di Kuala Selangor dahulu. Pada penulis blog menangkap kunang-kunang ini telah dilakukan semenjak zaman kanak-kanak lagi di kampong di Muar, Johor tetapi hanya untuk seekor atau beberapa ekor sahaja. Di Kampong Kuantan ini didapati beribu-ribu ekor kunang-kunang berada pada pokok berembang sepanjang sungai yang sangat mengkagumkan penulis blog masa itu. Kunang-kunang termasuk dalam keluarga Lampyridae yang juga merupakan famili dalam order kumbang Coleoptera. Ada lebih dari 2,000 spesies kunang-kunang yang dikenalpasti dikawasan negara sub-tropika dan tropika di seluruh dunia. Banyak spesies ini yang dijumpai di kwasan paya atau hutan yang basah di mana terdapat banyak tersedia makanan untuk larvanya. Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang ialah sejenis serangga bersayap yang mampu terbang dan mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam. Kunang-kunang adalah sejenis serangga yang dapat mengeluarkan cahaya yang jelas terlihat semasa malam hari. Cahaya ini dihasilkan oleh "sinar dingin" yang tidak mengandungi unsur ultraviolet mahupun jenis sinar inframerah tetapi dikenalpasti ia memiliki panjang gelombang 510 -  670 nanometer dengan warna merah pucat, kuning atau hijau dengan kadar kecekapan sinarnya mencecah sehingga sampai 96%. Apa yang penulis dapat rujuk, serangga kunang-kunang mampu untuk memancarkan sinar cahaya untuk saling mengenali antara satu sama lain bertujuan untuk memberi tanda untuk mengawan atau kahwin. Serangga ini akan menggunakan panjang gelombang sinar yang berbeza-beza bergantung pada spesiesnya. Selain itu saintis mendapati terdapat beberapa spesies iaitu kunang-kunang jantan yang mula-mula menyinarkan cahaya untuk menarik kunang-kunang betina. Bagaimanan pun terdapat spesis lain yang mana didapati jenis yang betina yang “memanggil” kunang-kunang jantan untuk berpasangan. Sebahagian kunang-kunang akan juga menggunakan cahaya mereka juga bertujuan untuk mereka mempertahankan diri. Mereka mengeluarkan sinar sebagai tanda pada musuh bahwa mereka bukan makanan yang lazat. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai keunikan serangga kunang-kunang sebagai bahan rujukkan.

Dalam pada itu bagi jenis kunang-kunang kelompok Photuris, cahaya sinar mereka berperanan pula dalam aktiviti perburuan. Lazimnya kunang-kunang betina jenis ini akan dapat meniru kerlipan signal cahaya yang dipancarkan oleh serangga betina jenis lain. Dengan signal cahaya palsu ini maka berlaku dimana kunang-kunang jantan jenis Photuris pun terjebak dan dimakan oleh kunang-kunang photuris betina. Dalam kajian lain dilaporkan dimana cahaya kunang-kunang berperanan juga sebagai tanda peringatan iaitu bertujuan untuk memperingatkan diantara kelompok mereka tentang ancaman bahaya disekelilingnya. Ia juga dikaitkan dengan cahaya sebagai peringatan bagi serangga pemangsa dan burung pemangsa agar tidak memakannya. Ada hasil kajian yang mendapati dimana unsur kimia didalam badan kunang-kunang yang menghasilkan cahaya itu adalah mempunyai rasa yang pahit. Bagaimana pun kalau ada serangga pemangsa yang nekad memakannya maka mereka biasanya memakan keseluruhan seekor kunang-kunang dari bagian kepala terus hingga ke bahagian belakang kecuali bagian perut yang tidak dimakannya jika ia mengatahuinya kemudian. Memang ia dikatakan sebagai sejenis serangga yang unik kerana mampu mengeluarkan cahaya dan aktif diwaktu malam hari.

Hasil kajian pakar kaji serangga didakwa jenis makanan kunang-kunang adalah terdiri daripada cairan tumbuhan, siput-siput kecil, cacing atau pun serangga lain. Adakah serangga kunang-kunang ini boleh dijadikan serangga peliharaan?. Ini kerana jika ada kita simpan dirumah maka kita akan dapat ia berkelip pada malam hari setiap hari. Apa yang telah dilakukan selain daripada kawasan semulajadi yang banyak makanan untuk kunang-kunang kita boleh buat kawasan ternakan sendiri. Cara untuk pemeliharaan kunang-kunang sebaiknya disiapkan tempat yang di rekabentuk yang hampir sama dengan habitat aslinya. Kawasan ternakan tidak semestinya amat luas bebas seperti lokasi asalnya tetapi yang penting dimana serangga ini selesa menghuninya. Akan bahan permakanan boleh diusahakan dengan cara menyediakannya dari kawasan persekitaran sahaja. Apa yang perlu dikenalpasti mengenai populasi kunang-kunang ini adalah cara pembiakannya. Saintis dapati terdapat 2 cara pembiakan kunang-kunang dimana mulanya kunang-kunang betina akan melepaskan cahaya yang menarik perhatian kunang-kunang jantan. Cara bgini dimana kunang-kunang betina merupakan pihak yang aktif mencari pasangan sedangkan yang jantan pasif. Kaedah kedua dimana ritual pembiakan dimulakan oleh kelpan-kelipan cahaya kunang-kunang jantan yang menandakan dia adalah penjantan sedang mencari pasangan (Sila lihat foto disebelah). Maka ia akan terbang diseluroh lokasi mencari pasangannya sehingga berjumpa pasangan serasi.

