Thursday, May 24, 2018

NAPIER - TEKNOLOGI DI KENINGAU

RUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) merupakan tanaman rumpu yang sering digunakan untuk makanan ruminan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Penulis blog berkesempatan meinjau sebuah ladang tenusu terbesar di Sabah iaitu Evergreen Sdn Bhd di Kg Bomboi, Keningau dengan jumlah 5,000 ekor lembu tenusu dan pengeluaran susu segar melebi 3 juta liter setahun. Makanan utama untuk lembu tenusu jenis Freshian-Sahiwal ini adalah rumput segar napier yang ditanam diladang yang luasnya melebihi 100 hektar ini. Jenis napier yang digunakan adalah diimport iaitu mudah dikendalikan amalan agronominya dan hasil yang amat tinggi. Pemilik ladang tenusu dengan jenama susu segar iaitu "ECO-YAP" ini menerima kunjungan rrombongan penulis blog dan memberikan taklimat diladang. Dakwanya hanya memberikan rumput napier segar yang berkualiti maka lembu tenusu akan menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti serta konsistent. RUMPUT NAPIER atau juga dalam bahasa lain dipanggil 'Napier Grass' atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang ditanam untuk makanan ternakan. Jenis tanaman rumput juga merupakan tumbuhan yang berperanan dalam mempastikan bahawa tanah dan air dikawasan tanaman dapat tumbuhan optimakan penggunaanya disamping dapat membantu untuk membantu mencegah hakisan pada tanah. Rumput yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lemgu, kambing dan sebagainnya. Rumput Napier atau rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam. Walau pun sebelum ini penanaman rumput napier hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk tujuan memberikan bahan makanan ternakan mereka tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada penternak. Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan dan diproses menjadi produk lain seperti silaj dan hay. Tanaman rumput sesuai digunakan dalam usaha memelihara kestabilan tanah daengan cara mencegah daripada hakisan teruk. Ini adalah disebabkan rumput jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu meliputi tanah dengan kadar rapat dan tebal. Selain itu tumbuhan rumput yang ditanam menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Selain itu pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah. Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh dilakukan secara monoculture ataupun interculture dengan tanaman lain untuk dapatkan manfaat secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap hakisan tanah, maka pembudidayaan rumput gajah dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai penanaman rumput napier di ladang Datuk Yap di Keningau, Sabah untuk tujuan makanan ternakan khususnya lembu tenusu.


Penanaman rumput napir diladang tenusu ini merupakan keperluan asas didalam usaha menternak lembu tenusu. Rumput Napier yang segar perlu ditanam mengikut jadual penanaman dan penuaian agar diberikan kepada lembu tenusu setiap hari. Menurut Datuk Yap, aktiviti paling utama untuk rumput diladangnya adalah proses pembajaan iaitu dengan menggunakan baja kompos tinja lembu yang telah diproses. Semua kawasan tanah tanaman napier telah dipotong agar bercerun memudahkan proses pembajaan. Ada dua kaedah pembajaan selepas rumput dipotong iaitu dengan mengalirkan air baja kumbahan lembu tenusu terus kekawasan tanaman napier dan juga menabur baja kompos pepejal dipangkal rumput napier. Kesuburan tanah sering diperiksa oleh pemilik ladang secara berkala (Sila lihat foto disebelah). Dengan kaedah pembajaan yang baik ini membolehkan rumput napier disini cepat membesar dan subur selain daripada kedudukan ladang dikawasan tanah tinggi melebihi 250 meter dari paras laut. Penuaian rumput napier disini dilakukan setiap 30 hari sahaja berbanding dengan rumput napier dikawasan lain memerlukan masa selama 46 hari satu pusingan. Pembajaan baja organik yang banyak membolehkan walau pun kawasan penanaman napier disini tidak begitu luas tetapi jumlahnya mencukupi untuk memberi makan kepada 5,000 ekor lembu tenusu diladang ini. 



