LIPAS (Cockroach) merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea yang sering dijumpai dimana-mana lokasi terutama didalam rumah dan juga didalam kereta anda semua. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah bahagian didalam kereta anda dan kadang-kadang didalam lubang sistem pendingin udara. Jika ia mati dalam sistem pendingin udara jaapnya merana kita akibat bau busuk dari lipas ini. Lipas didalam rumah juga berada didalam almari dan di bawah sinki dimana ia amat menjijikan dan menakutkan ramai orang. Daripada laporan, terdapat kira-kira 4,500 spesis lipas diseluruh dunia dimana sekitar 30 spesis selalunya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dimana ia menjadikan habitat sebagai tempat tinggal. Dari jumlah tersebut sekitar empat (4) spesis lipas memang terkenal sebagai serangga perosak. Lipas adalah sejenis serangga kuno yang melalui proses adaptasi sehingga hari ini walau pun ujud semenjak 320 juta tahun dahulu. Lipas merupakan serangga yang sangat lasak dalam semua jenis keadaan daripada tahap sejuk di Artik sehingga suhu yang panas dikawasan tropika. Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar dan bahan organik lain yang boleh dikunyah dan ia boleh dihadamkan. Sebenarnya keujudan lipas menyebabkan ia menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit dengan banyaknya syarikat swasta beroperasi tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya. Dimana-mana termasuk pasaraya, pasar malam, kedai runcit akan anda lihat dimana ada dijual pelbagai jenis perangkap lipas bagi tujuan untuk menghapuskan lipas tetapi masih gagal. Perangkap jenis bergam dengan umpan hormon atau makanan merupakan yang paling biasa dibeli dan digunakan. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa petua umum untuk mengawal serangga lipas khususnya didalam kereta anda untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
1. SELALU VAKUM BAWAH KARPET
Selalu bersihkan kereta anda dengan Vacuum karpet dalam kereta. Cara ini boleh dilakukan sendiri pemilik kereta atau yang ada duit boleh hantar kekedai cucu kereta. Perkara ini boleh dilakukan dengan gunakan alat vacuum rumah atau vacuum kereta gunakan bateri kereta. Kalau lantai kereta kotor dengan makanan dan reja-reja bahan organik tidak mustahil lipas dan semut akan suka berada dalam kereta dan membiak. Sebaiknya keluarkan semua alas kaki getah atau alas lain dibahagian lantai dan vacumm dengan alat yang kuat sedut sehingga bersih. Kalau boleh bahagian bonet kereta dimana anda mungkin membawa barang-barang yang disukai lipas dan semut perlu dibersihkan. Kalau kereta bersih dari kekotoran makanan maka lipas akan tinggalkan kereta anda!. Sebaiknya cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan pun sebaiknya dengan cepat-cepat bersihkan dan jangan anda tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat.
2. LETAK DAUN PANDAN
Daun Pandan (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang mudah kita dapati sama ada ditanam disekeliling rumah, dibeli daripada pasar atau hypermarket atau anda jumpa ditepi kebun yang hidup liar. Ia dikenalpasti sebagai salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk hasilkan bau pandan dalam kereta dan menghalau kehadiran lipas. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas serta serangga lain yang mungkin ingin berkongsi kereta anda. Caranya mudah iaitu dengan mengambil daun pandan dan cuci terlebih dahulu dari kekotoran yang melekat dan kemudian dihiris daun ini untuk mengeluarkan baunya. Digalakkan agar anda mengisikan dalam beg kain yang berjaring halus. Kemudian diletakkan dalam kereta atai ikatkan atau gantung dilokasi sesuai dan tetapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Apabila kering tukar dengan daun pandan yang baru. Kepada mereka yang malas cuma ambil seikat daun pandan dan letakkan dalam bonet kereta dan biarkan baunya merebak dalam kereta anda.
3. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda (Annona muricata) juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan cara menggunakan daun pandan di atas. Dari beberapa tinjauan penulis blog ramai mendakwa daun durian belanda ini lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering (Sila lihat foto disebelah). Daun durian belanda juga kini dijadikan sebagai 'minuman teh daun durian belanda' yang mampu untuk menghalang serangan kanser. Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda dan kemudian meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
4. MENYEMBUR SERAI WANGI
Semburan pati serai wangi (Cymbopogon citratus) juga merupakan salah satu cara menghalau lipas dalam kereta. Kaedah ini adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda. Selalunya pati atau ekstrak serai wangi ini boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta terutamanya pada bahagian karpet. Ada juga produk pati serai yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
5. BUBUH BAKING SODA
Penulis blog dapat info dimana salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda. Caranya dengan menabur selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
6. LETAKKAN BAHAN ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya anda perlu cari pelekat gam yang berlabel anti-toksik atau semulajadi. Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya. Kemudian pelekat gam ini perlu dibuang dan ganti dengan yang baru sehingga semua lipas habis. Penulis blog selelu letakkan umpan sesuai untuk tarik lipas melalui pelekat ini.
7. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Teknik yang mudah dilakukan adalah dengan meletakkan perangkap botol minuman. Caranya dengan anda mengambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian letak dan biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar. Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut. Letakkan botol secara menegak seperti dalam gambar.
8. GUNAKAN BAHAN LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan produk berkumur mulut iaitu Jenama Listerine. Bahan penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya perlu dipilih jenis listerine yang ada bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi. Bagaimana pun anda dinasihatkan jangan terlalu banyak sembur sehingga karpet basah dan menyebabkan bau busuk.
9. MINYAK AROMATERAPI
Akhir sekali petua untuk menghalau lipas dalam kereta adalah dengan kaedah menggunakan minyak Arometerapi. Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi maka bolehlah anda senua menggunakan wangian seperti tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda. Jika masih ada telur-telurnya sebaiknya mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan. Semuga anda semua dapat info berguna untuk menghalau lipas dalam kereta anda. Wasallam!!!...
ADA LIPAS ...DALAM KERETA...
AKIBAT MAKAN...ADA REJA...
PERLU DIHALAU...BANYAK CARA...
BACA ARTIKEL...DAPAT IDEA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 430, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(30 Muharam 1439H).
Lipas mampu hidup diseluruh dunia dengan tumpuan utama populasi dikawasan sub-tropika dan tropika. Hebatnya lipas adalah ketahanan dikawasan suhu sejuk dimana dilaporkan pada suhu -122 Celcius pun ia masih hidup dengan mengeluarkan lapisan penebat dari bahan Glycerol. Ia mempunyai pelbagai julat habitat untuk hidup daripada diloteng rumah, dalam tanah, dalam batang kayu, runtuhan bangunan, longgokan sampah dan sebagainya. Ia juga terdapat dikawasan yang amat kurang dengan air atau dikawasan lembab berdekatan dengan air banyak. Terdapat juga spesis lipas mempunyai sistem menyimpan gelembong udara untuk ia menyelam dalam air buat beberapa lama yang mempunyai sifat 'aquatic cockroaches'. Lipas merupakan serangga sosial yang hidup secara berkumpulan dilokasi tertentu yang ujud banyak makanan. Ia mengeluarkan feromon yang akan membezakan antara satu kumpulan lipas dengan kumpulan yang lain. Lipas adalah serangga Nocturnal iaitu apabila terdedah kepada cahaya terang ianya akan larikan diri. Kebanyak jenis lipas aktif dalam gelap terutama di waktu malam untuk keluar bergerak dan mencari makanan. Penulis sering bertanya apakah petua terbaik untuk menghalau lipas dalam kereta. Kadang-kadang geli juga apabila memandu melihat anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta. Dari manakah agaknya sarang dia dan memang ini tidak boleh dibiarkan sehingga lipas ini beranak-pinak. Apakah petua menghalau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus?.
Salah satu punca yang dikatakan pencemaran makanan dalam kereta dan mengundang lipas ada tabiat makan didalam kereta (Sila anda mrlihat foto disebelah). Lebih memburukkan keadaan apabila apabila ada kanak-kanak didalam kereta yang tinggalkan sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal dikerusi dan celah-celah ruang kaki. Makanan seperti ini lzimnya akan menyebabkan ia mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walau bagaimanapun ada juga sesetengah kereta yang pemiliknya selalu membersihkan dengan berjadual. Makanan dan barang lain yang disukai lipas lazimnya menjadi lokasi kegemaran lipas. Walau pun ada yang selalu menghalau tetapi kenapa ada kereta yang selalu masih muncul lipas didalam kenderannya. Langkah jangkapendek yang sering dilakukan pemilik kereta dengan menyembur serangga lipas menggunakan racun serangga Aerosol. Racun Aerosol memang akan terkesan jika ia terkena terus kebadannya atau kita sembur dan menutup cermin kereta. Bagaimana pun jika amalan menyembur ini sering dilakukan berkali-kali ada kemungkinan kita pula yang pening. Kesan dari bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan kita dan anak yang akan masuk kereta yang ada racun ini. Penulis blog kali ini senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi yang selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
Salah satu punca yang dikatakan pencemaran makanan dalam kereta dan mengundang lipas ada tabiat makan didalam kereta (Sila anda mrlihat foto disebelah). Lebih memburukkan keadaan apabila apabila ada kanak-kanak didalam kereta yang tinggalkan sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal dikerusi dan celah-celah ruang kaki. Makanan seperti ini lzimnya akan menyebabkan ia mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walau bagaimanapun ada juga sesetengah kereta yang pemiliknya selalu membersihkan dengan berjadual. Makanan dan barang lain yang disukai lipas lazimnya menjadi lokasi kegemaran lipas. Walau pun ada yang selalu menghalau tetapi kenapa ada kereta yang selalu masih muncul lipas didalam kenderannya. Langkah jangkapendek yang sering dilakukan pemilik kereta dengan menyembur serangga lipas menggunakan racun serangga Aerosol. Racun Aerosol memang akan terkesan jika ia terkena terus kebadannya atau kita sembur dan menutup cermin kereta. Bagaimana pun jika amalan menyembur ini sering dilakukan berkali-kali ada kemungkinan kita pula yang pening. Kesan dari bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan kita dan anak yang akan masuk kereta yang ada racun ini. Penulis blog kali ini senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi yang selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
