Satu kampit bahan agen homogenisasi permatangan buah-buahan ini adalah sebanyak 1 kg sebungkus (Sila lihat foto disebelah). Ia mudah dibawa kerana ringan dan plastik pembungkus adalah dari jenis tebal yang sesuai bagi mengelakkan daripada kebocoran dimana ia akan boleh merosakkan karbide tersebut jika bocor. Produk ini yang dikeluarkan oleh MCB Industries Sdn Bhd (133836K) yang beralamat di 765M, Butterworth-Ipoh Main Trunk Road, PO Box 2, 34007, Taiping , Perak, Malaysia ddimana ia ada diedarkan keseluruh negara. Capaian dilamanweb syarikat pengeluar adalah melalui email infomalaysiacarbide.com. Produk Cap nanas ini penulis blog dapati mudah dikenali kerana ada ditulis dalam bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris tetapi tiada tulisan jawi sepertimana produk yang sama dipasaran. Daripada rujukkan mendapati syarikat pengeluar bahan karbid ini merupakan diantara syarikat yang menghasilkan bahan karbid untuk kegunaan pertanian terutama didalam engeluarkan Acetylene didalam proses penyeragaman penghasilan buah-buahaan terutama jenis nanas Sarawak. Bahan Karbid Cap Nanas sebaiknya dibeli dan mesti disimpan didalam tempat selamat untuk mengelakkan daripada kerosakan dan dicuri orang lain untuk pelbagai tujuan lain. KArbide digunakan sebagai bahan untuk lampu suluh, bahan untuk letupkan meriam buruh dan juga agen penguningan dan kemasakan buah-buahan tempatan.
Penulis blog merujuk kepada lamanweb dimana dinyatakan bahawa Kalsium karbid merupakan satu sebatian kimia dengan formula kimia CaC2. Bahan ini adalah tidak berwarna dalam keadaan tulen tetapi kebanyakan sampel kelihatan berwarna hitam sehinggalah ada flam bentuk ketulan putih kekelabuan. Warna karbid ini penulis blog dapati bergantung kepada grednya. Kegunaan utama di dalam industri adalah bagi penghasilan gas asetilena. Gas ini akan menyebabkan tanaman yang sudah matang akan berbunga dan buah-buahan yang dituai akan cepat masak didalam simpanan yang dibubuh karbid. Bahan karbid sering digunakan sebagai agen kemasakan buah (ripening agent) yang sangat berkesan seperti untuk buah pisang. Sebenarnya Kalsium karbid dihasilkan secara industri dengan menggunakan relau arka elektrik yang mana ia akan dimuatkan dengan campuran Batu Kapur dan juga Arang Batu (kok) pada suhu lebih kurang 2,000 °C. Kaedah ini tidak berubah sejak pengenalannya pada tahun 1888 ladgi dengan formula karbid adalah CaO + 3C → CaC2 + CO. Lazimnya pada suhu tinggi diperlukan bagi tindak balas ini secara praktikalnya adalah mustahil dicapai jika kaedah menggunakan kaedah pembakaran tradisional maka tindak balas dilakukan pada relau arka elektrik dengan elektrik grafit.
Hasil proses membuat karbid secara amnya mengandungi lebih kurang 80% kalsium karbid dari segi beratnya. Karbid tersebut kemudiannya dihancurkan bagi tujuan untuk menghasilkan ketulan kecil daripada sebesar beberapa milimeter sehingga 50 mm. Jika ada bendasing yang terkandung biasanya ia lebih tertumpu kepada pecahan yang lebih halus. Kandungan CaC2 di dalam hasil dianggarkan dengan mengukur jumlah asetilena yang dihasilkan melalui proses hidrolisis. Sebagai contoh prnulisblog merujuk kepada cara piawaian British dan Jerman bagi kandungan pecahan yang lebih kasar ialah masing-masing sejumlah 295 L/kg dan 300 L/kg. Bendasing yang bisanya terkandung di dalam karbide termasuklah fosfide yang menghasilkan fosfina jika ianya dihidrolisiskan. Tindak balas ini merupakan bahagian penting semasa revolusi perindustrian dalam bidang kimia. Di USA kinikarbide adalah hasil daripada proses penjanaan hidrolektrik yang murah hasil daripada Empangan Air terjun Niagara sebelum abad ke-20. Kaedah penghasilan yang menggunakan relau arka elektrik ditemui secara berasingan hanya tahun 1888 dan 189. Lazimnya Kalsium karbide sering digunakan bagi beberapa tujuan. Pertama dalam proses penghasilan produk Asetilena iaitu melalui hasil tindak balas kalsium karbida dengan air iaituCaC2 + 2H2O → C2H2 + Ca(OH)2. Kedua ia digunkan untuk menghasilkan Kalsium cyanimide iaitu melalui hasil tindak balas dengan nitrogen pada suhu tinggi iaituCaC2 + N2 → CaCN2 + C. Ketiga adalah ia digunakan dalam menghasilkan bahan keluli terutamanya bagi penyingkiran sulfur yang terkandung di dalam bijih besi. Kegunaan ke 3 adalah untuk digunakan dalam lampu Karbide seperti yang digunakan pada model-model kereta terawal serta semasa melombong (kecuali di lombong arang batu kerana kehadiran gas-gas mudah terbakar yang berbahaya) tetapi kini telah digantikan dengan lampu elektrik. Sementara itu kegunaan lain merupakan sebagai salah satu sumber gas asetilena untuk menjadikan buah-buahan cepat masak (serupa dengan etilena) dan terakhir sebelum penulis lupa karbide digunakan sebagai bahan api bagi meriam buluh.
Diladang nanas ia dipilih oleh penanam nanas untuk menbolehkan tanaman nanas yang matang berbunga dimana ia seterusnya berbuah serentak. Daripada tinjauan penulis blog ramai pekebun nanas yang menanam nanas jenis Cayene seperti Nanas Sarawak, Nanas Yankee, Nanas Golden Dimond dan beberapa lagi (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan karbide cap nanas mudah digunakan dengan meletakkan hablur karbid tersebut kecelah pokok nanas dicampur dengan bahan lain sesuai agar bahan acetylene ini masuk ditengah pkok nanas. Lazimnya pokok nanas ini akan mengeluarkan bunga dan seterusnya menghasilkan buah nanas dengan msa hampir serentak. Kaedah meletakkan bahan karbide ini akan memudahkan perancangan adual penuaian hasil nanas dan seterusnya memudahkan perancangan jadual jualan hasi nanas. Semuga tulisan kali ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Wasallam!!!...
BAHAN KARBIDE... CA NANAS DIA...
ADA DIJUAL.. SATU KG BERATNYA...DIKEBUN NANAS...MUDAH DIGUNA...
BERBUH SERENTAK... MUDH JUALNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 905, Hotel Juta,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(28 Syaaban 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.