Sunday, June 10, 2018

NASI LEMAK SERINGGIT


NASI LEMAK SERINGGIT mrupakan satu model juala nasi lemak yang kini amat popular dikebanyakan bandar besar di Malaysia. Penulis blog yang tinggal di Kawasan Bandar Baru UDA, Johor Bahru mendapati nasi lemak seringgit ada dijual pada waktu pagi dan petang dan setiap hari sepanjang bazaar Ramadan (Sila lihat foto diatas). Foto tersebut diambil menggunakan HP Jenama OPPO setelah membeli 3 bungkus nasi lemak seringgit di Bazaar Ramadan BBU JB petang Sabtu ini. Biasanya jumlah stok jualan pada hari Jumaat dan Sabtu (Cuti am) lebih banyak berbanding dengan hari biasa. Kepada mereka yang kurang kenal akan nasi lemak seringgit ini boleh datang ke BBU Johor Bahru atau dibanyak lokasi di sekitar Lembah Kelang untuk anda menikmatinya. Pada peringkat awal penulis mendekati penjual memang macam kurang percaya bagaimana sebungkus nasi lemak ini dijual dengan harga seringgit. Bagaimana pun semasa mencuba beli kali pertama sebanyak 2 bungkus dan dibawa pulang dan masih kurang percaya apa ada didalamnya. Bila dibuka ianya merupakan sebungkus nasi lemak yang lengkap dan memang enak dan mengenyangkan juga. Apa tidaknya nasi lemaknya memang mempunyai rasa lemak kelapa dan yang menariknya adalah sambal tumisnya yang manis dan pedas. Paling istimewa mengenai nasi lemak seringgit di BBU adalah ianya telah dibungkus menggunakan kertas tebal warna coklat dan dilapik dengan daun pisang berukuran 3 inci x 3inci ditengahnya. Aroma dari daun pisang ini telah menjadikan nasi lemak seringgit ini menjadi lebih enak dimakan untuk sekeluarga atau makan seorang diri. Mana hendak cari makanan nasi lenmak yang enak dan sedap walau pun kuantitinya sedikit sahaja. Apa yang penulis blog perhati ramai pembeli nasi lemak ini tiada yang membeli sebungkus sahaja sebaliknya sekurang-kurangnya 3 bungkus banyaknya. Bermakna dia kena membayar sebanyak RM3 sekali beli 3 bungkus. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' mengenai nasi lemak seringgit yang memang enak dan sesuai dimakan untuk semua golongan masyarakat.


Melihat dan meneliti isi sebungkus nasi lemak seringgit memang menyelerakan terutama apabila perut sedang lapar. Apa yang menarik dialam sebungkus nasi lemak ini ada dibekalkan sudu plastik (selalunya warna hijau) dan didalamnya nasi lemak ini akan diletakkan diatas daun pisang (Sila lihat foto disebelah). Menariknya ia bersesuaian dengan harga murah RM1.00 maka kuantiti nasi lemak sekitar 3 kali suap sahaja. Kalau seorang dewasa yang sedang lapar boleh menghabiskan 5 bungkus sekali gus tidak jadi masaalah. Nasinya amat terasa akan lemak santan kelapa dan ada sedikit bahan ramuan lain sama ada telur goreng (Sila lihat foto paling atas) atau telur rebus (Sila lihat foto disebelah). Kuantiti telur rebus biasanya suku bahagian sahaja (sebiji terlur ayam dibahagi dengan 4 - 6 bahagian). Ada sesetengah nasi lemak seringgit ini dibubuh sedikit kacang tanah goreng tetapi lazimnya tiada. Bagaimana pun selalunya penulis blog tidak menjumpai hirisan timun dan juga ikan bilis goreng didalamnya. Apa yang menarik walau pun ia dihidangkan dengan sambal dan telur sahaja tetapi sudah mencukupi resepi nasi lemak asasnya. Sambal yang diletakkan mencukupi untuk sejumlah nasi lemak dan rasanya memang pedas manis. Dari penelitian penulis blog, sebungkus nasi lemak seringgit ini tahan sehari dan jika diletakkan didalam peti sejuk ianya tahan sehingga seminggu masih enak dimakan (isi telur goreng). 


