Thursday, October 25, 2018

IKAN AROWANA - ITU KELISA!

TERNAKAN IKAN AROWANA atau IKAN KELISA atau DRAGON FISH kini merupakan industri ikan hiasan yang semakin berkembang di negara kita dengan peminatnya daripada pelbagai golongan. Ikan daripada Sub-keluarga Heterotinidae atau Osteoglossinae ini semakin pesat diusahakan penternak tempatan di sekitar kawasan Bukit Merah, Perak. Terdapat banyak syarikat yang mula berjinak-jinak menternak arowana iaitu di antara ikan hiasan paling mahal di dunia. Penulis blog dua kali membuat lawatan ke lokasi dahulu dimana sempat memdapatkan taklimat daripada beberapa pengusaha yang diaturkan oleh Jabatan Perikanan. Diantara sebuah syarikat bumiputera yang ada menjalankan operasi menternak dan membiak ikan arowana adalah M U Arowana Aquaculture berhampiran Bukit Merah, Perak. Semasa lawatan diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya dikenali dengan Sahibol Anwar Arba'e berkata semuanya bermula dengan minat terhadap ikan hiasan paling mahal di dunia itu. Didakwa ketika peringkat awal dia mula membeli ikan arowana gold dengan harga RM2,000 seekor kemudian selepas beberapa bulan nilainya meningkat sehingga RM7,000 seekor. Pada masa itu beliau telah menyedari ternakan ikan hiasan arowana berpotensi besar untuk dimajukan selain menguntungkan. Meneruskan penerangan dimana dia sebelum ini banyak menceburkan diri dalam perlbagai jenis perniagaan. Dari segi modal memang ia memerlukan modal agak besar diperingkat awal seperti menyediakan kolam, pusat ternakan, pusat rawatan dan yang paling tinggi tentunya benih ikan arowana yang berkualiti tinggi. Permintaan ikan arowana dari kawasan ini memang sudah terkenal di seluruh negara malahan diseluruh dunia. Punca air yang berkualiti daripada Tasek Merah ini membolehkan industri ikan arowana di kawasan ini terus berkembang sehingga sekarang. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya mengupas satu tajuk iaitu Ikan Arowana - itu Ikan Kelisa sebagai satu coretan untuk menambah ilmu pengetahuank kita semua. 

Menjawab kepada soalan pnulis blog, En Sahibol nyatakan dimana beliau pernah bersama baberapa rakan untuk mengkaji mengenai habitat arowana seawal tahun 2006. Beliau memulakan projek ternakan dengan membina lapan buah kolam dengan keluasan 20 kaki x 50 kaki (Sila lihat foto disebelah). Pada pertengahan tahun yang sama maka beliau sudah mula mengisi setiap kolam dengan enam ekor ikan jantan dan 10 ekor ikan betina. Ikan arowana bertelur setahun sekali selepas usia matang biasanya antara dua hingga tiga tahun dan semasa proses berkenaan ikan arowana atau kelisa ini pula akan berpasangan sehingga masa mengeluarkan telur dan sperma. Telur yang telah disenyawakan akan dikutip oleh ikan jantan yang akan mengeram selama dua bulan di dalam mulut sebelum diluahkan apabila anak-anak mula berenang sendiri. Biasanya dalam tempoh berkenaan maka ikan jantan akan 'berpuasa' sehingga anak-anak dilepaskan pada tempat-tempat berlainan bagi mengurangkan risiko kepada serangan pemangsa lain didalam kolam. Bagaimanapun bagi tujuan komersial maka tekologi amalan dengan mulut ikan akan diperiksa dengan kekerapan setiap dua bulan bagi mengeluarkan anak-anak. Anak kelisa ini kemudian akan diletakkan di dalam inkubator yang lebih kurang sama keadaannya seperti dalam mulut induk. Biasanya induk jantan boleh menjaga antara 20 - 60 ekor anak di dalam mulutnya pada satu-satu masa. 

