TUMBUHAN KAVA (Piper methysticum) merupakan sejenis tumbuhan yang didapati natif di Kepulauan Paifik Selatan dimana ia memberikan kesan sedatif kepada mereka yang mengambilnya. Ia juga dipangil sebagai Kava Kava iaitu dibeberapa kepulauan seperti di Fiji, Vanuatu, Malenesia, Solomon Islands dan sebagainya. Penulis blog belum pernah mendengar perkara ini sebelumnya tetapi setelah berjumpa dengan ramai perwakilan dari beberapa negara Asia Pasific semasa APCC Ministerial Meeting 2018 di Kuala Lumpur baru tahu tumbuhan ini. Ini kerana perwakilan daripada Fiji, Samoa, Solomon Island, Vanuatu, kepulauan Micronesia hadir dalam mesyuarat ini dan salah seorang wakil Fiji memberikan alat memproses Kava kepada ketua delegasi Malaysia. Kava adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga lada yang tumbuh renak mempunyai daun hijau tua dimana ia ditanam di kepulauan Pasifik selatan (Sila lihat foto diatas). Penduduk Asli disana menggunakan juicers sebagai minuman kawal emosi. Kava biasanya akan hidup diantara 2-5 tahun dengan mempunyai ketinggian tanaman 2-4 meter dan panjang rizome sekitar 8 cm. Ia diketagorikan sebagai jenis tumbuhan liar yang paling besar dimana bahagian akar dan batang diambil dan digunakan sebagai ubat penenang yang tidak merbahaya berbanding dengan dadah. Biasanya gabungan kombinasi daripada rizom yang didakwa sebagai ubat akan kesan terapeutik dari bahan-bahan kava, bahan dari unsur lada yang diberikan kepada kambing dimana kesannya memabukkan. Saintis mendapati dimana kava juga mengandungi bahan alkaloid jenis Amide, asid, unsur-unsur anorganik seperti natrium, kalium, kalsium, magnesium, aluminium, besi dan silikon, gula anggur dan 15 jenis asid amino, termasuk multivitamin yang tinggi khasiatnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Kava dan khasiatnya untuk bahan bacaan anda semua.
Penduduk pribumi di Kepulauan Pasific Selatan telah beratus-ratus tahun mengambil minuman kava untuk bergembira dah khayal atau tenang (relaxation). Apa lagi jika minuman atau produk kava ini telah tersebar dimana ia kini terkenal khasiatnya kerana mampu memberikan kesan pengurangan perasaan tekanan (stress-reducing properties) dan menenangkan pemakannya. Cairan berwarna keputihan krim ini disediakan secara tradisional untuk majlis-majlis keramaian (Sila lihat foto disebelah). Apa pun penggunaan minuman kava jika diamalkan selalu akan memberikan kesan sampingan tersendiri atau sampai kepada tahap ketagihan. Beberapa santis barat telah embuat kajian kemudaratan mengambil kava ini secara berlebihan dan mengaitkannya dengan kesihatan dan keselamatan pengguna. Beberapa artikel ditulis saintis mengenai khasiat dan bahaya mengambil produk kava yang mana secara tradisi penduduk di kepulauan Selatan Pasifik telah lama menggunakan bahan tersebut tanpa apa-apa kesan nyata terhadap mereka. Ia berbalik apkh dia Kava?. Kava adalah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai daun berbentuk hati menyamai dengan dun sireh (memang satu keluarga pun). Mempunyai batang berkayu dan tumbuh menegak bergantung kepada lokasi dan keadaan persekitarannya. enak. Bagaimana pun penduduk empatan hanya mengambil bahagian akarnya (roots) untuk diproses dijadikan minuman tradisional mereka. Carany dengan mngisar akar Kava dan menjadikan pes untuk di gunakan. Cara makan biasa dengan ambil akar kava dan kunyah terus dalam mulut kemudiah diludah keluar apabila tiada khasiatnya.
Apabila pes kava sudah tersedia maka ia akan dicairkan dengan air dan ditapis dahulu sebelum diminum (Sila lihat foto disebelah). Bahan aktif didalam kava sebenarnya adalah Kavalactones iaitu ia adalah 3 - 20% kandungan berat didalam akar kava. Daripada banyak kajian oleh saintis diseluruh dunia dilaporkan unsur yang terkandung didalam Kavalactones adalah memberikan kesan seperti kurangkan keresahan (reduce anxiety), melindungi neuron dari kerosakan (Protect neurons from damage), Kurangkan tahap kesakitan (Reduce pain sensations) dan terhebat khasiatnya didakwa sebagai mengurangkan risiko serangan kanser (reduce the risk of cancer). Kesemua temuan ini hanya berdasarkan kepada ujikaji yang dibuat keatas tikus. Bagaimana pun kajian yang pasti dan signifikan kesan kava adalah kesan yang akan menenangkan (reduce anxiety). Dari segi perubatan para doktor mendapati kesan kavalactones adalah pada saraf didalam otak peminum kava dimana ia dikenali sebagai ''neurotransmitter'. Kalvatones akan bertindakbalas dengan saraf tersebut memberikan kesan tindakbalas yang menenangkan. Salah satu daripada ''neurotransmitter'ini adalah Asid Gamma - Aminobutyric (GABA) yang mengurangkan beberapa aktiviti pada otak.