Rumput Gajah (Pennisctum purpureum) ini atau disebut juga rumput napier merupakan salah satu jenis tumbuhan hijau yang kini dijadikan makanan ternakan yang berkualiti dan disukai oleh haiwan ruminan seperti Lembu dan kambing. Rumput ini dilaporkan didapati amat sesuai untuk tumbuh dalam pelbagai tempat iaitu daripada kawasan ketinggian paras tanah 0 - 3,000 kaki dari paras laut dengan kawasan yang terbuka dibawah sinaran cahaya matahari sepenuhnya. Ia adalah tumbuhan rumput yang tidak perlukan lindungan dan memberi kesan baik terhadap pembajaan serta akan tumbuh cepat diatas tanah yang subur. Rumput yang telah cukup umur akan dipotong dan diberikan terus kepada ternakan atau diproses menjadi silaj atay hay. Penelitian penulis di kebun ini mendapati memang banyak baja kompos diletakkan diatas tanah rumput napier ini (Sila lihat foto disebelah). Ramai dikalangan ahli penternak lembu terutamanya yang menanam rumput jenis ini secara kecil-kecilan di kawasan kandang atau berjauhan menanam rumput ini untuk dijadikan sumber makanan yang penting. Rumput napier ini tumbuh merumpun dengan sistem perakaran dari jenis akar serabut yang padat dan mampu untuk terus menghasilkan banyak anak (tillering) apabila ianya dipangkas dengan cara teratur. Morfologi rumput napier adalah ia merupakan rumput yang tumbuh merimbun dimana ia dapat mencapai tinggi lebih dari 2 meter dan ia juga akan berperanan sebagai penghalang ancaman angin (wind breaker) kepada tanaman utama dikawasan kebun. Ia juga amat cekap didalam satu cara untuk mengawal hakisan tanah dikawasan kebun yang ditanam dengan rumput napier. Walau pun kini rumput ini ditumpukan kepada penanaman untuk makanan ternakan tidak seperti rumput vertiver yang ditanam. Rumput vertiver kini banyak ditanam dikawasan tebing jalanraya dan lebuhraya.

Penulis blog dapati sistem tanaman rumput napier ini, jadual penuaian dimana ia terus diedarkan dikandang lembu tenusu amat cekap dan mesra alam sekitar. Cara beliau uruskan jadual penanaman dan penuaian memang moden dimana rumput yang dihasilkan tidak pernah putus. Selalunya selepas pemotongan terakhir dijalankan maka tanah diantara barisan dirotor semula untuk penanaman baru atau hanya gunakan pokok ratoon sahaja dan dilakukan pembajaan. Bagi tanaman baru diplot lain lazimnya pekerja ladang akan membuat lubang tanaman baru untuk benih baru. Ianya adalah bertujuan tujuan mempastikan rumput napier akan dijaga kesinambungan stok tuaian bahan untuk ternakan tidak akan terputus. Setelah tanaman baru tumbuh maka rumput napier lama dibongkar hingga ke akar-akarnya untu memberi ruang kepada rumput napier yang baru itu ditanam. Napier diladang ini amat subur sehingga ketinggian mencecah 8 - 10 kaki tingginya (Sila lihat foto disebelah). Rencana ini tidak akan lengkap jika tidak terus membincangkan akan kandungan nutrisi dan permakanan dalam rumput napier yang amat sesuai diberikan sebagai makanan ternakan. Rumput Napier segar adalah paling sesuai diberikan kepada ternakan lembu kerana khasiatnya yang tinggi. Datuk Yap sentiasa akan memberikan rumput segar dan tidak diproses menjadi hay atau silaj. Bagaimana pun sebagai rujukkan jika rumput napier ini dikeringkan ia dilaporkan mengandungi zat protein kasar sebanyak 10.19%, Bahan Serat Kasar (34.15%), Bahan Lemak (1.64%), Bahan Abu atau Ashes (11.73%) dan selebihnya BETN sebanyak 42.29%. Kini galakkan untuk meningkatkan industri ternakan khususnya untuk bagi pengeluaran daging segar dan susu segar tempatan sedang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beberapa program seperti penanaman jagung bijirin, Sediakan Lembah Tenusu dan penanaman rumput napier semakin digalakkan. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada pembaca semua pembaca blog Anim Agro Technology. Wasallam!!..

MENANAM NAPIER... BAGUS AGRONOMINYA...
POKOK SUBUR... ASASNYA ADALAH BAJA...
SETIAP 30 HARI... DITUAI MEMANG CEPATNYA...
LEMBU SIHAT... BANYAK SUSU DIHASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 905, Hotel Juta,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(23 Syaaban 1439H).
Bersama Datuk Yap diladang Napier di Keningau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.