Monday, October 29, 2018

PISANG EMBUN - APA HEBATNYA

Pisang Embun (Musa acuminata Colla) merupakan sejenis pisang yang ditanam dikawasan keliling rumah dikampong bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. ‘Ambon Putih’. Pisang ini banyak terdapat di Indonesia, Malaysia dan beberapa kawasan negara Asia Tenggara lain berhampiran. Pembacaan dari buku teknikal mendapati pisang ini juga terdapat di Filipina dimana ia dikenali sebagai Ambon manakala di Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon Putih. Penulis blog sememangnya suka makan pisang ini terutaman buah pisang embun segar kerana rasanya yang lemak manis, berbau wangi (aroma yang kuat) dan juga saiz sederhana besar. Lazimnya saya lebih suka makan pisang embun segar daripada pisang embun yang di proses seperti di goreng, dibuat kueh dan sebagainya. Ada yang mendakwa (bukan orang Johor) yang pisang ini juga dikenali sebagai Pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat (Sila lihat foto diatas). Ianya berkulit tebal dan senang dikupas apabila telah cukup masak. Pemerhatian saya mendapati dalam satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Jika di kira lazimnya setiap tandan pula mempunyai 7 - 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Memang pisang Embun sangat baik untuk ditanam kerana jumlah buahnya adalah banyak. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' akan kehebatan pisang embun dan beberapa laporan media yang mempaparkan berita mengenai pisang embun di Malaysia. 

Pokok pisang embun lazimnya ditanam dengan menggunakan anakbenih dari sulur pokok induk yang sihat dan bebas penyakit. Terdapat juga syarikat swasta yang membuat benih pisang embun daripada kultur tisu tetapi jumlahnya sangat sedikit dan perlu di buat 'advance booking' terlebih dahulu. Gunakan benih pisang embun yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian melalui Skim Pengesahan Bahan Tnaman (SPBT) Jabatan Pertanian. Penanaman didalam lubang yang disediakan dengan jarak 4 meter x 3 meter. Jarak penanaman lain juga boleh diamalkan bergantung kepada keadaan kebun dan jenis tanaman selingan lain yang hendaka ditanam. Pokok pisang embun adalah tumbuh dalam rumpun dan perlukan kawalan sulur anak yang keluar. Lazimnya ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter. Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Terdapat 2 jenis Pisang Embun yang boleh dijumpai iaitu Varieti Pisang Embun Merah dimana ia akan bewarna merah dan Varieti Pisang Embun Kuning yang kulitnya menjadi kuning apabila masak. Varieti yang berwarna merah sekarang ini agak sukar untuk dijumpai berbanding dengan varieti yang berwarna kuning. Bagaimana pun kedua-duanya adalah berwarna hijau ketika muda (Sila lihat foto sebelah). Saya masih tertanya-tanya bagaimana pisang yang nak ini di panggil sebagai Pisang Embun. Embun maksudnya adalah titisan air pada subuh hari yang terhasil daripada kesejukan air dan terkumpul pada pemukaan daun dan membentuk titisan air embun. Agaknya pisang ini dulunya memang ditanam dikawasan keliling rumah yang sejuk dan digunakan air embun untuk tujuan tertentu sehingga dipanggil 'Pisang Embun'. Pokok Pisang Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi isinya menjadi lembik. Kaedah pemasaran perlu disegerakan dan buah ini juga tidak sesuai disimpan dalm peti sejuk kerana kulitnya akan lebam. Buah ini juga boleh digunakan untuk dibuat kueh tradisional seperti Lepat Pisang, Kek Pisang, Jemput-jemput pisang dan sebagainya. Pisang Embun merupakan pisang yang mengandungi zat permakanan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Kalau tidak mahu makan nasi dan lauk lain, pisang embun  disyorkan sebagi pengganti makanan harian kita. 

Dalam akhbar tempatan Sinar Harian yang bertajuk ''Pisang Empun ada 8 jantung'' menarik perhatian penulis blog untuk membacanya. Berita yang dipetik dari Kuala Pilah Negeri Sembilan ini menyatakan pada kebiasaannya masyarakat hanya menemukan satu jantung pada satu pokok pisang akan tetapi berbeza dengan sebatang pokok pisang embun dimana dijumpai mampu mengeluarkan lapan tandan dan lapan jantung dalam satu masa sekali gus mendapat jolokan ‘pokok rezeki’ kepada pemilik pokoknya (Sila anda lihat foto disebelah). Lokasinya di tepi jalan Kampung Gentam dan menjadi perhatian orang ramai yang mahu melihat sendiri keunikan pokok pisang itu. Pemiliknya dikenali dengan nama Encik Leow Chun Hong berusia 48 tahun berkata dia mula menyedari kejadian aneh itu ketika dalam perjalanan hendak ke kedai dua minggu lalu. Dakwanya seumur hidupnya, ini adalah kali pertama melihat pokok pisang yang boleh dikatakan aneh dan unik kerana mengeluarkan lapan tandan dan lapan jantung sekali gus. Timbul perasaan pelik yang mana ia turut dikongsi oleh masyarakat setempat yang tidak putus-putus datang melihat pokok pisang ini. Dakwa Chun Hong, pokok pisang tersebut telah empat kali berbuah dan diberi gelaran ‘pokok rezeki’. Pokok pisang embun tersebut mengeluarkan lapan jantung dan lapan tandan dalam satu masa. Kali pertama berbuah maklumnya pokok pisang embun ini mengeluarkan satu jantung sahaja sama seperti pokok pisang yang lain. Pisangnya juga boleh dimakan. Apa yang pelik dimana bagi kali kedua dan ketiga pokok pisang ini berbuah kembar iaitu mempunyai dua jantung.Jelasnya, pokok berusia dua tahun itu terus mengeluarkan hasil hingga mendatangkan rezeki kepada keluarganya. 

