Monday, April 9, 2018

SATE TUNA - KINI DIPROMOSI

SATE TUNA  (Tuna Satey) merupakan satu produk makanan daripada ikan tuna yang kini dipromosikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Biasanya ikan tuna dinikmati dalam bentuk ikan segar atau shashimi tetapi ia juga boleh diproses dalam pelbagai produk lain. Salah satu produk yang masih kurang dikenali oleh orang Malaysia adalah sate tuna yang mana telah dipromosikan pada MAHA 2016 sebagai produk baru yang berkhasiat. Penulis blog sempat mendengar dan melihat bagaimana promosi makanan sate tuna ini dibuat semasa pameran terbesar pertanian di Malaysia ini. Apa yang dilaporkan biasanya sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellow fin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3.Ia menjadikan sate ini sebagai makanan eksotik kerana kandungan khasiat yang memang hebat. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging lembu dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Hasil dai laporan kajian juga ada menyatakan ianya berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini boleh dijadikan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung boleh menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna. Walau pun bekalan ikan tuna yang segar masih agak berkurangan dinegara kita tetapi ia boleh diperolehi dengan adanya permintaan yang tinggi dikaangan penduduk tempatan. Artikel malam ini dari Tingkat 7, Awana Kijal World Resort, Kemaman,Terengganu menghadap laut China Selatan saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai Sate Ikan Tuna sebagai satu makanan yang berkhasiat dan mesti lebih ramai orang mendapatknnya.


Sama seperti penyediaan sate daging, sate ayam, sate kerang, sate perut, sate kambing, sate pedal dan sate-sate lain, proses menyediakan sate tuna mudah sahaja dilakukan. Kita hanya perlukan bahan iaitu sebanyak 300 gr daging ikan tuna segar yang telah dipotong dadu, 2 sudu teh air jus limau nipis, 1 sudu teh perisa garam, 3 sudu besar minyak masak untuk menumis. Bahan untuk ramuan diperlukan 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawag merah, 2 cm kunyit, 3 biji buah keras, 4 ulas cili merah, 3 cm halia, 2 cm belacan, 0.5 sudu lada hitam dan satu sudu garam. Cara membuatnya dengan ambil daging ikan tuna yang dipotong dadu an lumurkan potongan daging ikan tuna dengan garam dan air jus limau nipis dan diperap untuk selama 15 minit. Kemudian perlu ditumis ramuan bumbu sehingga terbit bau aroma wangi dan masak sepenohnya. Kemudian dimasukkan daging ikan tuna dan beserta ramuan tadi dan digaul rata. Seterusnya perlu diambil potongan daging tuna dan dicucuk pada lidi untuk dijadikan sate. Kemudian sate ini perlu dibakar diatas bara api sampai kelihatan matang. Setelah matang sebaiknya sate ini diangkat dan disusun atas pinggan dihidangkan bersama dengan ketupat, kuah kacang dan juga nasi himpit (Sila lihat foto disebelah). Memang enak memakan sate tuna begitu saja kepada mereka yang ingin menikmati rasa sebanar ketika selapas dibakar.



(1) TESTIMONI 1: HARIAN METRO
      Tarikan sate tuna
          oleh: Nor ‘Asyikin Mat Hayin

SERDANG - Sate tuna antara makanan yang menjadi tumpuan pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS). Sate ini dibuat denga menggunakan ikan tuna sirip kuning, makanan itu hasil inovasi seorang usahawan muda, Suzanna Ahmad, 31, dari Labuan, Sabah, sejak tiga bulan lalu. Bukan sahaja berkhasiat dengan kandungan omega dan protein tinggi selain rendah kalori, rasanya juga lebih enak dimakan bersama kuah kacang serta nasi impit. Suzanna berkata, dia mengambil masa seminggu untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (RnD) menghasilkan makanan itu selepas dicadangkan oleh Jabatan Perikanan Labuan (Sila lihat foto diatas). Pemilihan sate ikan ini dijalankan oleh kerana mahu mempelbagaikan lagi pilihan sate di Labuan di samping mahu menggalakkan masyarakat mengambil makanan berkhasiat. Penggunaan ramuan rempah ratus berkualiti menjadikan keenakan sate ini dengan rasa tersendiri. Kini pembabitan dalam MAHA 2016 untuk memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat di Semenanjung Malaysia kerana ia hanya popular di Labuan, Sabah. Mereka telah bercadang mahu menembusi pasaran di Semenanjung Malaysia dalam bentuk makanan sejuk beku tahun depan. Dakwanya setakat ini sambutan daripada pengunjung di MAHA 2016 terhadap produk ini menggalakkan dan ia satu petunjuk positif. Dia kini dibantu 13 pekerja sudah tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan yang beroperasi di Makmal Pemprosesan di Jabatan Perikanan Labuan. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 7:41 AM


