Saturday, June 9, 2018

PEMBAZIRAN MAKANAN - ISU MORAL

PEMBAZIRAN MAKANAN (Food waste) merupakan satu isu moral yang dihadapi oleh banyak negara termasuk Malaysia. Rakyat Malaysia dilaporkan telah membazirkan sebanyak 15,000 tan metrik makanan sehari termasuk 3,000 tan yang masih boleh dinikmati dan tidak sepatutnya dibuang. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Nogeh Gumbek berkata pembaziran makanan semakin meningkat pada musim-musim perayaan dan dilihat sebagai satu tabiat yang seharusnya dikekang bagi tujuan memastikan amalam membazir tidak berterusan. Kajian oleh MARDI telah menunjukkan 28.4 peratus daripada jumlah padi yang dihasilkan juga hilang begitu sahaja. Sementara itu bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula kadar sebanyak 20 - 50 peratus dibuang dan tidak sampai ke pengguna. Perkara seperti ini perbah didedahkan didalam beberapa foeum terbuka termasuk Forum ‘MySaveFood’ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Knin kerajaan melalui MARDI sedang menjalankan beberapa program di seluruh negara bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesan pembaziran makanan kepada rakyat dan negara. Menurut Pegawai Pembangunan Perusahaan Kanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dr Rosa Rolle berkata ‘Food Loss and Waste (FLW) Standard’ akan dilancarkan bagi menangani cabaran kuantiti kehilangan dan pembaziran makanan. Menurutnya standard tersebut akan membolehkan pelbagai entiti, negara dan rantau lain untuk mengambil kira dan melaporkan dengan praktikal dimana ia boleh dipercayai dan cara yang konsisten di peringkat antarabangsa mengenai jumlah pembuangan dan pembaziran makanan serta mengenal pasti di mana ia berlaku seterusnya membolehkan usaha untuk sasaran mengurangkannya. Rolle berkata pembangunan standard itu dikoordinasikan oleh World Resources Institute (WRI) bersama-sama beberapa rakan kongsi seperti Consumer Goods Forum (CGF) dan World Business Council for Sustainable Development (WBCSD). Kini di peringkat global, kira-kira 1.3 bilion tan metrik makanan dibuang atau dibazirkan setiap tahun yang bernilai RM4.4 trilion. Forum MySaveFood anjuran FAO bersama MARDI yang dihadiri 100 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta itu diadakan bagi mewujudkan kesedaran mengenai kitaran hayat makanan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan sisa makanan. Artikel subuh ini say amenulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu mural yang berkaitan dengan pembaziran makanan.


Walaupun ramai penduduk negara kita merungut akan kesempitan hidup kerana peningkatan kos sara hidup akan tetapi majoriti dari kita yang masih lagi terus mengamalkan budaya pembaziran secara tidak sedar. Tahukah anda pada setiap hari pada bulan Ramadhan setiap tahun rakyat negara Malaysia membuang 9,000 metrik tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan?. Jika dikira-kira jumlah ini bersamaan dengan 270,000 metrik tan untuk sebulan dan jika disusun semula maka ianya sama dengan ketinggian 30 bangunan KLCC di Kuala Lumpur!. Penulis blog telah merujuk berdasarkan sumber dipercayai dimana jumlah makanan yang telah dibazirkan ini boleh dihidangkan kepada enam kali ganda daripada jumlah penduduk negara kita iaitu untuk dimakan oleh 180 juta orang. Apa yang berlaku adalah dimana sering kali masyarakat memandang mudah sisa makanan yang dibuang merata-rata tanpa diuruskan dengan cara betul (Sila lihat foto disebelah). Apa yang berlaku sebenarnya dimana tindakan itu boleh juga memberikan impak buruk terhadap alam sekitar kerana tanpa disedari bahan berkenaan membebaskan gas yang berbahaya seperti karbon dioksida (CO2) dan metana yang menjadi penyebab pencemaran. Berdasarkan kaji selidik Sisa Makanan Electrolux Asia Pasific mendapati 77 peratus rakyat Malaysia membuang makanan dari rumah. Dalam kajian lain oleh SWCorp Malaysia pula 15,000 metrik tan makanan dibuang setiap hari oleh rakyat negara ini. apa yang menjadi isu adalah hakikatnya ia adalah satu perkara yang serius dan jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan masalah sedia ada menjadi lebih ‘tenat’.  Adalah lebih baik sekiranya makanan yang ‘tidak diusik’ ini dikumpul dan diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti gelandangan dan fakir miskin. Makanan ini juga boleh diagihkan kepada tahanan lokap polis daripada dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah.


Penulis blog merujuk kepada laporan daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Nor Siti Aishah Said yang berkata cukup untuk memberi makan tujuh juta orang sehari apabila data pembaziran 8,000 tan makanan yang dilakukan rakyat Malaysia setiap hari. daripada jumlah tersebut makanan adalah komposisi tertinggi iaitu 45 peratus daripada sisa pepejal di tapak pelupusan sampah seluruh negara. Menurutnya aktiviti pembuangan makanan itu berlaku merangkumi sepanjang proses persiapan, pengeluaran dan pemprosesan makanan serta sewaktu sesi makan. Kira-kira 20 peratus sisa itu sewaktu dibuang masih boleh dimakan dan boleh dielakkan daripada dibuang. Keadaan itu boleh dielakkan sekiranya rakyat Malaysia lebih prihatin dalam soal pengambilan makanan dengan hanya mengambil yang perlu. Apa yang dilaporkan berdasarkan kajian SWCorp yang lain pula, satu isi rumah terdiri daripada lima orang didapati membelanjakan RM900 sebulan untuk membeli keperluan makanan. Suku daripadanya dibuang iaitu pembaziran RM225 sebulan atau RM2,700 setahun. Laporan dari Dekan Kluster Penyelidikan Sains Mapan Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Sumiani Yusoff nyatakan pembuangan sisa makanan bukan hanya sesuatu yang membazir malah mengancam alam sekitar. Kini sisa makanan di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas metana yang tinggi selain membentuk larutan resapan (leachate) sangat kotor sekali gus memberi kesan bahaya kepada sungai dan sumber air bawah tanah. Perkara ini membimbangkan perlu ada program untuk mengubah minda masyarakat supaya tidak membuang makanan sesuka hati. Diantara program itu adalah kerjasama pengusaha kedai makanan, hotel serta industri berkaitan untuk mereka turut menyumbangkan makanan lebihan mereka kepada mana-mana badan kebajikan yang memerlukan. Pembaziran makanan adalah satu isu kritikal dan perlu ditangani segera. Kini berdasarkan fakta dan statistik sedia ada maka satu polisi untuk menanganinya perlu dirangka dan dilaksana segera dengan penyertaan semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pihak swasta dan rakyat keseluruhannya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BANYAK MAKANAN.... DIBAZIR SAHAJA...
BERTAN-TAN JUMLANYA... BULAN PUASA...
PERLUKAN KESEDARAN... OLEH SEMUA...
BACA ARTIKEL... FAHAM KANDUNGANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(21 Ramadan 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.