Wednesday, September 6, 2017

POKOK JARAK - KENALI DIA

POKOK JARAK atau Jarak Besar (Ricinus communis) ialah salah satu spesies tumbuhan dari keluarga Euphorbiaceae serta ahli yang tunggal dalam genus Ricinus dan subtribe dari jenis Ricininae. Tumbuhan ini pernah dipromosikan oleh beberapa syarikat di negara kita untuk ditanam secara komersil tetapi kurang mendapat sambutan dikalangan petani. Antara isu penanaman pokok jarak secara komersil dikenalpasti masa itu adalah seperti kos pembelian benih yang tinggi, tidak ada jaminian pasaran atau jualan serta pulangan yang rendah dari tanaman ini. Tanaman ini dipromosikan kerana didakwa bahagian biji-bijinya ialah kacang kastor yang merupakan sumber minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan. Biji-bijinya mengandungi antara 40 - 60% minyak yang kaya dengan kandungan bahan trigliseride khususnya risinolein serta juga racun risin yang juga terdapat pada kepekatan yang rendah di seluruh bahagian pokok ini. Walaupun sifat keracunan tinggi pada tanaman buah jarak atau juga dipanggil sebagai 'kacang kastor' disedari secara meluas namun ada laporan tentang kesan toksik manusia adalah tidak banyak. Dos-dos toksik yang boleh membawa maut dilaporkan sebagai tiga biji kacang untuk kanak-kanak dan lapan biji untuk orang dewasa. Berlaku dilaporkan kejadian dua kes yang dapat memberikan tahap was-was terhadap kesan toksik yang boleh dijangka kerana mengambil buahnya. Dalam kes kedua-dua nya pesakit tersebut telah muntah dan cirit-birit berulang kali. Dilaporkan juga dimana kandungan kreatin serum telah naik pada badan mangsa dan berlaku kadar kehidratanair yang segnifikan ketara dalam kes kedua. Bagaimanapun akhirnya didapati kedua-dua pesakit dapat pulih tanpa peristiwa menarik.  Artikel petang Ahad ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok jarak dan perkara berkaitan dengannya.


Biji-biji buah jarak atau buah castor telah ditemukan di makam-makam Mesir yang bertarikh sejak dari 4,000 sebelum masihi daripada laporan Herodotus dan para pengembara Yunani. Mastarakat mereka telah memperhatikan kegunaan minyak jarak sebagai bahan api lampu dan minyak badan. Pada masa ini direkodkan dimana tahap pengeluaran buah jarak di seluruh dunia adalah di sekitar sejuta tan setahun. Kawasan-kawasan pengeluaran yang utama termasuk India, China dan Brazil. Terdapat juga dilaporkan dimana banyak rancangan pembiakan baka yang aktif dilakukan dibeberpapa negara untuk penanaman pokok jarak ini. Pertumbuhan pokok Jarak mungkin berasal dari kawasan Tenggara Mediterranean dan Afrika Timur tetapi ia kini tersebar secara meluas di seluruh kawasan tropika pada hari ini. Pokok Jarak hidup baik dengan mudah seakan ia merupakan pokok asli dimana ia sering dijumpai dikawasan tanah kurang subur atau jenis tanah tandus. Didapati pokok jarak sering juga tumbuh secara meluas sebagai suatu tanaman seperti di Ethiopia dimana ada usaha untuk pokok ini bagi ia dipergunakan sebagai tumbuhan hiasan di taman-taman dan kawasan-kawasan awam yang lain. Sebenarnya penulis blog dapati dimana walaupun pokok ini bersifat monotaip tetapi pokok Jarak amat berbeza dari segi tabiat pertumbuhan serta rupanya. Ia merupakan pokok renek malar sulur akar yang tumbuh dengan cepat dan yang boleh mencapai ketinggian untuk sebatang pokok kecil sehingga mrncrcah 12 meter. Bagaimana pun dilaporkan dimana pokok ini tidak lasak dimana jika ada kawasan-kawasan yang sering mengalami kesejukan melampau dengan ada air batu (frost) maka pokok kurang ber[restasi. Pokok ini dapat satu tahap mencapai 2-3 meter tingginya dalam setahun.


