Saturday, July 1, 2017

NASI KUKUS - MAKANAN POPULAR

NASI KUKUS (Steamed Rice) merupakan sejenis makanan yang sangat populat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Bandar Kuantan. Penulis yang menetap tidak berapa lama di Kuantan iaitu selama kurang dari 2 tahun memang suka makan nasi kukus terutama dari resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Beremppah (Sila lihat foto diatas). Proses memasak nasi kukus yang unik iitu dengan proses mengukus beras tidak sama dengan kita memasak nasik didalam rice cooker. Apa yang berlainan adalah dimana nasi kukus anda akan dapat melihat setiap biji nasi tidak seperti nasi yang ditanak seperti lazimnya. Semasa mengunjungi Bazaar Ramadan di depan MAsjid Negeri, memang terdapat lebih daripada 15 peniaga yang menjual nasi kukus dengan pelbagai menu untuk dijadikan lauknya. Melihat pelanggan pula mermang nasi kukus menjadi pilihan ramai pelanggan selain daripada makanan popular musim bulan puasa seperti murtabak, nasi lemak, ikan bakar, sate, mee goreng, ikan patin masak lemak, pelbagai kuih muih dan sebagainya. Nasi kukus yang dijual berbeza harganya daripada yang paling asas serendah RM4.50 sebungkus kepada yang lebih mahal sehingga RM15.00 sebungkus bergantung kepada lauk pilihan. Makan nasi kukus amat mudah dan mengenyangkan kerana ia selalunya hanya dipasangkan dengan ayam goreng berempah, kuah kari, pencuk atau potongan timun dan sesekali disertakan dengan paceri nenas. Bagaimana pun Rangkaian Restoren MAMA sekitar Bandar Kuantan amat popular dikunjungi pelanggan setiap hari kerana ia menghidangkan nasi kukus yang terkenal. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan nasi kukus untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Penelitian penulis mendapati asas kepada menu NASI KUKUS adalah proses untuk menyediakan nasi tersebut. Anda boleh membuatnya sendiri dirumah setelah habis membaca blog dan artikel ini. Apa yang dipaparkan dalam rencana ini merupakan garispanduan sahaja dan boleh disesuaikan mengikut citarasa pembuatnya. Bagi asas untuk menyediakan nasi kukus bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti 4 cawan beras, 3 cawan air, 2 helai daun pandan yang perlu simpul dan peralatan untuk mengukus nasi. Cara untuk memasak Nasi Kukus dimulakan dengan mencuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. Apabila tos maka dididihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap. Biasanya proses mengukus beras adalah selama kurang lebih 25 minit atau sampai beras sudah sepraruh masak. Proses selanjutnya adalah mengeluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman). Kemudian dikukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja. Kemudian di keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras. Seterusnya adalah mengukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. Periksa nasi kukus tersebut sama ada ianya sudah siap siap  untuk dihidangkan atau untuk memasak nasi kukus yang lain. Ia sedap dimakan semasa panas dengan lauk pilihan.

Bagaimanakah cara untuk menyediakan Ayam Goreng Berempah yang enak dimakan bersama nasi kukus akan dibicarakan berikutnya. Lauk Ayam Berempah memerlukan bahan-bahan memasak iaitu terdiri daripada Bahan Perap seperti 6 ketul ayam diberi bahan perasa dengan garam dan kunyit, 1 sudu besar serbuk kari daging, 1 sudu kecil serbuk jintan manis, 1 sudu kecil paprika, 1 sudu kecil serbuk ketumbar, 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih, sedikit oregano (tambahan jika mahu guna) dan juga minyak untuk menggoreng. Bagi menyediakan bahan kisar diperlukan 6 cm halia muda yang dikisar, 4 ulas bawang merah juga dikisar, 3 batang serai yang kisar, 3 ulas bawang putih yang kisarCara Memasak Ayam Goreng Berempah dimulakan dengan menggaul daging ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minyak sahaja. Kemudian dimasukan bahan kisar dan gaul sehingga sebati. Amat penting untuk memerap daging ayam tadi selama 1 jam walau pun sebenarnya lebih lama lagi sedap. Kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana dan angkat dan toskan minyak dengan penapis. Ayam ini memeng enak dimakan semasa suam panas keluar dari dapor.


Makan nasi kukus kini digayakan dengan kuanya sekali iaitu lazimnya kin adalah kuah kari. Bahan yang digunakan untuk membuat kari yang sedap dimakan dengan nasi kukus adalah 2 biji bawang besar, 2 sudu besar cili kisar, 2 tangkai daun kari, 5 biji tomato, 1 cm kunyit hidup, 1 peket rempah kari, 1 keping asam keping, daging potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam),1 kuntum bunga lawang, stok daging ayam lebih kurang 2 liter, garam dan gula secukup rasa, minyak untuk menumis dan juga 1 batang kulit kayu manis. Cara membuat Kuah Kari adalah dengan mengisar kunyit hidup, tomato dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebagahagian hasil kisaran dengan kuah kari. Kemudian dipanaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga garing. selepas itu masukan cili kisar. Seterusnya dimasukan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing. kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih. masukan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. terakhir perasakan secukupnya. Ada juga yang tidak suka makan nasi kukus dengan kuah kari sebaliknya makan nasi kukus dengan lauk ayam goreng sahaja.

Selain daripada kuah kari dan lauk daging ayam berempah, selalunya nasi kukus dimakan dengan SAMBAL BELACAN untuk menambahkan kelazatannya. Sambal Belacan mudah disediakan jika ada pengalaman dan kemahiran. Bahan-bahan untuk menyediakan sambal belacan adalah 4 biji bawang merah, 3 biji cili merah, 1 inci belacan, 3 ulas bawang putih, garam dan gula secubit, perhan jus limau kasturi, setengah genggam ikan bilis, 2 sudu minyak dan juga 10 biji cili padi. Memang mudah untuk membuat sambal belacan Ala-Johor ini . Cara membuat sambal belacan dengan membelah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang. Kemuidan dipanaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu. Seterusnya angkat dan masukan dalam lesung batu dn=an kemudian ditambah dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lensung. Bagi mereka yang minat makan nasi kukus pastinya tidak lpa untuk meninggalkan dimasa akanmeereka terus mengenai nasi kukus dalam kuantiti yang sedikit. Artikel ini perlu dibaca dalam Part 1 yang siap ditulis sebelum ini. Semuga anda semua faham dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NASI KUKUS... UNIK MEMASAKNYA...
BERAS DIKUKUS... LAMA MASANYA...
AYAM BERREMPAH... LAUK ASASNYA...
MUDAH DICARI...DIMANA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA, 
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(7 Syawal 1438H).
Baru berpindah dari Kuantan ke JB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.