Wednesday, June 21, 2017

SIREH - APAKAH HEBATNYA!

DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERCEAE yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam beberapa adat istiadat seperti majlis perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu kesihatan manusia. Daun Sireh juga merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India menggunakan daun sireh dalam banyak acara keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Orang lelaki Myanmar memakan sireh dengan kapor sebagai satu kemestian apabila daun ini bersama kapor dijual di merata penjuru semua pekan di negara tersebut semasa saya melawat Myanmar pada 2009. Walau pun penanaman pokok sireh dijalankan secara kecil-kecilan dibelakang rumah tetapi ada beberapa petani yang telah cuba menananya secara monokrop dan komersil terutama petani daripada kaum India. Penulis blog ada menebual beberapa petani yang menanam sireh secara komersil di Johor Bahru, Seremban dan Ipoh untuk pasaran domestik dan ada sedikit dieksport ke Singapura. Daun sireh didapati sering digunakan oleh kaum India sebagai satu daripada bahan ritual. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat pada sireh untuk tujuan bacaan umum bagi semua.

Hasil penemuan kajian saintifik oleh pakar-pakar kajian herba produk mengatakan, Daun Sireh (Piper betle Linn) mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan tradisional dan moden dan ia telah pun diketahui dalam pelbagai kegunaannya. Kajian makmal juga mendapati dimana daun sireh mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancarkan perjalanan darah dan menghentikan perdarahan. Daripada beberapa rujukkan dan temubual dengan beberapa orang tua, saya dapati terdapat banyak khasiat mengenai daun siren yang boleh kita kongsi bersama maklumat berguna ini. Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sireh yang telah saya kumpulkan dan mungkin membantu anda. Pertama sekali adalah didakwa dimana daun sireh yang dikunyan dengan kadar sesuai didapati membantu untuk menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak. Sekarang ini dalam keadaan cuaca panas hujan tidak menentu, ramai kawan yang bantuk berkahak dengan teruk. Disyorkan amalkan makan sedikit siren yang bersih dan pastikan basuh dahulu. Kedua dimana bagi wanita pula ada seorang tua yang mengatakan daun sireh adalah baik digunakan sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria. Kepada mereka yang belum mencubanya dipersilakan. Khasiat ke 3 adalah dimana daun sireh juga dapat membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang. Amalan ini telah lama dilakukan oleh dukun-dukun kampong semenjak lama dulu. Caranya dengan mengambil daun sireh yang dibasuh dan lumatkan sebelum ditampal pada bagagian-bahagian yang sesuai.

Kegunaan yang ke 4 dimana daun sireh diguna kerana ia memang kaedah yang terbaik dimana daun siren mampu menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah. Kalau dulu masa kecil memang orang tua-tua akan ambil daun siren dan dilumatkan lalu dimasukkan kedalam lubang hidung berdarah (Orang jawa kata 'mis-misen') dan insyAllah ianya akan berhenti. Seterusnya ke 5 daripada kajian juga membuktikan yang daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan rasa gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap. Ambil daun sireh dan bersihkan dan lumatkan kemudian ditampal kepada bahagian yang gatal-gatal beberapa kali sehingga hilang rasa gatal pada kurap dan kayap. Ada yang mencampurkan sedikit kapur atau cuka untuk memberikan kesan lebih cepat. Kehebatan yang ke 5 didapati memang daun sireh yang dilumat dan ditampal pada lokasi sengatan akan mengurangkan atau dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan. Khasiat daun sireh yang ke 7 dimana bagi mereka yang ada masaalah bau badan sehingga orang tidak suka dekat dengangannya, amalkan menggunakan daun sireh kerana ia dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan. Kalau tidak percaya. Seterusnya ke 8 dimana daun sireh di kampong memang biasa kita lihat penggunaan daun sireh didalam merawat demam. Ini kerana daun sireh dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak. Selain dairpada kesan daun sireh tersebut, sebenarnya saya fikir kesan psikologi pun ada pada kanak-kanak yang demam kerana apabila ada benda untuk rawatan maka otaknya akan berfikir ia akan sembuh lebih cepat.

Khasiat ke 9 dimana kepada mereka yang ada masaalah sakit kepala akibat faktur slam sekitar, pemikiran atau semuolajadi, jangan risau kerana daun sireh didapati dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur. Caranya mudah sahaja iaitu dengan ambil sedikit daun sireh segar dan kunyah dalam mulut. bagi mebghilangkan kelumumur , lumatkan daun sireh dan jadikan shampoo pada rambut basah sehingga ia hilang. Khasiat ke 10 dimana kepada mereka yang ingin menjadi cantik, daun sireh mungkin jalan penyelesaiannya yang murah dan berkesan. Ini kerana dipercayai daun sireh dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker. Kini penulisan disambung untuk menreangkan khasiat daun sireh ke 11 iaitu daun sireh  dimana kepada mereka ahli sukan atau mereka sering menghadapi masaalah terseliuh, daun siren boleh dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah dengan letakkan daun sireh yang dilayur dan diletakkan pada tangan atau kaki dan balut dengan kain pembalut (Bandage). Amalkan sehingga rasa sakit berkurangan atau sembuh... jika berterusan juga...jumpa doktor atau tukang urut!. Seterusnya ke 12 khasiatnya adalah dimana daun sireh juga saya ada menerima info dari tukang urut di Muar yang katanya ia mampu untuk merawat penyakit sendi dan bisa-bisa tulang. Caranya juga sama dengan menggunakan daun sien segar dan dihancurkan serta disapu atau tampal kepada sendi yang sakit sebelum diikat. Ulangi sehingga sendi yang sakit menjadi sembuh. Akhir sekali ke 13 adalah apabila bagi mereka yang bermasaalah penyakit resdung, anda boleh gunakan daun sireh untuk merawatnya. ini kerana daun ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata. 

Sebenarnya daun sireh merupakan tumbuhan yang berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai bahan semulajadi didalamnya. Antaranya adalah bahan Flavournoid dan Polyphenol dimana ia bertindak dalam menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda. Kedua ialah kandungan bahan dinamakan Hydroxyl-chavicol yang membantu dalam menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan serta ia mempercepatkan pembekuan darah yang keluar. Bahan ketiga adalah dinamakan Astrigen yang akan membantu mengecutkan dan memulihkan tisu-tisu organik badan akibat luka dan sebagainya. Bahan keempat dalam daun sireh adalah bahan dinamakan Sialagoga dimana ia membantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah didalam mulut. Bahan ke lima pula adalah Ekspektoran dimana bahan ini akan membantu dalam menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan, sesuai sebagai ubat batuk dan sakit tekak. Akhirnya daun siren mengandungi bahan Euginol iaitu bahan yang membantu dalam membunuh kuman dan menghalang pembiakan koloni fungus atau kulat. Bertapa hebat rupanya daun sireh yang kita mudah tanam dikeliling rumah dan serta cepat berhasil. Tanamlah daun sireh untuk digunakan dalam pelbagai tujuan berdasarkan tulisan saya diatas. InsyaAllah ianya akan membantu kesihatan kita.Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua.   Wallahualam!...

DAUN SIREH ...BANYAK KHASIATNYA...
MUDAH DITANAM...DIKELILING KITA...
SUDAH BACA... BANYAK ILMUNYA..
SUDAH AMALKAN...SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(20 JamadilAkhir 1434H) 
Kemaskini pada 10 Jun 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.