Friday, March 23, 2018

KELAPA KOPYOR - KENALI DIA

KELAPA KOPYOR (Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa unik yang mungkin ramai rakyat Malaysia tidak mengenalinya. Kelapa Kopyor ini juga dinamakan Kelapa Macapuno di Filipina, Kelapa Dikiri di Sri Lanka, Kelapa Thairu Thengai di India, Kelapa Papharo Khati di Thailand dan ujud beberapa nama lagi di negara lain. Kelapa Kopyor ini juga sebenarnya merupakan buah kelapa abnormal. Ini kerana lazimnya pada kelapa biasa isi atau daging buahnya melekat pada tempurung dan terpisah dari air kelapa. Tetapi pada kelapa kopyor ia berbeza dimana isi atau daging buah tidak melekat pada tempurung kelapa tetapi ia bercampur pada air kelapa seakan macam jelly (Sila lihat foto diatas). Penulis blog kali pertama lihat dan dapat makan kelapa ini semasa bertugas sebagai Timbalah Pengarah Kelapa di Jabatan Pertanian Putrajaya iaitu disatu lokasi di Bagan Datoh, Perak pada tahun 2015. Anda boleh membaca rencana menarik ini mengenai peristiwa makan kelapa ini dengan membuat pautan berikut (Sila anda klik disini). Selalunya apabila kelapa kopyor digoncang maka bunyi yang ditimbulkannya sangat berlainan iaitu berbeza dengan kelapa biasa. Ini juga adalah disebabkan isi daging buahnya tidak melekat pada tempurung dan didapati selalunya selulos (serat kasar) pada daging buah kelapa kopyor juga tidak terbentuk. Pada saya dapati tekstur daging buah kelapa kopyor tetap enak, manis dan lembut. Mungkin mereka yang kali pertama merasa kelapa ini menganggapnya bahawa kelapa kopyor adalah kelapa muda. Sebenarnya kelapa kopyor memang dipetik bila umur buah sudah tua. Semua jenis kelapa baik jenis kelapa cepat berbuah (kelapa genjah) atau pun kelapa biasa memang mempunyai peluang untuk menjadi kopyor akibat proses mutasi. Dalam beberapa sumber atau mitos ada dinyatakan dimana cara membuat kelapa kopyor di lakukan oleh masyarakat tempatan dengan cara pangkal batang tanaman kelapa biasa tersebut dibakar sampai hangus dan kemudian tanah di sekitar batang pokok digali dan diberi dengan bahan kapur dan sebagainya. Bahkan ada yang percaya dimana biji kelapa biasa pun boleh sahaja diperam hingga menjadi kopyor yang mana semua itu sah itu tidak benar. Dari segi saintifik sebenarnya kelapa kopyor adalah akibat berlaku proses genetik. Terdapat kelainan genetik yang terdapat pada kelapa kopyor yang menyebabkan isi kelapanya tidak terjadi melekat pada tempurung. Kalainan genetik ini semasa terjadi berkemungkinan besar akibat dari pengaruh nutrisi, kesan agroklimatik, sinaran oleh matahari, serangan penyakit dan faktur lain yang tidak diketaui. Namun seterusnya kejadian ini kemudian menjadi stabil sehingga sifat genetiknya terus diturunkan pada generasi berikutnya. Banyak kajian dijalankan dibeberapa negara untuk membiak baka kelapa kopyor ini tetapi masih kurang berjaya. kini dibuat beberapa cara seperti dengan kultur embrio untuk biakkan kelapa ini dilakukan. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keunikan dan kehebatan serta kenal akan Kelapa Kopyor untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Kelapa Kopyor yang sama dengan Kelapa macapuno di Filipina adalah jenis kelapa Mutant yang mana pertumbuhannya adalah ABNORMAL tidak seperti kelapa biasa. Apa pun jika melihat akan pokok dan buahnya mempunyai marfologi yang sama dengan pokok kelapa biasa (Sila lihat foto disebelah). Akbat berlaku pertumbuhan yang tidak normal ini menyebabkan isi buah kelapa Kopyor adalah lebut dan lembik didalamnya seperti jeli (Jelly-like). Penulis blog yang memang mempunyai kepakaran dalam kelapa mendapati tidak sama dengan isipadu air dalam kelapa biasa yang mana ada air berada ditengah buahnya yang boleh diminum dan isinya melekat pada tempurung disekeliling buah kelapa. Kandungan bahan iaitu Galactomannan sebagai sumber tenaga untuk pertumbuha biji kelapa. Semasa proses pertumbuhan benih kelapa lazimnya substrat ini akan terbahagi dua iaitu Galactoseand mannose dan Enzim (enzymes). Bagaimana pun untuk kelapa kopyor lazimnya ia terbentuk komponen α-D-galactosidase yang tidak aktif lagi. Ini menyebabkan endosperm dalam kelapa kopyor akan gagal membentuk embrio benih dan akhirnya akan menjadi busuk. Terdapat bahan enzim lain yang terlibat dalam perkara ini iitu jenis enzim Sucrose synthaseand dan juga Stearoyl acyl carierr protein desaturase yang terlibat. Pembacaan lanjut olrh [enulis blog dan pembaca terhadap beberapa jurnal amat perlu dalam mendalmi perkara ini.


