Sunday, October 28, 2018

TEH BELIMBING GUNUNG - APA DIA?

BUAH BELIMBING GUNUNG (Chebulic myrobalan) adalah juga dinamakan sebagai Haritaki atau Buah Hajra atau lebih dikenali sebagai Terminalia chebula (Myrobalan Kuning). Buah ini dalam bahasa Cina dipanggil sebagai ''He Zhi'' dan dalam bahasa Sanskrit adalah ''Haritaki'' sementara dalam bahasa Tibet sebagai ''A-ru-ra''. Buah ini juga dikenali sebagai Harra dan bahasa Hindi iaitu tumbuhan yang memang berasal dari selatan Asia seperti dari India dan Nepal Timur, Barat Daya China (Yunnan) dan Selatan Sri Lanka dan juga Vietnam. Di Malaysia dilaporkan dimana tumbuhan ini ada dihutan pendalaman di Kelantan serta utara tanahair walau pun sukar mengenalinya. Khasiat daripada buah belimbing gunung ini telah diiktiraf selama lebih dua ribu tahun didalam perubatan herba Ayurverda di India dan beberapa kebudayaan lain. Penulis blog percaya ramai yang tidak pernah mendengar akan tumbuhan buah belimbing gunung atau mengenalinya kalau tidak dari kumpulan saintis herba atau penggiat ubatan tradisional. Dari apa yang penulis blog anim agro faham, ia adalah pokok daun yang boleh menjangkau ketinggian sehingga 30 meter atau 98 kaki dalam keadaan semulajadi dihutan dengan diameter atau ukur lilit batang sehingga 1 meter atau lebihkurang sekitar 3 kaki. Daunnya berbentuk bunga telur dengan warna hijau dan panjang. Buahnya adalah kecil berbentuk lonjong dan dapat dilihat dari lima rabung yang membujur dengan warna sedikit kehitaman (Sila lihat foto paling atas). Apa yang membuatkan sifat penyembuhan herba bagi buah belimbing gunung ini?. Ia didakwa sebagai herba yang ada ramuan ajaib dalam buah kepada Chebulic myrobalan yang membantu semua penyakit. Ini disebabkan bahan kimia terkandung dalam tumbuhan iani iaitu Asid chebulic. Bahan kimia ini memberikan buah ini jadi rasa masam yang mana ia bercirikan baik untuk perubatan. Disamping itu juga herba ini juga terdiri daripada komponen lain seperti kandungan tinggi Asid tannic, Asid gallic, Damar dan beberapa prinsip utama seperti sifat Anthraquinone. Apa yang penulis blog ketahui, terdapat pakar perubatan Ayurveda dan Siddha di India purba menggunakan buah ini untuk rawatan cirit birit, disentri, membakar lemak, angin dan gangguan hati serta limpa. Artikel malam Ahad ini sambil menonton perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Perak dengan Terengganu saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai kehebatan khasiat tumbuhan dan buah belimbing gunung sekadar dijadikan bahan bacaan anda.

Dalam akhbar Sinar Harian yang penulis blog rujuk dengan tajuk ''Teh belimbing gunung'' mempaparkan produk yang perlu diketahui umum. Pengusaha En Amirul Syafiq bersama produk daripada belimbing gunung semasa ditemubual wartawan (Sila lihat foto disebelah). Buah Belimbing Gunung atau nama saintifiknya sebagai Chebulic myrobalan merupakan sejenis herba yang banyak khasiatnya. Dakwanya teh daripada belimbing gunung yang kedengaran sedikit janggal dalam kalangan masyarakat Malaysia namun sebenarnya banyak khasiatnya dalam membantu kesihatan badan terutama membuang angin dalam badan. Belimbing gunung atau nama saintifiknya sebagai kata akhbar tersebut adalah Chebulic myrobalan yang mana ia juga dikenali sebagai buah harra dimana ia kini dijadikan sebagai minuman kesihatan oleh syarikat Natture Herbs Industries & Marketing, menerusi produknya baru sulungnya dinamakan ''Teh Hajra''. Ketua Pemasarannya iaitu Amirul Syafiq Azman berkata ia adalah teh pertama di negara ini diilhamkan oleh kedua ibu bapanya iaitu Azman Mohamad dan Norzaila Hussin yang mengamalkan buah itu sebagai minuman kesihatan sejak 2010 dahulu. Dakwanya sebelum ini bapanya mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kembung perut. Apabila mengamalkan minuman itu didakwa dia merasai tindak balas positif iaitu kekerapan membuang air besar dan kecil serta membuang angin.

