Thursday, April 26, 2018

PIN PLASTIK BATAS TANAMAN

PIN PLASTIK BATAS TANAMAN merupakan satu perkra yang penting didalam mempastikan pemasangan plastik penutup batas kukuh ditempatnya. Plastik batas Silvershine kini digunakan oleh ramai petani terutama mereka yang menanam tanaman makanan seperti sayur-sayuran, nanas, cili, tembikai, melon, terung dan sebagainya. Plastik khas silvershine penutup batas ini lazimnya mempunyai warna hitam sebelah belakang dan warna silver (perak) disebelah lagi. Petani perlu faham akan cara pemasangan plastik ini dimana bahagian yang berwarna silver mesti diletakkan menghadap matahari dan bahagian hitam mesti dibahagian bawah menghadap tanah (Sila lihat foto diatas). Plastik ini perlu di rentangkan atau diletakkan diatas batas tanaman mengikut panjang batas dan tradisinya dibahagian tepinya dikambus dengan tanah agar tidak di terbangkan oleh angin. Sebaiknya plastik penutup batas di rentang sehingga ketat dan elakkan daripada ada lekukan ditengah batas kerana ia merugikan ruang penanaman dan menjadi tadahan air. Pasangkan pita sistem pengairan titis diatas batas sebelum memasang plastik penutup batas. Lazimnya lubang-lubang penanaman dan lubang pembajaan akan ditebuk pada atas dipermukaan plastik menggunakan sukat atau alat yang sesuai dengan jumlah dan jarak mengikut keperluan. Lapisan permukaan atas plastik silvershine yang berwarna silver akan menerima cahaya matahari dan menghasilkan haba serta membalikkan 'cahaya terang' yang menyebabkan patogen perosak sepertii aphid dan hama lain tidak suka tinggal dibahagian bawah daun. Pokok Cili contohnya memang sesuai ditanam dengan plastik penutup batas silvershine untuk elakan serangan serangga perosak dan juga penyakit. Lapisan permukaan hitam dibahagian bawah akan menyerap lebih banyak haba dan menghalang pertumbuhan rumpai. Lapisan ini akan memerangkap wap air yang terhasil dari kepanasan haba dimana ini akan dapat mengekalkan kelembapan tanah dalam batas tanaman. Lubang-lubang lain disekeliling atau diantara lubang penanaman lazimnya untuk tujuan memberi baja atau air kepada batas tanaman. Plastik penutup batas silvershine adalah antara teknologi moden dalam pertanian yang mampu meningkatkan hasil tanaman dan juga kualiti hasil tanaman. Teknologi memasang pin ini membantu petani memasang plastik penutup batas agar kukuh disepanjang penanaman. Terkini beberapa penanam nanas MD2 telah menggunakan tikar penutup rumput jenis 'WeedMat' yang agak mahal akan tetapi ia lebih baik untuk digunakan dan tahan lama. Anda boleh membaca artikel mengenai weedmat dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai teknologi memasang plastik penutup batas dengan pin kawat.

Lazimnya plastik penutup batas direntang diatas batas bertujuan untuk mengelakkan pertumbuhan rumpai, mengekalkan kadar kelembapan tanah, mengawal serngan penyakit dan perosak serta pelbagai kebaikan lain. Plastik ini dijual dalam bentuk gulung dengan panjangnya bergantung kepada jenis dan jenama. Lebarnya pula bergantung kepada keperluan saiz batas daripada selebar 3 kaki sehingga 5 kaki. Bergantung kepada ketebalan dan UV maka plastik penutup batas dipasang sebelum penanaman dijalankan. Antara kaedah secara biasa yang dilakukan petani bagi menentukan plastik ini melekat pada batas taaman adalah dengan membubuh tanah dibahagian tepi plastik ini (Sila lihat foto disebelah). Tanah dari laluan antara batas akan dinaikan menggunakan cangkul dan diletakkan dibahagian tepi plastik untuk mempastikan plastik tidak diterbangkan angin kemudiannya. Ada dikalangan petani yang gunakan ketulan-ketulan tanah yang diletakkan ditepi plastik penutup batas secara terpilih (bukan menutup semua bahagian tepinya). Kemasan didalam membubuh tanah untuk tujuan ini akan menjadikan plastik tahan disepanjang penanaman sehingga plastik ini dibuang untuk penanaman berikutnya. Kaedah menutup batas ini dengan tanah perlu kemahiran dan mudah serta kos yang murah.


Teknologi sektor pertanian terus berubah dari semasa termasuk penggunaan ''pin dawai U'' untuk melekatkan plastik penutup batas tanaman. Dawai dari nombor 6 sesuai dibeli dari kedai dan dipotong sepanjang 15 - 20 cm sebelum ianya dibentuk atau pun dawai dibengkokkan menjadi bentuk ''U''. Bergantung kepada modal, ada petani yang menggunakan dawai ''coated chainlink'' yang berwarna hijau untuk dibentuk menjadi pin berbentuk U. Dawai Coated ini lazimnya tahan bertahun-tahun digunakan sebagai pin pelekat batas keraia ia tidak karat dan mudah dilihat. Satu batas tanaman perlukan jumlah berbeza pin dawai ini bergantung kepada panjang batas dan jenis tanahnya. Cara memasang pin ini mudah dilakukan iaitu dengan menusuk in bebentuk U ini dibahagian tepi plastik penutup batas sehingga kukuh dalam tanah (Sila lihat foto disebelah). Pin ini perlu dicabut semula jika plastik batas terkoyak dan dicucuk dilokasi yang lain. Bagaimana pun jika tanah dibahagian tepi batas keras atau bebatu erlu disesuaikan semua kaedah pemasangan pin ini. Biasanya kaedah ini memberikan kemasan yang baik kepada batas tanaman dan ianya tida diterbangkan angin atau terkoyak.


Bagi mempastikan pin dawai ini mudah dipacakkan masa kerja-kerja penyediaan tanah perlu lebih teliti. Tanah perlu dibajak sebelum diaikan batas dan dirotor 2 - 3 kali agar tanah peroi dan lembut. Bergantung kepada jenis tanah dan cuaca, jika tanah lembut maka pemasangan cepat selesai dilakukan. Seorang petugas mampu memasang plastik peutup batas dengan cepat menggunakan teknologi pin dawai U ini berbanding dengan mengkambus dengan tanah disepanjang tepi plastik batas. Apabila tanaman sudah dituai maka pin dawai ini boleh dicabut dan dikumpulkan semula untuk pemasangan plastik penutup batas berikutnya dan sedia untuk penanaman musim berikutnya. Bagi kawasa tanaman nanas diatas tanah mineral, pemasangan plastik penutup batas adalah sangat krtikal. Beberapa varieti nanas seperti MD2 sebaiknya dipasang plastik ini untuk elakkan rumpai dan elakkan serangan penyakit. Pin ini membantu penanam nanas untuk dapatkan batas tanaman yang sempurna dan plastik yang kemas (Sila lihat foto disebelah). Semuga tulisan subuh ini dalam anim agro tehnology memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
PASANG PLASTIK BATAS...SATU IDEA...
DIPASANG PIN DAWAI ...LEKATKAN DIA...
KAWAT BENTUK ''U''.... PERLU DISEDIA...
MUDAH DIPASANG... TEKNOLOGI ADA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Kelompok Nanas Kg Bujal,
Kijal, Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(20 Rejab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.