Pernahkah anda mendengar Buah JABUTICABA?.... Mungkin tidak ramai pun yang pernah mengenali atau menikmatinya. Daripada bahan rujukkan penulis blog dapati dimana pokok ini yang berasal daripada Minas Gerais dan Sao Poulo di Brazil dikenali di negara kita Malaysia sebagai ''Anggur Brazil''. Ini kerana buahnya adalah berbentuk seakan buah anggur begiru juga warnanya (Sila lihat foto diatas). Jabuticaba (Plinia cauliflora) adalah tumbuhan daripada keluarga Myrtaceae dan juga dikelaskan sebagai genus Myclaria plania. Banyak nama lain untuk tumbuhan seperti Eugenia cauliflora (Mart.), Eugenia jaboticaba Kiaersk., Myrcia jaboticaba Baill., Myrciaria cauliflora (Mart.) O.Berg, Myrciaria jaboticaba (Vell.) O.Berg, Myrtus cauliflora Mart. dan juga Myrtus jaboticaba Vell. Jabuticaba adalah spesies yang berkaitan dengan genus Myrciaria dimana ia juga selalunya dipanggali dengan nama umum yang sama, yang berasal dari Brazil, Argentina, Paraguay, Peru dan Bolivia. Pokok ini ditanam untuk buahnya yang berwarna ungu-hitam berisi putih. Lazimnya buah ini boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat jeli dan minuman atau pun dibuat jus atau wain. Nama-nama biasa yang lain termasuk Pokok Anggur Brazil, Jaboticaba, Jabotica, Jabuticabeira, Guaperu, Guapuru, Hivapuru, SabarĂ¡ dan Ybapuru (Guarani). Penanaman pokok jabuticaba di Malaysia mungkin hanya didapati dibeberapa lokasi seperti di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian, MARDI, FRIM dan beberapa pihak swasta yang tidak didaftarkan. Buahnya yang menarik dan cantik serta manis apabila masak ini membolehkan ia dijadikan satu tanaman potensi dinegara kita untuk sesiapa menanamnya. Persoalannya dari mana untuk mendapatkan benihnya dan kaedah amalan agronomi bagi tanaman jabuticaba ini. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai buah Jabuticaba sekadar berkongsi info dengan pembaca semua.
Pokok ini adalah malar hijau yang lambat berkembang dan lambat membesar (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini jabuticaba ini juga mempunyai daun yang berwarna salmon ketika masih dalam bentuk anak pokok, di mana daunnya akan berubah ke warna hijua jika ia matang. Pokok ini biasanya akan lebih suka lembap, kaya mineral dengan keadaan tanah sedikit berasid. Biapun didakwa ia sebenarnya secara meluas menyesuaikan diri akan tetapi mampu untuk tumbuh dengan baik walaupun pada enis tanah alkali aau pun tanah jenis pantai-pasir. Apa yang penting adalah tumbuhan ini juga cenderung kepada keperluan sistem pengairan. Biasanya bunga jabutacaba ini akan berwarna putih dimana ia akan tumbuh terus daripada yang batang dalam bentuk kauliflori biasa. Bagaimana un jika ianya tidak diganggu atau tidak diusahakan maka pokok tersebut akan mungkin berbunga dan berbuah hanya sekali atau dua kali setahun. Beberapa petani yang menjaga pokok jabuticaba dengan memberikan air atau sistem pengairan secara berterusan maka ia akan berbunga dengan kerap. Ini membolehkan pokok jabuticaba akan berbuah sepanjang tahun di kawasan tropika.
Buah jabuticaba ini berkulit tebal dimana biasanya berukuran 3 - 4 cm garispusat (Sila lihat foto disebelah). Buah ini juga seakan menyerupai anggur berkulit licin. Ia dilihat mempunyai kulit tebal, berwarna ungu bila ia masak dan terdapat astringen yang melitupi isi lembut merah jambu, putih atau cerah. Apa yang penulis blog pernah lihat dahulu mendapati apa yang terbenam dalam isi adalah 1-4 biji yang besar dimana ada berbeza-beza bentuk bergantung kepada spesies. Di pasaran Brazil dimana sebahagian besar buah jabuticaba adalah dimakan segar dimana didakwa populariti buah ini telah disamakan dengan buah anggur di Amerika Syarikat. Buah segar biasanya akan melalui proses mula menapai 3 - 4 hari selepas dituai dan tidak tahan lama. Buah jabuticaba oleh itu akan diproses untuk menjadi pes dimana ia sering digunakan untuk membuat jem, tart, wain yang kuat dan liquor. Oleh kerana buah jabuticaba ini mempunyai jangkahayat simpanan yang singkat maka ia sukar dijual atau dipasarkan dilokasi jauh daripada kawasan pokoknya yang ditanam atau jauh dari kebun. Secara tradisinya, jika merebus kulit astringen yang dikeringkan oleh matahari telah digunakan sebagai rawatan untuk hemoptisis, asthma, cirit-birit dan ubat kumur untuk keradangan tonsil kronik.
Beberapa khasiat daripada buah jabuticaba telah dikenalpasti seperti kandungan bahan antioksida dan anti-radang serta bahan sebatian anti-kanser telah diasingkan daripada buah.Keunikan ini memang ada dipunyai oleh buah jaboticabin. Kini beberapa produk proses hasil dari buah jabuticaba dipasarkan dengan lebih sistematik (Sila lihat foto disebelah). Kini produk jem jabuticaba adalah yang paling banyak dihasilkan untuk dimakan dengan sapuan di roti. Di Brazil beberapa spesies buah yang berkaitan seperti jenis Myrciaria tenella dan M. trunciflora dilapor berkongsi nama biasa yang sama. Walaupun semua spesies jabuticaba adalah subtropika dan boleh bertolak ansur iklim dan paras suhu pembekuan ringkas tetapi beberapa spesies mungkin sedikit lebih tahan sejuk. Penanaman komersial buah ini di dalam Hemisfera Utara adalah lebih dihadkan oleh pertumbuhan yang amat perlahan dan hayat simpanan yang pendek daripada dengan keperluan suhu. Pokok yang ditanam dari benih cantuman dilaporkan boleh membuahkan hasil dalam masa 5 tahun sedangkan pokok yang ditanam dari biji benih yang ditanam pokok mungkin mengambil masa 10 - 20 tahun untuk ia mula berhasil. Kadar pertumbuhan pokok jabuticaba ini memang perlahan dan lambat dan saiz pokok yang kecil apabila tidak matang menjadikan pokoknya juga popular sebagai pokok bonsai atau dijadikan sebagai tanaman hiasan. Pokok bonsai jabuticaba ini diletak dalam bekas yang di kawasan-kawasan beriklim sederhana. Jabuticaba mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis keadaan seperti di tanah yan penuh mineral. Pokok ini menyesuaikan diri di tanah masin atau semburan garam. Pokok ini juga toleran kemarau yang sederhana walaupun pengeluaran buah-buahan boleh dikurangkan dan pengairan akan diperlukan kemarau panjang atau teruk. Semuga anda mendapat info dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BUAH ANGGUR BRAZIL... JABUTICABA...
RAMAI TIDAK KENAL...ADA DI MALAYSIA...
BUAHNYA MANIS... HITAM BULAT DIA...
SUDAH KENAL... BENIHNYA DI MANA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Banda Baru UDA, Johor BAhru,
Johor, Malaysia.
(1 Rabiulawal 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.