Saturday, December 23, 2017

AYAM - APA SAYA FAHAM

AYAM (Chicken) merupakan sejenis haiwan berkaki dua yang boleh dijinakan dan digunakan oleh manusia sebagai sumber makanan. Jenis Ayam Ternakan (Gallus gallus domesticus) pula adalah sejenis unggas yang selalunya dipelihara orang untuk dimanfaatkan bagi keperluan hidup pemeliharanya. Ayam jenis tempatan (selanjutnya kita akan sebut sebagai “ayam” saja) merupakan hasil kacukan daripada ayam hutan (Gallus gallus) dengan ayam biasa. Kini terdapat beratus-ratus jenis ayam yang ujud didunia hasil kacukan yang dilakukan semenjak dahulu lagi. Paling asas kini terdapat 3 kategori ayam iaitu AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR dan AYAM HIASAN. Bagi ayam daging ia diternak untuk menghasilkan daging ayam dalam masa singkat sahaja dan dijual dalam bentuk ayam hidup atau ayam siap proses. Ayam Telur diternak untuk mendapatkan telur ayam dan apabila sudah tua dan tidak produk ayam ini dijual sebagai ayam pencen untuk dagingnya. Ayam hiasan pula terdiri daripada baka untuk menjadi ternakan hobi sahaja seperti ayam serama, ayam kate, ayam laga dan sebagainya. Malaysia menghasilkan lebih daripada 225 juta ekor ayam daging setahun (2014) dimana ia merupakan sumber protin paling utama di makan berbanding dengan daging lain dipasaran. Selain daripada semua orang yang suka makan daging ayam, semua bangsa tidak mengira umur, jantina dan lokaiti akan memakan ayam. Kini terdapat banyak syarikat besar dan kecil berniaga berasaskan daging ayam diseluruh dunia. Di negara kita ada KFC, Marybrown, Kenny Rogers, Mc Donalds dan sebagainya yang menjual ayam goreng, burger ayam dan lain-lain produk. Di Pasar malam pula ada Ayam Goreng, Sate Ayam, Ayam Golek, Ayam MAdu, Kepak Ayam dan sebagainya untuk dimakan. Artikel petang ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 2,690 mengenai ayam yang menjadi keperluan penduduk dunia.


Laporan menunjukkan ayam menunjukkan sedikit perbezaan morfologi di antara kedua jenis jantina antara ayam Jantan dengan Ayam Betina (Sila lihat foto sebelah). Ayam Jantan lazimnya adalah mempuyai saiz badan lebih besar dan tinggi dan bersifat sangat aktif. Ayam jantan juga lazimnya mempunyai kaki panjang, kepala yang besar dan warna bulu yang menarik serta kelihatan gagah. Bulu ekornya yang panjang ada yang sehingga mencecah tanah. Ia suka bertarung untuk menunjukkan kehebatannya pada waktu-waktu tertentu. Ayam Betina pula lazimnya mempunyai saiz badan lebih kecil dengan kurang menarik warnanya. Ia mempunyai bulu ekor yang pendek dengan warna yang tidak kuat. Ayam betina lazimnya mampu bertelur setelah cukup matang dan berbunyi bising. Ayam betina juga mampu mengeramkan telurnya secara semulajadi sehingga menetas menjadi anak ayam. Lazimnya ibu ayam akan menjaga anak-anaknya sehingga mampu berdikari. Bagaimana pun jenis ayam daging tidak dapat ditentukan sama ada ia seperti ayam jantan atau ayam betina kerana dikurung dalam saiz reban yang kecil saja sifatnya. 


Ayam merupakan jenis haiwan peliharaan yang sangat pandai dengan sebarang keadan (adaptive). Kalau tuannya berpindah kekawasan baru yang lebih panas atau sejuk ia amat mudah menyesuaikan diri. Apa yang penting bagi ayam adalah menerima bekalan makanan yang cukup untuk dia hidup. Kalau dahulu kebanyakan ayam kampong boleh terbang saya agak sekarang semakin kurang ayam yang berkemampuan terbang kerana banyak makanan tersedia diatas tanah diberikan oleh pemiliknya. Fungsi kepak ayam yang asalnya untuk terbang kini hanya sesuai dimakan sahaja sebagai 'chicken wing'. Hanya Ayam Hutan sahaja yang ringan dan bertubuh kecil sering terbang terutama diladang-ladang kelapa sawit selepas waktu hujan.Antara pemangsa ayam dikawasan kampong adalah seperti Helang, Ular, Biawak, Musang anjing liar dan sebagainya. bagaimana pun ayam dalam reban ayam bunyi bising apabila ada pemangsa datang hendak menyerangnya tidak mengira waktu siang atau malam. Ketakutan ayam dengan menghasilkan bunyi khas akan memberikan 'allert' kepada tuannya. 


Ayam Laga pula ada jenis ayam yang semulajadinya hidup untuk berlaga. Kini mempunyai ayam laga telah menjadi satu industri dibeberapa negara tertentu didunia yang dikaitkan dengan perjudian dan pertarungan. Ayam laga secara semulajadi akan bertarung sehingga salah satu mengalah dan tewas dalam pertarungan. bagaimana pun manusia telah memasang pisau tajam menggantikan taji asli untuk bertarung menyebabkan ayam laga yang tewas akan luka teruk atau mati. Kejamnya manusia tetapi mereka jadikan laga ayam sebagai satu hiburan dan perjudian. Aktiviti ini diharamkan di Malaysia dimana mereka yang melakukannya boleh ditangkap dan didakwa dimahkamah. Kini pertandingan Ayam Serama  merupakan sejenis ayam katek yang mempunyai warna bulu, bentuk, bunyi dan kerenah yang merarik. Sila baca tulisan saya mengenai ayam serama dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Ayam serama telah menjadi satu aktiviti tahunan dimana peminat mereka akan mempertandingkan ayam serama yang unik dan cantik. Ayam serama ada yang dijual dengan harga beribu-ribu ringgit seekor kerana kecantikan dan gay persembahannya. Peminat ayam serama masih ada disemua peringkat dan ia sering dilaporkan dalam akhbar tempatan. Apa-apa pun semua orang memang ramai yang suka makan daging ayam walau pun harga pasaran semakin naik dipasaran. Selamat Berpuasa!. Wasallam!!...


AYAM DAGING... BANYAKNYA...
AYAM TELUR... DITERNAK JUGA...
TAHI AYAM... JUGA BERHARGA...
LAGU AYAM...JALIL HAMID PUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bazar Ramadan Precint 2,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(7 Ramadan 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.