(2) TESTIMONI 2 : UTUSAN MALAYSIA
Sate tuna dijangka beri pulangan besar kepada pengusaha
12 Mei 2017

AHMAD SHABERY CHEEK (kanan) diiringi Pengerusi Satay Station, 
Datuk Haris Mohd. Yusof (tengah) menunjukkan tanda bagus selepas 
merasmikan Sate Tuna di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Sate tuna yang merupakan produk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia, dijangka memberi pulangan keuntungan melebihi RM5,000 sebulan kepada pengusaha sate tempatan. Menu sate terbaharu itu diperkenalkan oleh jabatan berkenaan dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016). Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sate tuna merupakan satu produk galakan promosi hasil tuna dan bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang semakin berkembang di negara ini. Kata beliau, permintaan ke atas sate tuna boleh mencecah sehingga 50,000 cucuk sebulan di seluruh negara menerusi penggunaan teknologi, usaha penambahbaikan resipi berse­suaian dengan citarasa tempatan dan promosi berterusan. “Sate tuna ini dihasilkan 100 peratus daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai kepada yang memen­tingkan kesihatan. Produk baharu ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran tuna. Semoga kita sama-sama mempromosikan produk tersebut kerana ini adalah produk Malaysia yang tidak dilakukan negara lain. Ia adalah suatu yang unik. Kementerian turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah Tekun Nasio­nal bagi memulakan perniagaan sate tuna menerusi skim TemanNita dan Teman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada usahawan yang berminat. Peluang perniagaan baharu se­perti ini perlu direbut oleh pengusaha kerana pasarannya masih luas.


(3) TESTIMONI 3 : HARIAN METRO
Sate tuna sedap, berkhasiat
Mohamad Hussin
rencana@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR - Menu sate tuna yang baru diperkenalkan boleh memberi pulangan lumayan iaitu lebih RM5,000 sebulan kepada usahawan sate tempatan. Kandungan vitamin tinggi iaitu 42 peratus dan rendah kalori berbanding sate ayam atau daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sate tuna antara produk inovasi baru Jabatan Perikanan. Beliau berkata, ia antara produk promosi hasilan tuna bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di negara ini. “Sate tuna dihasilkan 100 peratus daripada ikan tuna sirip kuning (yellowfin tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. “Ia berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini, sate tuna antara satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat,” katanya selepas merasmikan pelancaran sate tuna di Ampang Waterfront, Selangor, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan dan Pengurus Besar Satay Station Sdn Bhd (Satay Station) Zul Karnain Abdullah.  Ahmad Shabery berkata, produk baru itu juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan ikan tuna. “Sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna. “Syarikat usahawan Francais Satay Tuna dari Labuan, akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dalam masa terdekat ini,” katanya.  Menurutnya, kerjasama dengan Satay Station adalah satu langkah strategik antara kedua-dua pihak kerana rantaian kerjasama ini adalah saling melengkapi dan saling menguntungkan. Kita akan terus giat melahirkan usahawan Francais Satay Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh negara. Ia satu langkah ke hadapan, bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan pembangunan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju. Peluang ini perlu direbut pengusaha kerana pasarannya masih luas. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyediakan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan sate tuna melalui skim TemanNita dan Teman TEKUN kepada usahawan yang berminat,” katanya. Sementara itu, Ismail berkata, pihaknya menjangkakan dengan penggunaan teknologi dan usaha penambahbaikan resipi bersesuaian dengan cita rasa tempatan serta promosi berterusan.  “Permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50,000 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberi pulangan kepada pengusaha melebihi RM5,000 sebulan,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 2:36 PM. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy. Wasallam!!...
SATE DARI IKAN ...ITU SATE TUNA...
DIPOTONG DADU... RAMUAN DISEDIA...
DICUCUK DIBAKAR...DIMAKAN SEGERA...
MEMANG ENAK... KENALAH MERASA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 716, Awana Resort World,
Kijal, Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(17 Rejab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.