Negeri Melaka mempunyai kawasan tanah terbiar seluas hampir 1,800 hektar termasuk tanah sawah yang tidak dapat diusahakan disebabkan kekurangan air atau tidak ada sistem pengairan yang sistematik. Usaha pihak MARDI memperkenalkan sistem penanaman padi Aerob yang mempunyai ciri utama memerlukan air sedikit ini diharap dapat mengatasi masalah tanah terbiar berkenaan. Peranan Jabatan Pertanian dikatakan berjaya mengenalpasti lokasi dan petani dalam usaha menanam padi Aerob dimana ia perlu digerakan agar ia menjadi satu sumbangan kepada pengeluaran padi di Melaka. Sementara itu kata YB Exco berkenaan dimana penanaman padi Aerob telah didakwa boleh memberi purata 3.5 tan sehektar atau pulangan kasar RM4,543 sehektar dalam semusim dan pulangan bersih RM2,408 sehektar. Perancangan untuk mendapat hasil pendapatan sekitar RM5,000 sebulan seperti yang telah disasarkan kementerian iaitu para pengusaha padi ini perlu mengusahakan sawah atau tanah seluas 12 hektar dengan tanaman padi Aerob dua kali setahun. Justeru itu laporan akhbar tersebut menyatakan selain petani, YB juga turut menyeru anak-anak muda untuk mengusahakan tanaman padi ini secara komersial di bawah program Entrepreneur Muda Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meningkatkan pendapatan diri serta keluarga. Tanaman padi menjadi penting selepas krisis makanan yang berlaku pada tahun 2007-2008 (Sila baca artikel mengenai krisis makanan yang berkenaan - Sila klik disini).
Kerajaan negeri Melaka akan terus berusaha untuk memperluaskan lagi penanaman padi Aerob daripada 10 hektar sekarang kepada 60 hektar di kawasan sekitar negeri itu menjelang akhir tahun 2016 ini. Penanaman padi Aerob ditumpukan di kawasan sawah padi yang tidak mempunyai saliran air yang baik dan juga kekurangan punca sumber air semulajadi. Tanaman padi Aerob katanya hanya memerlukan 50 peratus air dengan kelembapan tanah biasa berbanding padi lain. Ia berupaya menghasilkan pengeluaran tiga kali setahun dengan tempoh matang untuk penuaian hasil padi antara 79 - 90 hari. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penuaian Ladang Padi Aerob di Melaka. Hasan berkata padi Aerob juga boleh memberi pulangan lumayan kepada petani iaitu RM2,500 bagi satu tan benih padi. Menurutnya sebanyak 800 hektar kawasan tanah sawah terbiar dikenal pasti untuk projek tanaman padi itu termasuk di kawasan Bukit Rambai, Sungai Rambai, Serkam, Sempang, Tedong, Masjid Tanah dan Alor Gajah. Pelaksanaan projek padi Aerob secara meluas diharap mampu menjadikan Melaka sebagai pembekal utama benih padi Aerob bagi zon selatan di Semenanjung. Kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan status itu. Kita juga berharap memperoleh peruntukan dan infrastruktur lebih baik dan canggih dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Satu penilaian semula perlu dibuat mengenai laporan akhbar ini sama ada penanaman padi aerob masih berterusan dan berkembang seperti diharapkan. Penulis blog juga ingin mengetahui kemajuan terkini mengenai kejayaan sebenar penanaman padi aerob yang pernah mendapat liputan akhbar tempatan pada masa lalu. Semuga usaha murni seperti ini dapat dilakukan dimasa akan datang. Wasallam!.
PADI AEROB... DITANAM DIMELAKA...
UNTUK JADI BENIH...EDAR SEMULA...
TELAH MENUAI... ADAKAH BERJAYA...
LAPORAN AKHBAR... DIRUJUK BACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1436H)
Posted from Hotel Dorsett,
Putrajaya.
Posted from Hotel Dorsett,
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.