1. SELALU VAKUM BAWAH KARPET
Selalu bersihkan kereta anda dengan Vacuum karpet dalam kereta. Cara ini boleh dilakukan sendiri pemilik kereta atau yang ada duit boleh hantar kekedai cucu kereta. Perkara ini boleh dilakukan dengan gunakan alat vacuum rumah atau vacuum kereta gunakan bateri kereta. Kalau lantai kereta kotor dengan makanan dan reja-reja bahan organik tidak mustahil lipas dan semut akan suka berada dalam kereta dan membiak. Sebaiknya keluarkan semua alas kaki getah atau alas lain dibahagian lantai dan vacumm dengan alat yang kuat sedut sehingga bersih. Kalau boleh bahagian bonet kereta dimana anda mungkin membawa barang-barang yang disukai lipas dan semut perlu dibersihkan. Kalau kereta bersih dari kekotoran makanan maka lipas akan tinggalkan kereta anda!. Sebaiknya cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan pun sebaiknya dengan cepat-cepat bersihkan dan jangan anda tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat.
2. LETAK DAUN PANDAN
Daun Pandan (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang mudah kita dapati sama ada ditanam disekeliling rumah, dibeli daripada pasar atau hypermarket atau anda jumpa ditepi kebun yang hidup liar. Ia dikenalpasti sebagai salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk hasilkan bau pandan dalam kereta dan menghalau kehadiran lipas. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas serta serangga lain yang mungkin ingin berkongsi kereta anda. Caranya mudah iaitu dengan mengambil daun pandan dan cuci terlebih dahulu dari kekotoran yang melekat dan kemudian dihiris daun ini untuk mengeluarkan baunya. Digalakkan agar anda mengisikan dalam beg kain yang berjaring halus. Kemudian diletakkan dalam kereta atai ikatkan atau gantung dilokasi sesuai dan tetapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Apabila kering tukar dengan daun pandan yang baru. Kepada mereka yang malas cuma ambil seikat daun pandan dan letakkan dalam bonet kereta dan biarkan baunya merebak dalam kereta anda.
3. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda (Annona muricata) juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan cara menggunakan daun pandan di atas. Dari beberapa tinjauan penulis blog ramai mendakwa daun durian belanda ini lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering (Sila lihat foto disebelah). Daun durian belanda juga kini dijadikan sebagai 'minuman teh daun durian belanda' yang mampu untuk menghalang serangan kanser. Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda dan kemudian meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
4. MENYEMBUR SERAI WANGI
Semburan pati serai wangi (Cymbopogon citratus) juga merupakan salah satu cara menghalau lipas dalam kereta. Kaedah ini adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda. Selalunya pati atau ekstrak serai wangi ini boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta terutamanya pada bahagian karpet. Ada juga produk pati serai yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
5. BUBUH BAKING SODA
Penulis blog dapat info dimana salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda. Caranya dengan menabur selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
6. LETAKKAN BAHAN ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya anda perlu cari pelekat gam yang berlabel anti-toksik atau semulajadi. Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya. Kemudian pelekat gam ini perlu dibuang dan ganti dengan yang baru sehingga semua lipas habis. Penulis blog selelu letakkan umpan sesuai untuk tarik lipas melalui pelekat ini.
7. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Teknik yang mudah dilakukan adalah dengan meletakkan perangkap botol minuman. Caranya dengan anda mengambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian letak dan biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar. Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut. Letakkan botol secara menegak seperti dalam gambar.
8. GUNAKAN BAHAN LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan produk berkumur mulut iaitu Jenama Listerine. Bahan penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya perlu dipilih jenis listerine yang ada bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi. Bagaimana pun anda dinasihatkan jangan terlalu banyak sembur sehingga karpet basah dan menyebabkan bau busuk.
9. MINYAK AROMATERAPI
Akhir sekali petua untuk menghalau lipas dalam kereta adalah dengan kaedah menggunakan minyak Arometerapi. Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi maka bolehlah anda senua menggunakan wangian seperti tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda. Jika masih ada telur-telurnya sebaiknya mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan. Semuga anda semua dapat info berguna untuk menghalau lipas dalam kereta anda. Wasallam!!!...
ADA LIPAS ...DALAM KERETA...
AKIBAT MAKAN...ADA REJA...
PERLU DIHALAU...BANYAK CARA...
BACA ARTIKEL...DAPAT IDEA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 430, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(30 Muharam 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.