Daripada pengalaman tersebut maka mereka sekeluarga melihat buah tersebut sangat unik dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai produk minuman harian. Amirul Syafiq berkata dengan hanya bermodalkan RM2,000 sahaja mereka pada mulanya menjual buah tersebut secara runcit di beberapa lokasi terpilih. Alhamdulillah kini ada sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana bermula tahun 2011 mereka mula menghasilkan uncang buah belimbing gunung yang dikisar dan pada pertengahan 2012 dimana mereka mendapat bantuan geran pertama dari MARA bernilai RM4,900. Seterusnya syarikat telah mula menempah kotak buat kali pertama dan menambah lagi peralatan promosi. Aktiviti MAHA 2014 merupakan tahun pertama Teh Hajra diperkenalkan secara meluas dan jualan sepanjang tempoh 10 hari mencecah RM30,000. Syarikat kini telah melabur RM10,000 dengan sembilan buah makmal untuk tingkatkan kpasiti pengeluaran. Dakw beliau diantara kebaikan Teh Hajra dimana ia mengandungi beberapa kandungan asid yang terdapat pada buah itu sendiri untuk kesihatan. Antaranya seperti tannin (membantu mengawal keseimbangan hormon yang dihasilkan oleh limpa), gallic acid (membantu mencegah dan memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang berisiko untuk mendapatkan gangguan saraf) dan Mucilage (memudahkan pembuangan air besar dan membantu mengawal kolesterol). Sifat-sifat keasidan inilah yang membantu dan menjadikan Teh Hajra atau pun Minuman Buah Harra produk terbaik dan mendapat permintaan ramai.

Dalam penerangan lanjut dinyatakan sifat asid yang ada dalam kandungan buah tersebut amat unik dan terbaik serta mempunyai kesan pemulihan yang cepat. Testimoni pengguna yang didakwa beliau dimana kesan paling awal adalah dalam tempoh 10 minit iaitu pengguna akan mula sendawa kerana ia membantu membuang angin yang terperangkap dalam usus. Malah slogan kami juga sesuai dengan sifatnya yang membuang angin dalam badan. Dakwanya llagi sejak mula mengeluarkan produk syarikat mereka telah melakukan ujian makmal dengan sebuah makmal di utara tanah air dan pada tahun 2015 syarikat telah mengumpul dana melakukan ujian makmal dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Terkini syarikatnya telah membelanjakan lebih daripada RM10,000 untuk sembilan ujian makmal dengan FRIM iaitu termasuk ujian ke atas haiwan. Insya-ALLAH produk ini selamat untuk diambil dan diamalkan. Mereka juga kini telah mendapat bantuan geran penuh bernilai RM133,000 untuk pembelian mesin proses dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta mendapat geran peruntukkan khas bernilai RM20,000 dari Majis Amanah Raya (MARA) Negeri Sembilan untuk pembangunan dan penjenamaan produk serta mendapat bantuan kewangan dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional bernilai RM100,000. Produk ini sesuai untuk semua peringkat usia. Seterusnya didakwa Teh Hajra amat sesuai diambil oleh semua peringkat usia bermula setahun ke atas. Beberapa peringatan pula perlu diingat iaitu minuman buah harra bukanlah ubat tetapi minuman kesegaran dan dalam masa yang sama membantu mengatasi penyakit dalam badan kita. Memang tiada dosej tertentu yang ditekankan di sini, kita hanya perlu rendam satu uncang dengan dua liter air panas dan diambil atau diamalkan setiap hari selepas pengambilan makanan. Sekotak Teh Hajra dengan isian 30 unit uncang berharga RM35.90. Selain teh daripada belimbing gunung kini syarikat turut mengeluarkan minuman kopi pracampur iaitu Kopi Harra Barli dan makanan tambahan berasaskan madu iaitu Madu Tualang dan Spirulina. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini dan dijdikan rujukkan. Waslalam!!!...
NAMANYA PELIK... JARANG DENGARNYA...
BELIMBING GUNUNG... BAIK KHASIATNYA...
KINI ADA DIJUAL.. PRODUK TEH HAJRA ...
MEMBACA ARTIKEL... BARU FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandr BAru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(21 Safar 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.