Hebatnya walau pun nasi lemak ini berharga seringgit tetapi didalamnya ada selapis daun pisang. Daun Pisang (Musa spp) apa yang penulis blog ketahui ia mengandungi unsur POLYPHENOLS. Ia juga  termasuk unsur Polyphenol oksidase yang sama dengan fungsi sebagai daun teh dan mampu mengelakkan serangan penyakit Parkinson. Saya ada menulis artikel mengenai daun pisang sebelum ini untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini). Pada penulis blog anim agro technology mendapati masyarakat terutama di kawasan tropika yang mempunyai tumbuhan pokok pisang mengenali akan pokok dan daun pisang dalam kehidupan harian terutama berkaitan dengan penyediaan makanan. Pokok pisang yang subur menghasilkan daun pisang yang lebar dan sihat sesuai untuk kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional Melayu, India, Thailand dan juga popular di Indonesia serta negara-negara jiran lain. Apa yang pasti adalah penggunaan daun pisang dahulu hanya oleh masyarakat kampong tempatan diluar bandar sahaja tetapi kini telah di komersilkan dan ada dijual dipasar-pasar untuk kegunaan direstoran-restoran terkemuka di bandaraya besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Nasi lemak seringgit ini walau pun murah tetapi ada selapis daun pisang yang menambah perisa dan keenakannya. Sama seperti pokok kelapa, pokok pisang juga adalah tumbuhan serba guna apabila setiap bahagiannya mempunyai kegunaan kepada manusia daripada daun hinggalah ke umbut. Daun pisang misalnya merupakan pembungkus makanan seperti nasi lemak dan juga sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum. Selain itu kebanyakan kuih-muih tradisional juga menggunakan daun pisang sebagai pembalutnya seperti kuih koci dan lepat. Bagaimanapun siapa sangka daun pisang yang selama ini sinonim sebagai daun pembungkus menjadi salah satu bahan komposit bagi pelbagai sektor industri termasuk automotif.  


Gerai jualan nasi lemak seringgit di BBU Johor Bahru ini biasanya dijual dari jam 7.00 - 10.30 pagi dan sekitar jam 4.30 - 6.30 petang. Lazimnya daripada tinjauan penulis blog setiap satu sessi juaan penjual tersebut membawa diantara 250 - 300 bungkus sekali jualan. Ini bermakna jik semuanya habis dijual maka dia akan mendapat sebanyak sekitar RM250 - RM300 sekali jualan walau pun jumlah yang terjual adalah tidak menentu. Kehadiran jualan nasi lemak seringgit dideretan gerai jualan makanan lain seperti jualan Curu Udang, Martabak Singapore, Air Minuman Jus Nanas MD2, Kuih Muih dan sebagainya. Keujudan gerai jualan nasi lemak seringgit ini memeriahkan dan memudahkan penduduk sekitar untuk mendapatkan makanan yang enak dan murah ini. Dahulu semasa di Segamat, penulis juga ada membeli nasi lemak seringgi di Bandar Segamat yang dijual dengan Sate Ayam 15 sen secucuk. Mana hendak cari sate ayam secucuk dijual dengan harga 15 sen dengan nasi lemak seringgit sebungkus waktu itu?. Jika aktiviti jualan seperti ini diteruskan ianya menguntungkan penjual dan juga pembeli. Harga nasi lemak ini asih kekal seringgit sebungkus walau pun GST dihapuskan diaman ia akan diganti dengan SST. Penulis blog gembira walau pun dengan harga seringgit penjual nasi lemak ini memang memberikan makanan yang baik dan berkualiti. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!..
NASI LEMAK....SERINGGIT HARGANYA...
WALAU SEDIKIT...IA ENAK RASANYA...
SEBUNGKUS...KURANG KENYANGNYA...
2-3 BUNGKUS... BARU PUAS MAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Bahru UDA, 
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(23 Ramadan 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.