Sunday, March 19, 2017

KELADI LAMBUK - PETIK DAN MASAK (Part 1)

KELADI LAMBOK (Caladium spp) merupakan sejenis keladi yang kurang dikenali ramai berbanding dengan Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak dan sebagainya. Kini keladi Lambuk atau dikenali juga dengan nama Keladi Lambok atau Kemumu dikalangan penduduk tempatan merupakan mana ia merupakan tumbuhan yang hidup dikawasan bersaliran salir dan ada kelembapan. Penulis hanya mengenali akan tumbuhan keladi ini setelah membuat banyak lawatan kekawasan dipendalaman Pahang seperti di Daerah Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh dimana keladi ini rupanya dijadikan sayuran yang unik. Apa tidaknya kladi ini dijadikan bahan masakan seperti masakan sebagai Masak Gulai Ikan Masin, Masak Goreng Lambuk Bersardin dan hebatnya ia dijadikan sebagai Ulam atau dimakan sebagai Salad. Saya ada menulis mengenai keladi lambuk tahun lepas dengan judul 'Keladi Lambuk - Enak Gulainya' dalam blog ini (Sila klik disini) dan artikel 'Tanam Keladi Lambuk' selepas itu (Sila klik disini). Bagaimana pun kali ini saya menulis dengan lebih saintifik mengenai keladi lambuk berdasarkan kepada laporan kajian kes yang dilakukan oleh En Ali iaitu pakar tanaman daripada Pejabat Pertanian Daerah Raub bersama penulis sendiri. Mungkin tidak ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang telah kenal secara saintifik akan tumbuhan keladi lambuk ini. Ia juga agak kurang dibuat kajian saintifik oleh penyelidik tempatan kerana penulis dapati berkemungkinan sehingga kini keladi lambuk dianggap mempunyai nilai ekonomi yang rendah. Penulis blog belum berjaya menjumpai petani atau usahawan pertanian yang menanam keladi lambuk ini secara monokrop dengan luas dan berskala komersil. Keladi lambuk lazimnya ditanam disekeliling rumah atau sekitar penjuru kebun sebagai bahan untuk dijadikan sumber batang keladi lambuk bagi kegunaan sendiri. Kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih dan jarang atau tidak kenal akan keladi lambuk antara puncanya. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bekaitan dengan teknologi bagaimana untuk memetik batang keladi dan memasak hidangan keladi lambuk secara lebih jelas lagi.


Mungkin ramai berpendapat memetik batang keladi untuk dijual atau digunakan sendiri dalam masakan sendiri mudah sahaja. Bagaimana pun daripada tinjauan penulis dan pengalaman penulis sendiri memetik batang keladi untuk dijadikan bahan masakan perlukan kemahiran dan pengetahuan tersendiri. Pertama sekali adalah pastikan batang keladi yang hendak dituai tersebut merupakan keladi yang boleh dimakan. Sebagai contoh keladi lambuk sesuai dimakan dimana ia dipilih pokok yang telah matang. Elakkan daripada mengambil batang keladi ketika musim hujan kerana lazimnya pada waktu ini pokok keladi adalah dalam keadaan 'reproductive' yang mana ia menyebabkan rasa gatal apabila dimakan terutama untuk beberapa jenis keladi liar yang tidak dikenali termasuk keladi kemahang. Gunakan pisau tajam yang bersih dan potong pangkal batang padi dari perdunya (Sila lihat foto disebelah). Potong bahagian bawah batang dan buang bahagian daunnya sebelum dibawa untuk pproses seterusnya.

Batang atau pelepah keladi lambuk yang telah dipotong perlu untuk dikumpulkan dengan meletakannya diatas daun keladi dikebun. Pastikan jangan diletak diatas tanah untuk elakkan kekotoran dan pencemaran. Seterusnya batang keladi ini akan dikerat sepanjang 12-15 cm bergantung kepada kesesuaian dan kehendak. Batang keladi yang dikerat boleh diikat sekali atau diikat mengikut saiz jika bertujuan untuk menjualnya (Sila anda lihat foto disebelah). Hanya mengambil batang keladi yang sihat, bersih dan tidak rosak sahaja. Batang keladi yang masih segar sebaiknya ia segera diproses untuk dimasak bagi tujuan mendapatkan kesegarannya. Jika disimpan lama maka ia akan menjadi lembik bagaimana pun ia boleh disimpan dalam peti ais walau pun tidak digalakkan.

Proses seterusnya adalah asas penting didalam menyediakan batang keladi lambuk sebelum dimasak. Batang keladi lambuk perlu dibuang lapisan kulit luat atau nama temopatan ia dipanggil sebagai 'Menyepat'. Menyepat adalah kerja membuang kulit luar batang keladi mengunakan pisau tajam untuk membersihkan batang keladi tersebut dan elakkan kejadian gatal, kulit agak keras dan mencantikkan batang keladi tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kerja menyepat ini mudah bagi mereka yang berpengalaman tetapi sukar kepada mereka yang kali pertama membuatnya. Ini kerana kulit luar batang keladi ini sangat nipis dan mudah terputus jika perbuatannya kasar. Kerja perlu dilakukan dengan sabar dan berhati-hati dan ianya menjadi lebih sukar untuk saiz batang keladi yang kecil. Penulis yang memang berpengalaman dalam mekan batang keladi dikampong zaman remaja dulu tidak kekok melakukan kerja ini. Batang keladi lambuk yang telah siap dibuang lapisan kulit atau siat 'menyepat; ini akan dipotong untuk dimasak atau pun diikat untuk dijual kepada pelanggan. Artikel ini bersambung dalam Part 2 untuk mengetahui info selanjutnya. Semuga anda dapat info berguna dengan membaca artikel dalam blog anim agro technology. Wasallam!!!.
MENANAM KELADI.... APA JENISNYA...
KELADI MAEAR... JUGA KELADI CINA...
KELADI LAMBUK... APA BENDANYA...
BACA ARTIKEL... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 117, M Design Hotel,
Seri Kembangan, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(16 JamadilAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.