Kelapa Kopyor dilaporkan memang kaya dengan Komponen Sukros sehingga ia mencecah 92% daripada jumlah gula didalamnya. Ia juga didakwa mengandungi banyak bahan protin setanding dengan air kelapa muda yang matang (young mature coconut). Kadar kandungan Lipid dalam isi buah kelapa ini juga rendah berbanding dengan kelapa biasa. Kehebatan kelapa Kopyor adalah dilaporkan dimana ia mengandungi bahan lebih tinggi Asid Citrik dan Asid Maleic yang menjadikan kelapa kopyor enak dimakan dan lebih berkhasiat. Di negara Indonesia, Filipina serta di Sri Lanka air kelapa kopyor atau kelapa Macapuno atau Kelapa Dikiri ini dijual dnegan harga yang memang tinggi berbanding dengan air kelapa biasa sehingga lebih dari 10 kali lipat. Dari apa yang penulis pernah lihat di beberapa lokasi yang ada menjual air kelapa kopyor ini mereka masukan air batu ais dan juga sebagai campuran cendol istimewa yang ada harga sebagai kulinari tradisional. Kelapa ini sering dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut (dessert)  dibeberapa premis istimewa. Sementara itu jenis kelapa sama di Filipina yang dinamakan Macapuno mereka menggunakan kelapa ini untuk pemanis makanan berasaskan kelapa.Mereka masak menjadi seperti sirap dengan nama 'Minatamis' atau 'candied fruit' yang dimakan sebagai pencuci mulut yang enak. Bahan ini seterusnya akan dijadikan asas untuk makanan tempatan yang dikenali dengan nama 'Halo-halo' dan juga 'Ube Macapuno' yang enak.


Kelapa Kopyor yang oleh sebahagian masyarakat di Jawa Tengah menyebut sebagai 'Kelapa Garoh' juga merupakan jenis kelapa berlainan genetik berlaku pada buah kelapa. Ciri kelainan ini adalah dimana "daging buah" yang empuk atau terlepas dari tempurungnya dan jumlah air kelapa yang sedikit dengan aroma yang khas yang berbeza dari air dan isi kelapa biasa. Sifat ini juga merupakan hasil mutasi spontan di bahagian mayang kelapa yang bersifat setempat (biasa dikenali dalam sains botani sebagai chimera). Perubahan sifat ini berlaku pada ketika proses pembentukkan buah atau sebelumnya pada pokok kelapa dewasa. Buah kelapa kopyor dapat dikenali dengan menggocang-gocangkan buah ke kiri dan ke kanan dan akan terdengar bunyi seolah buah kelapa tersebut bukan terisi air sebaliknya bunyi seperti berisi pasir. Buah kelapa kopyor ini juga sangat disukai disebabkan rasanya yang menyegarkan bila disajikan sebagai minuman (Sila lihat foto disebelah).  Kini diantara kegunaan lain kelap kopyor adalah ia dijadikan sebagai bahan membuat kueh sama ada kueh kering mahu pun jenis kueh basah. Nilai ekonominya juga sangat tinggi dipasaran tempatah iaitu 5-10 kali ganda dari kelapa biasa. Jika dibandingkan dengan kelapa biasa. Kini didakwa telah ada teknik kultur tisu embrio didalam makmal yang mana ia membolehkan pembiakbaka dapat membuat benih kelapa kopyor yang mampu menghasilkan 70-90% buah kelapa kopyor. Masyarakat kita di Malaysia masih kurang dalam mengetahui atau membincangkan mengenai kelapa jenis ini dan hanya beberapa individu atau saintis dan agronomis sahaja yang mengetahuinya. Semuga akan ada usaha pihak tertentu yang akan membawa masuk benih kelapa ini dan menanamnya untuk mendapatkan hasilnya. Semuga anda mendapat info berguna berguna dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

KELAPA KOPYOR...MACAPUNO SERUPA...
KELAPA DIKIRI ... ITU NAMA DI SRI LANKA...
ISINYA JELLY... MEMANG ENAK RASANYA...
MEMBACA ARTIKEL...RASA NAK CARINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 JamadilAkhir 1439H).
Bersamaan 17 Mac 2017.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.