Daripada kenyataan saintis juga boleh dikatakan kesan meminum kava akan mengurangan tahap keresahan atau kebimbangan atau perasaan gangguan perasaan. Kecelaruan Perasaan (Anxiety Disorder) pada masa ini merupakan satu jenis penyakit yang semakin menjadi-jadi terutama dikalangan penduduk bandar. Pesakit selelunya akan dirujuk kepada pakar Psikatrik atau kaunselor untuk mengenalpasti tahap penyakit tersebut (Sila lihat foto disebelah). Terdapat banyak perubatan untuk atasi masaalah ini tetapi da ubatan yang memberi kesan negatif apabila tidak serasi. Ini menjadikan mereka akan mencari perubatan alternatif berasaskan herba seperti pengguna Kavalactones daripada tumbuhan kava ini. Kajian pertama mengenai perkara ini dijalankan dan ditulis pada 1997 dimana kava merupakan pilihan terbaik disyorkan saintis ketika itu. Rumusan saintis mendapati penggunaan bahan kava adalah disyorkan sebagai paling efektif untuk atasi gangguan keresahan ini dimana ia didakwa boleh diambil bagi menggantikan ubatan moden berasaskan kimia.
Kava juga didapati membantu seseorang untuk MUDAH TIDUR. Kurang tidur berkait dengan isu kesihatan seseorang dimana ia mungkin boleh disebabkan oleh beberapa sebab seperti tekanan darah tinggi, kecing manis, kegemukkan, tekanan perasaan dan juga kanser. Menyedari masaalah ini dilaporkan ada pesakit mengambil pill tidur atau ubatan mmoden lain untuk bantuan. Meminum kava bagaimana pun dilaporkan mampu mengatasi masaalah ini. Hasil kajian terhadap 24 pesakit, pengambilan kava didapati mengurangkan stress dan seterusnya membolehkan mereka dapat bertenang. Kava didapati membolehkan seseorang dapat tidur nyenak dan mengurangkan keresahan. Hebatnya kava tidak menganggu seseorang ynag hendak memandu kereta seerti pengambilan ubatan moden lain.
Kava sebenarnya telah dikomersilkan dalam beberapa bentuk seperti dalam bentuk Teh, Kapsul, Serbuk dan Cecair. Berlainan dengan teh kava yang sama dengan kaedah minum teh, bentuk yang lain merupakan campuran yang disediakan daripada ekstrak kava dimana kvalactones di ekstrak dengan bahan ethanol atau acetone. Teh kava didakwa paling mudah digunakan tetapi kesannya amat minima. Kava dalam bentuk cecair paling biasa diambil dan ada dijual dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Ada botol bersaiz 60 sehingga 180 liter dimana ia boleh diminum terus atau dicampurkan dengan jus atau bahan lain. Sebaiknya ambi dos yang minima dahulu kerana ia mungkin kavalacton pekat yang perlu dibancuh dahulu. Kapsul Kava pula dipasarkan dalam bentuk yang mudah dibawa dan dimakan dimana sebiji kapsul mungkin mengandungi 100 mg akar kavaa dengan sekitar 30% kavalactones. Dos yang disyorkan bagi pengambilan kava adalah 70- 250 mg sekali ambil. Sebagai contoh jika sebiji kapsul mengandungi 100 mg akar kava ia dikira mengandungi 30% kavalactones (100 mg x 0.30 = 30 mg). Dari kiraan tersebut disyorkan ambil 3 biji kapsul sekali guna.
Kesan Sampingan (side effects) adalah didakwa mampu mengurangkan keresahan bagaimana pun pada tahun 2000 ada laporan pengambilan bahan kavalactones ini seperti menyebabkan serangan dan kerosakkan pada hati (liver). Ini menyebabkan penggunaan kava di cegah di Jerman, Switzerland, Perancis, Kanada dan UK. Di Jerman memang ada laporan dimana kesan pada kerosakan hari mungkin disebabkan oleh campuran mengambil kava dengan kesan interaksi ubatan lain atau makanan campuran lain. Proses ubahsuai kavalactones ini dengan bahan lain menyebabkan produk ini menjadi tidak selamat berbanding yang asli. Kajian juga mendapati tidak ada tanda kerosakkan pada hati dalam tempoh 1 - 24 minggu hasil penggunaan kava pada pesakit di makmal. Memang didapati pesakit yng tiada masaalah hati tiada masaalah jika mengambil kava dalam tempoh du bulan berturutan. Perlu diingatkan pengambilan kava perlu dilihat tahap kesihatan seseorang dan juga tindakbalas seseorang terhadap masaalah kesihatan mereka. Kava didapati ada kesan tindakbalas dengan jenis ubatan lain yang mungkin ia memberi kesan negatif pada organ hati. Sebagai kesimpulan didapati penggunaan ava telah beratus tahun digunakan di kepulauan selatan pasifik sebagai miuman selamat dan juga kebangaan masyarakat. bahagian akar tumbuhan ini yang mengandungi bahan kavalactones memang berguna dalam mengurangkan keresahan. Sila rujuk doktor perubatn jika ada cadangan untuk mengambil kava oleh pembaca blog ini dan pastikan mendapatkan produk kava yang asli dan bukan tiruan. Diharap rtikel yang agak berlainan ini mmpu memberikan info berguna kepada pembaca blog nim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN DIKEPULAUAN... IA KAVA...
KAVALACTONES... DALAM AKAR ADA...
DIMINUM MEREKA... BAIK GUNANYA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA?..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ri, Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, ohor,
Malaysia.
(7 Safar 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.