Saturday, March 24, 2018

KELAPA KOPYOR - MEMBUAT BENIH

KELAPA KOPYOR (Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa unik yang mungkin ramai rakyat Malaysia tidak mengenalinya. Kelapa Kopyor ini juga dinamakan Kelapa Macapuno di Filipina, Kelapa Dikiri di Sri Lanka dan ujud beberapa nama lain di negara lain. Kelapa Kopyor ini juga sebenarnya merupakan buah kelapa abnormal. Ini kerana lazimnya pada kelapa biasa isi atau daging buahnya melekat pada tempurung dan terpisah dari air kelapa. Tetapi pada kelapa kopyor ia berbeza dimana isi atau daging buah tidak melekat pada tempurung kelapa tetapi ia bercampur pada air kelapa seakan macam jelly (Sila lihat foto diatas). Penulis blog kali pertama lihat dan dapat makan kelapa ini semasa bertugas sebagai Timbalah Pengarah Kelapa di Jabatan Pertanian Putrajaya iaitu disatu lokasi di Bagan Datoh, Perak pada tahun 2015. Anda boleh membaca rencana menarik ini mengenai peristiwa makan kelapa ini dengan membuat pautan berikut (Sila anda klik disini). Selalunya apabila kelapa kopyor digoncang maka bunyi yang ditimbulkannya sangat berlainan iaitu berbeza dengan kelapa biasa. Ini juga adalah disebabkan isi daging buahnya tidak melekat pada tempurung dan didapati selalunya selulos (serat kasar) pada daging buah kelapa kopyor juga tidak terbentuk. Pada saya dapati tekstur daging buah kelapa kopyor tetap enak, manis dan lembut. Mungkin mereka yang kali pertama merasa kelapa ini menganggapnya bahawa kelapa kopyor adalah kelapa muda. Sebenarnya kelapa kopyor memang dipetik bila umur buah sudah tua. Semua jenis kelapa baik jenis kelapa cepat berbuah (kelapa genjah) atau pun kelapa biasa memang mempunyai  peluang untuk menjadi kopyor akibat proses mutasi. Dalam beberapa sumber atau mitos ada dinyatakan dimana cara membuat kelapa kopyor di lakukan oleh masyarakat tempatan dengan cara pangkal batang tanaman kelapa biasa tersebut dibakar sampai hangus dan kemudian tanah di sekitar batang pokok digali dan diberi dengan bahan kapur dan sebagainya. Bahkan ada yang percaya dimana biji kelapa biasa pun boleh sahaja diperam hingga menjadi kopyor yang mana semua itu sah itu tidak benar. Dari segi saintifik sebenarnya kelapa kopyor adalah akibat berlaku proses genetik. Terdapat kelainan genetik yang terdapat pada kelapa kopyor yang menyebabkan isi kelapanya tidak terjadi melekat pada tempurung. Kalainan genetik ini semasa terjadi berkemungkinan besar akibat dari pengaruh nutrisi, kesan agroklimatik, sinaran oleh matahari, serangan penyakit dan faktur lain yang tidak diketaui. Namun seterusnya kejadian ini kemudian menjadi stabil sehingga sifat genetiknya terus diturunkan pada generasi berikutnya. Banyak kajian dijalankan dibeberapa negara untuk membiak baka kelapa kopyor ini tetapi masih kurang berjaya. kini dibuat beberapa cara seperti dengan kultur embrio untuk biakkan kelapa ini dilakukan. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keunikan dan kehebatan kelapa Kopyor untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Memang sukar menanam dan mendapatkan benih kelapa Kopyor atau saya suka dipanggil kelapa Macapuno juga. Ini kerana kelapa kopyor tidak boleh dijadikan benih disebabkan walau pun kelapa kopyor memiliki embrio (kenthos) yang normal tetapi embrio ini tidak boleh tumbuh secara normal sebab ia terpisah dari tempurungnya. Embrio kelapa ini seperti beberapa butiran kecil agak memanjang berwarna putih dengan ukuran 1.0 -1.5 cm garispusat. Dalam setiap butir kelapa sebenarnya mempunyai tiga calon embrio. Kedudukan embrio ini adalah pada bahagian hujung (bahagian atas yang bertangkai) dalam buah ekalapa. Daripada 3 unit embrio kelapa ini pula lazimnya hanya satu yang berpotensi menjadi embrio yang sebenar. dalam banyak kajian didapati proses pembiakan kelapa kopyor ini boleh dilakukan didalam makmal. Ini kerana proses penumbuhan embrio kelapa kopyor hanya boleh dilakukan dalam makmal dengan teknologi embrio kultur (Embryo culture technique). Dimakmal lazimnya buah kelapa kopyor yang akan di makan akan diambil embrionya. Di beberapa buah restoran yang ada menjual air kelapa kopyor dalam air batu lazimnya bahagian embrio ini akan dibuang bersama dengan tempurung kelapanya. Sebaiknya pula embrio tersebut sebenarnya masih boleh dijadikan bahan tanaman dan tumbuh dalam makmal. Proses untuk pertumbuhan embrio kelapa kopyor sebenarnya adalah sama dengan penumbuhan 'Callus' semasa proses melakukan teknik kultur jaringan. Perbezaannya pada embrio kultur lazimnya tombong kelapa kopyor tidak perlu melalui proses seperti mengoncang pada meja shaker sebagaimana proses lazim dilakukan semasa pertumbuhan eksplan pada kultur jaringan. Hasil benih dari makmal ini biasanya dalam bentuk plantlet bercambah benih kelapa dengan ukuran mikro iaitu ukuran panjangnya hanya sekitar 5 cm. Benih ini seterusnya masih perlu dibesarkan dan melalui proses aclimitization diddalam makmal sebelum diletakan didalam nurseri. Apabila anak benih sudah mencapai ketinggian 0.5 meter dalm nurseri ia bersedia untuk ditanam dikebun (Sila lihat foto disebelah). Harga benih kelapa kopyor adalah mahal daripada harga benih kelapa biasa yang lain.