Dari segi marfologi penulis blog dapati dimana pokok jarak ini mempunyai bahagian daun yang berkilat dengan ukuran saiz 15 - 45 cm ukuran panjangnya dimana ia selalunya berbentuk palmate. Terdpat juga 5 -12 lobus yang ketara bahagian tepi yang bergigi (Sila lihat foto disebelah). Warnanya berbeza-beza antara hijautua (kekadangnya dengan warna kemerah-merahan sedikit) sehingga ungu kemerah-merahan atau kuning gangsa. Tangkai dan buah lenggainya yang bulat dan berduri juga berbeza-beza dari segi kandungan pigmentnya dengan lenggai lebih menonjol berbanding dengan bunganya. Bunga jantan selalunya akan berwarna hijau kekuning-kuningan dimana ia mempunyai stamen-stamen yang berwarna putih kuning. Terdapat juga bahagian spikelet yang berbentuk ovoid dimana ia berukuran sekitar 15cm. Bunga betinanya yang terletak pada hujung spikelet yang mempunyai stigma yang menonjol dimana ia lazimnya akan berwarna merah. Tumbuhan ini juga kini telah dikelaskan sebagai  jenis tumbuhan bermusim dan tumbuh sehingga sekitar 1.5 meter tingginya. Pokok Jarak atau 
Kacang kastor juga digunakan sebagai satu jenis tumbuhan tang sering dijadikan makanan oleh larva seperti larva dari spesis Lepidoptera iaitu termasuk Rama-rama Harimau Bintang Raksasa, Hypercompe hambletoni dan Rama-rama Buah Pala (bahasa Inggeris: Nutmeg). Ia merupakan makanan kesukaan kepada sejenis burung iaitu Burung Merpati Tamburin (Tambourine Dove).


Berdasarkan testimoni dan bahan rujukkan, dillaporkan dimana kadar penggunaan minyak jarak untuk lampu dan ubat tempatan di India telah didokumenkan semenjak 2,000 tahun sebelum masihi lagi. Selain itu minyak biji jarak ini fijadikan ubat sebagai julap dalam sistem perubatan tradisional di India. Pokok Jarak atau pokok kacang kastor dan minyak jarak juga telah digunakan di China sejak berabad-abad lagi khususnya sebagai untuk kegunaan dalaman atau sebagai petua untuk merawat kecederaan. Kandungan yang ada dalam tanaman jarak didakwa mengandung bahan seperti Flavonoid dan Saponin serta kandungan Jatrophie yang bersifat antifungi. Daun pokok jarak mengandungi bahan Kaemfesterol, Sitosterol, Stigmasterol, Amirin dan Teraksrol. Sementara itu biji jarak mengandungi bahan iaitu β-glukanase yang mengandungi bahan AntiFungi seperti unsur Toksalbumin dan Curcin yang bermanfaat sebagai antikanser. Hampas dari biji buah jarak yang sudah diperah minyaknya mengandung unsur Nitrogen, Fosfat dan Kalium dan bahagian kulit batangnya juga mengandung bahnan Tanin, Resin dan Saponin. Kandungan bahan dalam tanaman jarak ini didakwa boleh digunakan untuk bahan kesihatan. Sila baca artikel dalam blog anim agro technology mengenai kegunaan pokok jarak dalam kesihatan. Semuga tulisan ini mrmberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!...

POKOK JARAK... KURANG DIKENALI....
DINEGARA INDIA...SANGAT DISUKAI...
MUDAH DITANAM...BENIH DICARI...
PELBAGAI KHASIAT...MENGUBATI....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA, Johor BAhru,
JOhor,
Malaysia.
(19 Syawal 1438H)
Posted from room 530,
Hotel Dorsett, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.