Sunday, May 21, 2017

IPM UNTUK TANAMAN PADI

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman yang penting di kebanyakan negara Asia dimana beras menjadi bahan utama makanan ruji (Staple Food) negara tersebut. Seluas lebih daripada 600,000 hektar kawasan padi sawah dinegara kita Malaysia telah menghasilkan sebanyak 70% keperluan beras di Malaysia. Kajian menunjukkan dimana keperluan beras negara direkodkan pada tahun 2012 adalah sebanyak 700.7 mt yang mana sekitar 30% adalah diimpot daripada negara jiran. Terdapat beberapa negara didunia yang menjadikan tanaman padi sebagai tanaman yang di kategorikan sebagai 'tanaman keselamatan' bagi negara seperti China, India dan Indonesia kerana kepentinganya dalam mempastikan rakyat negara tersebut cukup bekalan beras. Pelbagai faktur penanaman seperti jenis varieti padi ditanam, pengurusan air, kawalan musuh dan penyakit dan amalan teknologi penanaman di jalankan untuk mempastikan penghasilan padi yang tinggi dan berkualiti. Biasanya aspek Amalan Agronomi bagi tanaman padi di kaitkan dengan Faktor Pengurusan termasuk Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) tanaman padi dititikberatkan. Pertama sekali dalam faktur pra-syarat untuk mendapatkan hasil padi yang tinggi adalah Faktur Keperluan Infrastruktur dan Rekabenuk sawah padi. Paling utama adalah petak sawah mestikan mempunyai infra lengkap seperti sistem pengairan, jalanladang, sistem perparitan dan lain-lain kemudahan. Sistem pengairan pelu ditingkatkan agar sawah dapat menerima air mengikut keperuan dari peringkat awal semaian sehingga hampir menuai. Bentuk petak sawah yang seragam, rata dan sederhana besar dalam bentuk empatsegi bujur sesuai untuk penanaman. Kesemua infra mestilah diselenggara dengan baik agar dapat berfungsi dengan sempurna untuk tujuan penanaman, amalan aronomi dan post harvest. Key Check kedua adalah Tahap Infra Ladang yang sesuai untuk memberikan tahap pertumbuhan ladang yang sempurna. Kecekapan air keluar dan masuk pada waktu kritikal amat penting untuk pertumbuhan pokok padi. Pemeriksaan infra sawah perlu dijalankan setiap waktu bagi mempastikan kecekapannya. Penggunaan Benih Padi Sah dari varieti yang di syorkan merupakan Key Check dalam peningkatan hasil padi. Benih merupakan input asas untuk mendapatkan penghasilan padi seperti varieti disyorkan (MR219, MR220) yang didapati daripada pembekal benih yang diiktiraf. Benih padi mempengaruhi faktur pengeluaran dimana Kualiti Benih yang menepati piawaian amat kritikal. Penggunaan varieti Padi yang terpilih dan disyorkan untuk ditanam. Varieti padi berubah mengikut lokasi, musim penanaman, kategori benih dan jenis tanah serta kaedah pengurusan sawah. Lazimnya sesuatu jenis varieti padi hanya bertahan untuk beberapa tahun atau musim penaman sahaja dan jarang melebihi dari 10 - 15 tahun. Setiap jenis mempunyai potensi hasil yang berbeza, ketahanan terhadap serangan perosk dan penyakit serta jangkamasa kematangan yang berbeza. Keycheck ke lima adalah tahap Kerja-kerja Penyeian Tanah di peringkat awal. Kerja membajak, meratakan tanah dan melembutkan permukaan sawah penting untuk pemeridian yang sempurna. Permukaan tanah rata adalah penting menentukan kadar percambahan biji benih dan faktur pengurusan air yang cekap terutama ketika Terbit Tangkai. Tanaman Padi itu sendiri dan beberapa faktur utama yang lain. Artikel petang ini saya menulis beberapa cara pengurusan IPM untuk tanaman padi yang difikirkan perlu di ketahui pesawah dalam 'Anim Agro Technology' bagi menambahkan kapasiti ilmu pengetahuan pembaa setia blog ini.