Walau pun teknologi ini telah dibuat kajian banyak tahun tetapi sebenarnya ia masih kurang memberikan kejayaan. Hanya Filipina dan Sri Lanka dilaporkan mampu membuat pembenihan Kelapa Macapuno dan kelapa Dikiri di makmal mereka. Pengeluaran benih ini masih belum dapat dilakukan di Indonesia iaitu negara terluas menanam kelapa didunia dengan keluasan 19.2 juta hektar. Ia memerlukan kepakaran dan kelengkapan terbaik untuk menghasilkan benij kelapa kopyor ini (Sila lihat foto disebelah). Teknologi makmal untuk tujuan ini telah ujud termasuk formula media untuk proses penumbuhan embrio dalam tabunguji. Kelebihan benih dari hasil kultur embrio jika berjaya dihasilkan adalah dimana ada peluang untuk menjadi pokok kelapa kopyor 99% tulin.  Jika ia berjaya maka boleh dipastikan benih dari kultur embrio akan menghasilkan individu pokok yang pasti berbuah adalah sebagai kelapa kopyor. Peratus buah kopyor dari setiap tandan menggunakan anakbenih kultur embrio juga selalunya melebihi 50% sementara bakinya adalah kelapa biasa. Sehingga kini di Indonesia sebenarnya peluang untuk mengeluarkan benih kelapa kopyor dengan teknologi 'kultur embrio' adalah cukup baik. Bagaimana pun salah satu dari kelemahan pembenihan dengan kultur embrio adalah ia memang perlukan jangkamasa diperlukannya cukup lama. apa yang berlaku sekarang dimana petani akan menanam kelapa kopyor dari buah kelapa biasa yang berada dalam tandan kelapa kopyor. Memang diketahui penamaman  kelapa kopyor dari tandan buah kelapa ini tidak pernah menghasilkan buah yang 100% kopyor sebaliknya ia akan menjadi kelapa biasa sahaja atau kelapa normal. kajian menunjukkan daripada banyak pokok kelapa kopyor dikebun dimana didalam setiap tandannya hanya terdapat satu dua biji buah kelapa kopyor sahaja sementara yang lainnya adalah kelapa normal. Kelapa normal yang berada dalam satu tandan bersama kelapa kopyor inilah yang boleh  dijadikan benih kebun kelapa kopyor. Namun benih dari kelapa normal dalam tandan kopyor ini memang boleh saja berpeluang untuk menghasilkan kelapa biasa. Peluang untuk menjadi kelapa kopyor atau kelapa biasa setara dengan peratus jumlah kelapa biasa dan kopyor dalam tandan kopyor tersebut.