Pada kali yang keempat didapati cara pertumbuhan buahnya agak aneh di mana ada tandan pokok itu keluar di tengah-tengah batang pisang sedangkan pada kebiasaannya ia keluar di bahagian pucuk (atas). Apa yang lebih menghairankan iaitu dalam satu tandan itu terhasil pula lapan jantung yang kini telah pun menghasilkan lapan tandan buah pisang. Kini dia mampu menganggarkan jumlah keseluruhan buahnya melebihi seratus buah. Ada penduduk telah ‘menempah’ untuk membeli buah pisang ini namun saya tidak sampai hati kerana berasa sayang (Sila lihat foto disebelah). Beliau juga tidak berhasrat untuk menebang atau mengambil buahnya sebaliknya membiarkan buah membesar dan masak kemudian melihat apa yang akan terjadi selepas ini. Dalam pada itu katanya, dimana  sebelum ini ada beberapa batang pokok di rumpun yang sama telah mengeluarkan buah secara normal namun berbeza pada kali inidimana ia telah mengeluarkan lapan jantung dan lapan tandan.

Dalam pada itu akhbar lain menulis laporan dengan tajuk ''Pisang Embun jadi Pokok Rezeki'' dimana ia berlaku di Kota Tinggi, Johor. Seorang peneroka FELDA disini merasa pelik apabila mendapati pokok pisang embun yang ditanam di ladang kelapa sawit miliknya telah pun menghasilkan tiga tandan pisang. Bagi Encik Mohammad Dali Rosman berumur 56 tahun telah nyatakan keanehan itu disedari apabila seorang pekerja pembersihan yang diupah menebas semak sekitar kawasan itu telah memberitahu kejadian aneh ini kepada beliau (Sila lihat oto disebelah)Menurutnya sejak mengetahui perkara unik mengenainya ramai kenalan berkunjung ke kebunnya meskipun jarak ke lokasi jauh iaitu kira-kira tiga kilometer dari jalan utama. Dia diberitahu pekerja bahawa salah satu pokok pisang saya mengeluarkan buah aneh. Pada awalnya saya tidak percaya namun selepas melihat sendiri saya terkejut. Saudara mara dan kenalan juga sanggup ke kebun ini untuk melihat pokok ini. Menurutnya selain pokok pisang itu, dia turut menanam pelbagai jenis pisang antaranya pisang nipah, pisang nangka dan pisang raja di kebun sama. Sejak dahulu lagi dia memang amat suka berkebun malah sebelum ini dia pernah menanam cili sebelum bertukar kepada tanaman pisang. Bapa kepada lima anak itu berkata dimana dia mendapat benih pisang tersebut daripada adiknya yang tinggal di Pasir Gudang sebelum menanamnya di kebun. Kini selain pisang bertandan tiga itu, ada salah satu daripada pokok pisang di kebun itu yang turut mengeluarkan jantung pisang pelik yang mana hampir menyerupai bentuk bunga. Apa pun terkini beliau sekeluarga beranggapan yang mana kejadian aneh ini sebahagian tanda kebesaran ALLAH dan bersyukur dapat melihat kejadian berkenaan pada sebatang pokok pisang yang ditanamnya. Tambahan pula kejadian pelik ini merupakan pertama kali saya temui seumur hidup saya,” katanya yang merupakan Ketua Blok di Felda Simpang Waha, di sini.


Pisang embun bertandan tiga juga ada di laporkan oleh akhbar Utusan Malaysia dengan manarik sekali laporannya. Seorang pemilik pokok pisang embun  di Pontia, Johor amat gembira dengan penemuan ini. Pemilik kbun dikenli dengn nama En Daim Mabela aa menunjukkan pokok pisang embun bertandan tiga di rumahnya di Kampung Parit Hassan, Benut, Pontian, Johor (Sila lihat foto disebelah)Seorang pekebun di Kampung Parit Hassan, Benut dekat sini terkejut apabila mendapati pisang embun yang ditanamnya mempunyai tiga tandan dan mengeluarkan buah yang lebat. Daim Mabela berumur 69 tahun juga berkata dimana keanehan itu hanya disedarinya pada 1 Syawal lalu dan ramai kenalan serta sanak-saudara yang berkunjung ke rumahnya turut pelik dengan keunikan pisang berkenaan. Dia pada mulanya tidak menyangka langsung keanehan pokok pisang tersebut memandangkan jantung yang keluar pada peringkat awal setandan sahaja seperti biasa. Sebelum kedatangan Ramadan lagi pokok pisang tersebut sudah mula berbuah dan tiada tanda yang menunjukkannya mempunyai tiga tandan. Kini dia dan isteri, Induk Tollah, 60, menyifatkan kejadian aneh ini sebagai tanda kebesaran Ilahi dan bersyukur kerana dapat melihat kejadian berkenaan pada salah sebatang pokok pisang yang ditanam di halaman rumahnya. Kejadian pelik ini merupakan yang pertama kali ditemui sejak kami mengusahakan tanaman pisang sejak usia muda lagi. Daim memberitahu dia akan terus membiarkan buah pokok pisang daripada ketiga-tiga tandannya itu masak dan mungkin diagih-agihkan kepada sanak-saudara dan jiran. Semuga tulisan mengenai pisang embun subuh ini dalam anim agro technology memberi info terbaik kepada semua. Wasallam!!!..
PISANG EMBUN... DITANAM UDAHNYA...
CARI BENIH... PASTIKAN KUALITINYA...
HIJAU IA MUDA...KUNING MASAKNYA...
ENAK SEKALI.. DIMAKAN KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Safar 1440H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.