Dalam penanaman padi, dua jenis musuh tanaman yang boleh dikawal untuk dengan kaedah kawalan biologi IPM adalah bagi mengawal Tikus dan Siput Gondang Emas. Antara kejayaan Jabatan Pertanian dalam mempromosikan teknologi kawalan tikus adalah dengan menggunakan Burung Pungguk Jelapang Padi (Tyto alba) atau burung hantu (BPJ) didalam mengawal serangan Tikus (Ratus argentiventer). Tikus akan merosakkan hasil padi dengan kadar serius jika ianya tidak dikawal apa lagi jika populasinya banyak didalam sarang yang dibina disekeliling sawah padi. Penggunaan racun tikus walau pun berkesan pada peringkat tertentu tetapi ianya melibatkan kos dan kekebalan serta ancaman kepada hidupan lain. Daripada laporan Jabatan Pertanian dinyatakan sebelum program BPJ, petani sangat bergantung kepada pengumpanan menggunakan racun tikus. Biasanya hanya selepas setahun program bermula, kuantiti racun yang diedarkan oleh Jabatan Pertanian kepada petani telah berjaya dikurangkan sehingga 40% dan ini amat menjimatkan kos pengeluaran padi. Burung BPJ ini juga merupakan pemangsa kepada tikus secara semulajadi. Ia akan memburu tikus terutama yang bergerak pada malam hari melalui matanya yang terang dan menyambarnya dan memakannya. Tikus yang berada dikawasan sawah padi akan berkurangan.

Bagi tujuan ini Rumah Burung Pungguk Jelapang (BPJ) disediakan ditengah-tengah sawah untuk burung ini bersama keluarganya tinggal didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Jabatan Pertanian ada memasang rumah BPJ ini diseluruh skim sawah diseluruh negara bersama agensi IADA, MADA, KADA dengan kerjasama pesawah. Satu sarang boleh mencakupi kawasan keluasan sawah untuk kawalan tikus seluas lebuh 20 hektar. Rumah ini yang dibina mempunyai dua bilik didalamnya untuk BPJ induk tinggal dan tekur atau anaknya tinggal. Kehadiran BPJ yang tinggal dipantau dengan memeriksa sisa tinggalan najis yang ditinggalkan. Penulis juga bersama kumpulan Pejabat Pertanian Mersing pada 1999 telah mencipta alat inovasi Periskop BPJ yang menang pertandingan inovasi Jabatan Pertanian dimana periskop ini memudahkan kita melihat sarang BPJ ini tanoa perlu untuk memanjatnya. Dengan periskop ini boleh melihat bahagian dalam rumah BPJ dengan jelas. Delain rumah BPJ perlu juga dipadang tiang berbentuk 'T' dibeberapa lokasi ada banyak tikus bagi tujuan burung BPJ 'bertenggek' untuk parking dan meihat mangsanya. Seekor BPJ dewasa mampu makan banyak tikus dan ini merupakan kawalan biologi yang berkesan untuk kawalan dalam mengurangkan serangan tikus. Bagaimana pun penuls ada menulis mengenai isu BPJ ini dibunuh melalui pelbagai cara oleh pengusaha burung walet 'Edible Birds Nest'. Pengusaha burung wali sering menembak burung BJP yang juga mengancam dengan memakan burung walet. Kada kes dimana koloni burung walet berpindah kerana serangan burung BJP.

Bagi musuh tanaman Siput Gondang Emas (Pomacea spp) ianya menyerang kawasan padi dengan menjejaskan sehingga teruk jika tidak dikawal. Di Malaysia khususnya di kawasan MADA terdapat 2 jenis SGE yang merosakan tanaman padi iaitu Pomacea canaliculata (berwarna keemasan) dan Pomacea incerlarus (berwarna kehitaman). Kedua-dua jenis ini merosakan tanaman padi dikawasan jelapang padi. Siput SGE merosakkan padi yang baru diubah kesawah atau yang baru di semai dimana pokok padi berumur kurang dari 21 hari.Serangan teruk akan berlaku jika paras air disawah melebihi 1 cm atau kawasan air yang dalam atau air yang bertakung. Tanda-tanda serangan mudah dilihat dimana akan kelihatan kehilangan rumpun-rumpun padi dan kelihatan daun anak padi terapong-apong diatas permukaan air. Kajian juga menunjukkan serangan amat aktif pada waktu malam dan ketika fajar dengan merosakkan tanaman padi. Dalam konsep kawalan IPM maka penggunaan itik dan ikan didapati mampu dalam mengawal populasi SGE dengan memakan telur siput dewasa. Sebenarnya sebanyak100 ekor itik dapat mengawal 5 - 6 Hektar kawasan padi. Kini ramai pesawah turut mendapat faedah pendapatan tambahan melalui penjualan telur itik sekitar RM 70.00 sehingga RM 150.00 jika menggunakan amalan IPM ini disamping penghasilan padi yang meningkat. Semuga artikel dalam anim agro subuh ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!..
TANAM PADI.... BERAS HASILNYA...
ADA PENYAKIT... PEROSAK JUGA...
PERLU DIKAWAL...IPM CARANYA...
TIKUS DAN SGE...SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronmist,
Sawah Pahang Tua,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(8 Syaaban 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.