Kelipan dan kedipan cahaya setiap jenis kunang-kunang memiliki warna, intensiti dan kekuatan yang khusus sehingga hanya kunang-kunang jenis yang sama yang mampu memahami maksud kedipan cahaya tersebut. Spesifikasi pada cahaya semasa mereka mencari pasangan ini pula adalah ciri yang digunakan oleh saintis didalam mereka membezakan berbagai jenis kunang-kunang (Sila lihat foto disebelah). Biasanya kunang-kunang betina jarang terbang mencari pasangan hidup dan ia hanya menunggu di atas tanah atau atas rumput sambil berharap ada isyarat dari kunang-kunang jantan yang bakal menjadi pasangannya. Ketika betinaa melihat cahaya kunang-kunang jantan maka lazimnya kunang-kunang betina akan memberikan respon dengan pancaran cahaya yang meberi isyarat bahwa ia telah mengenali signal yang jantan. Selanjutnya kunang-kunang jantan terbang menuju betina untuk mengawan. Setelah sudah dekat maka kunang-kunang jantan mengeluarkan cahaya terang berkali-kali atau mungkin untuk meyakinkan bahwa pasangannya disambut. Demikian juga si betina akan mengeluarkan sinar terang yang menandakan ianya sudah siap untuk mengawan dan yang jantan akan mendekati betina dan kemudian mereka kawin. Proses mengawan ini terjadi dengan saling melekat kedua alat kelaminnya dibahagian belakang yang berada di hujung perut dan  pindahkan sperma dari jantan ke betina. Paket sperma akan disimpan di dalam abdomen betina sampai ia bersedia untuk bertelur. Proses mengawan ini dapat berlanjutan sepanjang malam dimana pada masa itu kunang-kunang tidak akan mengeluarkan cahaya. Akhirnya setelah mengawan maka uniknya kunang-kunang betina akan memakan pasangannya kunang-kunang jantan!. Serangga betina ini akan  makan penjantan bagi mendapatkan tambahan protein untuk membesarkan sel telur yang ada dalam tubuhnya.

Lazimnya kunang-kunang bertelur pada semasa hari gelap dimana telur-telurnya yang berjumlah antara 100 -500 biji akan diletakkan di tanah, ranting, rumput, di tempat berlumut atau di bawah daun (Sila lihat foto disebelah). Kawasan tanah yang relatif gembur dan tidak banyak terganggu gugat musuh adalah merupakan lokasi ideal bagi kunang-kunang bertelur. Dalam masa sekitar 30 hari kemudian maka muncul larva kunang-kunang dimana ia menyerupai cacing memancarkan cahaya dimana bentuknya pipih dengan kepala kecil dan rahang kuat. Fungsi cahaya pada larva hanya untuk memperingatkan pemangsa agar tidak mencuba mengganggunya. Aktiviti utama larva adalah makan makanan seperti cacing tanah, siput kecil atau pun serangga kecil lain. Fasa hidup larva adalh peringkat yang mana ia merupakan masa paling lama yaitu sekitar 1 - 2  tahun sebelum menjadi kepompong. Hanya sebagian kecil sahaja dari telur kunang-kunang menetas menjadi larva dan hanya sedikit larva yang berjaya menjadi kepompong daari semua julah telur. Beberapa pemangsa memangsa telur dan juga larva kunang-kunang. Biasanya sebelum menjadi kepompong  maka larva akan membuat lubang atau liang dalam tanah. Selanjutnya ia akan masuk dan melingkarkan tubuhnya di dalam lubang. Mulutnya akan mengeluarkan lendir melekit yang ditampalkan pada dinding lubang. Maka setelah sebulan larva berehat dalam lubang maka ia akan menanggalkan kulit untuk terakhir kali dan memasuki fasa kepompong. Kepompong pada mulanya berwarna kuning pucat dan perlahan-lahan menjadi gelap untuk jangkamasa selama sekitar 10 hari.

Setelah peringkat larva dan kepompong maka kunang-kunang dewasa keluar dari kepompong dengan tubuh pucat yang akhirnya berkembang menjadi lebih gelap. Kedua pasang sayap kunang-kunag akan direntangkan agar ianya mengembang dan kering. Kunang-kunang dewasa ini tinggal di dalam bilik selama beberapa hari sampai kedua sayap depannya benar-benar keras dan membentuk elitera, perisai yang melindungi kedua sayap belakangnya yang selesa untuk terbang. Dalam pada itu didapati kunang-kunang dewasa hidup selama 2 - 3 minggu sahaja untuk melakukan proses mengawan lagi. Selama itu aktiviti utama kunang-kunang dewasa adalah beragam cara makannya daripada ada beberapa jenis yang hanya mengisap cairan tumbuhan sehingga jenis lainnya meneruskan kebiasaan makan seperti ketika masih larva, sebagai pemakan serangga lain atau siput-siput kecil. Pada penulis blog kitaran hidup kunang-kunag juga memang unik sama seperti serangga pepatung yang lebih lama berada pada fasa larva (bertahun lamanya). Serangga unik ini hanya menikmati masa dewasa yang singkat berbanding dengan jangkamasa hidupnya diperingkat larva. Semuga pembaca blog anim agro technology mendapat info terbaik daripada blog saya. Wasallam!!!...
NAMANYA KUNANG2... KELIP2 SAMA...
DIMALAM HARI ... DIA BERCAHAYA...
MENCARI PASANGAN... ITU SAHAJA...
PELANCONG DATANG.. AMAT GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(3 Rabiulawal 1440H).
Bersamaan 10.11.2018.
Beli HP OPPO F9 baru di JB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.