Thursday, June 22, 2017

BELUNTAS

BELUNTAS (Pleuchea indica) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Asteraceae iaitu bentuk pokok semak yang banyak bercabang dan sering digunakan sebagai tanaman ornamental. Tumbuhan ini mempunyai cabang atau rusuk halus dan ia adalah berbulu lembut. Daripada bahan rujukkkan dari Laporan Tahunan Keluasan Tanaman Jabatan Pertanian 2016, penulis blog dapati tidak ada info atau maklumat mengenai keluasan penanaman beluntas dinyatakan. Ini kerana tumbuhan ini merupakan jenis herba renek yang kurang popular di negara kita berbanding dengan tumbuhan hiasan atau ulaman yang lain. Umumnya saya dapati tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman pagar atau tumbuh sebagai sejenis tumbuh liar dimana lazimnya ia akan mencapai ketinggian mencapai 3 meter apabila tidak dipangkas. Kebanyakan beluntas ditanam sebagai tanaman pagar pekarangan rumah. Beluntas didapati mampu tumbuh di kawasan tanah agak kering dan pada tanah yang keras dan berbatu. Tumbuhan yang dikira tahan lasak dan mudah hidup ini mampu dengan pelbagai keadaan persekitaran.  Ia juga sesuai tumbuh dikawasan seperti daripada dataran rendah hingga dataran tinggi sekitar pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut. Tumbuhan ini memang memerlukan cukup cahaya matahari atau hanya ada sedikit naungan. Kaedah pembiakannya agak mudah dengan mengambil keratan batang yang amat dilakukkan dengan cepat dan mudah tumbuh. Pilih batang beluntas yang cukup matang dan subur. Dalam membuat beberapa rujukkan, didapati beberapa nama tumbuhan ini dalam bahasa lain adalah seperti Beluntas (Melayu), Baluntas, Baruntas (Sunda), Luntas (Jawa), Baluntas(Madura), Lamutasa (Makasar), Lenabou (Timor). Di negara lain pula ia dipanggil sebagai Luan Yi (Cina), Phatpai (Vietnam) dan Marsh fleabane (Inggris). Nama saaintifik lain tumbuhan iai adalah Plucheacea folium dan juga Plucheacea radix. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan beluntas yang jarang-jarang kita kenal untuk bacaan dan rujukkan anda semua.

Didalam kita hendak mengenali tumbuhan beluntas ini, beberapa ciri morfologi bagi tumbuhan ini adalah dimana ia mempunyai daun berwarna hijau, bertangkai pendek, susunan yang berselang-seling, berbentuk bulat telur, hujung daun menirus. Bahagian tepi daun bergerigi dengan berwarna hijau terang dimana terdapat bunga keluar di bahagian hujung cabang dan ketiak daun. Lazimnya bentuk bunga adalah berbonggol, bertangkai melintang atau melempai dan berwarna ungu. Buahnya mudah dikupas longkah agak berbentuk seperti gasing. Ia berwarna coklat dengan bersegi sedikit dan putih. Khasiat tumbuhan beluntas masih dalam kajian dimana ada laporan mendapati daun beluntas mengandungi bahan Alkaloid, Tanin, Natrium, minyak ekatrak, Kalsium, Flafonoida, Magnesium dan Posforus (Lihat foto daun beluntas disebelah). Bahagian akar mengandungi bahan Flafonoid dan Tanin. Bagaimana pun belum banyak kajian mengenai tumbuhan jeni renek ini untuk mengetahui amalan agronomi atau pekej teknologi penanaman yang betul. Berkemungkinan tumbuhan ini mempunyai kandungan bahan berfaedah untuk kegunaan kesihatan dan komestik dimasa akan datang.


Kajian seterusnya mengenai daun beluntas mendapati daunnya berbau khas (aromatik) dan rasanya adalah getir. Bau ini amat memberi kesegaradan berkhasiat untuk meningkatkan nafsu makan, membantu melancarkan pencernaan dan membantu megeluarkan peluh. Ia juga mampu untuk menghilangkan bau badan dan bau mulut, meredakan demam, sakit bisa tulang, sakit pinggang dan juga masaalah keputihan. Pengamal perubatan tradisional juga ada menyatakan bahawa bahagian akar beluntas juga berkhasiat sebagai bahan yang membantu mengeluarkan peluh dari badandan juga menyejukan badan. Pucuk Daun beluntas juga dapat digunakan sebagai Ulaman dimakan segar  dan ada yang mengukusnya dulu.  Kajian mendapati kadar minyak ekstrak dari daun beluntas sekitar 5% dapat dimana ia sangat baik untuk menghalang pembiakan bakteria seperti jenis Staphylococcus aureus. Kajian juga ada menunjukkan penggunaan dengan kadar 20% dapat menghalang pertumbuhan bakteria jenis Escherechia coli yang menyebabkan sakit perut.


Dalam membuat rujukkan saya mendapati beberapa kegunaan pokok beluntas. Antaranya seperti merawat demam dengan cara mengambil sebanyak 15 helai daun beluntas dan kemuduan direndam dengan segelas air panas. Setelah agak agak sejuk perlu ditapis dan diminum sekaligus sekali sehari sehingga demam baik. Beluntas juga didapati mampu untuk menghilangkan bau badan dan bau mulut dimana caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun beluntas muda dan ianya dikukus lalu dimakan sebagai ulaman. Walau pun rasanya tidak seenak ulaman lain, kesannya menghilangkan bau badan amat mujarab. Jika kita mengalami rasa Ngilu makan ambil beberapa helai daun beluntas dan direndam dengan segelas air panas dimana ramuan ini boleh diminum sebanyak dua kali sehari. Bagi mengatasi masaalah keputihan, kita boleh gunakan sebanyak  20 helai daun beluntas, 1 akar tapak leman yang kemudian direbus dengan 1 gelas air sampai airnya tinggal setengah. Air diminum ssemua setiap hari. Rasa ngili atau lenguh-lenguh pada pinggang boleh dirawat dengan mengambil 1 akar beluntas, 1 ibu jari cekur, 1 ibu jari bahan temulawak, 1 bu jari kunyit dan direbus dengan 1 gelas air sampai airnya tinggal setengah. Apabila sejuk airnya ditapis dan diminum. Masaalah rematik dirawat dengan mengambil bahagian akar beluntas yang direbus dengan segelas air. Kemudian air rebusan ditapis dan di minum 1kali sehari. Bagi mengatasi masaalah sakit perut boleh diambil 20 helai daun beluntas dicuci bersih lalu diramas sampai hancur. Rendam dengan segelas air panas sambil diberi sedikit asam dan garam dan ditapis airnya. Minum semasa masih hangat dengan kekerapan setiap hari. Bagi gangguan sistem perkumuhan pada bayi atau anak kecil, ambil sebanyak 8 helai daun beluntas dan cuci bersih lalu dibubuh pada nasi yang akan dimakan. Apa-apa pun petua diatas hanya panduan sahaja. Jika benar-benar sakit dinasihatkan berjumpa doktor di Klinik Swasta atau Kerajaan. semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasaalam!...
NAMA BELUNTAS... ADA DIMANA...
DIJADIKAN PAGAR...CANTIKNYA...
MUDAH TUMBUH... TAK PERLU BAJA...
BANYAK KHASIAT... SIAPA MAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Kinta Riverfront Hotel,
Jalan Lim Bo Seng, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(3 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.