Sagai contoh kalau peratus kelapa kopyor dalam tiap tandan sekitar 50%, maka akan ada peluang untuk menjadi kopyor atau kelapa biasa juga 50% atau pembahagian sama besar. Kalau dalam tiap tandan kelapa ini ada 10 biji maka didapati jumlah biji kelapa kopyor sekitar hanya hanya dua biji sahaja (20%). Selebihnya adalah kelapa biasa atau kelapa normal dimana kalau dijadikan benih akan berpeluang menjadi kelapa kopyor hanya 20%. Sebaliknya jika didalam setiap tandan mempunyai sebanyak 10 biji kelapa kopyor maka ia menjadi 8 biji (80%) dimana jika ada dua biji maka bakinya yang normal dijadikan benih dan dengan ini peluangnya untuk menjadi kelap kopyor sudah meningkat kepada 80% atau hampir 100%. Sebenarnya untuk menentukan semua biji kelapa ini menjadi kelapa kopyor pembiakbaka atau petani sebaiknya perlu tahu betul sifat pokok induk kopyor yang akan dijadikan sumber benih. Dibeberapa negara termasuk di Indonesia sehingga kini memang belum ada kebun kelapa kopyor yang khusus. bagaimana pun di Filipina dan Sri Lanka mereka telah mencuba membuat kebun kelapa Macapuno dan kebun kelapa Dikiri. Di Filipina melalui Philipines Coconut Authority (PCA) mereka telah berusaha memajukan penanaman kelapa Macapuno (sama dengan Kopyor) dengan lebih terancang. Beberapa lokasi dari pulau terpilih dikhususkan untuk penanaman kelapa ini. Anda boleh menonton video mengenai 'Giode to Macapuno Production' dari Filipina dengan pautan kepada program Youtube disini (https://www.youtube.com/watch?v=2BgKKww-9z4) untuk menontonya dalam bahasa Tagalog. Penulis ada faham sebahagian daripada keterangan yang deberikan.


Walau pun di Indonesia perkara ini kurang diketahui oleh petani biasa lebih teruk lagi di Malaysia belum ada usaha langsung untuk membangunkan kelapa jenis ini. Dipihak pusat penyelidikan pun boleh dikatakan tiada aktiviti untuk menghasilkan benih kelapa ini. Pada penulis blog kekurangan ilmu pengetahuan masyarakat di negara kita tentang kelapa kopyor ini juga mengakibatkan tahap keupayaan didalam pengembangannya kelapa ini tidak pernah dilakukan. Pokok kelapa biasa yang menjadi kelapa kopyor boleh ditanam menggunakan benih yang dipastikan tulin (jika ada) dan ia akan mula berhasil bergantung kepada kelapa induk digunakan sama ada Kelapa Tinggi (lazimnya berbuah 7 - 8 tahun) atau jenis kelapa renek (berbuah (3- 4 tahun) selepas ditanam. Berbalik kepada buah kelapa yang disimpan untuk dijadikan benih, lazimnya ia mengeluarkan tombong kelapa (orang jawa panggil sebagai 'kenthos' yang berwarna putih). Fungsi tombong adalah untuk menyerap nutrisi dari air dan isi pada buah kelapa. Mula-mula tombong ini hanya sebesar biji jagung dan selepas mengambil nutrien dari daging buah secara langsung bersentuhan dengan embrio ia akan menjadi besar. Setelah membesar memenuhi seluruh rongga kelapa lazimnya bahagianisi atau daging buah itu pun akan diserapnya sampai habis. Benih kelapa akan siap ditanam dikebun apabila telah capai ketinggian 0.5 - 1.0 meter dimana amalan agronomi dengan menanam beberapa benih serentak. Ada juga yang membesarkan anakbenih kelapa didalam polibeg untuk dibesarkan. Apabila ketinggian anak pokok mencapai lebih dari 1.0 meter maka ia sudah sesuai untuk dipindahkan ke ladang. Penanaman Kelapa Kopyor masih boleh dilakukan di Malaysia dikawasan khusus bagi membolehkan masyarakat tempatan mempunyai peluang untuk merasanya. Pihak berwajib penulis blog fikir perlu mendapatkan kepakaran dan anakbenih didalam usaha untuk membangunkan kelapa ini dengan membawa benih yang telah disahkan dari negara seperti dari Sri Lanka atau Filipina. Berkemungkinan dengan tertubuhnya lembaga baru iaitu Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia (LPKNM) kelak perkara ini akan dipertimbangkan untuk dimajukan di Malaysia. Wallahualam bisawab... Wasallam!!!...
KELAPA KOPYOR... UNIK BUAHNYA...
ISI MACAM JELLY... MANIS RASANYA...
MASAALAH BENIH... ITU BAGAIMANA...
BACA ARTIKEL... DAH DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1317, Penthouse Floor,
Hotel  Hilton, Kuching, 
Sarawak, Malaysia.
(29 JamadilAkhir 1439H)
Bersamaan 17 Mac 2108.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.