Thursday, October 5, 2017

SACHA INCHI - TANAMAN APA?

TANAMAN SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di negara kita Malaysia. Bagaimana pun ramai mula bertanya penulis blog mengenai tanaman ini yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Penulis blog kali pertama melihat tanaman ini semasa melawat negara Thailand dan kali kedua semasa melawat Vietnam walau pun masa itu belum berminat untuk menulis blog. Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja. Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik. Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendpatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong. Penulis mendapati banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman sacha inci sebagai satu usaha didalam memperkenalkan tanaman ini kepada rakyat Malaysia yang berminat dengan tanaman dan produknya.


Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas. Bagaimana pun untuk penanaman baik ia perlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter. Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar. Ia mengeluaarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan. Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang. Bunga Jantan yang berwarna putih bersaizz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak. Tanaman dikawasan tropika mampa baik dimana pokok mampu menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun. Buahnya dalam kapsul berukuran 3-5 cm garispusat dengan ada 4 - 7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gepal apabila masak. Bila cukup matang masa ia terbuka sendiri dapat dilihat bijinya dan dituai apabila telah buah kering betul. Buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garispusat. Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji. Bijinya mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng maka memberikan rasa sangat sedap.


Penanaman sacha inci menggunaka biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah. Lazimnya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih kekebun. Ada juga petani yang menanam terus biji benih keladang tetapi percambahan tidak sekata. Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semian biji. Bagi mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman. Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit. Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan. Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus (Sila lihat foto disebelah). Pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha ini di negara kita kerana tiada ditanam secara komersil. 


Cadangan pihak RISDA yang yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan. Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut. Seterusnya RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah. Dakwanya tanaman sacha inchi yang kaya dengan omega 3, 6 dan 9 itu adalah sebagai gantian kepada tanaman guarana yang tidak diluluskan kerajaan kerana dikatakan boleh membawa penyakit kepada pokok getah di negara ini. Meskipun akur dengan keputusan itu tetapi beliau berpendapat, sepatutnya jabatan pertanian membuat kajian punca yang menyebabkan tidak boleh ditanam. Ini memandangkan guarana dikatakan mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada para pekebun kecil getah. RISDA menasihatkan pekebun kecil getah supaya tidak terpedaya dengan parti pembangkang yang disifatkan sudah tiada lagi hala tuju dan kini sedang menuju kehancuran. Bagaimana pun ramai bertanya apa dia tanaman Sacha Inchi yang kurang diketahui sehingga blog anim agro technology menulisnya.


Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk  lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja. Laporan menunjukkan pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam. Sepokok dewasa mampu untuk mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil. Bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan. Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman (Sila anda lihat foto disebelah). Bagi penduduk tempatan mereka akan memetik buah sancha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bagaimana pun bahagian biji inilah yang dilaporkan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids. Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Bagaimana pun kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah. Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan. 


Bagi menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini penulis dapati negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak patu cecair dan produk didalam kapsul (Sila rujuk foto disebelah). Maklumat ringkas mengenai produk dari sacha inci (Quick Fact) dikaitkan dengan Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap kes Cardioprotective dan Nutritional. Ia disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan. antara kehebatkan khasiat produk ini seperti membantu dalam pembentukkan sistem otot disebabkan oleh bahan proton tunbuhan didalamnya. Ia juga membantu elakkan masaalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol dan juga mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan serangan jantung. Setiap satu sudu serbuk sancha inchi dengan berat sekitar 15 gram membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan. Pengembilan bahan ini disyorkan dengan kadar  sebanyak 56 gram sehari atau sekitr 3 sudu sahaja sehari menurut Persatuan Dietary Antarabangsa. Bagaimana pun bagi sacha inci dalam bentuk minay (oil) hanya disyorkan ambil 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47% protin didalamnya. Kepada pembaca boleh cuba cari produk ini difarmasi berhampiran. Semuga tulisan yang mengambil  masa 3.5 jam untuk ditulis ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

SACHA INCI... ITU NAMA POKOKNYA...
POKOK BERBUAH...DIAMBIL BIJINYA...
BIJI DIPROSES... PELBAGAI PRODUKNYA...
BOLEHKAH DITANAM... DI MALAYSIA KITA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 749, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(9 Muharam 1439H)
Bertugas di HPPNK 2017 di MARPS Serdang. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.