Dalam pada itu dijelaskan oleh Sahibol dimana bagi pasaran tempatan anak-anak ikan yang boleh berenang sudah boleh dijual (Sila lihat foto disebelah). Syarikat MU Arowana Aquaculture akan memberikan penekanan dalam spesis menternak tiga jenis arowana iaitu Malaysia Gold Arowana, Red Arowana dari Kalimantan dan Indonesia Gold. Harga seekor anak ikan arowana bersaiz tiga inci iaitu Malaysia Red Gold adalah RM1,600 - RM2,000 seekor (wow mahalnya!), Spesis Ikan Red Arowana dijual dengan harga diantara RM1,200 hingga RM1,500 seekor dan spesis Ikan Indonesia Gold adalah paling rendah sekitar RM500 seekor. Harga seekor induk matang boleh mencapai sehingga puluhan ribu ringgit jika ia dikenalpasti mempunyai kualiti yang baik. Menyentuh mengenai aspek pemakanan penulis bog diberitahu dimana ikan arowana memakan anak ikan seluang selain makanan tambahan seperti udang, cengkerik, katak dan lipan dua kali sehari. Ikan arowana sebenarnya tidak sukar dijaga tetapi disebabkan harganya yang mahal maka memang ramai yang menyangka ia memerlukan penjagaan yang rapi dan ada yang dakwa perlu di ínsurance'kan. Dakwanya ikan arowana amat unik dibanding dengan ikan-ikan hiasan lain kerana ia membiak secara semula jadi dan tidak memerlukan bantuan manusia seperti teknik aruhan. Malahan dakwanya dimana ikan arowana adalah haiwan akuatik yang dilindungi kerana mengalami ancaman kepupusan.

Daripada penerangan semasa melawat beberapa kolam pihak dinyatakan dimana Syarikat MU Arowana Aquaculture yang telah beroperasi di atas tanah seluas 5.2 hektar (13 ekar) yang menempatkan 99 buah kolam. Terkini syarikatnya telah juga mensasarkan untuk membina 100 kolam lagi. Syarikat akan menitikberatkan akan masalah keselamatan dan penyelenggaraan dengan pemantauan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Perkara ini bukan saja untuk tujuan keselamatan kerana harga ikan yang mahal tetapi bagi memastikan keselesaan ikan jika bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. Apa yang lebih menarik MU Arowana Aquaculture juga menawarkan skim perkongsian keuntungan bagi peminat ikan arowana yang mempunyai modal tetapi kurang pengetahuan. Dijelaskan dimana syarikat boleh melabur selama lima tahun dengan membeli ikan induk untuk satu kolam dan kami akan dapat menjalankan segala tugas penyelenggaraan dan aspek pengurusan. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi dua antara pelabur dan pengusaha sehingga tamat tempoh kontrak. Bercerita mengenai arowana dijelaskan dimana ikan arowana ini hanya bertelur setahun sekali dan tiada masalah bekalan berlebihan dan harganya tidak pernah jatuh. Kini memandangkan permintaan yang tinggi dari negara-negara seperti Jepun, China, Taiwan, Kanada, Hong Kong, Eropah dan India maka para pengeksport perlu mendapat kelulusan Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) yang diluluskan oleh 72 negara. Di bawah CITES dikehendakki dimana ikan arowana disenaraikan sebagai ikan yang dilindungi berkelas tinggi dan perlu ditanam cip di bawah kulit untuk tujuan eksport bagi pengenalan. Sahibol berkata, kajian menunjukkan arowana adalah spesies ikan yang primitif dari zaman Jurassic. Ada laporan dimana fosilnya membuktikan ikan berkenaan tahan lasak sehingga boleh hidup dengan baik sehingga ke hari ini. Semuga tulisan dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
IKAN YANG MAHAL... IKAN KELISA...
DITASEK MERAH... IA DILAKSANA...
MALAYSIA GOLD... AMAT BERHARGA...
PENGUSAHA... SYARIKAT BUMIPUTRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 432, Hotel Dorsettm
Precint 3, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(16 Safar 1440H).

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.